Perhatian Kepada Penggemar-penggemar KANGKUNG!!

Assalamualaikum rakan-rakan sekalian. Moga berada dalam keadaan sihat. 

Sebelum aku menulis entry kali ni, aku nak mintak maaf kat korang semua sebab aku sekarang agak sibuk, blog lama tak terusik, blogwalking apa lagi. Sorry sangat-sangat. Nanti bila aku ada masa, aku akan melawat blog-blog korang.

Aku rasa korang semua tau apa itu kangkung kan? Dan pernah makan kangkung. Daripada aktiviti menggoogle yang aku lakukan. Dibawah aku sertakan sedikit fakta mengenai sayur kangkung ni.
* Berasal dari India. Dan disebarkan ke Malaysia, Birma, Indonesia dan China.
* Berasal dari keluarga sayuran yang mana bahasa saintifiknya Convulvulaceae.
* Antara tanaman yang tumbuh dengan cepat iaitu sekitar 4-6 minggu.
* Terdapat dua jenis kangkung iaitu kangkung darat juga kangkung air.

Khasiat kangkung.
Kangkung dipercayai mampu membuang toksin/racun didalam badan. Caranya adalah dengan mengambil 500g akar kangkung, batang dan daun kangkung, dikisar dengan air dan diminum. Antara lain khasiat kangkung adalah
* Mengurangkan haid - 500g kangkung dikisar dengan air, seterusnya dicampur dengan madu dan diminum. Sekali sehari.
* Sakit kepala - Minum air rebusan kangkung.
* Insomnia - Mengamalkan makan kangkung tumis tanpa batang.
* Kelumumur - Seikat daun kangkung direndam semalaman sehingga air berwarna kebiruan. Cuci rambut menggunakan air rendaman kangkung tadi.
* Digigit lipan - Gilis daun kangkung bersama garam, letakkan ditempat yang digigit dan balut.
* Gusi bengkak - akar kangkung direbus bersama sedikit air dan cuka. Air rebusan dikumur.

Vitamin
* mengandungi vitamin A, B1 dan C selain protein, kalsium, fosforus, besi, karoten, hentriakontan, dan sitosterol.

TETAPI AWAS!!!!!!
SILA BACA EMAIL YANG AKU DAPAT NI YER. KALAU TAK CAYE, SILA CALL NO YANG DIBERIKAN.

BAHANA KANGKUNG
Aku tak dapat bayang kalau ada *&*^$# dalam perut aku. Sorry geng kalau aku buat korang hilang selera pada kangkung. :(

Drama Bersiri Juvana | Aku Bukan Balachi Kau!

Drama bersiri Juvana
Assalamualaikum..... Kepada rakan-rakan sekalian... Dan juga peminat-peminat drama bersiri Juvana... Akhirnya tamat juga keseluruhan 13 episod Juvana ni aku tonton. Alhamdulillah.

Aku tak sure pembaca-pembaca blog aku ni menonton atau pon tidak drama bersiri Juvana ni. Minat atau tidak drama bersiri Juvana ni. Tapi apa yang aku tahu, drama ni sarat dengan iktibar dan pengajaran. Baik buruk sikap atau perlakuan seseorang itu kadang bukan datang dari kemahuan dia sendiri.... Namun seseorang itu mampu memilih untuk menjadi baik atau sebaliknya.....

Seseorang remaja itu boleh terjebak dengan masalah sosial ni mungkin kerana latar belakang keluarga seperti botak yang menjadi liar kerana sikap ayahnya sendiri yang sering mendera.... Minda remaja akan rosak kerana sering didera atau cara mengajar yang salah yang mana remaja itu akan hilang keyakinan diri. Sampai satu tahap, keyakinan diri itu akan dicapai dengan cara memberontak. Mengikut jejak orang yang dia benci a.k.a yang mendera dia.


Botak - Johan Asa'ri


Mungkin juga kerana desakan hidup... seperti apek... Seorang anak yang baik tetapi terpaksa melakukan kejahatan kerana tidak sampai hati melihat ibunya yang sakit tetapi terpaksa membanting tulang membesarkan dia dan adik-adiknya.

Apek - Shazwan Zulkifly
Boleh jadi hilang tempat bergantung dari kecil yang mana tidak ada orang yang dapat menunjukkan jalan yang betul untuk menjadi insan cemerlang..... Seperti Kedah. Seorang kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa sejak kecil dan terpengaruh dengan pujukan rakan yang telah memilih jalan yang salah.

Kedah - Fimie Don
Ayam... Punca yang sering disebut-sebut sebagai punca keruntuhan akhlak remaja sekarang iaitu kurangnya perhatian dari ibu bapa sehingga mereka bebas melakukan perkara yang salah.

Ayam - Adam Shah
Apa yang menarik dalam drama Juvana ni pada mata aku adalah bagaimana kekuatan minda tu mampu melawan fikiran negatif yang selama ini telah lama bersarang didalam minda remaja-remaja tu dimana mereka beranggapan yang mereka itu adalah manusia jahat yang sememangnya tidak dapat diubah..... Bagaimana kekerasan dapat ditundukkan dengan kekuatan minda... tanpa menggunakan sebarang kekerasan tetapi menggunakan pendekatan Psikologi. Minda jika digunakan dengan baik, mampu menjadi senjata yang paling tajam.

----

Sorry kawan-kawan, aku tak nak citer jalan drama bersiri Juvana ni sebab aku rasa banyak juga kot blog-blog yang citer tentang drama ni, dan aku rasa ramai juga rakyat Malaysia yang menonton drama ni. Aku dengar drama ni antara drama yang popular.

Kepada sesiapa yang senasib dengan aku iaitu rumah dia tak ada tv, maksud aku rumah bujang, hanya ada komputer juga sambungan internet. Ataupun ada tv tapi tak ada Astro, siaran tv out! Boleh lah tengok melalui tonton.com.my

Kisah aku.......hanya pada episod ke 12 baru aku dapat tengok drama Juvana ni melalui tonton.com.my ni..hahaha.... Sebelum tu, aku tak tahu pasal tonton.com.my ni.... Rumah bujang aku pulak siaran tv3 "clear" sangat sampai merenik mata aku. Muahaha


Apa-apa pun.... Semuanya terletak pada diri masing-masing, jalan mana yang hendak dipilih. Jalan hitam atau jalan putih.... Dan yang penting juga.... AKU BUKAN BALCHI KAU!!!! YEAH!!

Mudah Tak Beerti Senang......

INI BUKAN IKLAN MUDAH.MY YER
Assalamualaikum rakan-rakan sekalian. Moga sihat hendaknya dan gembira disamping orang tersayang? Bagaimana hari-hari korang? Semoga senyuman sentiasa terukir dibibir.

Aku tak pasti entry ni aku dah pernah publish atau belum sebelum ni. Malas nak godek-godek blog ni..hehe.... Idea untuk aku buat entry ni lahir setelah aku terbaca 2 entry dari blog ni dan juga blog ni... Lama dah.. Cuma tak terbuat-buat. huhu

P/S : Asal tak dapat update dari blog ko bro Nizam??? Ayayayayayaiiiii....Last entry yang aku dapat "Anggaplah diri ini kerugian apabila anda tidak melakukan sebarang perbuatan yang baik" Sebulan yang lepas. Aku dah follow lain :P

"Mudah...." Sapa orang melayu yang tak pernah sebut perkataan tu, meh aku nak karate leher dia. Muahaha..
Mudah membawa maksud "satu-satu perkara atau perlakuan yang tidak sukar" Perkataan lain bagi "Mudah" adalah "Senang". Betul tak?

Mudah sinonim dengan senang. Tapi sesuatu yang MUDAH tak semestinya SENANG. Paham tak ayat aku ni?? Aku ni pakar dalam memutar belitkan sesuatu fakta. hahahahaha

Pernah tak terbaca ayat macam ni? "Hanya Online 2-3 jam sehari dari rumah, anda mampu jana ribuan ringgit ke dalam poket anda" (Sebelum korang nak menyampah dengan ayat tu, bagi aku menyampah dulu boleh :P ) Ayat diatas contoh saja k dan aku bukan nak cerita pasal MLM pon. Bila seseorang yang baru nak mengenal dunia ni sikit, bila dia terbaca ayat tu, pasti dalam hati dia cakap. "Wah senangnye nak kaya..." Kan?? Ayat pukau dia "2-3 jam sehari". Tanpa seseorang tu sedar, 2-3 jam yang dia anggap mudah tu sebenarnya........... SUSAH! Seseorang tu yang baru baca ayat tu akan anggap mudah hanya bila dia baca tanpa menyelami maksud sebenar "2-3 jam" tu. Bila dia dah cuba untuk lakukan kerja-kerja 2-3 jam tu untuk kaya, dia akan berasa susah dan akan sedar kesusahan tu (Ayat racun ni... :P )

Mudah ni pada aku hanya pada zahirnya sahaja lah..... "Saya tak pernah bawa kereta. Tapi senang je kan nak bawa kereta saya tengok. Start enjin, masuk gear, tekan minyak" Yer lah senang... Ko cuba bawa tengok, masuk longkang ke tak?? Hehehe.. Maksud aku kat sini, Mudah yang disetkan didalam minda tak bermaksud senang apabila dipraktikkan. MUDAH tu hanya akan menjadi SENANG apabila disertai dengan percubaan dan perlakuan. Setuju tak? Bila dah cuba, bila dah buat... yang dianggap SUSAH pon boleh jadi SENANG.

Minda seseorang yang terlalu banyak dirembes dengan bahan kimia yang dikenali sebagai "MUDAH", apabila dia menemui sedikit kesukaran, seseorang tu akan cepat mengalah. Percaya tak? So, jangan terlalu percaya dengan perkataan "MUDAH" dan jangan teralu confident yang korang akan berjaya dengan mudah sebelum melakukan sesuatu perkara tu. Kurangkan sikit confident level tu sebab minda dapat bersedia apabila menemui kesukaran :)

P/S : Dulu waktu dalam pertandingan Te Kwon Do, Disebabkan terlalu yakin dengan performance aku, terlalu yakin dengan kehebatan aku. Aku kalah dalam pusingan pertama. Jangan terlalu yakin k. :P

P/S/S : Sebelum nak jadi kaya.....nak jadi jutawan ker apa ker..... Jangan nak berangan jer. Usaha! Baru dipermudah jalan tu. Hehehe

P/S/S : Hoyeh!! Aku dah berjaya buat korang semua pening-pening lalat dengan entry aku ni...muahahahaha....Maafkan saya...Tumpang lalu...Nak g kedai jap. Beli panadol....... :P

Wordless Wednesday....




lol....

Erti Sebuah Persahabatan...

Assalamualaikum rakan-rakan sekalian.............. Alhamdulillah. Aku kini kembali ke alam maya yang amat aku rindui. Walaupun masalah aku belum 100% selesai tapi aku tak dapat menahan rasa riindu dihati terhadap blog aku ni..... Juga rindu aku kat korang. Membuak-buak rasanya rindu ni. :P Thanx kepada rakan-rakan yang memberi nasihat dan juga semangat..... Mereka adalah
Fairus - Member kamcing gua ni..... Kipas sikitttt.... :P
Korang memang tarbaik!!

Terima kasih juga kepada rakan-rakan blog yang masih sudi datang menjengah ke blog aku yang semakin sunyi ni.... :)

rakan yang baik adalah mereka yang sanggup berkongsi suka dan duka rakan-rakannya yang lain.....
Seorang rakan belum tentu layak mendapat gelaran seorang sahabat.... 
tetapi seorang sahabat..... sanggup berkongsi lebih daripada apa yang dikongsikan daripada seorang yang digelar rakan.........mungkin juga dari seorang saudara..... Sometimes...

Bermadah pujangga pulak aku malam ni.... Sila muntah hijau.. Hee 

Erti Sebuah Persahabatan

.......................

Ku ingin mencari damai di hati.....................
Moga kita bertemu kembali..................

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks