Drama Yang Benar2 Mencuri Hati Aku

Winter Sonata - Korean Drama


AMARAN KERAS : ENTRY INI UNTUK MEREKA YANG JIWANG-JIWANG.....SAHAJA!! :P

Salam rakan-rakan sekalian.....Moga sihat hendaknya disamping orang tersayang........

Kalau dibuat survey la kan tentang penerimaan drama-drama berunsur percintaan ni terhadap kaum lelaki, rasanya ramai yang tidak suka menonton drama-drama bergenre percintaan ni, kononnya malas berjiwang karat, malas nak feeling-feeling. Biasalah kan lelaki ni terkenal dengan sikap cool diorang, kang tengok citer sedih-sedih, nangis tak ke kantoi. Berbeza dengan kaum wanita yang memang semulajadinya hati naluri diorang penuh dengan perasaan cinta. Hati diorang lembut, so mudah tersentuh. Kan kan kan? Kalau tengok citer sedih kena sediakan kotak tisu 10 kotak dulu, kalau tak banjir. Hehe

So bercakap tentang drama cinta ni, ada satu drama ni memang cukup aku suka dan memberi kesan kat aku juga. Drama ni aku tengok waktu aku berumur 17 tahun. Habis SPM. Sekarang umur aku dah 26 tahun. Dah 9 tahun, tapi tetap berbekas kat jiwa aku drama tu. Disebabkan waktu tu aku kerja part time kat kedai makan, so kadang aku terlepas satu-satu episod dia.... Banyak yang terlepas dari dapat ditonton. Kadang-kadang tu aku lari kejap balik rumah semata-mata nak tengok drama tu. Jarak kedai makan tu dengan  rumah aku dekat jer. Minat tahap gaban punya. Pernah sekali tu aku terjumpa DVD dia full episode, lama dah. Bapak mahal RM100 wooo.... Seb baik aku tak beli sebab sekarang aku boleh tengok secara online, baru tahu jer pon. Huhu... Orang lain dah tahu lama dah. :P

Drama apa yang aku gila sangat ni......Drama itu adalah drama..................Winter Sonata.....hahahaha...... Kemaruk drama korea juga aku ni. Huhu... Sekarang ni tiap-tiap hari kalau ada masa aku layan jap drama tu. Kenapa aku gila Winter Sonata??? Sebab gaya hero dia. Ada macam gaya aku sikit. Perasan!! Kah kah kah... Aku seorang pendiam dan agak suka sendiri. Sapa pernah tengok drama tu tahu lah maksud aku ni pelakon yang aku maksudkan..Hohohoho.. Sila muntah hijau. Gaya jer la, rupa bagai langit dan bumi. Muahahaha

Winter Sonata ni memang best la. Aku rasa ramai peminat drama tengok citer ni. Ada satu blog tu aku jumpa dia senaraikan korean drama yang dia minat.. Ada lima drama termasuk Winter Sonata ni. Kira aku ni ok lagi la kan. 1 drama jer yang aku gila. 

Winter Sonata ni mengisahkan kisah cinta antara Kang Joon-Sang dengan Yujin dimana si Yujin ni tidak dapat melupakan kekasih dia si Joon Sang ni walaupon Joon Sang dah mati (tak mati sebenarnya).

Ada satu lagi citer yang aku tak leh nak lupa gak dan bagi effect kat aku, tapi ni bukan drama la, tapi movie. Hindustan mari.... Mohabbatein.... Pst. Movie ni buat aku menangis weh. Tak der la menangis sampai banjir, tapi menitik juga la air mata aku ni.  Terharu betul tengok kisah cinta Shah Rukh Khan dengan Aishwarya Rai ni. Memang cinta akhir hayat la :P

Aku lelaki, tapi kenapa aku suka citer-citer cinta??? Sebab aku nak menyelami perasaan cinta.... walaupon menerusi drama/movie... Ewahh... 

Aku suka ayat ni....."Cinta Itu Ketawa Dan Air Mata"

Galak la plak entry aku kali ni
--------------------

Tuk kekasih den...Reza.... I Love U So Much!!

Cuci Kereta RM676 = Aku Demam???

Entry santai-santai k.................Sebab apa santai??? Aku demam baiiiiiii.... Adehhhh..... Nampaknya virus yang menyerang blog aku hari tu marah kat aku gamaknya sampai dia serang tuan blog ni pulak!! So betul la kata bro Sahrom, Virus tu suka kat aku!! Grr.... So Apakah tindakan yang perlu aku buat..?
a) Pegi klinik jumpa dok panjat banggunan tingkat 18, pas tu terjun!
b) Makan panadol makan ubat gegat serangga 4 biji sekali gus sebelum makan tengahari!
c) Berehat Jogging waktu malam time embun turun agar peluh keluar.
d) Sembur saluran pernafasan aku ngan asap penyembur penghalang pembiakan aedes.

Sila berikan pandangan anda. Terima kasih.
Sah parah demam aku!! Sampai merapu meraban tahap orang gila....!!! Miahahahahahahahahahhahahaha..........
Rilek arrrr....saja la aku nak ringankan otak aku ni kejap. Tu pon tak boleh kerrrr....?? Aisyehhh....

Sebenarnya hari tu aku ternampak satu iklan nuffnang ni menari-nari ala irama jazz kat blog aku, Korang pon mesti pernah dapat iklan ni....kan... Iklan cuci kereta. Yang buat aku tertarik+terkejut tu...bapak mahal, cuci kereta jer RM600+++ Pergh!! Saper laaaa yang sanggup cuci kereta semahal tu kan?? Apa kelebihan dia?? Pas cuci kereta yang buruk2, kereta tu leh tukar jadi baru erk? Kalau macam tu aku nak lah. Aku nak cuci Iswara aku, supaya bertukar jadi kereta baru brand Toyota Vios kerrr....Honda City kerrrr.... Kan kan kan kan...?? Ngeee... Tak pun tukarkan kereta aku jadi Porshe ni!! Muahahahaha


Ops!! Punca demam telah dikenalpasti..... Puncanya... Terlalu terkejut tengok harga servis cuci kereta ni. Miahaha... So, terlahir la entry aku bertajuk...
Cuci Kereta RM676 = Aku Demam???
 Lol!! :P

Amry's Blog Diserang Virus??!!!

Adik beradik virus dan juga malware. :P Geli den!!
Salam rakan-rakan sekalian.. Apa macam? Ada baik ka?? Ok. Sebelum aku nak tulis entry aku kali ni.... diminta semua jarakkan diri korang masing-masing sedepa dari komputer. Sebab aku nak menarik nafas lega. Muahahahahahaha!!!! (Macam la tangan aku nak keluar kat monitor korang erk. Huhu... Sebelum tu juga aku nak ucap terima kasih kepada 2 orang rakan blog aku yang bantu aku waktu blog aku diserang VIRUS!! Nak tahu saper baca sampai habis. hehe... Haaaaaa.... Blog aku kena serang virus weiiiii..... kah kah kah. Ayat budak-budak. Virus.... Yang gitu-gitu tuuu. Yang membuatkan blog aku telah dikuarantin selama beberapa jam lamanya. Yang membuatkan kerja-kerja aku yang lain sedikit tergendala.

Ada sesaper sini yang blog dia pernah kena serangan virus atau malware? Aku dulu pernah kena sekali tapi tak la menggelabah macam sekarang ni. Virus yang dulu pon dia hilang sendiri setelah aku sembur ngan Ridsect. Hahaha.

Sesaper yang datang ke blog aku 2 hari lepas, pasti tahu blog aku kena serangan virus bila page ni keluar

Malware Detected By Google
Snapshot tu aku curik dari google. Kalut sangat sampai lupa nak amik snapshot aku sendiri. Pada awal kejadian, (ewah. Ayat skema la plak) aku biar kan jer dulu. Sebab aku dah pernah alami kes macam ni, blog aku pulih sendiri. Tapi masuk hari kedua tak ok gak. Aku gelabah la juga... Malware atau virus yang menyerang blog aku ni adalah datang dari pada widget aku yang aku ambil script dia dari satu blog ni. Blog ker, sebab virus tu datang dari nikbir09.ws. Iaitu widget Top Post aku. So sekarang kalau korang kelik pada button "Top 5" tu memang tak function la.

Godek punya godek, menggunakan Virus Scanner yang aku tumpang dari Google, iaitu dari Unmask Parasites maka aku jumpa la punca yang menyebabkan blog aku dijangkiti virus... (alamak, lupa nak amik snapshot lagi!!) Pst.. Aku guna anti virus free jer. hehe.. 

Aku nak tanya korang la. AntiVirus yang kita install kat komputer kita tu, boleh juga ker dia detect virus yang terdapat pada website??? Kompius aku. Yer la aku ni tak pandai sangat bab-bab komputer ni. hehe..

Ok, punca dah tahu, tiba masa untuk buang virus tu. Ni yang masalah ni. Puas aku cari kat template blog aku, tak jumpa-jumpa. Sampai berjanggut aku cari kat mana virus tu. Disebabkan tak jumpa, aku munggunakan khidmat W3C ni. Jumpa virus tu, tapi tak leh buang la plak..sampai berpinau biji mata aku ni ha.


Dalam pada masa yang sama, aku dah announce problem aku kat FB. hehe.... Waktu ni la, heroin datang. Muahahahaha... Heroin la sebab yang tolong aku ni blogger perempuan. Sekejap jer weh dia detect virus tu. Aku ni berejam. Memang tera la dia. Memang aku suspect lah. Siapa dia. Baca lagi sampai habis. hehe.. Sebab apa aku kata dia tera sebab dia settlekan masalah aku sambil makan Chipsmore jer! Aku sampai tak makan-makan!! Grrr... 

Aku kaburkan nama FB dia sebab dia ni tak suka promotion sangat. Hehe.. Kang aku announce tak pasal2 dia lekuk kepala aku. Tak ke naya. :P
Akhirnya setelah mendapat penerangan dari member aku ni, aku terus buang widget "Top Post" tu dan masalah aku pon settleeeeee.....

Kesimpulannya, kalau blog kena virus, Scan, dapat tau nama nama virus tu, selongkar la blog korang, dah jumpa, say goodbye la. Huhu... Nak lagi detail korang google jer...Ok? Aku dah penat wei menggoogleeee....
Sampai nak muntah hijau aku!! 

Sekali lagi ribuan terima kasih aku ucapkan kepada rakan blog aku tu. Siapa kah dia???? Dia adalah...... Hm... Apakata korang pegi sendiri ke blog beliau... Adaaaa gak menyumbang traffik. Iyer dak? Hehehe.... Ni blog dia... Serious... Member aku ni sempoi!! Member aku ni low profile k. Banyak ilmu tuuuuu...... Member aku yang lagi sorang ni pulak lelaki, dia yang gtau aku blog aku kena virus walaupon aku dah tahu.. Ok la tu kan, aku tau ker tak tau ker belakang kire, janji niat dia baik nak inform kat aku. kan kan kan? Ni blog dia. Girl-girl yang masih single mingle tu boleh la try nasib. Hensem tuuuuu... Muahahahahahahaha...... Cabuttttt!!!!

Alexa Rank Penting Ker??

Alexa Rank
Salam rakan-rakan sekalian. Moga sihat dan senantiasa berada dalam keadaan gembira bersama keluarga. Maaf kerana tidak dapat melawat blog korang semua diatas masalah-masalah yang aku hadapi sekarang. Keutamaan hanya diberikan kepada korang yang meninggalkan komen atau melawat blog aku. Jutaan maaf aku mohon.

First sekali jangan cakap aku master ker apa ker atau nak tunjuk pandai ker apa ker bila aku buat entry ni. Entry ni lebih kepada aku nak kongsi jer lah ngan korang apa yang aku dapat kan. Alexa aku drop wehhhh..... Dah lah ciput. Drop pula. Sengalll jer aku rasa. Yang paling aku terasa, dulu waktu aku rajin update blog, alexa rank aku memang cepat jer naik, sekarang makin menurun dan terus menurun. Lagi satu, kesan terhadap....................Nuffnang!! Jangan terkejut. Baca dulu. Ngee...

Apakah Alexa? Apa pula Alexa Rank?
Alexa adalah sebuah laman web yang bertindak mengumpul serta menganalisis data-data sesebuah blog ataupun laman web yang seterusnya memberikan ranking terhadap sesebuah laman web itu. Ranking yang diberikan pula mampu memberikan gambaran kepopularitian terhadap sesebuah blog itu. Semakin rendah ranking yang diberikan semakin popular website atau blog tersebut dan sebaliknya. Terdapat 2 penilaian Alexa Rank iaitu Ranking dari seluruh dunia dan ranking negara (Macam kita ranking Malaysia lah kan)

Bagaimana Alexa Rank dinilai?
Sememangnya Alexa Rank yang diperolehi adalah tidak tepat berbanding Google Page Rank. Ini kerana salah satu cara Alexa Rank dinilai adalah melalui Alexa Toolbar yang dipasang pada browser laman web. Data-data traffik yang melawat satu-satu laman web tersebut adalah berpandukan Alexa Toolbar tersebut. Ianya dikatakan tidak tepat kerana data-data yang terkumpul adalah tidak merangkumi keseluruhan pengguna internet di dunia. Data hanya dikumpul melalui pengguna laman web atau blog yang berdaftar dengan Alexa sahaja.

Semakin ramai pelawat, semakin cepat Alexa rank naik..... Betul ker???
Selain daripada kuantiti pelawat atau pengunjung, kuantiti web yang berdaftar dengan Alexa juga mempengaruhi Alexa Ranking. Google dan yahoo merupakan laman web yang mempunyai ranking alexa yang tinggi yang mana satu ketika dahulu Google menduduki Alexa Rank #1 dan Yahoo pada ranking #2. Kedua-duanya mempunyai Alexa Rank yang tinggi, tetapi setelah Facebook tercipta, Yahoo telah jatuh pada kedudukan #4. Didalam situasi ini dilihat kuantiti pelawat satu-satu laman web itu bukan penentu untuk memastikan Alexa Ranknya terus naik, kuantiti web juga mempengaruhi Alexa Rank. Begitu juga dengan blog atau laman web yang lain, rankingnya mungkin akan terus jatuh saban hari kerana adanya laman-laman web atau blog-blog baru yang dihasilkan dan berdaftar dengan Alexa yang mewujudkan persaingan diantara laman-laman web tersebut. Atau Alexa Ranknya berterusan naik walaupun tidak ramai pelawat kerana banyak laman-laman web atau blog yang tidak terupdate dan seterusnya terkubur. Pada ranking 1,000,000 dan kebawah persaingan mungkin kurang terasa dimana jika diperhatikan ranking akan terus naik sehingga paras dibawah 1,000,000. Tetapi pada ranking mungkin 300,000 persaingan mula terasa dan naik turun ranking mungkin dapat diperhatikan.

Reach View??? Page View???
Bagaimana Alexa mendefinisikan "Reach View". Alexa akan mencatat "Reach View" hanya pada kunjungan pertama kali pelawat atau pengunjung satu-satu laman web tersebut. Pada kunjungan seterusnya ianya tidak dicatat sebagai "Reach  View" lagi. Reach View = Unique visitor. Dalam situasi ini sekiranya pengunjung satu-satu laman web itu adalah orang dari IP yang sama (komputer yang sama), walaupun pengunjung tersebut telah melawat satu-satu laman web atau blog itu, unique visitor tetap dicatat sebagai 1 unique visitor sahaja. Berbeza dengan "Page View", jika terdapat seorang pengunjung laman web (unique visitor) melawat laman web tersebut, ianya dikira 1 unique visitor, tetapi jika pengunjung yang sama klik pada tajuk entry yang lain, Alexa akan menganggap blog tersebut telah dikunjungi oleh 2 unique visitor. Jadi tidak hairanlah jika laman web atau blog yang mempunyai ramai pengunjung tetapi Alexa Ranknya tidak naik sedangkan laman web atau blog yang tidak mempunyai ramai pengunjung, Alexanya terus meningkat. Kuncinya......"Page View".

Apakah kepentingan Alexa Rank ini?
Selain dari memberi imej kepopularitian sesebuah laman web, Alexa Rank ini mempunyai satu lagi kepentingan yang jika disedari, pasti ramai yang berebut-rebut untuk meningkatkan ranking Alexa. Kepentingan tersebut adalah dari segi pengiklanan. Pengiklan mungkin menjadikan Alexa Rank sebagai kayu ukur untuk meletakkan nilai satu-satu iklan didalam laman web atau blog tersebut. Semakin tinggi ranking yang diperoleh semakin tinggi nilai iklan tersebut. Contoh iklan, Pay-Per-Click. Kalau dari sudut Nuffnang pula, mungkin semakin tinggi ranking, semakin banyak BE yang diperoleh. Kot la kan..... :P

Kesimpulannya.... Traffik mempengaruhi Alexa Rank. Bukan Alexa Rank mempengaruhi traffik... Kan kan kan....???

Sumber : Wong168

Filem Cun! Yang Memang Cun!


Salam kawan-kawan sekalian. Moga sihat hendaknya yer.

Entry aku kali ni lain dari yang lain sikit. Huhuhu.. Sebab aku nak buat citer pasal aku tengok movie Cun! arahan Osman Ali..lakonan Remy Ishak dan Maya Karin. Lain dari yang lain kot sebab sebelum ni aku tak pernah lagi kot buat review filem. Hehe.. Filem Cun! arahan Osman Ali ni ditayangkan di pawagam pada 31 Mac 2011. So kira tak la lewat sangat aku buat review ni kan walaupon sememangnya dah lewat. Muahaha.. (Aku tak tau pon filem ni ditayangkan pada 31 Mac.. hehe.. sebab aku ni bukan kaki panggung ponnnn :P ) Dan..... Aku tengok filem ni pon bukan kat panggung. Tapi kat kilang. Ok.. Aku tak marah kalau korang nak kata aku ngular*..huhu...

Sebenaqnya aku tak tau pon cerita Cun! ni, ye la kalau aku tau pon, sah aku tak p* tengok punya. Tapi hari tu tengah aku guna komputer, kawan aku kata tengok cerita tu sat*, dia baru tengok setengah. Aku pon bukak la filem Cun! ni yang memang dah ada kat dalam komputer tuuuuu.... Mula-mula aku kata macam cerita mengong-mengong ja. Dah la intro dia cerita pasai* artis, lagi la bertambah kemeluatan aku. huhu... Layan punya layan cek* habaq* kat hampa... Sekali syok woo cerita diaaaa.... Sampai habeh la aku tengok filem tu aku habaq kat hampa (Jimat duit aku tuk masuk panggung.. :P )

Cerita dia macam ni lah lebih kurang no... Mengisahkan Luna Latisya lakonan Maya Karin, seorang pengacara rancangan TV Meletops yang preh ngan balak dia Ryan Hidayat lakonan Jehan Miskin apabila Ryan ni seorang pelakon terkenal terkantoi ngan Luna sewaktu crew Meletops ni membuat kejutan di rumah Ryan untuk menyambut hari jadi Ryan ni dimana pada waktu itu si Ryan ni sedang berehem-ehem dengan artis baru.... Akibat preh menonggeng dengan balak dia bernama Ryan ni, Luna mengajak rakannya Tom lakonan Fezah Elai yang melakonkan watak sebagai PA si Luna ni untuk pulang ke kampung si Tom ni kat Kedah. Sewaktu pulang ke Kedah tu, kereta si Luna ni tersangkut la pulakkkk kat kawasan bendang*...... Tak tau nak buat apa, diorang pon bermalam la kat dalam kereta tu sampai pagi...... Keesokan harinya, diorang terserempak la plak dah dengan kawan lama si Tom niii.... Atannnnn... Lakonan Remy Ishak (Haaaa...Time ni Hero baru muncui no) bersama adik dia Maneh lakonan Nadia Nissa, seorang remaja istimewa... Tom dan Luna dibawa ke rumah nenek depa* Tok Chah lakonan Kartina Aziz.... Haaaaa.....Bermula dari pertemuan tu laaaa macam-macam perangai hampa* boleh tengok... Depa duk gaduh, bertengkaq, berkelahi semua ada. Lawak ada, sedih pon ada. Cerita Cun! ni nak cerita macam mana pemuda kampung cuba tuk ngorat aweq bandaq. Haaaa..... Hampa rasa dapat ka si Remy ni ngorat si Luna? Hampa tengok sendiri no. Sapa-sapa yang tak p tengok lagi tu, hampa pi lah tengok. Berbaloi aku habaq kat hampa. Maap la no aku cakap pelat utaqa sikit. muahahaha.. Aku jadi suka tengok sebab aku orang kampung gak... Cuma tak pernah berkubang ja... Memang beza wei cara orang kampung n orang bandaq ngorat.. Kekeke...

--------
Ngular = ponteng kerja
Preh = Frust
P = Pergi
Sat = Sekejap
Pasai = Pasal
Cek = Aku
Habaq = Beritahu
Bendang = Sawah padi
Depa = Diorang

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks