Polis Maut Dirempuh Penjenayah

Anggota Polis Kuala Kurau Maut Dirempuh Penjenayah

Anggota Polis Kuala Kurau Maut Kejar penjenayah
Seorang anggota polis dari unit rondaan bermotosikal Kuala Kurau maut selepas cuba mengejar penjenayah yang cuba merompak sebuah van rokok di Parit Buntar

Mangsa, Lans Koperal Hazwan meninggal ditempat kejadian. Mangsa dikatakan cuba mengejar penjenayah yang memandu kenderaan Toyota Wish tetapi dirempuh oleh penjenayah terbabit yang terdiri daripada 3-4 orang.

Mayat Allahyarham Hazwan dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat.

Kerugian dianggarkan berjumlah RM40,000

Al-fatihah untuk Allahyarham




--------------------------------------------------------------------

Parit Buntar - Tempat aku ni.... Haish...

Warga Asing Bergaji RM5900 Sebulan

Warga Asing Bergaji RM5900 Sebulan Di Malaysia

RM5900 bukan nilai yang kecil. Dah macam gaji seorang pengurus. Tetapi apa yangmenariknya didalam cerita ni. Gaji RM5900 tu bukan gaji seorang rakyat tempatan tetapi seorang warga asing yang datang bekerja di Malaysia.

Hebat. Bagaimana seorang warga asing yang datang ke Malaysia mampu memiliki gaji sebesar itu? Rakyat Malaysia sendiri pun kadang tercungap nak dapat nilai sebesar itu?
Jom kita ikuti kisah lelaki asing ini.

---------------------------------------------------------------


Zaheer atau lebih dikenali sebagai Saddam Hussein 23 tahun, datang ke Malaysia dan bekerja sebagai pemotong rumput di salah sebuah syarikat di Subang Jaya. Zaheer bekerja dari jam 8 pagi sehingga 2 petang dengan gaji RM1000 sebulan dan cuti setiap hujung minggu sabtu dan ahad.

Selepas habis waktu bekerja iaitu jam 2 petang, Zaheer membuat kerja sampingannya iaitu mengambil upah memotong rumput dan berkebun di sekitar rumah-rumah di USJ sehingga jam 7 malam.
Dalam sehari dari isnin hingga jumaat Zaheer mampu mengambil upah untuk 5 rumah bersaiz sederhana dengan purata upah RM25 sebuah rumah. Jadi dalam sehari Zaheer berjaya memperoleh pendapatan sekitar RM125 manakala untuk hujung minggu RM300 sehari.
Dalam seminggu sahaja, Zaheer mampu memperoleh pendapatan sehingga RM1225 iaitu
RM625 pada hari biasa dan RM600 pada hari sabtu dan ahad.

Untuk kerja mengambil upah memotong rumput sahaja, Zaheer berjaya memperoleh pendapatan sekitar RM4900 sebulan. Dicampur dengan gaji tetap RM1000 sebulan menjadikan pendapatan Zaheer RM5900 sebulan.

Zaheer tinggal dirumah yang turut didiami oleh 10 rakan yang lain. Hanya menggunakan basikal sebagai kenderaan dan telah tinggal di Malaysia selama 3 tahun.

Anda rasa berapa simpanan Zaheer selama dia bekerja di Malaysia. Rasa-rasanya simpanan dia lebih banyak daripada simpanan seorang graduan yang telah bekerja selama 3 tahun.

Persoalannya disini adalah........

SANGGUPKAH KITA WARGA MALAYSIA MENGIKUT JEJAK LANGKAH ZAHEER YANG HANYA SEORANG WARGA ASING

Jalan nak buat duit tu dah ada. cuma sanggup kah kita melalui jalan tersebut?

Renungkan......

Sumber : mymediahubonline

Pengasas D'Herbs Disamun Pembantu Rumah

Rumah Pengasas D'Herbs Disamun Pembantu Rumah

Pengasas D'Herbs, datuk Aliff terlajak laris

Tentu ramai yang kenal dengan pengasas kosmetik dan kecantikan D'Herbs Healthy, yang terkenal dengan taglilne 'Terlaaaajak laris...', Datuk Aliff Shukri Kamarzaman, 25 tahun

Pada 12 Mei yang lalu, barangan berharga Datuk Aliff telah dilarikan oleh dua orang pembantu rumah Indonesianya di kediaman mereka di Seksyen 10, Kota Damansara. Kerugian mencecah ribuan ringgit apabila pembantu rumah terbabit melarikan wang tunai dan barangan kemas milik isterinya

kediaman pengasas d'herbs disamun pembantu rumah

Kejadian tersebut hanya disedari sewaktu beliau pulang ke rumah untuk makan tengah hari pada jam 12.

Pengasas produk D'Herbs itu tidak menyangka 2 orang pembantunya itu boleh melakukan perkara sedemikian kerana beliau telah memberi sepenuh kepercayaan kepada pembantu rumahnya itu memandangkan beliau sering keluar negara atas urusan perniagaan.

Berhubungan dengan perkara itu, Datuk Aliff telah membuat laporan polis di balai polis Kota Damansara.


---------------------------------------------------------------------------

Inilah masalah pembantu rumah ni. Bila majikan dah baik, diorang berani buat benda macam ni.
Pembantu rumah baik, majikan pula kaki dera. Adus....

Baik macam mana pun, percaya macam mana pun pembantu rumah tu.
Sikap berwaspada tetap kena ada.





Gara-Gara Makanan Terlalu Pedas

Buat Laporan Polis Gara-Gara Makanan Terlalu Pedas

Seorang warga Singapura telah membuat laporan polis hanya disebabkan nasi goreng yang dimakannya disebuah gerai makanan terlalu pedas.

Lelaki tersebut, Lau Thiam Huat, 63 tahun membuat laporan polis setelah makan disebuah gerai makanan di Jalan Bukit Timbalan pada 30 April 2014 jam 9 malam dan membuat laporan polis pada 1 Mei 2014

"Sehingga hari ini saya rasa pedas nasi goreng yang dimakan semalam. Saya syaki mereka memasak nasi goreng tersebut dengan meletakkan cili terlampau banyak"

Menurut Lau Thaim Huat lagi, beliau telah membuat laporan polis dan akan membuat pemeriksaan kesihatan untuk memastikan kesihatannya tidak terjejas akibat 'nasi goreng pedas' yang dimakannya.


Macam ni punya kes pun ada kaa????? Adoiiii......

----------------------------------------------------------------------

p/s : Menyampah kalau ada orang yang terlalu cerewet

Sumber : Astroawani

Datuk Aziz Satar Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Bujang Lapok Aziz Satar Meninggal Dunia


Pelakon veteran Datuk Aziz Satar dilaporkan telah meninggal dunia pada 6 Mei 2014 pada jam 2 pagi di Hospital Kajang

Difahamkan, Datuk Aziz Satar dimasukkan ke hospital pada 4 Mei 2014 selepas diserang sakit jantung.

Allahyarham di bawa pulang ke kediaman beliau di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras selepas mendapat kebenaran pihak hospital untuk urusan pengebumian.

Datuk Aziz Satar yang dilahirkan di Surabaya, Indonesia antara barisan pelakon didalam siri filem Bujang Lapok bersama-sama Allahyarhanm Tan Sri P.Ramlee (22 Mac 1929 - 29 Mei 1973) dan Allahyarham S. Shamsudin (1 Jan 1929 - 4 Jun 2013)

Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Al-fatihah.

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks