Home » , » Harga Minyak Naik lagi Weiiii.....

Harga Minyak Naik lagi Weiiii.....

Subsidi bahan api,gula diselaras-Utusan
Mula-mula khabar angin sepoi-sepoi bahasa ni dapat daripada Facebook, tapi kurang sahih lagi. Semalam di tempat kerja waktu makan dengan member-member menguatkan lagi kepercayaan ini akan khabar angin ini. Cek online paper..... SAH!!! Harga Minyak Naik Lagi Weiiiiii..... Amma appa, Yennadeee... Bertambah rabak la poket aku pas ni yang dah tersedia rabak. Aduyai.... Daripada sumber Utusan Malaysia Online hari ni, kerajaan membuat pelarasan pada pembahagian Subsidi yang mana RM0.05 sen akan dinaikkan untuk seliter minyak RON95 dan Diesel, RM0.05 sen untuk setiap 1KG LPG sekaligus menjadikan RON95 dan Diesel RM1.90 seliter dan RM1.90/KG LPG. Tidak terkecuali gula juga menerima tempias dari pelarasan ini iaitu RM0.20 untuk setiap 1KG gula menjadikan harga semasa bagi gula RM2.10 berbanding RM1.80 sebelum ini.

Kalau harga minyak dan gula dah naik...sah-sah pas ni harga barang naik juga. Kan. Bertambah merana la pas ni....Aku tak per la kot, kurang terasa sangat bab naik moto je g kerja. Hehehe... Bab gula.... mungkin pada mereka yang buat bisness akan terasa tempiasnya (Family aku niaga air, perghhh.... terasa dud)

So, pas ni kena berjimat cermat leeerrrrr....

P/S: Tak nak sentuh bab politik K.
P/S/S: Harga minyak turun, rasa-rasa harga barang turun tak?
P/S/S/S: Harga barang naik, gaji tak naik-naik.... Sengal aku wei!!

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. penat la aku kena kayuh
    basikal pergi kerja.

    ReplyDelete
  2. tak per bro. exercise. best per kayuh basikal...layannnn jer.aku kadang-kadang berkayuh gak. tapi bukan g tempat kerja la. saje-saje nak rilek

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment