Home » , , » Cerita Sebenar Lelaki Nikah Budak 11 Tahun

Cerita Sebenar Lelaki Nikah Budak 11 Tahun

Cerita sebenar di sebalik kisah viral lelaki nikah budak 11 Tahun.
Isteri dedah cerita sebenar yang buat Nitizen garu kepala...

Cerita sebenar di sebalik kisah viral lelaki nikah budak 11 Tahun.  Isteri dedah cerita sebenar...

Bukan 2 Tetapi 3....

Bak dialog dalam cerita P. Ramlee Madu 3....
"Ku sangkakan 2... Rupanya 3..."
 Yup, kisah viral lelaki berusia 40an yang bernikah dengan seorang budak berusia 11 tahun itu rupanya sudah pun mempunyai 2 isteri sebelumnya dan budak berusia 11 tahun tersebut adalah isteri ketiga... Huhuhu......

Viralnya kisah lelaki yang bernikah dengan budak berusia 11 tahun ini bermula apabila isteri kedua ,Siti Nor Azila Zulkifle atau mesra di panggil  Effa memuatnaik gambar suaminya itu bersama dengan isteri ketiganya dengan ucapan
"Selamat pengantin baru suami ku.
Suami 41
Maduku 11 tahun"

Ikuti penjelasan Effa berkenaan suaminya yang bernikah dengan budak 11 tahun tersebut.

*************

Tidak Mengaku Bernikah Lagi


“Ketika suami ada di rumah, saya tunjuk gambar tersebut yang dihantar madu saya. Dia kata sekarang semua gambar boleh ‘edit’.

“Lepas tu saya cakap tak ada ‘edit’ kalau dah gambar macam ni. Kalau betul kahwin kena cakap dah kahwin… tak boleh main-main. Lepas tu barulah dia kata betullah dia dah kahwin,” katanya kepada kami.

 Pernah Mahu Pinangkan Suami Dengan Wanita Lain


Effa berkata dia tidak terkejut dengan tindakan suaminya itu (berkahwin lagi) kerana pernah terdengar desas-desus suaminya akan berkahwin lagi sebelum ini.

“Namun saya tak sangka perkara itu benar-benar terjadi. Kalau dengan anak dara atau wanita yang lebih berusia saya boleh terima.

“Saya sendiri pernah nak pinangkan seorang wanita untuk suami tetapi dia tolak. Yang buat saya marah sebab dia kahwin dengan kawan sepermainan anak saya"

Suami pun pernah kata tak mungkin dia akan kahwin dengan budak. Jadi saya dan isteri pertama pun fikir perkara yang sama.

Madu Ketiga Rakan Sepermainan Anak Tiri Dan Sering Tidur Di rumah Isteri Pertama

“Isteri baharunya itu kawan dengan anak tiri saya yang berusia 15 tahun. Dia (isteri ketiga) selalu tidur di rumah isteri pertama memandangkan emaknya kerja tukang masak di kedai makan madu saya (isteri pertama) itu,” katanya yang menetap di Gua Musang, Kelantan.

Suami Bernikah Dengan Madu Berusia 11 Tahun Pada 4 Syawal, Di Thailand


Ibu kepada anak empat itu mendakwa suaminya telah bernikah dengan isteri ketiganya itu pada 4 Syawal lalu, di Thailand.

“Saya dimaklumkan mereka telah bernikah di Siam pada raya keempat,” katanya sambil menambah madu baharunya itu juga adalah orang Thailand.
 

 Mahu Suami Lebih Bertanggungjawab

Ketika ditanya mengapa dia berkongsi kisah itu di media sosial, Effa berkata tidak berniat untuk mengaibkan suaminya.

Sebaliknya, wanita berusia 34 tahun itu berkata dia mahu suaminya yang bekerja sebagai ‘tauke getah’ itu menjadi lebih bertanggungjawab terhadap keluarga.
“Saya mahu perkara ini diselesaikan mengikut undang-undang. Saya dan isteri pertama sanggup terima madu kami sekiranya dia menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Duit Belanja Tidak Mencukupi

“Dia kata dia kahwin kerana ikut sunnah Nabi. Tapi adakah dia ikut sunnah Nabi yang lain. Duit belanja saya dan anak-anak pun dia hanya bagi RM50 hingga RM100 seminggu.
“Anda rasa cukup ke nak tanggung empat orang anak? Tapi bagi dia wang tu dah banyak,” dakwanya.

Dakwa Effa, dia terpaksa menanggung keperluan keluarganya dengan berniaga di atas talian secara kecil-kecilan.

“Saya terpaksa berniaga kalau tak macam mana nak beli susu, pampers dan lain-lain keperluan.
Suami hanya sediakan rumah dan kereta saja.
“Saya cakap kat suami saya tak nak bekerja. Saya dah penat… penat segalanya,” kata wanita berasal dari Kota Bahru, Kelantan itu.

Tidak Menjawab Panggilan Telefon

Menurut Effa, dia ada menghubungi suaminya untuk menyelesaikan hubungan mereka tetapi panggilan tidak dijawab.

“Saya sudah tidak jumpa suami empat hari. Saya call dia tak angkat, panggilan mak saya pun dia tak angkat. Mesej saya pun dia tak balas,” dakwanya.

Berita mengenai perkahwinan seorang lelaki berusia 41 tahun berkahwin dengan budak perempuan 11 tahun menjadi bualan hangat netizen selepas perkara itu dikongsi Siti Nor Azila sendiri.

Rata-rata netizen mengecam perbuatan lelaki tersebut yang sanggup berkahwin dengan budak perempuan bawah umur.

Budak perempuan itu didakwa sebagai anak kepada wanita yang bekerja sebagai tukang masak di kedai makan isteri pertama lelaki terbabit dan tidak bersekolah.

**************************************

Isteri bagi Greenlight... Siap tolong pinangkan lagi dengan perempuan lain.... Itu urusan diorang suami isteri dan isteri..
Yang ko gi pilih budak tu buat apa baiiiiiiiiiiiiii??????
11 tahun laaaaaaaa....
Nak try feeling ngan budak 11 tahun, aku tengok budak perempuan 11 tahun pun tak feel.. alahaiiii...
YES! PEDOFILIA, Sejenis penyakit mental.

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment