Razak Ahmad Bersalah Kes Khalwat

Pelakon Razak Ahmad Didapati Bersalah Dalam Tuduhan Khalwat


Pelakon Razak Ahmad Bersalah Kes Khalwat 2006 

Selepas enam tahun turun mahkamah berkitan kes khalwat membabitkan pelakon Razak Ahmad dengan seorang ahli perniagaan berstatus isteri orang, akhirnya pelakon Razak Ahmad didapati bersalah dan dijatuhi hukuman denda RM2,900 atau penjara setahun.

Hukuman itu dijatuhkan setelah mendapati tertuduh, Razak Ahmad didalam pembelaannya gagal membuktikan keraguan munasabah didalam pertuduhan oleh Hakim Syarie Wan Mahyudin Wan Muhammad. Sebelum itu, Wan Mahyudin menasihati Razak Ahmad agar menjaga tingkah laku kerana sebagai seorang artis, dia sepatutunya memberikan contoh yang baik kepada masyarakat tambahan didaam lakonan dia sering mendapat watak seorang baik dan arif didalam bidang agama.

Sementara itu, peguam Syarie Muhamad Azman Karim yang mewakili Razak Ahmad merayu mahkamah meringankan hukuman terhadap Razak Ahmad dengan alasan tertuduh telah insaf dan kurang mendapat tawaran berlakon ekoran disenaraihitam oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Muhamad Aman juga memohon supaya hukuman penjara tidak dikenakan ke atas Razak Ahmad kerana ianya akan memberi kesan terhadap kehidupan dan pendapatannya sebagai pelakon.

"Kes yang berlanjutan selama enam tahun ini sudah menjadi hukuman kepada tertuduh. Dia hilang tawaran berlakon dan bercerai dengan isterinya. Malah kes ini disebut di kalangan artis"

Ketika ditemui media diluar mahkamah, Razak enggan mengulas lanjut. "Saya tak ada apa nak komen. No komen, saya frust"

Berhubung kes khalwat yang membabitkan Razak Ahmad dengan ahli perniagaan berstatus orang, Selamah Sahudin, 46 tahun pada 14 September 2006, Razak Ahmad tidak mengaku bersalah berkhalwat di Apartment Blok A, Taman Serdang Perdana jam 2.15 pagi pada 1 April 2006.

Bagaimana pun Selamah Sahudin yang hadir bersama suaminya pada prodising itu mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman denda RM2,850 atau penjara tujuh bulan.

Sumber Razak Ahmad Bersalah Kes Khalwat - HMetro
-----------------------------------------------------------------

p/s : Aku tak tahu sebelum ni kes khalwat pelakon Razak Ahmad ni. Aku macam tak percaya jer dia khalwat sebab dalam lakonan dia selalu memegang watak orang baik dan alim. Hm...

2 comments:

  1. PANDAI SUNGGUH DIA BERLAKON ALIM..

    ReplyDelete
  2. name nye pelakon. . .mmg pandai bab agama tp reality jahil . . .plastik n hipokit. .mmg pelik. .

    ReplyDelete

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks