Amry's Blog

Pages

Sunday, May 19, 2013

Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai Meninggal Dunia

Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai, Sharudin Ahmad Meninggal Dunia

Sharudin Ahmad 'Din Protokol' Meninggal Dunia

Siapa yang tinggal dekat Bagan Serai mesti agak terkejut dengan kematian Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai, Sharudin Ahmad atau lebih dikenali sebagai 'Din Protokol' di sekitar Bagan Serai. Sharudin Ahmad merupakan calon BN bagi Dun Selinsing pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

2 3 hari aku dengar arwah dimasukkan ke hospital kerana koma disebabkan jangkitan kuman pada jantung dan buah pinggang. Dan malam tadi, jiran rumah bagitahu 'Din Protokol' sudah meninggal dunia di Hospital Taiping. Satu berita yang agak mengejutkan.

----------------------------------------------------------------

Kali terakhir aku berjumpa dengan arwah Sharudin atau 'Din Protokol' sewaktu bekerja dekat ............ di Bagan Serai. Tanpa mengira fahaman politik, pada aku beliau seorang yang baik. Waktu aku bekerja di ............, masih sempat dia tegur, bersalam dan bertanya khabar aku (pertaman kali bertegur)

Ayah aku sering juga minta bantuan daripada arwah dan arwah tidak keberatan untuk membantu. Pernah juga arwah menghadiri kenduri kahwin adik perempuan aku dulu.

p/s - Anak kepada kawan ayah aku yang bekerja nurse ada bagitahu yang arwah Sharudin ni dah lama menghidap penyakit jantung dan buah pinggang tapi jarang membuat pemeriksaan kesihatan. Takziah diuzapkan kepada keluarga arwah Sharudin Ahmad 'Din Protokol'. Al- Fatihah

Saturday, May 18, 2013

Ustaz Kazim Elias Berhenti Beri Ceramah

Ustaz Kazim Elias Berhenti Beri Ceramah | Kecewa Difitnah


Aku rasa ramai yang kenal dengan penceramah bebas Ustaz Kazim Elias dan juga pengarang buku "Tuhan Sedang Menguji Kita". Ustaz Kazim Elias Al Hafiz 41 tahun yang mengambil keputusan untuk berhenti dari memberi ceramah adalah kerana kecewa akibat difitnah serta dituduh memberi ceramah berbau politik sehingga dilabel sebagai 'Ustaz Politik'

Selain kecewa difitnah, Ustaz Kazim Elias juga bimbang akan keselamatan dirinya yang pernah menerima ugutan pukul dan bunuh di rumah serta pusat pengajiannya di Pusat Pendidikan Al-Barakah, Manjoi, Perak selain dimaki hamun di blog dan facebook miliknya.

Baru-baru ini, Ustaz Kazim mendakwa hampir disimbah cuka berhampiran rumahnya.

"Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab" Ustaz Kazim

Sumber - Hmetro 18 Mei 2013

-----------------------------------------------------------------

p/s - Lahanat puak-puak yang buat kerja macam ni! Politik lebih penting dari agama. Sebab tu kalau ada orang cakap malas nak amik port pasal politik, jangan marahkan orang tu sebab politik kat malaysia ni KOTOR!! Sorry to say! Sapa yang sakit hati dengan tulisan aku ni, terima jer lah. Tak yah taksub sangat dengan politik!!!

Friday, May 17, 2013

FireFly Tawar Tambang Murah

FireFly Tawar Tambang Murah Sempena Ulang Tahun Ke-6

Harga Tiket FireFly

Sempena ulang tahun ke-6, syarikat penerbangan komuniti milik Penerbangan Malaysia (MAS) FireFly Sdn Bhd menawarkan tambang murah untuk 500,000 tempat duduk untuk semua destinasi penerbangan dari 13 Jun 2013 hingga Mac 2014.

Kempen tambang murah FireFly ini menawarkan tiket penerbangan sehala bagi laluan dalam dan luar negara pada harga serendah RM49 hingga RM249

Promosi tambang murah FireFly berharga RM49 adalah untuk semua penerbangan sehala dalam negara manakala RM99 untuk penerbangan sehala dari Malaysia ke Singapura dan Indonesia iaitu Batam, Acheh, Medan dan Pekan Baru.


Untuk perjalanan sehala ke Phuket dan Koh Samui di Thailand adalah RM149 dari Pulau Pinang manakala RM249 dari Subang

Tambang murah yang ditawarkan FireFly ini termasuk caj atau kos tambahan yang perlu dibayar oleh penumpang.

Selain menawarkan tambang murah, pelanggan juga berpeluang memenangi iPad Mini Apple jika mereka membeli tiket dari 13 Mei hingga 12 Jun depan. Sebanyak 60 iPad Mini Apple disediakan oleh pihak FireFly kepada bakal pemenang yang memenuhi kriteria dan memberikan slogan yang kreatif

Tempahan Tiket FireFly boleh dibuat menerusi http://www.fireflyz.com.my/

Tempoh Musim Panas Di Malaysia

Musim Panas Dijangka Sehingga Bulan September

Tempoh Musim Panas Di Malaysia

Sumber : Hmetro 17 Mei 2013

------------------------------------------------------------------------------

Patutlah membahang sangat aku rasa semalam. Memang panas. Malam pun panas. Hari ni baru hujan.. Sejuk sikit.... Bila la nak boleh pasang air-cond rumah aku ni...

Thursday, May 16, 2013

Kabinet Kerajaan Malaysia 2013-2018

Senarai Barisan Kabinet Kerajaan Malaysia Tahun 2013-2018

Senarai Penuh Barisan Kabinet Kerajaan Malaysia Tahun 2013-2018

PERDANA MENTERI
YAB Dato' Seri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak (UMNO)

TIMBALAN PERDANA MENTERI
YAB Tan Sri Dato' Muhyiddin Bin Yassin (UMNO)

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. YB Dato' Seri Jamil Khir Bin Baharom (UMNO)
2. YB Dato' Seri Abdul Wahid Bin Omar (Senator - Kuatkuasa 5 Jun 2013)
3. YB Senator Dato' Sri Idris Jala (Senator)
4. YB Datuk Tan Sri Panglima Joseph Kurup (PBRS)
5. YB Dato' Seri Shahidan Bin Kassim (PBB)
6. YB Puan Hajah Nancy Binti Shukri (PBB)
7. YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun (PRS)
8. Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)

TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. YB Datuk Razali Ibrahim (UMNO)
2. Waytha Moorthy Ponnusamy (Senator)

MENTERI KEWANGAN
1. Menteri Kewangan 1 - YAB Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak (UMNO)
2. Menteri Kewangan 2 - YB Dato' Seri Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah (UMNO)

TIMBALAN MENTERI KEWANGAN
YB Datuk Ahmad Bin Maslan (UMNO)

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI
1. Menteri 1 - YAB Tan Sri Dato' Muhyiddin Bin Yassin (UMNO)
2. Menteri 2 - YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh (UMNO)

TIMBALAN MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI
1. Timbalan Menteri 1 - YB Datuk Mary Yap Kain Ching (PBS)
2. Timbalan Menteri 2 - YB Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan (MIC)

MENTERI PERTAHANAN
YB Dato' Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein (UMNO)

TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN
YB Dato' Abdul Rahim Bakri (UMNO)

MENTERI PENGANGKUTAN
YB Dato' Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein (UMNO) (Memangku)

TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN
YB Datuk Ab. Aziz Kaprawi (UMNO)

MENTERI DALAM NEGERI
YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi (UMNO)

TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI
YB Datuk Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar (PBB)

MENTERI KERJA RAYA
YB Dato' Fadillah Yusof (PBB)

TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA
YB Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
YB Dato' Seri Mustapa Bin Mohamed (UMNO)

TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
YB Hamim Bin Samuri (UMNO)

MENTERI LUAR NEGERI
YB Dato' Seri Anifah Bin Haji Aman (UMNO)

TIMBALAN MENTERI LUAR NEGERI
YB Dato' Hamzah Bin Zainuddin (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
YB Dato' Hasan Bin Malek (UMNO)

TIMB. MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
YB Dato' Paduka Ahmad Bashah Bin Md. Hanipah (UMNO) (Senator)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
YB Dato' Seri Ahmad Shabery Bin Cheek (UMNO)

TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
YB Dato' Jailani Bin Johari (UMNO)

MENTERI SUMBER MANUSIA
YB Datuk Richard Riot Anak Jaem (SUPP)

TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA
YB Dato' Ismail Bin Abd. Muttalib (UMNO)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
YB Dato' Seri Shafie Bin Haji Apdal (UMNO)

TIMBALAN MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
YB Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB)

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN, DAN KERAJAAN TEMPATAN
YB Dato' Haji Abdul Rahman Bin Dahlan (UMNO)

TIMB. MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
YB Dato' Halimah Binti Mohd Saddique (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN
YB Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar (UMNO)

TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN
YB Dato' Saravanan A/L Murugan (MIC)

MENTERI KESIHATAN
YB Dato' Seri Subramaniam (MIC)

TIMBALAN MENTERI KESIHATAN
YB Dato' Seri Hilmi Bin Yahaya (UMNO)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
YB Dato' Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor (UMNO)

TIMBALAN MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
YB Dato' Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Senator)

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMUDITI
YB Dato' Seri Douglas Uggah Embas (PBB)

TIMBALAN MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMUDITI
YB Dato' Noriah Binti Kasnon (UMNO)

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
YB Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili (PBS)

TIMBALAN MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
YB Dato' Sri Mahdzir Bin Khalid (UMNO)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
YB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob (UMNO)

TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
YB Dato' Tajuddin Bin Abdul Rahman (UMNO)

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN
YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz (UMNO)

TIMBALAN MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN
YB Dato' Joseph Salang Anak Gandum (PRS)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
YB Datuk Dr. Ewon Ebin (UPKO)

TIMBALAN MENTERI SAINS, TEKNOOGI DAN INOVASI
YB Dato' Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah (UMNO)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
YB Datuk Seri G. Palanivel (MIC)

TIMBALAN MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
YB Dato' Dr. James Dawos Mamit (PBB)

MENTERI PEMBANGGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
YB Datuk Rohani Binti Abdul Karim (PBB)

TIMB. MENTERI PEMBANGGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
YB Datuk Azizah Binti Mohd. Dun (UMNO)

Followers

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More