Home » » Penangguhan Pembayaran Balik PTPTN

Penangguhan Pembayaran Balik PTPTN

Syarat Mendapat Penangguhan Pembayaran Balik PTPTN.
Kemaskini Maklumat Pendapatan Sebelum 25 Julai 2018

Penangguhan pembayaran balik pinjaman PTPTN


Perhatian kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang masih mempunyai baki pinjaman perlu mengemaskini maklumat pendapatan sebelum 25 Julai 2018 terutama kepada peminjam yang berpendapatan kurang dari RM4,000

Penangguhan pembayaran balik pinjaman PTPTN

Anda perlu berbuat demikian sekiranya ingin membuat penangguhan bayaran balik pinjaman seperti mana yang dijanjikan dalam manifesto PRU14 Pakatan Harapan iaitu pembayaran balik pinjaman PTPTN akan dikenakan setelah peminjam bergaji RM4,000 sebulan.

Langkah Kemaskini Maklumat Pendapatan

Langkah pertama, sila layari laman rasmi PTPTN di pautan yang disediakan dibawah:


Kemudian klik pada bahagian kemaskini maklumat pendapatan seperti gambarajah di atas atau seperti di bawah

Penangguhan pembayaran balik pinjaman PTPTN

Seterusnya anda dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan & nombor pinjaman PTPTN masing-masing.
Untuk mendapatkan no pinjaman, boleh hubungi talian careline PTPTN (03-2193 3000) bagi membuat semakan.

Penangguhan pembayaran balik pinjaman PTPTN
Anda hendaklah mengemaskini maklumat yang diminta dengan lengkap dan kemudian klik pada butang hantar.

Anda dinasihatkan supaya membuat kemaskini dengan segera jika ingin memohon untuk penangguhan bayaran PTPTN. Berkemungkinan permohonan selepas tarikh tutup sudah tidak akan dilayan.

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment