Petua Buang Toksin Dalam Badan

Petua Menghilangkan Toksin Dalam Badan


Setiap daripada orang, di dalam tubuhnya pasti mempunyai toksin. Tidak banyak, sedikit pasti ada.

Apakah toksin dan bagaimana ia terbentuk di dalam tubuh badan manusia?

Toksin adalah racun atau bahan kimia yang boleh mengganggu malah merosakkan struktur serta sel-sel di dalam badan. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan penghasilan toksin didalam badan antaranya
1. Makanan yang dimakan tidak dicerna dengan sempurna
2. Pengambilan ubat-ubatan kimia
3. Merokok
4. Minuman keras
5. Pemakanan yang tidak seimbang
6. Terlalu kerap makan makanan segera seperti meggie
7. Kurang bersenam
8. Pencemaran udara
9. Selain itu toksin juga boleh terhasil daripada tekanan hidup yang mana tubuh menghasilkan sisa metabolik yang akhirnya bertukar menjadi toksin.

Tanda tanda toksin berlebihan di dalam badan

Seseorang yang mempunyai toksin yang berlebihan didalam badan akan mengalami banyak tanda antaranya :
1. Badan sering keletihan dan tidak bermaya, sakit sendi, sakit kepala, mulut dan badan berbau
2. Insomnia (Kesukaran untuk tidur)
3. Daya tumpuan dan ingatan menjadi lemah, sering berasa cemas
4. Sistem ketahanan badan (imunisasi) menjadi lemah
5. Sistem pencernaan tidak sempurna (sembelit dan perut kembung)
6. Masalah kulit seperti jerawat bernanah
Kajian sains turut mendapati penghasilan toksin yang berlebihan didalam badan turut menjadi penyebab kepada penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, asma dan alzheimer

Kaedah rawatan serta petua membuang toksin didalam badan

Terdapat beberapa cara untuk membuang toksin didalam badan. Antaranya :
1.  Kaedah berbekam. Melalui kaedah bekam, darah kotor yang mengandungi toksin akan dikeluarkan dari badan.

2. Perbanyakkan mengambil makanan berserat
3. Mengambil makanan kaya vitamin C
4. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
5. Mandi air panas selama 5 minit setiap hari
6. Sauna
7. Bersenam

Anda juga boleh mengamalkan petua dibawah untuk membuang toksin yang terkumpul didalam badan anda.
Selain membuang toksin, petua ini juga dapat melancarkan lagi sistem penghadaman anda dan meningkatkan tenaga.


Bahan yang diperlukan adalah :
Sebiji buah lemon
Sebiji buah epal hijau
1 halia segar
Secawan air (tidak wajib)

Cara penyediaan :

Kupas kulit buah lemon (jika tidak mahu kupas pastikan buah tadi adalah organik)
Masukkan buah lemon, epal dan halia dalam pengisar dan kisar (masukkan air jika anda ingin masukkan air supaya tidak terlalu pekat)

Minum air tersebut sebaik-baiknya pada waktu pagi selepas bangun tidur dan sebelum makan sarapan pagi.

Perhatian :
Perut kemungkinan akan mengulas selepas minum air tersebut. Tidak perlu risau kerana ianya adalah tindak balas terhadap tubuh anda untuk membuang toksin yang berada didalam tubuh.


0 comments:

Post a Comment

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks