Home » , » MH370 | Raja Bomoh Ibrahim Mat Zain Memalukan

MH370 | Raja Bomoh Ibrahim Mat Zain Memalukan

Raja Bomoh Memalukan Negara, Agama

Ramai yang follow kes kehilangan pesawat MH370 yang hari ni (14 Mac 2014) sudah masuk hari ke-7. Yang follow kes ni, terutama yang follow melalui Facebook, tentu tahu pasal isu Raja Bomoh atau namanya Ibrahim Mat Zin yang mendakwa boleh membantu mencari pesawat MH370 yang hilang tu.

Betul ke Raja Bomoh ni boleh membantu mencari pesawat MH370 yang hilang tu? Cara apa yang dia guna?
Yang belum tahu, meh tengok gambar di bawah dan bagi jawapan kat atas.
raja bomoh KLIA

Raja Bomoh menggunakan bubu dan anak buluh untuk mencari pesawat yang hilang.

Bomoh mh370

Menggunakan tikar. 3 pembantu menaiki tikar. Seorang seolah-oleh mendayung, seorang memegang bubu dan seorang lagi memegang 2 biji kelapa

raja bomoh ibrahim mat zain

Dua biji kelapa??

Perbuatan bomoh Ibrahim Mat Zin ni mendapat kritikan dan kutukan yang hebat dari rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam kerana ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Dan ritual-ritual tersebut akan memberikan tanggapan yang buruk kepada orang bukan Islam dan negara luar yang pada ketika ini semua tertumpu pada usaha mencari pesawat MH370 di Malaysia yang kononnya ritual tersebut salah satu daripada ajaran Islam. Damn!

guna bomoh cari pesawat mh370

Sedangkan rakyat Malaysia yang beragama Islam sendiri mentertawakan apa yang dilakukan oleh Raja Bomoh, inikan pula orang bukan Islam dan orang luar

bomoh do re mi

Lebih memalukan, Orang bukan Islam lebih tahu menilai apa yang dilakukan oleh Raja Bomoh itu tidak betul. Serius MALU!

Kepada Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin, sudah-sudah lah. Ko cuma buat malu orang Islam jer la..... Buat solat hajat dah la minta petunjuk dari Allah. Tak perlu bertikar, berbubu, berkelapa-kelapa segala...Aduhaiiii...

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. HMMM.. MACAM2 LER.. SAMPAI SATU TAHAP AKU MALAS NAK DENGAR SPEKULASI TENTANG MH370.. YANG AKU NAK TAHU, IANYA DIJUMPAI SELEPAS ITU BARULAH KITA TAHU APE SEBAB MUSABAB SEBENARNYA..

    ReplyDelete
  2. tah la bro..aku pun pening..banyak sangat spekulasi...tak tahulah yang mana satu betul...

    ReplyDelete
  3. Kesian aku dan orang2 kita yg berada dlm pesawat mh370.aku tk tahu kenapa tapi apa yg pasti aku terbayang wajah kapten zaharie saje.mungkin aku terlalu follow up kesah mengenai diri nya.doaku agar mereka semua masih hidup.sebab aku terasa saperti rindukan kapten zaharie.aku tk tahu mengapa.

    ReplyDelete

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment