Aktiviti Blogwalking

Aktiviti Blogwalking Yang Dah Lama Ditinggalkan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kembali ke udara. Hahaha... Semoga yang baca post ni sihat-sihat la yer.

Jom kita berceloteh. Yang mana ada blog, mesti tahu apa blogwalking kan. Blogwalking adalah kerja kerja melawat blog rakan-rakan yang lain.

Dulu waktu mula-mula berblog, rajin la aku berblogwalking ni. Ada juga aku buat entry pasal blogwalking.
Hahahahaha... Waktu buat entry 'Blogwalking Management' tu dulu, semangat berblog memang berkobar-kobar la. Entry tu dibuat pada tahun 2010!! Oh!! Dah lama rupanya blog aku ni :'(

Kepada yang baru nak berjinak-jinak dengan blog, blogwalking ni salah satu cara la untuk memperkenalkan blog kita kepada blogger lain selain ianya salah satu cara untuk memperbaiki kedudukan blog di Search Engine atau enjin carian macam Google.

Itu kisah dulu lah. Sekarang ni nak blogwalking, malas yang teramat sangat. Blog pun tak terupdate. :(
Selain malas, faktor masa pun mempengaruhi juga. Rindu sebenanrnya nak berblogwalking, Selain mengeratkan hubungan diantara rakan-rakan blogger, ianya dapat mewujudkan satu kepuasan sebenanrnya bila tengok komen banyak dekat post kita kan. Terasa la juga post kita ada yang baca. Hahaha... Tengok saja lah pada post-post aku yang dulu waktu rajin blogwalking, banyak komen-komen yang ditinggalkan. Sekarang ni? Huhuhu...

Baru-baru ni, aku singgah di blog rakan aku yang sememangnya setia singgah datang blog aku ni dari dulu walaupun aku jarang yang teramat sangat singgah blog dia. Tingalkan komen di blog dia jauh sekali.
Terima kasih aku ucapkan kepada saudara Fairus.

Beberapa hari lepas aku ada buat post pasal iklan lucah di blog beliau.
Dan beliau buat post pasal iklan tersebut dan bagi link kat aku. Terima kasih.
Hasilnya 2 blogger baru singgah datang ke blog aku ni dan meninggalkan komen.
Terima kasih kepada Bunda dan Cik Itah kerana bertandang.

Kepada Bunda dan Cik Itah, jangan terlalu berharap saya sering singgah di blog kalian ye sebab saya memang jarang blogwalking sekarang ni :( Kena time rajin InsyaAllah.

Akhir kata, kepada yang baru berjinak-jinak dengan blog, rajin-rajin la blogwalking yer :) Jangan malas macam eden.. :)

--------------------------------------------------

p/s : Dah lama tak berceloteh panjang. Pergh!!

Memikat Hati Pelanggan

Menarik Minat Pelanggan Berbelanja Dan Membuat Repeat Order


Asslamualaikum dan salam sejahtera. Next entry. Huhu....
Entry kali ni pasal perniagaan sikit, lebih tepat marketing strategi atau strategi pemasaran. Aku ni bukan pakar ekonomi. Tapi dah idea ni jer yang ada buat masa ni, sapu je la. Nak update pasal MH307? Tak payahla, aku sendiri tak tahu hujung pangkal.

Idea untuk menulis entry ni dah lama dah, cuma tak berkesempatan nak menulis... Eh, menaip.
Cuba tengok gambar kad yang aku snap kat bawah


Ni bukan 'name card'  atau 'bisnes kad' tapi pada aku anggap lebih kepada promotion card. Kad tu aku dapat waktu aku pergi saloon rambut (first time masuk saloon rambut, selalu kedai india jer RM6 sekali cantas, huhu)

 Kalau tengok pada kad, Pemilik saloon tu buat satu cara supaya customer dia datang balik kat kedai dia untuk mendapatkan servis dia iaitu kunjungan kali ke-10 akan dapat offer percuma cuci rambut atau gunting rambut dan apa-apa rambut lah. Dan pada tarikh hari jadi akan dapat diskaun sebanyak 20%

Cara ni sama macam yang digunakan di pasaraya-pasaraya yang mana di pasaraya ada member kad iaitu bila berbelanja di pasaraya mereka, pelanggan tu akan dapat mata ganjaran yang boleh ditukar kepada pembelian.

Dekat pasaraya, senang sebab ada sistem untuk track perbelanjaan pelanggan. Tapi macam kedai-kedai kecil mungkin susah sikit sebab kena buat manual macam kad di atas.

Yang pasti, cara ni akan membuatkan pelanggan datang balik untuk mendapatkan servis atau produk (repeat order) bergantung kepada faktor-faktor lain lah macam servis perkhidmatan. Kalau servis tak bagus, promote pi lah macam mana pun, pelanggan tak mau punya.

Tak semua perniagaan boleh guna cara ni, lihat keadaan la mana yang sesuai untuk menarik hati pelanggan. Yang pasti, kerja-kerja mempromosi ni memerlukan idea-idea yang kreatif dan fresh. Hohohoho... yer yer jer aku ni :P.

Itu kalau bisnes sebenarlah. Kalau bisnes online, kreadibiliti pula yang penting.

Yang mana ada bisnes tu, pandai-pandai lah cari idea untuk membuatkan produk atau servis korang terlaaajak laris. Pelanggan ni suka offer-offer ni selain produk atau servis yang dapat memberikan kepuasan kepada mereka.

Ok. Cukup merapu meraban untuk kali ni..... Salam.

-------------------------------------------------------------

-Knowledge Not Power, Apply The Knowledge Is Power-


Iklan Lucah Nuffnang

Iklan Lucah Nuffnang Di Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Moga sihat hendaknya disamping orang tersayang. Entry ke-3 untuk bulan Mac.. Dah boleh dikira berapa entry sebulan. Apakah tandanya? huhu....

Idea entry ni tetiba masuk dalam kepala otak aku sewaktu singgah di blog rakan blog aku.
Bertajuk cara mendapatkan Buffered Earning (BE) yang banyak dari Nuffnang. Dah habis baca entry kawan tu, scroll balik kat atas, terkejut dengan satu iklan ni......

Iklan blog lucah

Agak terkujat dengan kehadiran iklan tersebut. Mana tak nya, blog kawan ni blog baik-baik, mana ada cerita lucah. Pembuka kata pun cukup sopan dan baik.

Bukan nak tuju kepada blog kawan aku tu. Ternyata blog dia sangat baik lah.. Tapi dengan adanya iklan Nuffnang yang agak berbaur lucah macam diatas, sedikit sebanyak merosakkan imej blog. Sungguh tidak sopan la iklan tu kan pada pandangan kita orang islam. Ditulisnya pula "Try Me For Free". Apa maksud nya tu? Saja nak tau isi kandungan iklan, aku pun klik, keluar web macam web dating-dating kot. Aku pun tak tahu lah. Screenshot di bawah

Iklan lucah Nuffnang

Aku rasa kawan aku tu dah setting iklan Nuffnang dia supaya tidak ada iklan-iklan berunsur lucah atau minuman keras yang dipamerkan di blog. Mungkin kesilapan dari pihak Nuffnang.

Yang pasti Iklan lucah macam ni sedikit sebanyak akan mencemarkan kreadibiliti pemilik blog terutama kepada mereka yang baru singgah di blog tersebut. Harap-harap kat blog aku ni tak ada la iklan macam tu. Haish!

---------------------------------------------------------

Cara setting iklan Nuffnang :
1. Log In akaun Nuffnang
2. Manage My Blog
3. Klik Update Servey
4. Setting jenis jenis iklan yang korang rasa sesuai dengan blog.

Tips : Kekerapan mengupdate survey juga boleh membantu dengan menambahkan lagi potensi kehadiran iklan BE Nuffnang di blog.

Kalau keluar iklan macam ni boleh hantar 'ticket' kat pihak Nuffnang beritahu mereka pasal iklan ni. Diorang akan check balik

P/s : Blog ni pun sekarang agak banyak dapat BE. Ada betul juga tips kawan aku tu. Nak banyak iklan BE, malas-malas kan diri untuk update blog. hahahaha...Gurau

MH370 | Raja Bomoh Ibrahim Mat Zain Memalukan

Raja Bomoh Memalukan Negara, Agama

Ramai yang follow kes kehilangan pesawat MH370 yang hari ni (14 Mac 2014) sudah masuk hari ke-7. Yang follow kes ni, terutama yang follow melalui Facebook, tentu tahu pasal isu Raja Bomoh atau namanya Ibrahim Mat Zin yang mendakwa boleh membantu mencari pesawat MH370 yang hilang tu.

Betul ke Raja Bomoh ni boleh membantu mencari pesawat MH370 yang hilang tu? Cara apa yang dia guna?
Yang belum tahu, meh tengok gambar di bawah dan bagi jawapan kat atas.
raja bomoh KLIA

Raja Bomoh menggunakan bubu dan anak buluh untuk mencari pesawat yang hilang.

Bomoh mh370

Menggunakan tikar. 3 pembantu menaiki tikar. Seorang seolah-oleh mendayung, seorang memegang bubu dan seorang lagi memegang 2 biji kelapa

raja bomoh ibrahim mat zain

Dua biji kelapa??

Perbuatan bomoh Ibrahim Mat Zin ni mendapat kritikan dan kutukan yang hebat dari rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam kerana ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Dan ritual-ritual tersebut akan memberikan tanggapan yang buruk kepada orang bukan Islam dan negara luar yang pada ketika ini semua tertumpu pada usaha mencari pesawat MH370 di Malaysia yang kononnya ritual tersebut salah satu daripada ajaran Islam. Damn!

guna bomoh cari pesawat mh370

Sedangkan rakyat Malaysia yang beragama Islam sendiri mentertawakan apa yang dilakukan oleh Raja Bomoh, inikan pula orang bukan Islam dan orang luar

bomoh do re mi

Lebih memalukan, Orang bukan Islam lebih tahu menilai apa yang dilakukan oleh Raja Bomoh itu tidak betul. Serius MALU!

Kepada Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin, sudah-sudah lah. Ko cuma buat malu orang Islam jer la..... Buat solat hajat dah la minta petunjuk dari Allah. Tak perlu bertikar, berbubu, berkelapa-kelapa segala...Aduhaiiii...

Misteri Kehilangan Pesawat MAS MH370

Misi Mencari Pesawat MAS MH370

Misteri kehilangan pesawat MH370

Satu dunia dah tahu akan berita kehilangan pesawat MAS MH370 yang berlepas dari KL, Malaysia ke Beijing, China pada awal pagi 8 Mac yang lalu.

Pesawat Boeing 7000-200 yang membawa 227 penumpang termasuk 2 bayi dan 12 anak kapal itu berlepas dari KLIA pada jam 0041 pagi 8 Mac dan dijadualkan tiba di lapangan terbang Beijing jam 0630 8 Mac dilaporkan telah terputus hubungan menara kawalan udara di Subang pada jam 0240 pagi.

Susulan daripada berita kehilangan pesawat MAS MH370 B7000-200 tersebut, usaha mencari dan menyelamat telah dikerah untuk mencari lokasi pesawat tersebut yang kali terakhir dikesan di ruang udara Vietnam dan sehingga kini 11 Mac, masih belum ada tanda-tanda konkrit penemuan pesawat tersebut dilaporkan.

-----------------------------------------------------

Post ni aku bukanlah nak memandai cakap pesawat tu dah terhempas ke dah kena rampas, masuk kawasan Segitiga Bermuda ke atau apa-apa jer. Sebab aku sendiri tak tahu apa yang berlaku. Cuma apa yang dikesalkan, terdapat ramai 'pakar-pakar' yang tidak diiktiraf memberi pelbagai spekulasi terhadap keadaan sebenar pesawat tersebut sehingga mengganggu kerja-kerja mencari dan menyelamat pesawat tersebut.

Cukup sekadar media-media memberikan laporan dari masa ke semasa akan perkembangan pesawat tersebut. Kita yang tak tahu apa-apa ni tak perlulah nak memandai-mandai cakap itu cakap ini melebihi mereka yang terlibat dalam usaha mencari pesawat tersebut. Kita tunggu sahaja laporan-laporan yang disampaikan dari masa ke semasa dan dalam masa yang sama berdoa semoga pesawat MH370 itu selamat ditemui dan selamat kembali.

Sejak kes kelhilangan pesawat MH370 ni, bermacam-macam andaian dibuat. Yang lebih sedih ada pula segelintir yang menjadikan kes ini sebagai bahan lawak. Serious sedih. Tak ada perasaan diorang tu mungkin. Bawah ni aku bagi contoh terbaik mereka-mereka yang tak ada otak.

Misteri kehilangan pesawat MH370
Rasanya reporter ni dah boleh dibuang kerja dah. Join majalah Ujang lagi bagus.
'Juruterbang membunuh diri'?? Adoi laaa...

Misteri kehilangan pesawat MH370
Nasib kau Cina... Kalau tak lumat... Elok dia ni jadi penumpang Pesawat MH370 tu..

Misteri kehilangan pesawat MH370
Lepas aku baca apa yang dia tulis... Hodoh sangat muka dia ni aku tengok. Pun elok jadi penumpang pesawat MH370 atau pun mak bapak dia dalam pesawat tu. Baru ko tahu.

Kat sini, kalau tak tahu apa-apa pasal kes kehilangan pesawat MH370 KL Beijing tu, diam-diam dah la. Bagi orang yang arif buat kerja. Perlakuan memandai-mandai hanya memburukkan keadaan. Fikirkan perasaan ahli keluarga penumpang pesawat tu. Kalau dalam pesawat tu ahli keluarga kita amacam??

Semoga pesawat MH370 B7000-200 selamat ditemui bersama-sama penumpang dan anak-anak kapal.
-PrayForMH370-

Pray For MH370




Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks