Osman Kering Meninggal Dunia

Osman Kering Meninggal Dunia
Osman Kering Meninggal Dunia 
Assalamualaikum rakan-rakan dan pengunjung-pengunjung Amry's Blog. Entry ni aku tulis dengan penuh rasa sedih di hati.

Masih ingat berita berkenaan pelakon dan pelawak veteran Osman Kering telah meninggal dunia baru-baru ini? Jika berita kematian Osman Kering sebelum ini mungkin disebabkan sedikit kesilapan atau salah faham, kini... Pelakon dan pelawak Osman Kering telah pun pergi meninggalkan kita pada 29 Jun 2012 pada jam 3.45 petang di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat batuk kering.

Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al Najihin, Bandar Seri Permaisuri dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang Petaling Jaya selepas Maghrib

-------------------------------------

Walaupun aku tak pernah jumpa arwah Osman Kering, tapi kehilangan dia tetap dirasa. Suatu masa dulu arwah pernah menghiburkan kita, kini dia telah kembali mengadap Pencipta kita. Kalau dulu tercuit hati dengan lakonan-lakonan arwah, kini semua tinggal kenangan....

Bagaimana orang yang meninggal itu orang yang dekat dengan kita?
Bagaimana pula jika kita yang pergi? Adakah saudara-saudara kita, rakan-rakan kita akan mengingati kita? :'(

Al-Fatihah untuk arwah Osman Kering. Semoga roh Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin

Ella Bakal Berkahwin 7 Julai 2012

Ella Bakal Berkahwin 7 Julai 2012
Ella bakal berkahwin 7 julai 2012 
Dipetik daripada sumber murai.com.my, ahli keluarga Ella atau nama sebenar ratu rock malaysia ini, Norzila Aminudin, 46 mengakui Ella bakal berkahwin dengan seorang pemuda dari Muar, Johor yang merupakan seorang juruterbang di kediaman keluarga Ella di Klang, Selangor.

Terdahulu, Ella dikatakan telah menghadiri kursus perkahwinan pada 3 dan 4 Mac tahun ini dan bermula dari situlah banyak spekulasi dan gosip yang mengatakan Ella bakal berkahwin pada tahun ini.

Bagaimana pun Ella enggan mengulas berkenaan perkahwinannya itu dan lebih banyak mendiamkan diri.

Moga Ella selamat diijabkabulkan :)

Wordless Wednesday | Imsomnia

Imsomnia

Datuk Aziz Sattar Dirawat Di CCU

Datuk Aziz Sattar Terkena Serangan Jantung
Datuk Aziz Sattar Terkena Serangan Jantung 
Pelakon Veteran era 60'an, Datuk Aziz Sattar dikejarkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU) di hospital Ampang pada sabtu lalu setelah mengadu sesak nafas.

Menurut anak Datuk Aziz Sattar atau lebih mesra dengan panggilan Pak Aziz, Fandakiah 44 tahun, Pak Aziz mengadu penat sebelum nafasnya mula tidak teratur dan terus dikejarkan ke Hospital Ampang. Sebelum ini Pak Aziz tidak pernah mengalami sebarang masalah kesihatan.

Sehingga kini keadaan Pak Aziz stabil namun masih berada dibawah pengawasan pihak Hospital. Dimaklumkan juga Pak Aziz tidak mahu menerima sebarang pelawat daripada pihak media dan ingin berehat.

Terlebih dahulu, berita berkenaan Datuk Aziz Sattar di rawat di CCU diketahui oleh Presiden Seniman, Zed Zaidi.

--------------------------------------------------

Semoga Pak Aziz cepat sembuh yer. Suka tengok lakonan Pak Aziz bersama rakan-rakan di era 60'an. Dari pandangan aku, Pak Aziz ni lembut, penyayang orangnya. Susah nak marah-marah. Bibir sentiasa mengukir senyuman.. Manis senyuman Pak Aziz.

CUEPACS Cadang Cuti Tanpa Rekod

CUEPACS Cadang Cuti Tanpa Rekod Untuk Tunai Umrah
CEUPACS Cadang Cuti Tanpa Rekod Untuk Tunai Umrah 
Kongress Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sedang membuat usul rasmi kepada kerajaan berhubung pemberian cuti tanpa rekod kepada penjawat awam yang ingin menunaikan umrah.

"Bermula Januari 2009, cuti rehat penjawat awam dikurangkan dari 30 hingga 35 hari kepada 17 hingga 25 hari. Penjawat awam hanya dibenar mengambil cuti tanpa rekod untuk aktiviti-aktiviti melibatkan negara atau negeri sahaja dan terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk menunaikan umrah.
Ramai penjawat awam yang menunaikan umrah terpaksa mengambi cuti rehat atau cuti tanpa gaji. Jadi kita minta kerajaan mempertimbangkan semula cuti tanpa rekod untuk penjawat awam menunaikan umrah" Kata Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman kepada pemberita.

Pemberian gaji tanpa rekod untuk menunaikan Umrah kepada penjawat awam dicadang memandangkan ramai penjawat awam, terutama wanita terpaksa mengambil cuti rehat atau cuti tanpa gaji untuk menguruskan pelbagai perkara.

CUEPACS juga mengusulkan pemberian cuti tanpa rekod kepada penjawat awam bukan Islam sekiranya mereka ingin melancong sambil belajar tetapi dengan syarat perlu pergi secara berkumpulan.

Omar berkata CEUPACS akan membawa usul itu menerusi permohonan penambah baik kebajikan penjawat awam selaras dengan usaha kerajaan menambah baik perkhidmatan awam menerusi Penubuhan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam

Sumber CUEPACS Cadang Cuti Tanpa Rekod - Sinar Harian

-----------------------------------------------

Cadangan yang baik. Kalau aku penjawat awam aku pun suka.

Petua Menurunkan Berat Badan

Tips Menurunkan Berat Badan Dengan Cepat
Tips Dan Petua Menurunkan Berat Badan 
1. Kunyah makanan dengan lebih lama. Ini akan mempercepatkan proses penghadaman dan membuatkan anda cepat berasa kenyang.

2. Kurangkan pengambian makanan yang kurang sihat seperti makan yang mengandungi banyak lemak, mengandngi paras gula yang tinggi, bergas, dan makanan ringan.

3. Kurangkan pengambilan nasi. Sekiranya berasa lapar, makan lah buah-buahan atau sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar. (Jangan diet sehingga menjejaskan kesihatan)

4. Jangan makan pada lewat malam atau jangan mengambil makanan 3 jam sebelum anda masuk tidur.


5. Sekiranya anda terjaga dari tidur pada waktu malam kerana lapar atau anda bekerja pada waktu malam, perbanyakkan minum air kosong serta buah, jangan mengambil makanan yang berat seperti nasi.

6. Jangan melepaskan atau melewatkan waktu makan seperti waktu makan tengah hari. Ini kerana anda hanya menurunkan metabolisme badan semata-mata. Langkah terbaik adalah mengambil makanan sederhana 5-7 hidangan sehari.

7. Kawal nafsu makan anda kerana kegagalan mengawal nafsu makan akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya.

8. Jika masih gagal mengawal nafsu makan anda, anda boleh gunakan 'protein shakes' dan makan 2 kali sehari diantara hidangan. Contoh antara sarapan dan makan tenag hari sekali dan antara makan tengah hari dan makan malam sekali.

9. Anda boeh mengambil pil diet tetapi ianya hanya akan sia-sia sekiranya cara pemakanan anda tidak betul dan sihat.

10. Perbanyakkan aktiviti fizikal seperti berjalan 400m sehari atau menaiki tangga. Ini dapat mempercepatkan pembakaran kalori didalam tubuh.

11. Lakukan senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur di waktu pagi dan puang kerja di waktu petang. Lakukan 20 kali setiap set dan tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' sedikit demi sedikit sehingga mencapai 100 kali setiap set. Dengan cara ini anda bukan sahaja mampu menurunkan berat badan malah mendapat body shape yang cantik terutama lelaki.

Sumber Petua Menurunkan Berat Badan :- Eksaiklopedia Petua Melayu Lama

Nissan Grand Livina Kit Impul

Nissan Grand Livina Baru Diperkenal - Nissan Grand Livina Kit Impul

Nissan Grand Livina Baru - Tuned By Impul 

Grand Livina merupakan sebuah kenderaan MPV keluaran Nissan yang mana antara salah satu kenderaan MPV yang mendapat jualan terlaris di pasaran. Meneruskan kejayaan itu, Nissan telah menghasilkan satu lagi model baru Gran Livina yang mana kali ini mendapat kemasan daripada Impul - Grand Livina Tuned By Impul.


Berbanding dengan model Grand Livina yang dikeluarkan sebelum ini, Grand Livina Tuned By Impul ini diberi suntikan baru dengan sedikit kemasan pada bahagian bodykit serta kabin.

Diserlahkan dengan rekabentuk gril berwarna krom sepenuhnya ditambah dengan cermin sisi yang dilengkapi dengan lampu isyarat LED baru. Pada bahagian kabin, terdapat perubahan pada konsol meter kelajuan berlatarbelakangkan warna putih agar mudah dibaca pemandu. Selain itu, model baru Gran Livina ini juga dilengkapi dengan satu unit pemain audio bersama input auxiliary untuk kegunaan alat audio mudah alih.

Nissan Grand Livina Baru - Tuned By Impul

Didalam memberikan sentuhan mewah pada model baru ini, Nissan menampilan kemasan kayu pada bahagian konsol tengah dan separuh pada bahagian atas stereng tetapi hanya terdapat pada model 1.8L sahaja.

Masih mengekalkan kuasa enjin MR18DE 1.8L yang dipadankan dengan transmisi 4 kelajuan auto. Mampu menghamburkan kuasa sehingga 126ps pada kelajuan 5200rpm dan kuasa kilas 174Nm pada 4800rpm.
Sesuai dengan suntikan kuasa yang diberikan, Nissan Grand Livina mampu memberikan pecutan tanpa perlu memaksa enjin.

Grand Livina model baru ini dijual pada harga RM98,815,30 termasuk insurans dan jaminan selam 3 tahun atau jarak pemanduan sejauh 100,000KM (yang mana dahulu)

BlackBerry Porsche Design P’9981 Diperkenal

RIM perkenal BlackBerry Porsche Design P'9981
BlackBerry Porsche Design P9981 
Research in Motion (RIM) memperkenal model baru BlackBerry Porsche Design P'9981 yang menampilkan no pengenalan diri (PIN) BlackBerry Messenger (BBM) premium yang menjadikan model BlackBerry Porsche Design P'9981 ini unik dari model biasa.

Teefon pintar BlackBerry Porsche Design P'9981 ini diperkenalkan bagi memberi inspirasi kepada pengguna dengan impak ekslusif berikutan ianya dikaitkan dengan jenama terkemuka dunia, Porsche.

BlackBerry Porsche Design P'9981 ini dihasilkan menggunakan materia ekslusif termasuk kerangka keluli, papan kekunci QWERTY yang diukir dan skrin sesentuh yang lebih jelas.

Model baru BlackBerry ini juga menggunakan paparan pengguna ekslusif Porsche Design UI dan pengalaman aplikasi Wikitude World Browser.

Model baru BackBerry Porsche Design P'9981 ini dilengkapi dengan memori 8 Gigabit (GB), kamera 5 Megapixel dengan fungsi rakaman definisi tinggi serta cip pemproses 1.2 Gigahertz (GHz).

Model baru BlackBerry Porsche ini dijual pada harga RM6,388

Pesakit Maut Terjatuh Di Hospital Pulau Pinang

Pesakit Warga Emas Maut Terjatuh Dari Banggunan Hospital Pulau Pinang

Tan Jit Wan, 68 tahun, penghidap barah leher dipercayai terjatuh dari tingkat 4 banggunan Hospital Pulau Pinang awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gang Kong Meng, sebelum kejadian jam 2.30 pagi itu, Tan mengadu kepada jururawat bahawa dia tidak tahan lagi menanggung kesakitan akibat barah yang dihidapi.

Sebelum kejadian Tan, dilihat berdiri dan termenung di tepi tingkap berhampiran katilnya..

Kes ini merupakan kes kedua di Hospital Pulau Pinang dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber Pesakit Maut Terjatuh Di Hospital Pulau Pinang :- BHarian Online

--------------------------------------------

Kesian... Dah tak tertanggung lagi lah sakitnya tu....... 

Pelaburan Emas Di Internet

Penipuan Pelaburan Emas Di Internet - Wanita 28 Tahun Diburu
Wanita Diburu Berkaitan Kes Penipuan Pelaburan Emas Di Internet 
Seorang pengurus sebuah syarikat perunding, Rimaliza Mustafa, 28 tahun diburu berikutan kes penipuan pelaburan saham emas di internet.

Wanita yang beralamat di Klang Selangor itu dipercayai menawarkan khidmat pelaburan saham emas di internet menggunakan alamat Taman Seri Mahkota, Pahang.

Antara mangsa penipuan pelaburan saham emas tersebut adalah seorang ahli perniagaan berusia 38 tahun yang kerugian RM50,000. Ahli perniagaan tersebut mendakwa beliau tertarik dengan pelaburan saham emas tersebut setelah melayari laman web syarikat pelaburan tersebut.

Sumber :- UtusanOnline 21 Jun 2012

--------------------------------------------------

Dah banyak kes penipuan pelaburan emas ni. Sila berhati-hati. Selidik dahulu latarbelakang syarikat pelaburan sebelum membuat pelaburan.

AirAsia Tawar Jualan Istimewa 48 Jam

Promosi 'Jualan Istimewa 48 Jam' Daripada AirAsia 
AirAsia tawar Jualan Istimewa 48 Jam 
Sempena perlantikan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif operasi Malaysia, Aireen Omar, AirAsia  menawarkan tambang 'Jualan Istimewa 48 Jam' mulai esok.

Syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia, AirAsia menawarkan tambang serendah RM38 dan RM48 bagi perjalanan sehala yang masing-masing untuk dalam dan luar negara.

Promosi ini ditawarkan meliputi 77 destinasi di 23 negara. Antara destinasi yang terlibat adalah Langkawi, Kota Kinabalu, Hatyai, Ho Chi Minh City dan Singapura.

Pengguna boleh terbang mulai 1 Julai sehingga 30 Ogos 2012 menerusi promosi ini.

Sumber AirAsia Tawar Jualan Istimewa 48 Jam :- Bernama

Microsoft Corp Perkenal Gadget Baru

Microsoft Corp Perkenal Gadget Baru, Surface
Microsoft Corp Perkenal Surface 
LOS ANGELES 19 Jun - Syarikat perisian Microsoft Corp mengumumkan pengeluaran komputer tablet terbarunya yang diberi nama Surface.

Komputer tablet yang dilengkapi perisian Windows 8 dan skrin sesentuh mesra pengguna itu dijangka dilancarkan pada musim luruh ini.

Surface didatangkan dalam dua versi iaitu menggunakan pemproses Intel Corp dan ARM Holdings.
Kedua-dua versi itu turut dilengkapi penutup yang boleh dijadikan papan kekunci.
Ciri-ciri komputer tablet Surface didedahkan oleh Ketua Eksekutif syarikat Microsoft, Steve Ballmer, di sini semalam.

Harga gajet itu bagaimanapun masih belum ditetapkan.
Usaha melancarkan komputer tablet keluaran sendiri secara tidak langsung menjadikan Microsoft bersaing dengan syarikat penghasil perkakasan komputer seperti Samsung Electronics Co Ltd dan Hewlett-Packard Co.
Penjualan komputer tablet dijangka meningkat tiga kali ganda dalam tempoh dua tahun akan datang apabila dianggarkan sebanyak 180 juta unit akan dijual setahun pada 2013. - REUTERS

Sumber Microsoft Corp Perkenal Gadget Baru - Utusan Online

---------------------------------------------------

Aku bab-bab perisian komputer fail terus. heeee

Etika Blogging

Bercakap pasal etika didalam blogging ni banyak juga etikanye. Entry aku ni aku sentuh satu jer. Spamming!!!!
Panas la aku yang suka suki letak link biz dalam entry-entry aku ni.. Lari topik plak tu.... Alo... Aku pun ada gak buat biz kat internet ni, TAPI AKU TAK DER LA NAK MAIN SPAM-SPAM PAKAI BEDAL JER LETAK LINK AKU DALAM BLOG ORANG LAIN. ETIKA LA SIKIT!! Kalau yer pun mintak izin la dulu. Ini suka hati kau jer nak letak!! Mintak mahap la kalau komen yang macam tu memang aku remove laaaaa..... Kalau ko mintak izin kot aku fikir juga nak kasi tak kasi letak link biz ko tu...

Ini jenis masuk rumah orang tak kasi salam terus suh orang beli barang ape hal! Marah betul aku.

Nak spam sangat kan. Nah aku kasi peluang, siap aku tolong promote lagi tapi tak bagi link la... Mintak mahap banyak-banyak.

"Promosi Pakej Trading Forex Automatik dan Manual 2012 Salam Sejahtera dan terima kasih kerana sudi membaca artikel yang ditulis dan dihantarkan oleh saya ini. Kini kami sedang membuat Promosi terhebat di tahun 2012 untuk Pakej Trading Forex Automatik dan Manual kami. Kini Trading Forex Anda Lebih Mudah, Dan pastinya newbie lebih mudah mempelajari dan memahami forex dengan Pakej Trading Forex Saya ini. pakej ini bukan sahaja mempunyai pelbagai panduan dan ebook, pakej ini juga di lengkapi dengan software sebagai tambahan untuk anda memudahkan lagi trading anda. Apa yang Disediakan? Kami menyediakan beberapa software sebagai tambahan@Extra ke dalam Pakej ini dalam memudahkan trading anda dengan System yang disediakan Iaitu WellFX Forex System Templates V2 dan juga WellFX Forex System Autotrader V2 untuk mengetahui kelebihan kedua-dua software ini anda boleh melayari laman web yang tertera. Kini peluang anda cerah untuk mula jana pendapatan forex yang lumayan Maklumat Lanjut dan membuat tempahan Boleh Layari laman saya di ------Censored!!-----"

Bukan main panjang lagi komen erk. Aku cerita pasal jerebu ko cerita pasal forex. Bila masanya aku main forex? Grrr.....

p/s :- Sila hormati owner blog!

Kematian Remy Ishak Hanya Salah Faham

"Saya Masih Hidup" - Remy Ishak

Berita Kematian Remy Ishak Hanya Salah Faham 

Baru-baru ni kecoh mengatakan yang pelakon Remy Ishak atau Mohamad Zalimei Ishak, 30 tahun meninggal dunia. "Saya masih hidup. Dakwaan banyak pihak memperkatakan saya sudah meninggal dunia hari ni (semalam) tidak benar dan ianya hanyalah salah faham"

Punca Tersebarnya Berita Kematian Remy Ishak di Twitter

Menurut Remy, dakwaan yang mengatakan dia sudah meninggal dunia berpunca daripada sebuah stesen radio tempatan yang menyiarkan berita kematian seorang lelaki yang menyamai namanya.

"Ia sangat melucukan tetapi ingin ditegaskan bahawa saya sehingga kini masih bernyawa. Alhamdulillah" Remy Ishak.

Kisah Cinta Atuk Dan Cucu

Atuk 60 Tahun Kecewa Cinta Dipermain Gadis 16 Tahun


Kisah Cinta Atuk Dan Cucu 


REMBAU: “Selepas 29 tahun menduda, saya terbuka hati untuk bernikah dengan gadis berusia 16 tahun, malah gembira apabila dia bersetuju mengahwini saya menerusi kiriman SMS menyebabkan saya sanggup menunggunya habis belajar untuk meminang. Namun kini, impian itu berkecai kerana dia sudah ada kekasih lain dan mahu memutuskan hubungan.”

Begitu luahan seorang lelaki warga emas, Mohd Adnan Hamid, 60, yang mendakwa bukan saja perasaannya dipermainkan dan ribuan ringgit wang dibelanjakannya lesap, malah lebih keji kekasihnya itu tergamak menghina dan memaki hamunnya apabila dia meminta penjelasan mengenai teman lelaki baru remaja itu.

Menurutnya, dia berkenalan dengan gadis yang mesra dipanggil Ida itu, Februari lalu di sebuah kedai makan dan pada awalnya hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan seorang datuk dan cucu.

“Dia bekerja sebagai pembantu kedai makan pada hari cuti dan sebaik mengenalinya timbul rasa kasihan dan simpati sehingga saya menawarkan diri menjadi wakil penjaga pelajar selepas dia bertukar sekolah.


“Sejak itu, kami sering berhubung melalui telefon bimbit dan bertemu. Saya minta Ida supaya berhenti kerja dan fokus terhadap pelajaran serta berjanji membantunya jika kesempitan wang,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam. 


Sumber :- HMetro

---------------------------------------------------

Apa pandangan korang kes atuk yang dah berusia 60 tahun ni bercinta dengan gadis 16 tahun ni? Ish.. Tak tahu nak cakap apa. Sangat tak sesuai kot. Pelik rasanya. Rasanya gadis tu hanya ank duit jer. Ambil kesempatan. Si atuk tu pulak kalau yer pun nak cari pengganti, cari lah yang lebih sesuai. 16 Tahun......????? Aduhhhh..... Kalau aku jadi gadis tu pun aku tak nak rasanya. Kalau aku jadi si ayah budak tu pun aku tak izin kot.. Carilah yang sesuai... Nak kata rasa kasihan ramai lagi ibu-ibu tunggal di luar tu yang memerlukan pembelaan.

Kalau dengan gadis 16 tahun ni kalau ada rasa kasihan, cukup lah bantu dengan ikhlas jer.. Nak harap gadis tu jadi isteri... Susah kot.... Anggap cucu dah lah.......

Apa pandangan korang berkaitan atuk ni bercinta dengan gadis 16 tahun ni.....??

Pulau Pinang Dilanda Jerebu

Jerebu Sudah Merebak Ke Pulau Pinang

Merujuk pada Utusan Online sehingga jam 7 pagi pada 17 Jun 2012, sebanyak enam kawasan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat. Kawasan tersebut adalah
Pelabuhan Klang - 113
Shah Alam - 125
Petaling Jaya - 110
Kuala Selangor - 113
Cheras - 106
Batu Muda - 108
Manakala 39 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana. 

Rasanya Pulau Pinang termasuk didalam kawasan yang mencatatkan bacaan IPU sederhana rasanya. Sebab daripada pemerhatian aku, pemandangan di sekitar kawasan Pulau Pinang sudah mulai kabur dan kelihatan berkabus. Sistem pernafasan juga dirasakan kurang selesa seperti sedikit sesak nafas sewaktu berada di kawasan terbuka.

-----------------------------------------

Last sekali mealui pengalaman berjerebu rasanya waktu sekolah dulu kot. Tak ingat tahun berapa. Tapi waktu tu jerebu memang agak teruk sehingga terpaksa menggunakan penutup mulut. Rasanya berpunca daripada kebakaran hutan dari negara jiran juga. Rasanya lah. Malas nak Google. Hee

Ustaz Hina Sultan Johor Di Facebook

Ustaz Wan Ji At-ta'aduddi Hina Sultan Johor Dalam Facebook

"Ciri-ciri adik beradik Syaitan ada pada Sultan Johor" Ustaz Wan Ji At-ta'aduddi
Kenyataan "berani mati" seorang Ustaz muda, Wan Ji At menghina Sultan Johor didalam Facebook bakal mencetuskan isu panas.
Ustaz Hina Sultan Johor Adik Beradik Syaitan 

Status Facebook Ustaz Wan Ji At Hina Sultan Johor

Sultan Johor Dihina Ustaz Dalam Facebook

Ustaz Wan Ji At Hina Sultan Johor Dalam Facebook

Berani gila..... Meletup pulak lepas ni kes Sultan Johor Murka kepada Ustaz Wan Ji At berkaitan status Facebook menghina Sultan Johor. Hm....

Proton Preve Special Edition Sapphire

Proton Preve Special Edition - Proton Preve Sapphire


Proton Preve Special Edition Sapphire

Proton Preve Special Edition Sapphire ini dilihat lebih menarik daripada Preve yang berada dipasaran dimana dilengkapi dengan bodykit sporty. Sportrim 18 inci dari Lenso dan brek daripada Lotus. Berwarna Gun Metal Matte bersama bumbung hitam berkilat menyerlahkan lagi Proton Preve Special Edition Sapphire ini. Pada bahagian bumper hadapan juga dilihat sedikit berbeza daripada Proton Preve asal yang mana menjadikan Proton Preve Sapphire ini lebih anggun.


Gambar Proton Preve Special Edition Sapphire


Bila Proton Preve Special Edition Sapphire Dipasarkan?
Sayangnya Proton belum mengumumkan bila Proton Preve Sapphire ini akan dipasarkan. Begitu juga dengan harganya. So, sama-sama kita nantikan.

P/S : Keseluruhan menarik la, kurang berkenan kat lampu belakang dia tu jer.hehe

Makumat Terkini Jerebu Lembah Klang

Maklumat Terkini Keadaan Jerebu Lembah Klang 16 Jun 2012

Sehingga 16 Jun 2012 7 pagi, keadaan jerebu yang mencatat bacaan IPU tidak sihat meningkat daripada empat kawasan pada 15 Jun kepada 7 kawasan di seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan.

7 kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat adalah
Pelabuhan Klang mencatat bacaan IPU 144 menurun berbanding semalam 147, Shah Alam meningkat daripada 120 kepada 129. Petaling Jaya mencatat peningkatan yang tinggi iaitu 127 berbanding semalam 99. Begitu juga dengan Banting daripada 95 meningkat kepada 117. Kuala Selangor bertambah baik daripada bacan IPU 129 kepada 101. Batu Muda meningkat daripada 99 kepada 127 manakala Cheras mencatat bacaan 129.

Menurut laman web JAS, tiada kawasan di negara ini mencatat bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat dan berbahaya.

Tahap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) :
Baik - 0-50
Sederhana - 51-100
Tidak sihat - 101-200
Sangat tidak sihat - 201-300
Berbahaya - Melebihi 301

Keadaan Jerebu Di Lembah Klang

Jerebu Di Lembah Klang Semakin Buruk


Keadaan Jerebu Di lembah Klang 

Indeks Pencemaran Udara (IPU) semakin buruk dengan merekodkan IPU tidak sihat di empat kawasan berbanding 3 kawasan sebelum ini.

Indeks yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan keadaan di Cheras bertambah buruk dengan bacaan IPU meningkat daripada 105 berbanding 91 sehingga jam 5 petang 15 Jun.

Lain-lain kawasan Lembah Klang yang dilanda jerebu, JAS telah merekodkan bacaan seperti dibawah (Rekod 15 Jun)
Pelabuhan Klang - Bacaan IPU Daripada 130 meningkat kepada 147
Shah Alam - Meningkat daripada 106 kepada 120
Kuala Selangor - Bertambah baik dengan bacaan daripada 131 menurun kepada 129
Petaling Jaya, Batu Muda dan Kuala Lumpur - 99
Banting - 95
Sri Manjung - 92
Tanah Merah - 88
Putrajaya - 78
Perai - 74

Ketiga-tiga kawasan Pelabuhan Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor berada pada tahap IPU tidak sihat. 34 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana antara 51 hingga 100, manakala kawasan lain merekodkan bacaan IPU yang baik dengan menurun daripada 14 kepada 12

Menurut JAS, keadaan jerebu ini adalah disebabkan oleh jerebu rentas sempadan daripada Sumatera, Indonesia

JAS juga meramalkan keadaan jerebu ini mungkin akan berlarutan untuk beberapa hari memandangkan ramalan cuaca berkeadaan kering di bahagian utara dan pantai barat semenanjung.
  
Maklumat daripada Pusat Kepakaran Meteorologi Asean menunjukkan peningkatan jumlah titik panas di Sumatera sejak Selasa. Jerebu bergerak dari Riau Sumatera Tengah menuju panta barat semenanjung.

Sumber Keadaan Jerebu Di Lembah Klang - SinarHarian 15 Jun 2012

Razak Ahmad Bersalah Kes Khalwat

Pelakon Razak Ahmad Didapati Bersalah Dalam Tuduhan Khalwat


Pelakon Razak Ahmad Bersalah Kes Khalwat 2006 

Selepas enam tahun turun mahkamah berkitan kes khalwat membabitkan pelakon Razak Ahmad dengan seorang ahli perniagaan berstatus isteri orang, akhirnya pelakon Razak Ahmad didapati bersalah dan dijatuhi hukuman denda RM2,900 atau penjara setahun.

Hukuman itu dijatuhkan setelah mendapati tertuduh, Razak Ahmad didalam pembelaannya gagal membuktikan keraguan munasabah didalam pertuduhan oleh Hakim Syarie Wan Mahyudin Wan Muhammad. Sebelum itu, Wan Mahyudin menasihati Razak Ahmad agar menjaga tingkah laku kerana sebagai seorang artis, dia sepatutunya memberikan contoh yang baik kepada masyarakat tambahan didaam lakonan dia sering mendapat watak seorang baik dan arif didalam bidang agama.

Sementara itu, peguam Syarie Muhamad Azman Karim yang mewakili Razak Ahmad merayu mahkamah meringankan hukuman terhadap Razak Ahmad dengan alasan tertuduh telah insaf dan kurang mendapat tawaran berlakon ekoran disenaraihitam oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Muhamad Aman juga memohon supaya hukuman penjara tidak dikenakan ke atas Razak Ahmad kerana ianya akan memberi kesan terhadap kehidupan dan pendapatannya sebagai pelakon.

"Kes yang berlanjutan selama enam tahun ini sudah menjadi hukuman kepada tertuduh. Dia hilang tawaran berlakon dan bercerai dengan isterinya. Malah kes ini disebut di kalangan artis"

Ketika ditemui media diluar mahkamah, Razak enggan mengulas lanjut. "Saya tak ada apa nak komen. No komen, saya frust"

Berhubung kes khalwat yang membabitkan Razak Ahmad dengan ahli perniagaan berstatus orang, Selamah Sahudin, 46 tahun pada 14 September 2006, Razak Ahmad tidak mengaku bersalah berkhalwat di Apartment Blok A, Taman Serdang Perdana jam 2.15 pagi pada 1 April 2006.

Bagaimana pun Selamah Sahudin yang hadir bersama suaminya pada prodising itu mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman denda RM2,850 atau penjara tujuh bulan.

Sumber Razak Ahmad Bersalah Kes Khalwat - HMetro
-----------------------------------------------------------------

p/s : Aku tak tahu sebelum ni kes khalwat pelakon Razak Ahmad ni. Aku macam tak percaya jer dia khalwat sebab dalam lakonan dia selalu memegang watak orang baik dan alim. Hm...

21 Pelatih PLKN Kuala Nerang Dijangkiti H1N1

21 Pelatih PLKN Kem Dusun Resort Kampung Pisang Kuala Nerang Terkena Jangkitan H1N1

Seramai 21 pelatih PLKN Kem Dusun Resort Kampung Pisang di Kuala Nerang dimasukkan ke Hospital Kuala Nerang (HKN) akibat dijangkiti wabak infuenza A (H1N1) 3 hari lalu.

Sehingga kini, 6 pelatih telah dibenarkan pulang manakala 15 lagi masih ditahan di HKN.

Sebelum itu, seramai 70 pelatih daripada keseluruhan 300 orang pelatih dikejarkan ke HKN untuk menjalani pemeriksaan kerana mengalami batuk, demam dan selesema. Namun hanya 21 pelatih sahaja yang disahkan terkena jangkitan influenza A H1N1.

Pemantauan rapi sedang dijalankan bagi memastikan kesemua peatih mendapat rawatan sewajarnya. Kata pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat.

Beliau juga memberitahu kesemua 15 pelatih yang masih ditahan di HKN kini berada dalam keadaan stabildan akan pulih dalam beberapa hari lagi.

Makumat daripada beberapa pelatih di kem tersebut tersebut terdapat 10 pelatih yang dikuarantin di kem tersebut.

Sumber 21 Pelatih PLKN Kuala Nerang Dijangkiti H1N1 - Berita Harian Online

Walaupun terdapat kes influenza A H1N1 di Kem tersebut, tiada arahan untuk menutup kem tersebut tetapi ianya diletakkan dibawah pengawasan Jabatan Kesihatan Negeri. Sehubungan itu, kesemua pelatih dan kakitangan PLKN di Kem tersebut diwajibkan memakai topeng muut dan hidung .

Seksanya Bengkak Gusi

Korang pernah sakit gusi? Tak tahulah korang pernah ker tak.. Sajalah tanya. Mungkin gusi korang pernah terluka sewaktu memberus gigi. Sakit kan kan kan...... Kalau gusi terluka tu mungkin jarang sangat la berlaku. Aku pun pernah tertojoih* gusi sewaktu memberus gigi... Iuuu... sakitt...

Sekarang ni aku tengah bertarung dengan kesakitan gusi la ni. Tapi bukan sebab tertojoih dengan berus gigi, tapi sebab nak tumbuh gigi baru. Sakit weiiii.... Menangkap sampai kepala tu... Seksa tu nak makan... :(

Sakit aku ni boleh dikatakan akan menyerang 3 4 bulan sekali. Haaa... Kalau gusi terluka tak sekerap tu kan... Kenapa gusi aku bengkak? Aku pergi la cek kat klinik dulu, klinik biasa jer, bukan klinik gigi (aku ni takut nak cek gigi. heee)Doktor cek gigi aku doktor pun terkejut sebab dia kata bengkak sampai ke anak tekak. Memang sampai ke anak tekak sebab aku nak telan air liur pun seksa. Doktor tu cakap la, gusi aku ni bengkak sebab gigi nak tumbuh tapi tak der ruang, jadi gigi tu akan menghimpit gusi. Haaa.... Sebab tu la gusi aku ni akan sakit tiap 3 4 bulan sekali :(

Doktor tu cakap....... Pergi ke klinik gigi dan doktor gigi akan potong gusi tu.
WHAT!!!!!!!! ^&%$(^&%*&^(* POTONG???!!!!!
No no no no.... Sungguh ku tak rela.... Tatuttttttttt.....
Sampai bila harus aku bertahan? Oh...

---------------------------------------------

Petua menghilangkan bengkak gusi

Petua orang lama - Campurkan gambir dan ibu kunyit hidup kedalam air dan didihkan. Tunggu air rebusan menjadi suam dan kumur. Lakukan 3 kali sehari, InsyaAllah bengkak gusi akan cepat sembuh.
Petua aku - Bila sakit gusi aku datang, aku akan menekan kedua-dua gigi aku supaya saling bertemu untuk melawan sakit, jadi sakit akan kurang, minum air panas, kasi lama sikit kat gusi yang sakit tu.. Hehe...

Pas ni bolehlah cuba petua mengurangkan bengkak gusi tu. Baru aku jumpa pun kat Google tadi. Hehe

p/s - Adoi laaaa....

Umur Persaraan 2013 Dilanjutkan

Umur Bersara Dilanjutkan Kepada 60 Tahun Pada 2013

Undang-Undang Persaraan Minimum pekerja swasta dibentang di Dewan Rakyat


KUALA LUMPUR: Umur persaraan minimum pekerja swasta dilanjutkan sehingga 60 tahun berkuat kuasa Januari tahun depan berbanding 55 tahun sekarang.



Mengikut Rang Undang-Undang Persaraan Minimum 2012 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat semalam, majikan tidak boleh memaksa pekerja bersara sebelum mencapai umur 60 tahun dan boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 jika berbuat demikian.


Bagaimanapun, pekerja boleh membuat pilihan untuk bersara lebih awal menerusi persetujuan dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif (CA) dengan majikan.


Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, ketika membentangkan rang undang-undang itu juga berkata, apabila berkuat kuasa kelak, semua kontrak perkhidmatan umur persaraan kurang daripada 60 tahun akan terbatal.



"Umur persaraan dalam kontrak yang dibuat sebelum, pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa akta ini yang lebih rendah daripada umur persaraan minimum 60 tahun, terbatal dan digantikan dengan umur persaraan baru. Mana-mana terma dalam kontrak perkhidmatan berhubung umur persaraan juga terbatal jika bercanggah dengan akta itu,” katanya.



Akta itu juga membenarkan pekerja yang dibersarakan lebih awal mengadu secara bertulis kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja dalam tempoh 60 hari daripada tarikh persaraan.



Jika Ketua Pengarah berpuas hati aduan itu berasas, arahan boleh dikeluarkan kepada majikan untuk mengembalikan pekerja pada pekerjaan asal dan membayar semula tunggakan gaji bermula tarikh dibersarakan sehingga tarikh pengembalian semula. 
Sebagai pilihan, Ketua Pengarah boleh mengarahkan majikan membayar pampasan kepada pekerja itu tidak lebih daripada jumlah keseluruhan gaji yang sepatutnya diterima dari tarikh dibersarakan sehingga tarikh pekerja mencapai umur persaraan wajib.



Sementara itu, rang undang-undang itu tidak terpakai bagi pekerja yang diambil secara tetap, sementara atau kontrak dan menerima emolumen kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan.



Ia juga tidak terpakai bagi pekerja dalam tempoh percubaan, bukan warga Malaysia, perkhidmatan domestik, pekerja yang tempoh kerjanya kurang daripada 70 peratus waktu bekerja biasa pekerja sepenuh masa dan pelajar yang bekerja secara kontrak untuk tempoh sementara.



Pekerja yang bersara pada umur 55 tahun atau lebih sebelum penguatkuasaan rang undang-undang ini dan kembali bekerja selepas itu juga tidak tertakluk kepada akta itu.

Sumber Umur Persaraan 2013 Dilanjutkan - BHarian Online

---------------------------------------------------------------------

Betapa Ruginya Aku!!!

Edisi nak tulis cepat-cepat. Mood tetiba hilang. Grrr

Entry ni bukan isu semasa. Tetapi pasal diri aku der.... Baru-baru ni aku ada buat satu entry tentang biz di internet. Tarikh entry tu 11 Jun tadi  Dimana aku masukkan link landing page pasal biz aku tu dalam entry tersebut. Tak la banyak pelawat yang masuk. Tapi bolehla...
Dalam landing page aku tu pulak aku ada masukkan sistem autoresponder......
Setahu aku sistem autoresponder akan link dengan personal email jika ada yang subcribe atau isi form sistem autores aku tu. Aku cek-cek kat email tak ada notification pasal sistem autoresponder aku tu. Aku fikir tak ada yang isi la kot. Tadi bila aku masuk dalam web sistem autoresponder aku tu, alangkah terkujatnya aku!!!
Kenapa aku terkujat??
Tengok gambar bawah
*** Data-data my top secret loooo....

Tengok gambar ni pulak

Terkujat aku bila tengok ada 12 subscriber hanya dalam tempoh 3 hari sahaja... Waaaa.... Sistem auto aku tu tak siap setup pun..baru buat 1 email...huhuhu....

Padah menggunakan sistem autoresponder edisi percuma :(

p/s : Aku rasa yang subcribe tu yang dah join biz tu sebab ayat landing page aku tu memang buat diorang panas.. Kottt... hehehehheehhe..... nak spy la tuuuu.... :P

Gambar Awan Pelik Di Kota Kinabalu

Gambar Awan Unik Di Kota Kinabalu Sabah


Gambar Awan Pelik Di Kota Kinabalu 

Gambar kepulan awan tu macam kepulan asap daripada letupan bom kan? Macam puting beliung pun ada.
Pandangan aku.. Macam mana boleh jadi awan cam tu erk? Kuasa Allah..

Bapa Lee Chong Wei Nafi Bunuh Diri

Bapa Lee Chong Wei Nafi Bunuh Diri


Bapa Lee Chong Wei Nafi Bunuh Diri 


Ketika dihubungi oleh Exco Belia Dan Sukan, Pembanggunan Dan Komuniti, Ong Kok Fooi, bapa Lee Chong Wei menafikan tindakannya sewaktu melalui jambatan Pulau Pinang untuk membunuh diri. 

"Ketika itu, saya dalam perjalanan dari pantai Queensbay dan mahu pulang ke rumah. Ketika melalui jambatan Pulau Pinang saya berasa tidak selesa dan memberhentikan kenderaan di tepi jalan untuk mengambil angin dan menenangkan fikiran"
"Namun orang lain telah salah sangka dan menganggap saya cuba untuk membunuh diri.. Ini tidak betul"

Sementara itu, Kok Fooi yang dihubungi Sinar Harian berharap orang ramai tidak salah faham dengan kejadian tersebut.

Kini Ah Chai telah ke Kuala Lumpur untuk bertemu Datuk Lee Chong Wei.

---------------------------------------------------

Ish.. Cam no ni. Putar bolit la media ni... Den yang bersumberkan akhbar tempatan pun sekali terbolit ni ha.
Jauh tu gaya seorang yang cuba nak terjun jambatan dengan gaya orang yang duduk tepi jalan sambil nak tenangkan fikiran....Hmm...
Moga masalah yang menimpa Datuk Lee Chong Wei dapat diselesaikan dengan segera.....

Osman Kering Belum Meninggal dunia

Osman Kering Belum Meninggal Dunia!!!


Osman Kering Belum Meninggal Dunia 


Berita yang baru sahaja diterima mengatakan Osman Kering atau nama sebenar beliau Osman Kassim telah meninggal dunia pada jam 7 malam tadi oleh anaknya akibat batuk kering ditarik kembali ekoran doktor di HUKM berjaya revive nadi Osman Kering.

Osman Kering kini berada dalam keadaan kritika di ICU HUKM.

----------------------------------

Agak memeranjatkan kerana pada jam 7 malam tadi pelakon dan pelawak terkenal Osman Kering disahkan meninggal dunia oleh anaknya sendiri akibat tidak dapat mengesan denyutan nadi bapanya tetapi kini dakwaan tersebut ditarik kembali. Ya Allah...

Lee Chong Wei Diharap Selesai Masalah Peribadi

Majlis Sukan Negara (MSN) Sedia Membantu
Datuk Lee Chong Wei Menyelesaikan Masalah Peribadi


Datuk Lee Chong Wei 

Susulan daripada berita berkenaan bapa pemain badminton no 1 negara, Datuk Lee Chong Wei yang cuba membunuh diri di jambatan Pulau Pinang baru-baru ini, Majlis Sukan Negara menyatakan kesediaan mereka untuk membantu Lee Chong Wei dalam menyelesaikan masalah peribadinya.

Ini untuk memastikan bahawa Lee Chong Wei dpat memberikan tumpuan sepenuhnya didalam temasya Sukan Olimpik London bulan hadapan. Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong memberitahu beliau ada menghantar SMS kepada Chong Wei agar dapat menyelesaikan masalah keluarga yang dihadapi dengan bijak.

Sumber Lee Chong Wei Diharap Selesai Masalah Peribadi - Kosmo! Online

--------------------------------------------------

Moga masalah yang dihadapi oleh Datuk Lee Chong Wei dan keuarga dapat diselesaikan dengan segera. Masalah dalaman keluarga susah kita nak kongsi dengan orang luar... Kan?

Larangan Menjual Pakaian Ketat Di Aceh

Aceh Haramkan Penjualan Pakaian Ketat

Aceh Haramkan Penjualan Pakaian Ketat 




BANDA ACEH 8 Jun - Premis-premis perniagaan di wilayah Aceh, tidak lama lagi akan diharamkan menjual pakaian yang ketat.

Pengumuman itu dibuat selepas polis Syariah di Banda Aceh menahan dan menegur lebih 50 wanita dan tiga lelaki kerana melanggar kod berpakaian secara Islam, termasuk memakai pakaian ketat dan pendek.

Ketua penguatkuasa agensi yang memantau pelaksanaan undang- undang Syariah di Aceh, Samsuddin berkata, pejabatnya akan mengeluarkan satu pekeliling yang akan mengharamkan premis-premis perniagaan menjual pakaian ketat.

''Gabenor Aceh yang baru dipilih juga menyokong pelaksanaan undang-undang Islam itu," kata Samsuddin.
Polis Syariah di Aceh sering melakukan rondaan untuk menguatkuasakan undang-undang Islam dan mengharamkan kelakuan tidak wajar antara pasangan yang belum berkahwin.

Pegawai akan merekodkan butiran peribadi mereka yang ditahan melakukan kesalahan, menasihati mereka dan memaklumkan bahawa mereka mungkin akan dipenjara atau dirotan jika ditahan sekali lagi.

Menurut Samsuddin, agensinya telah menahan kira-kira 300 wanita yang melanggar kod berpakaian secara Islam dalam tempoh dua bulan lalu. - DPA

Sumber Larangan Menjual Pakaian Ketat Di Aceh - Utusan Online

-------------------------------------------------------------

Aku sokong. Kenapa aturan ni tak buat kat Malaysia yer? Ada daaa... Mencegah lebih baik dari merawat. Eh.. Maksudnya daripada benda tu dah jadi bagus kita kawal dari punca dia... Cara pemakaian salah satu sebab berlakunya perkara-perkara yang tak elok tu. Kat Malaysia bukan setakat ketat.... Terjojoi dah mak cakapppp... Ala you ni.... :P

Apa Rasanya Andai Kita Cacat

Bagaimanakah Perasaan Kita Andai Kita Cacat?

2 Hari idea ni terlintas baru sekarang aku nak tulis. Cacat ada 2. Cacat sejak lahir dan cacat akibat satu-satu kemalangan yang asalnya sempurna sifat.

Bagaimana perasaan kita andainya kita yang asalnya sempurna mata tangan kaki telinga jari semua pancaindera tiba-tiba................................. Salah satu daripada anggota badan kita mengalami kecacatan. Dapatkah korang bayangkan perasaan tersebut? Lihat anggota badan korang sekarang. Sempurna? Cuba bayangkan jari korang yang cukup 10 itu kehilangan 1 jari. Atau kehilangan sebelah tangan yang sekarang ini anda cukup selesa dengan kedua-dua tangan itu. Atau kaki korang yang sekarang boleh berlari tiba-tiba korang kehilangan sebelah kaki dan korang terpaksa menggunakan tongkat atau kerusi roda untuk berjalan. Bagaimana rasanya nya?

Pernah tengok tv, bila pelakon tu cacat, bagaimana keadaan dia? Seperti orang yang sudah hilang semangat untuk hidup. Moral down. Rasa hidup ni seperti tidak ada maknanya lagi. Sebelum ni kalau aku tengok lakonan-lakonan macam tu macam tak ada kesan kat hati aku. Sekarang.......

Wait... Bukan aku yang cacat.... Baru-baru ni salah seorang rakan kilang aku mengalami kemalangan di tempat kerja. 1 kilang dengan aku juga, cuma lain bahagian. Nasib kurang baik, jari dia tersepit pada pintu sewaktu pinti tu tertutup (Pintu tertutup dengan kuat disebabkan perbezaaan tekanan udara diantara dua medium) Akibatnya........................
Jari dia putus!! Separas kuku jari... Aku agak terkejut dengan kejadian tu sebab aku tak ada ditempat kejadian. Tapi aku ada tengok gambar jari di ayang putus tu, kawan aku ada ambil gambar jari tu. Tiba-tiba aku tersedar.... Kalau perkara tu jadi kat aku........................... Dapatkah aku terima?? Walupun separas kuku, ia tetap memberi kesan kepada seseorang itu yang menganggap dia sudah cacat. Kalau jadi kat aku tentu aku sedih juga. Kawan aku tu seorang yang ceria. Lepas kejadian tu aku tak tahu macam mana keadaan dia. Tak sempat lawat dia lagi....

Moral of the story.
Nikmatilah kesempurnaan yang telah dikurniakan kepada kita.
Moga kawan aku tu cepat sembuh dan semangat dia kembali pulih seperti sedia kala.




Bapa Lee Chong Wei Cuba Bunuh Diri

Gempar!! Bapa kepada pemain badminton no 1 negara cuba bunuh diri


Bapa lee chong wei cuba bunuh diri

Khabarnya pihak polis berjaya menggagalkan tindakan bapa pemain badminton no 1 negara itu sebanyak 2 kali awa pagi tadi.

Lee Ah Chai 59 tahun yang menetap di Butterworth dikatakan cuba membunuh diri berhampiran kawasan pusat membeli belah Queensbay Mall. Daripada maklumat orang awam, bapa Lee Chong Wei dikatakan menangis di tepi laut berhampiran pusat membeli belah Queensbay Mall seawal jam 4 pagi.

Polis mengambil masa selama 3 jam untuk memujuk bapa Lee Ah Chai untuk membatalkan niatnya membunuh diri dan puang ke rumah.

Untuk tujuan keselamatan, bapa Lee Chong Wei diiringi pihak polis dalam perjalanan pulang untuk mengelakkan sebarang kejadian sama berlaku. Seperti telah dijangka, sewaktu melalui jambatan Pulau Pinang di kilometer 2 kira-kira jam 7.45 pagi, bapa Lee Chong Wei memberhentikan kenderaannya dan bertindak untuk terjun dari jambatan Pulau Pinang itu tetapi sekali lagi berjaya dipujuk oleh polis yang mengirinya.

Kini bapa pemaian badminton no 1 negara itu dibawa di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk diambil keterangan membantu siasatan.

Berdasarkan siasatan awal, bapa Lee Chong Wei bertindak untuk membunuh diri berpunca daripada masalah keluarga yang tidak mempedulikannya.

Sumber Bapa Lee Chong Wei Cuba Bunuh Diri - Bernama

---------------------------------------------------------------

Janganlah sampai bunuh diri. Semua perkara boleh dibawa berbincang. Tak tahu apa masalah, tapi yang pasti, semakin seseorang itu dimamah usia, semakin sensitif jiwa dia. Setuju?

Belajar Bina Laman Web

Belajar Bina Laman Web Dan Sistem Autoresponder

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Adakah anda seorang yang ingin memiliki laman web tetapi tidak tahu caranya. Atau anda mempunyai perniagaan dan ingin memasarkan perniagaan anda di internet tetapi tidak tahu caranya.

Tahniah, jika itu keinginan anda, anda telah mengorak satu langkah ke hadapan untuk menempa kejayaan didalam dunia internet. JIka anda tanya kepada internet-internet marketer, untuk berjaya didalam perniagaan internet, laman web serta sistem autoresponder adalah suatu KEMESTIAN.

Mengapa Perlunya Laman Web

Ini kerana laman web bertindak sebagai sebuah kedai atau banggunan perniagaan anda didalam dunai maya atau dunia internet tersebut. Sama seperti jika anda membuka pernaiagaan di dunia realiti ini dimana anda memerlukan sebuah banggunan untuk anda meletakkan produk-produk anda atau menceritakan perkhidmatan yang anda tawarkan. Tanpa banggunan perniagaan tersebut agak sukar untuk anda jalankan pernaiagaan anda tadi tetapi ianya tidak mustahil. Begitu juga jika anda ingin menjalankan perniagaan di internet dimana laman web akan bertindak sebagai banggunan perniagaan anda.


Apakah Sistem Autoresponder

Setelah anda mempunyai laman web, anda memerlukan sebuah sistem autoresponder. Sistem autoresponder adalah sebuah sistem yang akan bekerja untuk anda 24 jam sehari 7 hari seminggu secara berterusan. Jika anda mempunyai banggunan perniagaan, semestinya anda memerlukan pekerja untuk pekerja tersebut melayan pelanggan-pelanggan anda, untuk pekerja tersebut menceritakan produk-produk yang terdapat didalam premis anda, untuk pekerja tersebut memujuk pelanggan tersebut untuk mendapatkan produk daripada perniagaan anda tadi. Sama lah konsepnya dengan sistem autoresponder. Sistem autoresponder ini akan bertindak sebagai seorang jurujual atau pekerja didalam laman web anda yang akan mendekati pelanggan-pelanggan anda seterusnya mendapatkan produk anda.

Kos Yang Diperlukan Untuk Membina Laman Web Serta Sistem Autoresponder

Bergantung kepada kualiti servis yang disediakan oleh penyedia laman web atau sistem autoresponder yang anda pilih. Ada yang mahal ada yang murah, dan anda perlu membayar kos laman web serta sistem autoresponder tersebut per bulan selama laman web serta sistem autoresponder anda itu aktif.

Mudah Ker Nak Bina Laman Web

Teramat mudah! Tetapi jika anda tidak belajar atau mengetahui asasnya, ianya akan menjadi susah :)
Saya juga dahulu tidak tahu bagaimana untuk membina laman web. Saya juga dahulu tidak tahu apa itu sistem autoresponder, tetapi atas minat serta menyedari kepentingan memiliki laman web, saya belajar sedikit demi sedikit. Alhamdulillah kini saya mampu menghasilkan laman web saya sendiri tanpa bantuan sesiapa.


Mati Lemas Ditarik Ombak Di Teluk Bahang

Remaja Mati Lemas Ditarik Ombak Kuat Di Teluk Bahang

Susulan daripada berita berkenaan ombak kuat di persisiran pantai Pulau Pinang semalam, hari ini ombak kuat tersebut telah meragut nyawa seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang ketika itu sedang berehat di Pantai Keranchut Teluk Bahang.

Sewaktu kejadian, mangsa Muaz Munawir berasal dari Muar Johor dikatakan sedang berehat bersama rakan-rakan lain selepas mengikuti aktiviti merentas hutan anjuran Kelab Ikmar Teens.

Menurut pengarah program, Mohd Hafiz abdul Hamid, pada waktu itu keadaan ombak agak bergelora dan ombak tinggi datang secara tiba-tiba dan terus menarik mangsa ke tengah laut. Mayat Muaz ditemui terapung tidak jauh dari kawasan pantai setengah selepas kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Balik Pulau untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke kampung halaman untuk dikebumikan.

-------------------------------------------

Menurut Jabatan Meterologi, keadaan laut yang bergelora adalah disebabkan perubahan angin daripada monsun timur laut ke monsun barat daya dengan kelajuan angin 40 - 50 km/j dan keadaan ini dijangka sehingga jumaat ini.
SILA JAUHKAN DIRI DARI KAWASAN PANTAI SEKIRANYA MENDAPATI LAUT BERGELORA KUAT.

p/s : Al-fatihah kepada mangsa dan takziah kepada keluarga mangsa.


Ombak Kuat Melanda Pantai Pulau Pinang

Ombak Kuat Melanda Pantai Pulau Pinang

Ombak setinggi kira-kira 3.5 meter mula melanda pesisir pantai Pulau Pinang bermula jam 2 petang tadi. Kejadian yang dikatakan kedua terburuk selepas bencana Tsunami 4 tahun lepas dalam tempoh 20 tahun.
Antara kawasan yang menerima kesan ombak besar ini adalah Padang Kota Lama (Esplanade), persiaran Gurney, Batu Feringghi dan Teluk Bahang. Di sekitar Padang Kota Lama dan Persiaran Gurney, air laut melimpah sehingga ke atas jalan raya.

Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meterologi, Muhammad Helmi Abdullah menyifatkankan fenomena ini adalah fenomena biasa berikutan perubahan angin dari monsun timur laut ke monsun barat daya yang bermula pada 4 Mei lalu.

Keadaan ombak besar yang berlaku disebabkan kelajuan angin sehingga 40 ke 50KM/J. Keadaan ombak besar ini akan berakhir sehingga Jumaat ini dan nelayan diminta untuk tidak turun ke laut sehingga keadaan reda.

Gambar sekitar ombak besar yang melanda pantai Pulau Pinang (Padang Kota Lama)

Ombak Besar Melanda Pantai Pulau Pinang

Ombak Besar Melanda Pantai Pulau Pinang

-------------------------------

Pernah lepak kat Padang Kota Lama duk tepi pantai atas tembok. Tiba-tiba....... Kebabushhhhh air laut naik atas siot! Nasib baik sempat lari... Kalau tak mandi aku....

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks