Facebook Down Tak Boleh Log In

Kelam Kabut Bila Facebook Down

 Anda peniaga atau menjalankan urusan jual beli di Facebook?
Jika ya, anda tentu perasan bahawa 27 Januari 2015 baru baru ni, Facebook down lebih kurang 1 jam iaitu antara jam 2.10pm -3.10pm waktu Malaysia.


Kejadian tersebut agak menimbulkan kekecohan sebentar terutama bagi mereka yang menjadikan Facebook sebagai medium pemasaran mereka.

Kecoh tak kecoh, jadi liputan media juga la kes Facebook tak boleh access selama 1 jam tu. Admin perasan juga Facebook down sebab waktu nak buka Facebook, tak boleh nak masuk. Katanya web temporary unavailable. Admin ingat line internet admin yang problem, tapi bila ada kawan yang tanya, baru la tahu Facebook down.

Besar tak besar kuasa Facebook kan. 1 jam je pun down, 1 dunia kecoh sampai masuk media. Mana taknya 1 dunia guna Facebook. Yang guna sekadar untuk bersosial tak ada masalah la kan, yang buat bisnes mau tak kalut. Facebook antara medium sosial terbesar dan utama seluruh dunia dan semestinya potensi untuk mendapatkan pelanggan dari Facebook sangat besar.

RAMAI PENIAGA GUNA ALAT INI UNTUK BERURUS NIAGA TANPA MEREKA SEDAR
ADA RAHSIA DISEBALIK ALAT YANG DIGUNAKAN

Baru 1 jam down..... Bagaimana jika Facebook dah berkubur... Atau diharamkan di Malaysia???? Rasanya boleh kena histeria kot terutama yang buat bisnes online guna Facebook. Dapat anda bayangkan??

 Buat Persediaan Dan Tingkatkan Jualan Dengan Shopping Cart Web Jualan


Sebab tu ada pakar Internet Marketer (IM) cakap, sediakan payung sebelum hujan. Jangan bergantung hanya kepada 1 kaedah pemasaran. Pelbagaikan kaedah.

Jadi, apakah kaedah lain yang boleh digunakan? Gunakan blog atau laman web sebagai kedai online anda.
Ops... Untuk perniagaan, ada format untuk blog atau web perniagaan terutama yang mempunyai banyak produk jualan. Kita panggil Shopping Cart atau Web Jualan

Nak kena buat web?? Bukan kerja mudah tu.. Bukan boleh siap dalam 1 hari... Kena beli domain.. kena beli hosting pula.. Kena tau itu, kena tau ini.

Tak perlu risau dan anda tak perlu tahu itu semua... Ini kerana Tuan Saad sedia membantu anda menyediakan kedai online atau Shopping Cart anda dengan design yang amat menarik dan pastinya dapat meningkatkan lagi jualan produk anda ke tahap yang lebih tinggi.

Orang kata, berniaga ni kena ada modal. Nak tingkatkan keuntungan, kena tingkatkan modal.
Anda tak perlu risau kerana anda pasti tidak akan percaya dengan tawaran yang diberikan oleh Tuan Saad ini...

Pilih satu antara 2... Anda sayangkan modal anda sekarang atau anda sayangkan perniagaan anda di masa mendatang.

Klik link ini atau banner dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tawaran Tuan Saad untuk membantu anda membina kedai online anda.

Pstt... Jangan terkejut dengan harga yang ditawarkan oleh Tuan Saad.

Kereta DeLorean Back To The Future

Kerete DeLorean Filem 'Back To The Future' Ditemui Di Miri

Korang pernah tengok filem 'Back To The Future' tak? Lakonan Michael J Fox. Filem tentang pengembaraan masa yang diterbitkan pada tahun 1985.

Kalau korang pernh tengok, korang mesti tahu kereta DeLorean yang digunakan dalam filem tu sebagai mesin merentas masa. Waktu admin kecil kecil dulu, filem 'Back To The Future' ni antara filem kegemaran admin dan memang suka cerita cerita feksyen tentang masa ni. huhu

Di Miri, Sarawak ada yang mendakwa menjumpai sebuah model kereta seakan-akan kereta DeLorean yang digunakan dalam filem tersebut

Model kereta De Lorean Back To The Future
Model kereta sebenar DeLorean dalam filem Back To The Future

Gambar kereta delorean back to the future di miri
Kereta yang seakan-akan model DeLorean yang di temui di Miri, Sarawak
Kereta tersebut diletakkan di bawah garaj kereta bersebelahan kereta BMW dan tayar hadapan kereta model DeLorean itu telah pancit dipercayai kerana terlalu lama parking.
Kereta ini dikatakan pernah dimiliki oleh keluarga Sultan Brunei sebelum berpindah tangan kepada orang Miri.


Yang suka barang 'rare' atau antik terutama peminat kereta mesti rasa geram tengok kereta ni terutama yang meminati filem 'Back To The Future'.

Jom tonton filem Back To The Future... Trailer jer la... hehe

Lumpuh Gara Gara Semut Selangor

Lumpuh Akibat Gigitan Semut Selangor

Pernah dengar semut selangor? Pernah nampak? Pernah kena gigit?


Aku tak pernah kena gigit lagi la, tapi kawan pernah kena gigit dengan semut selangor ni.. Katanya sakit juga kalau kena gigit dengan semut jenis ni. Mau bengkak juga tempat yang kena gigit tu. Kalau yang jenis antibodi tak kuat boleh demam juga dibuatnya, ada juga yang sampai pengsan.

Mungkin pada yang tak tahu mungkin beranggapan ia suatu yang kelakar.. Yer la kan, semut jer pun boleh sampai demam atau pengsan.

ANDA PENGGUNA HANDPHONE? KLIK SINI

Di Tanjung Tokong ada kes gara-gara gigitan semut selangor ini pada tahun lalu, kini mangsa telah lumpuh. Tambahan pada waktu dia digigit, dia pengidap kencing manis dan dari gigitan itu, luka akibat gigitan semut selangor tersebut menyebabkan penyakit kencing manisnya bertambah teruk sehingga isi kulit di tempat gigitan semut tersebut keluar akibat bisa semut tersebut.

Dalam tempoh setahun itu, sudah 6 kali dia terpaksa dibedah untuk mengubati penyakitnya itu dan disebabkan kesakitan yang dialami, buah pinggangnya menjadi lemah dan kini telah lumpuh.

bahaya gigitan semut selangor

Klik gambar untuk sumber.

Video selingan - Cara halau semut tanpa bahan kimia

Adira Jatuh Di Pentas Mentor Legend

Video Adira AF8 Jatuh Di Pentas Mentor Legend


Ada yang follow rancangan realiti TV3 Mentor Legend kat sini? Kalau korang search Adira AF8 Jatuh Atas Pentas tu ya la tu kan korang follow.

Kalau korang tengok rancangan Mentor Legend ahad lepas tentu korang perasan insiden Adira terjatuh di atas pentas selepas membuat persembahan bersama protege Mas Idayu, Tuah.

Adira jatuh mungkin disebabkan gaun kuning yang dipakai terlalu labuh mencecah lantai menyebabkan dia terpijak gaun yang dipakai sewaktu berjalan dan terjatuh

Pengacara rancangan, Awal Ashaari yang pada mulanya kelihatan blur sewaktu insiden itu bagaimanapun bertindak membantu Adira bangun semula.

Pengacara No 1 negara pula Datuk Aznil Nawawi memuatnaik tweet beliau yang memberi semangat kepada Adira supaya tidak berasa malu dengan insiden yang berlaku.

Adira AF jatuh atas pentas Mentor Legend

 Tak ada apa tu, benda tak sengaja dan bukan buat benda yang memalukan pun. Kan. Cool...



Rotan Anak Dianggap Kesalahan Jenayah

Ibu Bapa Merotan Anak Boleh Disabit Kesalahan Jenayah


rotan anak dianggap kesalahan jenayah

Beberapa hari yang lepas, agak kecoh pasal isu merotan anak boleh disabit kesalahan jenayah yang di usul oleh Menteri Pembanggunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan kesalahan merotan anak akan dimasukkan ke dalam Akta Kanak Kanak 2001

Menurut Datuk Seri Rohani, perbuatan rotan anak perlu diletakkan dibawah kesalahan jenayah kerana negara telah menandatangani Perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak Kanak (CRC)

Setakat ini, hanya terdapat 2 hukuman di dalam Akta Kanak Kanak 2001 Seksyen 31 dan Seksyen 33 yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda RM20,000 untuk kesalahan mendera dan mengabaikan anak.

------------------------------------------------------------------

Apa pandangan korang pasal isu rotan anak boleh disabit kesalahan jenayah?
Ramai yang tidak bersetuju dengan isu ni dan mencemuh termasuk la admin pada mulanya. huhu..

Memang kalau dalam kehidupan orang melayu (rasanya bukan melayu pun) akan ada ibu bapa yang pukul atau rotan anak kalau anak anak mereka degil atau melakukan kesalahan.

Tapi dalam isu ni...... orang ramai jadi marah terhadap cadangan Menteri Pembanggunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat ni kerana menjadikan isu merotan anak sebagai kesalahan jenayah.

Tak semestinya rotan anak tu perbuatan jenayah, ianya lebih kepada mendidik anak, menjadikan anak takut dan hormat kepada orang tuanya. Dalam Islam pun, menyarankan pukul anak pada usia 10 tahun kalau dia tak mahu sembahyang.

Kalau dah sampai cedera atau lembik si anak tu, logiklah dianggap perbuatan jenayah.

Video : Adakah dibenar rotan anak dalam Islam?


Gambar Budak Sekolah Galas Beg Kotak

Kisah Sebenar Gambar Budak Sekolah Galas Beg Kotak

 

Budak sekolah galas beg kotak

Gambar seorang pelajar sekolah rendah menggalas 'beg kotak' tiba-tiba menjadi viral di media-media sosial yang mana di Facebook, gambar tersebut telah di kongsikan oleh 50,888 pengguna Facebook dan mendapat 123,177 like.

Ada yang komen menyatakan rasa simpati mereka terhadap budak sekolah rendah tersebut ditambah sekarang sememangnya isu mangsa banjir yang tidak dapat membuat persiapan dengan sempurna pada hari pertama persekolahan dibuka.

Dibawah adalah antara komen-komen yang ditinggalkan oleh pengguna Facebook terhadap gambar pelajar sekolah menggunakan 'beg kotak' tersebut



Tetapi kisah disebalik gambar tersebut, rupa-rupanya, gambar tersebut diambil pada penggal akhir persekolahan tahun lepas di daerah Pensiangan. Banjir pun tak melanda lagi waktu tu. Dan waktu itu, pihak sekolah mengagihkan stok susu tersebut kepada pelajar-pelajar memandangkan sesi persekolah akan berakhir dan pelajar mendapat seorang sekotak kotak susu.

Kisah sebenar pelajar galas beg kotak

Jadi kotak yang digalas pelajar tersebut yang disangka oleh pengguna-pengguna Facebook sebagai beg pelajar tadi adalah kotak susu, bukan beg sekolah.

Adoiii... Tipah tertipu mak oiii.....!!

Dari rasa sedih langsung bertukar jadi lawak. Hahahaha... Dah macam kena troll la pulak. huhu..
Apa lagi bila baca komen pengguna facebook yang bersimpati pada budak sekolah yang menyangka menggunakan kotak sebagai beg.. kihkihkih

Gambar tersebut diambil oleh seorang guru disekolah pelajar tersebut, guru tersebut mungkin tertarik dengan idea kreatif budak tu yang tak perlu bersusah payah menggendong kotak susu tersebut sebaliknya menjadikannya seperti beg yang dapat digalas di belakang badan. Cerdik budak niiiii... hahaha.

--------------------------------------------------------------

Video dibawah mungkin akan membuatkan anda........


Petua Buang Toksin Dalam Badan

Petua Menghilangkan Toksin Dalam Badan


Setiap daripada orang, di dalam tubuhnya pasti mempunyai toksin. Tidak banyak, sedikit pasti ada.

Apakah toksin dan bagaimana ia terbentuk di dalam tubuh badan manusia?

Toksin adalah racun atau bahan kimia yang boleh mengganggu malah merosakkan struktur serta sel-sel di dalam badan. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan penghasilan toksin didalam badan antaranya
1. Makanan yang dimakan tidak dicerna dengan sempurna
2. Pengambilan ubat-ubatan kimia
3. Merokok
4. Minuman keras
5. Pemakanan yang tidak seimbang
6. Terlalu kerap makan makanan segera seperti meggie
7. Kurang bersenam
8. Pencemaran udara
9. Selain itu toksin juga boleh terhasil daripada tekanan hidup yang mana tubuh menghasilkan sisa metabolik yang akhirnya bertukar menjadi toksin.

Tanda tanda toksin berlebihan di dalam badan

Seseorang yang mempunyai toksin yang berlebihan didalam badan akan mengalami banyak tanda antaranya :
1. Badan sering keletihan dan tidak bermaya, sakit sendi, sakit kepala, mulut dan badan berbau
2. Insomnia (Kesukaran untuk tidur)
3. Daya tumpuan dan ingatan menjadi lemah, sering berasa cemas
4. Sistem ketahanan badan (imunisasi) menjadi lemah
5. Sistem pencernaan tidak sempurna (sembelit dan perut kembung)
6. Masalah kulit seperti jerawat bernanah
Kajian sains turut mendapati penghasilan toksin yang berlebihan didalam badan turut menjadi penyebab kepada penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, asma dan alzheimer

Kaedah rawatan serta petua membuang toksin didalam badan

Terdapat beberapa cara untuk membuang toksin didalam badan. Antaranya :
1.  Kaedah berbekam. Melalui kaedah bekam, darah kotor yang mengandungi toksin akan dikeluarkan dari badan.

2. Perbanyakkan mengambil makanan berserat
3. Mengambil makanan kaya vitamin C
4. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
5. Mandi air panas selama 5 minit setiap hari
6. Sauna
7. Bersenam

Anda juga boleh mengamalkan petua dibawah untuk membuang toksin yang terkumpul didalam badan anda.
Selain membuang toksin, petua ini juga dapat melancarkan lagi sistem penghadaman anda dan meningkatkan tenaga.


Bahan yang diperlukan adalah :
Sebiji buah lemon
Sebiji buah epal hijau
1 halia segar
Secawan air (tidak wajib)

Cara penyediaan :

Kupas kulit buah lemon (jika tidak mahu kupas pastikan buah tadi adalah organik)
Masukkan buah lemon, epal dan halia dalam pengisar dan kisar (masukkan air jika anda ingin masukkan air supaya tidak terlalu pekat)

Minum air tersebut sebaik-baiknya pada waktu pagi selepas bangun tidur dan sebelum makan sarapan pagi.

Perhatian :
Perut kemungkinan akan mengulas selepas minum air tersebut. Tidak perlu risau kerana ianya adalah tindak balas terhadap tubuh anda untuk membuang toksin yang berada didalam tubuh.


Cuaca Sejuk Luar Biasa Januari 2015

Fenomena Cuaca Sejuk Melanda Malaysia Januari 2015

.
suhu sejuk luar biasa malaysia januari 2015

Merujuk kepada keratan laporan di atas, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) tidak menolak kemungkinan bahawa Malaysia akan berhadapan dengan suhu cuaca sejuk ekstrim seperti yang pernah berlaku awal tahun lepas 2014.

Di bawah adalah antara petikan berita pada awal tahun 2014 yang melaporkan keadaan cuaca sejuk luar biasa yang melanda Malaysia yang mana suhu di Kuala Krai mencatat suhu sehingga 17 darjah celcius


Dibawah adalah ilustrasi daripada Berita Harian bagaimana pergerakan suhu sejuk melintasi negara Malaysia

Punca berlakunya cuaca sejuk di Malaysia

Ÿ

Ÿ

Airasia QZ8501 | Rakaman Suara Kokpit

Rakaman Suara Antara Juruterbang AirAsia QZ8501 Dan Menara Kawalan Udara

.
Tersebar satu rakaman perbualan yang dipercayai antara juruterbang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dengan Menara Kawalan Udara Juanda, Surabaya.

Rakaman audio berdurasi 20:28 dengan tajuk 'ATC PK AXC-QZ8501 201412272225Z' itu dikatakan dimuatnaik oleh seorang pengguna internet menerusi apllikasi SoundCloud dengan ID 'Digitizing' pada sabtu lalu.

Rakaman suara antara juruterbang AirAsia Indonesia QZ8501 dengan Menara Kawalan Udara Juanda itu dikatakan asli merujuk kepada keadaan lalu lintas pesawat yang dikawal pada pagi hari kejadian iaitu 28 Disember 2014.



Dibawah adalah antara petikan perbualan juruterbang AirAsia Indonesia QZ8501 dengan Menara Kawalan Udara Juanda, Surabaya (Ihsan Awani)

AWQ8501 : "Tower, Wagon Air eight five zero one, Good Morning..."

Tower : "Wagon Air 8501Good Morning, Juanda Tower, go ahead..."

AWQ8501 : "Eight five zero one (Registrasi) Alpha X-ray Charlie parking stand Alpha Niner (A9) destination Singapore POB (passenger on board) one six one, request pust and start, wagon air eight five zero one..."

Tower : "Wagon Air eight five zero one parking stand number Alpha Niner Pushback and start aprroved heading west runway one zero, exit sierra two..."

Pada minit ke-4 QZ8501 meminta kebenaran untuk menuju ke landasan pacu. Pusat Menara Kawalan kemudian mengarahkan QZ8501 ke landasan 10 yang sedang digunakan di saat itu.

Pada minit ke-7, Menara Kawalan Udara kemudia memberi kebenaran penerbangan kepada QZ8501 melalui laluan udara M635 dengan ketinggian awal 24,000 kaki
"Wagon Air eight five zero one clear to Singapore, M six three five level two four zero initial, RAMPHY one Alpha depature squawk number seven zero zero five"

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks