Home » , , » Petua Merawat Resdung Tanpa Ubatan

Petua Merawat Resdung Tanpa Ubatan

Petua Berkesan Merawat Resdung Secara Traditional Tanpa Menggunakan Ubat Ubatan

petua traditional merawat resdung


Tak perlu di terangkan lagi dah apa itu resdung. Rata rata orang di Malaysia ni tahu apa itu resdung dan Rata rata orang di Malaysia ni ada resdung... Parah dengan tak parah, teruk dengan tak teruk sahaja tahap resdung dia tu. Sebab apa admin cakap rata rata orang ada resdung ni? Sebab resdung ni berpunca daripada hama dan bakteria yang ada di udara yang di sedut melalui rongga hidung..
Jadi yang tak ada resdung tu, orang tu mungkin tak ada lubang hidung.. huhuhu...

Mereka yang tahap penyakit resdung nya itu agak parah atau teruk, mungkin kerana kurang menjaga kebersihan diri terutama di bahagian muka atau seseorang itu mempunyai rongga atau liang roma yang besar  yang membuatkan kulit muka lebih banyak memerangkap hama bakteria dan kotoran yang ada di udara berbanding mereka yang memiliki liang roma yang lebih kecil atau halus.

petua traditional merawat resdung


Tanda Tanda Menghidap Resdung Yang Teruk


Tanda seseorang itu menghidap resdung yang parah yang sering kita dengar adalah selalu bersin terutama pada waktu pagi atau bangun tidur. Muka terutama di bahagaian hidung sering berasa gatal. Muka sering naik bintil bintil yang mengandungi nanak bercampur darah (Seperti jerawat).
Yang menghidap resdung ni, kalau dah bersin dan gatal hidung, memang rasa nak cabut hidung tu dan tonyoh dengan sabut dawai.. kan kan akan... haa..

Pada tahap yang lebih kronik lagi penyakit resdung ni, nafas akan berbau... Kalau orang yang tak gosok gigi, nafas dia akan di bau oleh orang lain sewaktu bercakap.. Orang yang mulut dia berbau tu, dia tak perasan pun mulut dia berbau, tapi nafas berbau akibat resdung, empunya badan sendiri tak boleh tahan sebab bau yang busuk (macam bau taik). Kadang sendiri rasa nak muntah. Ini dah tahap kritikal. Sebab dah penuh bakteria di rongga pernafasan tu, dah beranak pinak dalam rongga pernafasan tu.

Makanan yang paling pantang bagi orang yang menghidap resdung ni, makanan yang gatal gatal macam belacan dan udang. Kalau makan benda benda gatal terutama belacan, tak sampai seminit rasa macam ada ulat kat kulit muka tu bergerak gerak. Orang utara cakap merenyam.. Gatal dia macam mana, tanya orang yang menghidap resdung.. Seksa juga la tonyoh hidung tu.

Dan jangan pandang remeh pada penyakit resdung, jika di biarkan, ianya boleh menyebabkan buta, lumpuh atau maut.

Petua Paling Mudah Merawat Resdung Tanpa Ubat Ubatan Moden

Kalau jumpa doktor, paling doktor bagi antibiotik untuk mematikan kuman resdung tu.. Ada banyak petua traditional untuk menghilangkan resdung ni. Kalau pergi farmasi, kain macam lilin tu banyak di jual, di bakar dan asapnya di kenakan ke muka.. Bolehla mengurangkan sikit gatal di muka akibat resdung tu, tapi itu tak lama sebab ia hanya melibatkan lapisan luar kulit muka. Kalau dulu admin pernah tulis tentang perawatan traditional menghilangkan resdung di kampung admin. Yang duduk dekat dekat kampung admin boleh la cuba.

cara traditional merawat resdung

Petua traditional merawat resdung yang paling mudah dan berkesan... Gunakan kayu manis... Tau kan macam mana bau kayu manis... Cara merawat resdung menggunakan kayu manis ni, bakar kayu manis di hujung sampai berasap, sedut asap tersebut perlahan lahan.. Bila sedut asap kayu manis tu, memang agak pecih di rongga hidung, tapi berkesan untuk merawat resdung secara traditional. Amalkan. Sebaiknya di waktu pagi... Lama kelamaan, penyakit resdung tu akan berkurangan, muka akan kurang gatal terutama bahagian hidung dan kurang bersin bersin.. Yang nafas berbau pun, bau tersebut akan hilang dan bernafas juga akan menjadi lebih selesa.

petua tradional merawat penyakit resdung tanpa ubat ubatan


Selamat mencuba petua tradional merawat resdung dari admin.

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment