Rotan Anak Dianggap Kesalahan Jenayah

Ibu Bapa Merotan Anak Boleh Disabit Kesalahan Jenayah


rotan anak dianggap kesalahan jenayah

Beberapa hari yang lepas, agak kecoh pasal isu merotan anak boleh disabit kesalahan jenayah yang di usul oleh Menteri Pembanggunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan kesalahan merotan anak akan dimasukkan ke dalam Akta Kanak Kanak 2001

Menurut Datuk Seri Rohani, perbuatan rotan anak perlu diletakkan dibawah kesalahan jenayah kerana negara telah menandatangani Perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak Kanak (CRC)

Setakat ini, hanya terdapat 2 hukuman di dalam Akta Kanak Kanak 2001 Seksyen 31 dan Seksyen 33 yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda RM20,000 untuk kesalahan mendera dan mengabaikan anak.

------------------------------------------------------------------

Apa pandangan korang pasal isu rotan anak boleh disabit kesalahan jenayah?
Ramai yang tidak bersetuju dengan isu ni dan mencemuh termasuk la admin pada mulanya. huhu..

Memang kalau dalam kehidupan orang melayu (rasanya bukan melayu pun) akan ada ibu bapa yang pukul atau rotan anak kalau anak anak mereka degil atau melakukan kesalahan.

Tapi dalam isu ni...... orang ramai jadi marah terhadap cadangan Menteri Pembanggunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat ni kerana menjadikan isu merotan anak sebagai kesalahan jenayah.

Tak semestinya rotan anak tu perbuatan jenayah, ianya lebih kepada mendidik anak, menjadikan anak takut dan hormat kepada orang tuanya. Dalam Islam pun, menyarankan pukul anak pada usia 10 tahun kalau dia tak mahu sembahyang.

Kalau dah sampai cedera atau lembik si anak tu, logiklah dianggap perbuatan jenayah.

Video : Adakah dibenar rotan anak dalam Islam?


0 comments:

Post a Comment

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks