Gambar Budak Sekolah Galas Beg Kotak

Kisah Sebenar Gambar Budak Sekolah Galas Beg Kotak

 

Budak sekolah galas beg kotak

Gambar seorang pelajar sekolah rendah menggalas 'beg kotak' tiba-tiba menjadi viral di media-media sosial yang mana di Facebook, gambar tersebut telah di kongsikan oleh 50,888 pengguna Facebook dan mendapat 123,177 like.

Ada yang komen menyatakan rasa simpati mereka terhadap budak sekolah rendah tersebut ditambah sekarang sememangnya isu mangsa banjir yang tidak dapat membuat persiapan dengan sempurna pada hari pertama persekolahan dibuka.

Dibawah adalah antara komen-komen yang ditinggalkan oleh pengguna Facebook terhadap gambar pelajar sekolah menggunakan 'beg kotak' tersebut



Tetapi kisah disebalik gambar tersebut, rupa-rupanya, gambar tersebut diambil pada penggal akhir persekolahan tahun lepas di daerah Pensiangan. Banjir pun tak melanda lagi waktu tu. Dan waktu itu, pihak sekolah mengagihkan stok susu tersebut kepada pelajar-pelajar memandangkan sesi persekolah akan berakhir dan pelajar mendapat seorang sekotak kotak susu.

Kisah sebenar pelajar galas beg kotak

Jadi kotak yang digalas pelajar tersebut yang disangka oleh pengguna-pengguna Facebook sebagai beg pelajar tadi adalah kotak susu, bukan beg sekolah.

Adoiii... Tipah tertipu mak oiii.....!!

Dari rasa sedih langsung bertukar jadi lawak. Hahahaha... Dah macam kena troll la pulak. huhu..
Apa lagi bila baca komen pengguna facebook yang bersimpati pada budak sekolah yang menyangka menggunakan kotak sebagai beg.. kihkihkih

Gambar tersebut diambil oleh seorang guru disekolah pelajar tersebut, guru tersebut mungkin tertarik dengan idea kreatif budak tu yang tak perlu bersusah payah menggendong kotak susu tersebut sebaliknya menjadikannya seperti beg yang dapat digalas di belakang badan. Cerdik budak niiiii... hahaha.

--------------------------------------------------------------

Video dibawah mungkin akan membuatkan anda........


0 comments:

Post a Comment

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks