Identiti Makhluk Aneh Dalam Dewan Negara Terjawab.
Apa Kata Netizen
Semalam (17 Julai 2018), Tun Dr Mahathir Mohamad, mengetuai Ahli Parlimen mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof. Turut berbuat demikian adalah senator-senator baru yang mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara.
Ketua Setiausaha Negara (KSN), Dr Ali Hamsa menarik perhatian netizen dengan foto misteri yang dimuatnaik di laman sosialnya
Tweet ucapan tahniah Dr Ali Hamsa itu tidak ada apa yang pelik sehinggalah diteliti ada sesuatu yang pelik dengan gambar berkenaan. Penampakan lelaki tua berambut panjang di belakang seorang senator dipercayai berketurunan India mengundang tanda tanya..
Netizen mempersoal ada sesuatu yang tidak kena dengan gambar itu dan memohon penjelasan KSN mengenai kesahihan gambar itu.
Antara komen netizen yang mempersoalkan cara pemakaian lelaki aneh tersebut yang tidak mengikut formal
Ada pula netizen mengatakan lelaki aneh tersebut adalah bomoh kaum India...
Siapakah sebenarnya identiti lelaki aneh tersebut???
********************************************************
Rentetan daripada gambar lelaki aneh dalam Dewan Negara sewaktu upacara mengangkat sumpah Ahli Dewan Negara tersebut, ramai netizen mempersoalkan kejadian lelaki aneh tersebut memasuki Dewan Negara dan tidak kurang yang mengecam keberadaan lelaki tersebut di dalam Dewan Negara...
Punca Sebenar Pelajar Malaysia Di Perancis Nursakinah Hilang Terjawab
Masih ingat kisah seorang pelajar Malaysia, Nursakinah yang melanjutkan pelajaran di Perancis yang hilang beberapa hari yang lalu? Klik sini untuk baca
Nursakinah, 19 tahun yang berasal dari Kedah melanjutkan pelajaran dalam keruteraan Kimia di Universiti Institut Teknologi (IUT) di Rouen, Perancis di laporkan hilang pada 2 Oktober 2016 yang lalu.
Setelah 5 hari dan usaha mencari gagal, akhirnya Nursakinah pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke Perancis ini pulang ke rumah penginapannya dalam keadaan selamat dan menceritakan apa yang sebenarnya yang berlaku...
Apa Yang Sebenarnya Berlaku Kepada Nursakinah?
Nursakinah memberitahu bahawa beliau menghilangkan diri kerana tertekan dengan pelajarannya.
Pelajar ini mengakui memang tidak berminat belajar kursus kejuruteraan di negara tersebut sejak awal lagi namun terpaksa bersetuju kerana desakan ibu bapa.
“Saya tertekan dengan pelajaran yang diikuti di sini (Perancis) dan tidak berminat meneruskannya.
“Saya mahu berhenti sejak awal lagi tetapi keluarga memujuk supaya meneruskan pengajian,”
Nur Sakinah mahu berhenti belajar dan menyatakan hasrat untuk kembali ke Malaysia bersama ibu bapanya yang dijadualkan akan tiba di Perancis.
Nur Sakinah telah keluar dari rumah sewanya pada jam 12 tengah hari waktu tempatan (6 pagi waktu Malaysia) Ahad lalu dan bermalam di stesen kereta api Rouen sebelum meneruskan perjalanan ke Paris menaiki kereta api,”
Sebaik sahaja tiba di Paris, Sakinah telah pergi ke Masjid Besar Paris dan berkenalan dengan sekumpulan rakyat asing termasuk seorang rakyat Portugal yang dikenali sebagai Suraya.
Sepanjang kehilangannya selama lima hari itu, Nur Sakinah tinggal di kediaman Suraya yang turut memberi nasihat serta sokongan kepadanya.
*************************************************
Apa yang dapat kita belajar dari kisah Nurskinah ini?? Terutama kepada para ibu bapa?
JANGAN KORBANKAN MASA DEPAN ANAK ANDA HANYA SEMATA MATA MAHU MENURUTI KEMAHUAN ANDA SEBAGAI IBU BAPA
Admin suka akan kisah Nursakinah ini kerana situasi Nursakinah ini pernah berlaku kepada admin sewaktu admin masih bergelar pelajar dulu (Cuma admin tak belajar di luar negara la).
Admin dahulu sewaktu di tingakatan 5, admin belajar jurusan prinsip akaun dan ekonomi asas.
Sewaktu SPM, admin dapat keputusan yang agak baik dan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi dalam jurusan perakaunan.
Tetapi. Bapa saudara melarang admin dari meneruskan pelajaran ke Matrikulasi kerana beranggapan bahawa course perakaunan agak sukar untuk mendapatkan pekerjaan apabila tamat belajar kelak.
Confius kerana terpaksa membuat keputusan yang akan menentukan masa depan, admin berjumpa dengan guru kaunseling dan guru tersebut menyarankan supaya malanjutkan pelajaran ke Matrikulasi.
Tetapi kerana desakan bapa saudara yang terlalu kuat, akhirnya admin terpaksa menuruti kemahuan mereka iaitu hanya melanjutkan pelajaran ke Politeknik. Di politeknik, admin mendapat jurusan kejuruteraan Mekatronik.
Jurusan yang langsung admin tidak tahu apa itu Mekatronik. Zero basic dalam bidang keruteraan. Tetapi kerana desakan si bapa saudara, admin terpaksa akur. Selama 3 tahun belajar di Politeknik dengan mengambil jurusan Diploma Kejuruteraan Mekatronik. Admin langsung tidak tahu apa yang admin belajar!!
3 Tahun terbuang begitu sahaja walaupun admin berjaya menghabiskan pelajaran di Politeknik berkenaan...
Tamat belajar. Admin melangkah ke alam pekerjaan. Mendapat pekerjaan sebagai Technician di sebuah kilang. Di alam pekerjaan, admin langsung tidak tahu melakukan kerja. Bertahun tahun admin bekerja sebagai technician, selama itulah admin stress kerana tekanan di tempat kerja. Akhirnya admin berhenti dari kerja kilang dan admin melakukan sesuatu yang admin suka dan minat iaitu perniagaan.
Sewaktu bergelar Technician, bergaji tetap. Tetapi hati tak pernah gembira. Setiap hari tertekan. Setelah keluar dari alam pekerjaan dan melakukan perniagaan admin sendiri, walau tiada gaji tetap, tapi admin puas. Dan kewangan admin lebih baik berbanding sewaktu admin bekerja sebagai Technician dahulu.
Kepada ibu bapa.. Ingatlah, jangan korbankan masa depan anak anak anda hanya kerana mahu menuruti apa yang anda mahukan. Baik di mata anda.. Belum tentu baik di mata anak anak anda dan masa depan mereka. Biarkan mereka membuat keputusan mereka sendiri. Peranan ibu bapa hanya membimbing dan memberi dorongan dengan apa yang mereka inginkan. Bukan memaksa mereka untuk menuruti apa yang ibu bapa mahukan semata mata.
Semoga kisah Nursakinah ini dapat di jadikan pelajaran. Setiap orang berhak menentukan masa depan mereka sendiri dan memilih jalan yang mereka inginkan. Kejayaan bukan hanya semata mata di ukur melalui berapa besar gaji atau seberapa tinggi pangkat yang disandang. Tetapi juga kepuasan dan kebahagian di dalam hidup.
Benarkah Dr Azizan Osman Lulusan Ph.D (Hon) Entrepreneurship Dari UM
Tentu ramai kenal bila sebut Dr Azizan Osman, Mentor Kekayaan Dan Kejayan yang mana setiap kali beliau mengadakan seminar, pasti akan dihadiri oleh ramai orang yang ingin mendapatkan ilmu daripada beliau terutama ilmu keusahawanan dan motivasi.
Dan ramai juga pelajar pelajar beliau telah berjaya pada hari ini setelah mengikuti kelas yang di adakan beliau daripada usahawan yang biasa biasa kepada usahawan yang luar biasa income nya. I'm Money Magnet' antara Trade Mark Dr Azizan Osman ini.
Tetapi benarkan Dr Azizan Osman adalah lulusan Ijazah Kehormat Doktor (PhD) Keusahawan dari Universiti Malaya (UM)?
Jika dilihat di laman web Richwork iaitu laman web Dr Azizan Osman di nyatakan bahawa beliau adalah lulusan Ph.D (Hon) Entrepreneurship (UM)
Di bawah adalah kenyataan dari pihak University Of Malaya (UM) sendiri yang nampaknya akan membuatkan ramai orang terkejut
Setakat ini belum ada maklum balas daripada Azizan Osman mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Universiti Malaya mengenai status beliau.
*****************************************
Ok je kalau dia tak ada Ph.D tu.. Dah ramai pun yang berjaya dengan ilmu yang beliau kongsikan.. Cuma kalau niat nak tarik perhatian dengan cara menipu tu, macam tak berapa nak kena lah kan..
Robert Kuok, Orang terkaya di Malaysia, mana ada belajar sampai ke Universiti.. Berjaya je.. Orang terkaya lagi kot atas. Sebenarnya nak berjaya ni bukan bergantung pada kelulusan, tapi sejauh mana boleh push diri tu... Kesungguhan dan motivasi dalam diri tu kena ada.
Orang yang berjaya melalui kelulusan yang diperolehi itu ramai.. Itu perkara biasa..
Tetapi orang yang berjaya tanpa kelulusan itu yang luar biasa dan tak ramai yang ada di muka bumi ni.
Pelajar Cemerlang Malaysia Nursakinah Naim Hilang Di Paris
SUNGAI PETANI – Seorang pelajar Malaysia di Universiti Institut Teknologi (IUT) di Rouen, Perancis gagal dikesan sejak keluar dari penginapannya berhampiran universiti itu beberapa hari lalu dikhuatiri hilang.
Ibu pelajar tersebut, Nurhalizah Ahmad, 44, berkata, Kedutaan Malaysia di Perancis memaklumkan mengenai kehilangan anak keduanya, Nurshakinah Naim, 19, kira-kira pukul 8.30 pagi semalam.
Ibu pelajar tersebut, Nurhalizah Ahmad, 44, berkata, Kedutaan Malaysia di Perancis memaklumkan mengenai kehilangan anak keduanya, Nurshakinah Naim, 19, kira-kira pukul 8.30 pagi semalam.
“Pegawai kedutaan itu memberitahu anak saya gagal dikesan setelah keluar dari lokasi penginapannya. Bila dia keluar, saya tak pasti tetapi laporan mengenainya dibuat rakan sebiliknya yang dikenali sebagai Ayu kepada Kedutaan Malaysia di sana.
“Terkejut dengan perkhabaran itu, saya cuba menghubungi Shakinah. Setelah beberapa kali mencuba, Ayu yang menjawab panggilan itu dan memberitahu Shakinah keluar dengan hanya membawa dompetnya sahaja,” katanya memetik Utusan.
Nurshakinah mengikuti jurusan kejuruteraan kimia di universiti tersebut sejak setahun lalu dan lokasi penginapannya hanya terletak kira-kira lima minit dari pusat pengajian itu iaitu di Parc De La Durdent, Mont Saint Aignan, Rouen.
Mengulas lanjut, Nurhalizah memberitahu, Ayu memaklumkan kedua-dua mereka keluar bersama namun berpecah setelah Nurshakinah memberitahu hendak ke kedai bagi membeli makanan kucing.
“Apabila Ayu pulang, didapati Shakinah masih belum pulang. Setelah menunggu sekian lama, Ayu terus membuat laporan kepada kedutaan. Beberapa barangan peribadi Shakinah seperti telefon dan komputer bimbit sudah diambil polis Perancis untuk siasatan,” katanya.
Nurhalizah menambah, kali terakhir kedua-dua mereka bertemu adalah pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu ketika Shakinah pulang bercuti selama sebulan.
“Kali terakhir Shakinah menghubungi saya pada 23 September lalu.
Ketika itu percakapannya ceria seperti biasa dan tiada apa yang pelik.
Nurhalizah menambah, kali terakhir kedua-dua mereka bertemu adalah pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu ketika Shakinah pulang bercuti selama sebulan.
“Kali terakhir Shakinah menghubungi saya pada 23 September lalu.
Ketika itu percakapannya ceria seperti biasa dan tiada apa yang pelik.
Katanya, pelbagai usaha dilakukan termasuk mengadakan bacaan Yasin dan solat hajat.
Kejadian Pelajar Cemerlang Malaysia Hilang Di Paris, Keluarga Mohon Doa
“Saya dan suami, Naim Awang mengharapkan doa seluruh rakyat Malaysia agar Shakinah ditemukan selamat,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Wisma Putra memberitahu, tiada maklumat terkini mengenai kehilangan Norshakinah dan usaha bagi mengesan pelajar berkenaan masih lagi dijalankan bersama pihak Kedutaan Malaysia di Perancis.
Sementara itu, jurucakap Wisma Putra memberitahu, tiada maklumat terkini mengenai kehilangan Norshakinah dan usaha bagi mengesan pelajar berkenaan masih lagi dijalankan bersama pihak Kedutaan Malaysia di Perancis.
**************************
Semoga adik Nurshakinah Naim, pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Paris segera ditemukan.
Ish, kalau jadi kat keluarga sendiri risau oooiii
Admin 2:27 AM New Google SEO Bandung, Indonesia
Ulasan Dr Maza Berkenaan Pokemon Go Buat Ramai Tersentap
Sudah beberapa hari wartawan tidak henti henti cuba menghubungi saya kerana mahu bertanya pasal pokemon.
Saya cuba mengelakkan diri dari memberikan komen sebab ramai sangat dah bercakap pasal pokemon ni.
Hebat benar nampaknya game tu sehinggakan pelbagai pihak khususnya golongan agama banyak berbicara tentangnya.
Disebabkan ramai sangat yang email dan tanya saya pasal hal ini, maka disini saya ingin menyebut secara ringkas dan harap dapat difahami dengan lebih luas.
Saya ingin menegaskan bahawa apa sahaja perbuatan yang memperbodohkan ataupun memudaratkan diri sendiri atau pun orang lain maka ia dilarang oleh agama Islam yang mulia dan bermaruah ini. Apa sahaja yang boleh mengundang ke arah kebodohan dan kemudaratan hendaklah di halang.
Cumanya, dalam negara ini bukan sahaja pokemonyang membawa kepada kebodohan dan kemerbahayaan, tapi banyak lagi yang lain yang kadangkala lebih bodohdan lebih mudarat kepada diri, orang ramai, negara dan rakyat. Bahkan sebahagian kemerbahayaan itu bukan sekadar sebahaya pokemon sahaja malah tapi boleh memusnahkan masa depan generasi dan negara.
Pokemon yangmungkin membawa kebodohan dan bahaya itukadang kala masih boleh di kawal, sementara sebahagian kebodohan dan kemerbahayaan yang lain sukar untuk dikawal.
Saya pelikj apabila terlihat seseorang yang merokok di tempat awam bercakap tentang bahaya pokemon untuk diri dan orang lain. Padahal rokoknya itu sejak sekian lama telah memusnahkan diri dan orang ramai.
Hal yang sama jika seseorang yang menyalahgunakan harta awam sibuk tentang game pokemon go, padahal negara sedang musnah disebabkan salah guna dan salah tadbir yang dia terlupa untuk di fikirkan.
Saya ingin tegaskan, jangan main atau lakukan apa sahaja termasuk permainan pokemon ini yangboleh memperbodoh dan membahayakan diri dan masyarakat.
Satu lagi yang penting, jangan kita lalai kerana asyik main pokemon sehingga melupai apa yang ada di sekitar kita. Juga jangan kita lalai asyik bincang pasal pokemon sehingga lupa tentang bahaya bahaya lain yang lebih besar dan lebih memmodohkan kita yang sedang dan telah ada.
Dr Maza.
**********************************************************
Menusuk Dr Maza punya ulasan mengenai Game Pokemon Go.. Semua kena. Kih kIh kih
Admin
2:14 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaTerpaksa Curi Daging Untuk Buat Rendang
SEREMBAN - Seorang wanita tidak dapat menahan air mata apabila dibebaskan dengan bon berkelakuan baik kerana mencuri oleh Mahkamah Majistret Seremban, di sini, semalam.
Nor Farina Che Ya, 38, dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM1,500 tanpa penjamin.
Majistret Rahimah Rahim membuat keputusan itu selepas mendengar rayuan Nor Farina.
Dia mengaku mencuri di sebuah pasar raya berhampiran Dataran Centrio, Seremban 2, di sini, sekitar jam 6 petang, 5 Ogos lalu.
Barang-barang yang dicurinya adalah daun kunyit, daun pandan, serai, daging kambing, syampu rambut, minyak angin, pakaian dalam, seluar dan tudung, semuanya dianggarkan bernilai RM262.86.
Mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, hukuman maksima yang diperuntukkan adalah 10 tahun penjara dan denda. Bagi kesalahan kedua dan seterusnya pula, pesalah boleh dihukum penjara, denda atau sebatan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Soo Kok Weng, manakala Nor Farina tidak diwakili peguam.
Nor Farina memberitahu mahkamah, dia menghidap diabetes kronik dan mempunyai anak perempuan berusia 10 tahun yang menghidap penyakit hipoglisemia.
Katanya, dia mencari nafkah dengan mengutip dan menjual kotak serta barang lusuh.
Tambahnya, dia menerima bantuan RM150 setiap bulan, tetapi tidak cukup untuk menampung hidupnya dan anaknya.
Nor Farina memberitahu mahkamah, dia memohon bantuan baitulmal, tetapi tidak berhasil.
Dia berkata, dia mencuri kerana terdesak.
'Saya nak buat rendang...'
“Saya curi daging... curi serai untuk buat rendang... sebab tak mampu,” luah Nor Farina Che Ya sambil berlinangan air mata apabila mengenang kembali perbuatannya mencuri di sebuah pasar raya.
Menurut ibu tunggal berusia 38 tahun ini, dia nekad melakukannya walaupun sedar tindakan itu berdosa dalam Islam dan salah di sisi undang-undang, lantaran tertekan dengan desakan hidup.
“Memang masa buat tu saya tak fikir apa. Saya cuma fikir perut anak yang lapar. Saya kata pada diri sendiri, biarlah saya tanggung dosanya. Apa saya mampu bayar cuma beras pulut yang harganya lima ringgit lebih.
“Macam pakaian tu, saya teringin sangat nak rasa. Bukan untuk saya saja, tapi untuk anak. Saya ambil tudung,” katanya dalam nada teresak-esak ketika ditemui di luar mahkamah, semalam.
Sementara itu, Pengarah JKM Negeri Sembilan, Mohamad Hapil berkata, pihaknya akan menghantar pegawai untuk menyiasat situasi menimpa wanita berkenaan sebelum mempertimbangkan permintaannya.
Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains), Kamal Amran Kamarudin berkata, pihaknya juga akan membuat semakan bagi memastikan kesahihan dakwaan Nor Farina berhubung permohonan bantuan Baitulmal.
Nor Farina Che Ya, 38, dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM1,500 tanpa penjamin.
Majistret Rahimah Rahim membuat keputusan itu selepas mendengar rayuan Nor Farina.
Dia mengaku mencuri di sebuah pasar raya berhampiran Dataran Centrio, Seremban 2, di sini, sekitar jam 6 petang, 5 Ogos lalu.
Barang-barang yang dicurinya adalah daun kunyit, daun pandan, serai, daging kambing, syampu rambut, minyak angin, pakaian dalam, seluar dan tudung, semuanya dianggarkan bernilai RM262.86.
Mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, hukuman maksima yang diperuntukkan adalah 10 tahun penjara dan denda. Bagi kesalahan kedua dan seterusnya pula, pesalah boleh dihukum penjara, denda atau sebatan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Soo Kok Weng, manakala Nor Farina tidak diwakili peguam.
Nor Farina memberitahu mahkamah, dia menghidap diabetes kronik dan mempunyai anak perempuan berusia 10 tahun yang menghidap penyakit hipoglisemia.
Katanya, dia mencari nafkah dengan mengutip dan menjual kotak serta barang lusuh.
Tambahnya, dia menerima bantuan RM150 setiap bulan, tetapi tidak cukup untuk menampung hidupnya dan anaknya.
Nor Farina memberitahu mahkamah, dia memohon bantuan baitulmal, tetapi tidak berhasil.
Dia berkata, dia mencuri kerana terdesak.
'Saya nak buat rendang...'
“Saya curi daging... curi serai untuk buat rendang... sebab tak mampu,” luah Nor Farina Che Ya sambil berlinangan air mata apabila mengenang kembali perbuatannya mencuri di sebuah pasar raya.
Menurut ibu tunggal berusia 38 tahun ini, dia nekad melakukannya walaupun sedar tindakan itu berdosa dalam Islam dan salah di sisi undang-undang, lantaran tertekan dengan desakan hidup.
“Memang masa buat tu saya tak fikir apa. Saya cuma fikir perut anak yang lapar. Saya kata pada diri sendiri, biarlah saya tanggung dosanya. Apa saya mampu bayar cuma beras pulut yang harganya lima ringgit lebih.
“Macam pakaian tu, saya teringin sangat nak rasa. Bukan untuk saya saja, tapi untuk anak. Saya ambil tudung,” katanya dalam nada teresak-esak ketika ditemui di luar mahkamah, semalam.
Sementara itu, Pengarah JKM Negeri Sembilan, Mohamad Hapil berkata, pihaknya akan menghantar pegawai untuk menyiasat situasi menimpa wanita berkenaan sebelum mempertimbangkan permintaannya.
Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains), Kamal Amran Kamarudin berkata, pihaknya juga akan membuat semakan bagi memastikan kesahihan dakwaan Nor Farina berhubung permohonan bantuan Baitulmal.
Sumber : Sinarharian
***************************************************
Emosi terus baca cerita ni... Mana pihak pihak berwajib???? Zakat baitulmal apa segala mana????
Tak payah nak ketat sangat la buat selidik semakan apa segala.. Datang rumah tengok kalau orang tu dah susah bagi je la bantuan.... Bantuan pula jangan la bagi macam tahun 60-an punya bantuan.. RM150 sebulan jadi apa???
Zakat berjuta setahun kutip.. Nak hulur bukan main susah.. selidik sana semak sini... Berlambak fakir miskin la kat Malaysia ni... JANGAN BUAT BUTA JANGAN DUK PAKAT TUNGGU ORANG MINTA BANTUAN, KELUAR CARI FAKIR MISKIN LA
DAH RAMAI BERJAYA UBAH HIDUP DENGAN PROGRAM KAMI
Admin
7:50 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaDAH RAMAI BERJAYA UBAH HIDUP DENGAN PROGRAM KAMI
Bahaya Permainan Pokemon Go
Pokemon Go ialah applikasi permainan telefon mudah alih yang menggunakan teknologi Augmented Reality (realiti berperantara) dan location-based (perisian berasaskan lokasi). Permainan ini dibangunkan oleh Syarikat Niantic Inc dengan kerjasama Syarikat Pokemon Antarabangsa dan Nintendo Co Ltd dan boleh dimuat turun melalui peranti mudah alih yang menggunakan Android dan IOS.
Ok.. Ayat di atas admin cedok je daripada blog orang lain. Admin tak tahu la apa yang best sangat dengan permainan Pokemon Go ni sampai permainan Pokemon Go ni jadi kegilaan orang ramai bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia (Kot)
Admin memang kalau jenis permianan macam ni tak minat... Kalau minat pun, admin cuba nak elak dari bermain sebab kang tak pasal pasal angau tak jadi kerja...
Tapi dengar khabarnya permainan Pokemon Go ni ada bahaya nya kepada si pemain dan ada beberapa negara yang telah mengharamkan atau block permainan atau game Pokemon Go ni...
Bahaya bermain Pokemon Go
Apa yang bahayanya Pokemon Go ni?
Dari yang admin terdengar dan terbaca permainan Pokemon Go akan membuatkan pemain pergi ke satu satu tempat untuk mendapatkan pokemon berpandukan sistem GPS. Pemain akan berjalan sambil melihat hanphone mereka untuk mengikut arah yang ditunjukkan di dalam pokemon Go. Bila perkara ini berlaku, pemain akan berjalan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling dan boleh menyebabkan kemalangan dan sememangnya sudah ada kes kemalangan akibat kecuaian pemain Pokemon Go ni. Bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah orang lain.
Ada juga yang admin dengar kerana terlalu kusyuk bermain Pokemon Go, pemain di ragut.
Yang lebih membahayakan adalah ada kes yang admin dengar pemian di arah untuk ke satu temmpat untuk mencari Pokemon Go, pemain di bawa ke satu tempat terpencil dan mereka di rompak atau dirogol jika pemian Pokemon Go terbabit adalah wanita. Kepada kanak kanak mungkin akan mendedahkan mereka kepada bahaya penculikan.
Jadi kepada ibu bapa, awasi anak anak anda dari permainan Pekemon Go ini. Takut perkara tidak diingini berlaku.
Cerita Punca Sebenar Pergaduhan Di Plaza Low Yat
Cerita sebenar dia........
Admin tak tahuuuuu....... Banyak sangat tokok tambah.
Ada yang kata kes penjual penipu pembeli.
Ada yang kata pembeli tu mencuri..
Seorang peguambela yang yang handle kes pergaduhan di Low Yat ini meminta semua bertenang dan mengatakan hanya 30% sahaja cerita cerita yang disampaikan benar. 70% lagi ditokok tambah bagi memburukkan lagi keadaan...
Link Buzze Azam
Link Buzze Azam
Video media Ketua Polis Negara Tan Sri Kalid insiden pergaduhan Low Yat Plaza
Peguam dengan Polis... Siapa ikut arahan siapa???? Jeng jeng jeng
So apa apa kita follow Buzze Azam untuk perkembangan insiden pergaduhan dan rusuhan di Low Yat Plaza
Admin
4:35 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaPeguam dengan Polis... Siapa ikut arahan siapa???? Jeng jeng jeng
So apa apa kita follow Buzze Azam untuk perkembangan insiden pergaduhan dan rusuhan di Low Yat Plaza
Punca Sebenar Pergaduhan Rusuhan Di LowYat Plaza
Akhirnya terjawab sudah punca terjadinya pergaduhan di Low Yat Plaza hingga berlaku rusuhan pada 11 dan 12 julai 2015 yang lalu...
Lepas ni jadi apa pula tak tahu lahhhh.... Rusuh rusuh dah.
TERBARU :
Ketua Polis Negara memberi kenyataan PALSU berkaitan insiden rusuhan di Low Yat Plaza
Admin
6:07 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaTERBARU :
Ketua Polis Negara memberi kenyataan PALSU berkaitan insiden rusuhan di Low Yat Plaza
Video Rusuhan Low Yat Plaza
Memang besar kes gaduh di Low Yat ni. Sampai dah jadi kes rusuhan.
Sampai ke pagi masih tak habis.
Rupanya tak berapa jam selepas kes gaduh dalam Plaza Low Yat tu, terjadi lagi pergaduhan, kali ni di luar premis pula. Kali ni melibatkan kumpulan pula. Dah pergaduhan antara cina melayu, pasti ada kumpulan yang nak bela kaum masing-masing.
Ni bukan pergaduhan lagi dah. Merusuh dah namanya.
Tonton video dibawah
Dalam insiden rusuhan Low Yat ni, beberapa petugas media turut cedera.
Dari video di atas, ada juga kedengaran seperti bunyi letupan.
Dalam kejadian rusuhan tersebut, polis telah menghantar empat unit simpanan persekutuan dan satu pasukan meriam air di jalan Bukit Bintang.
Video sidang media insiden rusuhan di Plaza Low Yat
Gambar-gambar sekitar rusuhan di Plaza Low Yat
Admin rasa ni bukan kes handphone lagi dah... Ni dah jadi isu perkauman... Aduhai...
Admin
4:36 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaPergaduhan Di Low Yat Plaza
Pada 11 Julai 2015 yang lalu agak gempar kes pergaduhan yang berlaku di Low Yat Plaza.
Punca pergaduhan ada yang mengatakan pembeli tidak berpuas hati dengan penjual handphone terbabit yang menjual handphone yang tidak original.
Menurut laporan polis pula, kejadian berpunca pabila salah seorang rakan pembeli ini tidak berpuas hati rakannya ditahan pengawal keselamatan Plaza Low Yat terbabit dan diserahkan kepada pihak polis selepas pemilik kedai handphone tersebut membuat aduan.
Selepas disoal oleh polis, suspek yang ditahan mengatakan dia marah kerana kedai handphone tersebut menjual handphone yang tidak original tetapi dikatakan original.
Menurut laporan polis pula, kejadian berpunca pabila salah seorang rakan pembeli ini tidak berpuas hati rakannya ditahan pengawal keselamatan Plaza Low Yat terbabit dan diserahkan kepada pihak polis selepas pemilik kedai handphone tersebut membuat aduan.
Selepas disoal oleh polis, suspek yang ditahan mengatakan dia marah kerana kedai handphone tersebut menjual handphone yang tidak original tetapi dikatakan original.
----------------------------------------------------------
Admin dah dapat tahu pasal kes pergaduhan di Low Yat Plaza ni semalam waktu tengok di Facebook.
Ingatkan gaduh biasa la... Tak amik port la (Waktu tu tengok video part 1 je)
Malam sikit admin perasan asal jadi kecoh semacam dengan kes pergaduhan ni... tengok kat Youtube..
Sekali besar punya gaduh dah macam merusuh pula..
Tonton video pergaduhan di Low Yat Plaza yang admin dah combine beberapa klip video pergaduhan tersebut
Menurut laporan polis, suspek telah memecahkan peralatan kedai tersebut dan memukul pekerja kedai tersebut. Kerugian dianggarkan RM70,000.
Suspek telah ditahan dan disiasat dibawah seksyen 147/427 kanun keseksaan kerana merusuh.
----------------------------------------------------------------
Tak nak sentuh kaum kat sini. Sensitif kot. Tapi kalau benda benda teknologi macam handphone ni nak beli lebih bagus bawa kawan yang arif sikit pasal teknologi ni. Memang banyak handphone handphone yang kat luar sana tu tak original tapi dikatakan original. Yang buta teknologi memang akan terkena lah..
Admin
2:33 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaVideo Ucapan Gadis #SayaZahra Survival Di Hadapan Tan Sri Muhyidin Yassin
Satu video ucapan dari seorang gadis yang bernama Zahra menjadi viral di media sosial yang mana gadis tersebut merupakan graduan Ijazah Undang-undang
Ucapan tersebut dirakan sewaktu sidang 'Laporan Sosio-Ekonomi Melayu : Menuju Negara Berpendapatan Tinggi' yang berlangsung pada 17 Jun 2014 yang lalu di KLCC
Dalam ucapan tersebut, Zahrah mengatakan kehidupan kebanyakan golongan muda di Malaysia masih lagi seperti 'kasi pagi makan pagi' sambil mempersoal nasib golongan muda pada masa akan datang yang merujuk kepada kos sara hidup di Malaysia yang semakin meningkat.
Antara lain kata-kata yang disampaikan oleh Zahra dalam ucapannya adalah
"Belajar tinggi-tinggi akhirnya mengemis juga"
"Apabila saya diminta untuk bercakap di pentas ini, di hadapan timbalan Perdana Menteri, inilah peluang saya untuk saya suarakan luahan hati generasi saya"
"Saya tahu saya tidak bersendirian kerana RAMAI KAWAN KAWAN SAYA TURUT TERSEKSA"
Apa yang membuatkan Video Zahra ini medapat perhatian rakyat Malaysia adalah keberanian Zahra menyuarakan perkara tersebut di hadapan timbalan perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
Tonton video ucapan Zahra dibawah
Video tersebut kini mula menjadi trending di laman sosial Twitter dengan hastag #SayaZahra yang mana ramai pengguna Twitter memberi sokongan dan pujian terhadap Zahra
Pendapat admin???
Tajuk asas acara tersebut adalah "Laporan Sosio-Ekonomi Melayu"
Kenapa ada perkataan 'Melayu'. Kenapa tak ada disebut cina ke india ker? kenapa?
Cina dan India tak duduk di Malaysia ke?
Jangan terlalu bergantung kepada orang lain atau kerajaan untuk terus survive.. Jangan terlalu harap duit BRIM, bantuan kerajaan atau apa apalah.. Kerana itu sekadar bantuan..
Admin tak cakap dari sudut politik. Tapi dari sudut survival hidup.
Tak kan nak salahkan orang lain kalau anak bini tak cukup makan??
Nak salahkan kerajaan 100% anak bini tak cukup makan??
Apa peranan diri anda sendiri???
Memanglah kos hidup meningkat disebabkan kerajaan. Tapi carilah alternatif lain untuk cari side income.
Kita ada hak untuk bersuara sebab kita rakyat Malaysia. Ada hak bersuara (Yer ker ada hak)
Tapi untuk cari sesuap nasi jangan harap orang lain nak terus bagi. Usaha la.
BUKTI | Video CCTV Di Lebuh Raya Duke Membuktikan Kumpulan Myvi Berlumba
Akhirnya video rakaman CCTV di Lebuh Raya Duke tersebar dan membuktikan kumpulan Myvi dari kumpulan Familia Myvi Club (FMC) tersebut memandu dalam keadaan laju sesama mereka
Penafian dari budak bernama Yana yang mengatakan mereka tidak berlumba ternyata tidak benar dan hanya untuk menyelamatkan diri mereka.
Video dah tersebar. Cam ner 'orang dalam' tu nak cover cik Yana???
Admin
4:38 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaTERBONGKAR! Ahli Familia Myvi Club Cuba Menutup Kes Kemalangan Di Lebuh Raya Duke
Masih belum reda kemaraha orang ramai tentang kes kemalangan di Lebuh Raya Duke yang melibatkan sebuah Pajero dan 2 buah Myvi dari Familia Myvi Club (FMC) sehingga mengakibatkan kematian, ahli kumpulan tersebut menyemarakkan lagi api kemarahan orang awam dengan terbocornya perbualan Whatsapp di antara ahli Familia Myvi Club tersebut yang cuba untuk menutup kes kemalangan tersebut yang mana salah seorang ahli kumpulan FMC tersebut iaitu Yana dikatakan mempunyai 'orang dalam' di Jabatan Pengangkutan Jalan dan juga Polis Bukit Aman
Sial kan budak budak Familia Myvi Club yang terlibat dalam kemalangan tu. Terutama sekali yang bernama YANA
Memang musibat kan?
"ketua polis bukit aman bekukan sebab tak nak FMC kena hentam lagi teruk"
Kepala hotak kau. ko fikir kelab ko lagi?? 3 nyawa tu aper cerita???
Tak sedar ker korang tu dah menyebabkan kematian dan anak mangsa jadi yatim piatu sebab a****g macam korang ni. Ingat nyawa tu boleh beli kat pasar malam ker??
Laporan polis pemandu Myvi yang terlibat dalam kemalangan di lebuh raya Duke
Tukar laluan secara tiba-tiba?
Kalau admin la kan... Tengah drive kat lorong tengah tetiba dari belakang ada kereta yang dipandu laju 2 3 biji... Panik juga rasanya dan terpaksa memberi laluan kepada kenderaan yang dipandu laju dari arah belakang. Takut takut kena hentam dengan kenderaan tersebut dari belakang yang dipandu laju tu kan.
Sebab tu.... Dalam undang-undang polis atau polis trafik boleh keluarkan saman atas alasan memandu dalam keadaan cuai dan mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.
Korang tak payah la nak salahkan pajero tu yang tetiba tukar laluan. Yang korang tu rasa dah power sangat berlumba kat jalan raya apa kejadah??!! Bangang ker??
Harap "orang dalam" si Yana a****g tu tak bangang macam puak ni juga nak cover kes kemalangan ni. 3 nyawa melayang kot. Si anak mangsa yang masih kecil pula jadi anak yatim piatu.
Video rakaman CCTV di Lebuh Raya Duke membuktikan kumpulan Myvi terbabit berlumba
Admin
3:31 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaVideo rakaman CCTV di Lebuh Raya Duke membuktikan kumpulan Myvi terbabit berlumba
Pengakuan Wakil Familia Myvi Club Dalam Insiden Di Lebuh Raya Duke
Berikutan kes kemalangan membabitkan sebuah pajero dan 2 buah Myvi dari Familia Myvi Club yang berlumba sehingga mengakibatkan 3 nyawa terkorban termasuk seorang bayi berusia 7 bulan yang telah menjadi isu panas dan viral sejak berlakunya kejadian tersebut, salah seorang wanita yang mengaku sebagai wakil dari Familia Myvi Club (FMC) dikenali sebagai Yana membuat pengakuan seperti dibawah
"Mereka bukan berlumba"
"Mereka bukan berlumba"
"Mereka bukan berlumba"
"Mereka bukan berlumba"
"Mereka bukan berlumba"
"Mereka bukan berlumba"
"Mereka bukan berlumba"
"Mereka bukan berlumba"
"Mereka bukan berlumba"
"Mereka bukan berlumba"
"Mereka bukan berlumba"
Kalau berlumba tu..memandu dengan kelajuan 110KM/J.. Kalau dalam pemanduan biasa 180-200KM/J.
Kan cik Yana??
Ini pula adalah laporan yang dibuat oleh salah seorang pemandu Myvi tersebut
Admin suka ayat "merasakan sebuah m/kar jenis pajero berada di sebelah kiri seakan mahu masuk ke kanan, akibat dari itu kenderaan saya telah terbabas"
Pandai dia buat laporan polis kan
Kalau dilihat la pada keadaan pajero dengan 2 buah Myvi tu... Korang rasa yang mana
1. Yang bawa laju..
2. Yang mana paling teruk dirempuh dan
3. Yang mana merempuh?
Ini pula laporan polis yang dibuat oleh saksi di tempat kemalangan tersebut
Tak cukup dengan gambar?? Nah video saksi yang berada di tempat kejadian
Dah dah la nak pusing ayat. Korang tu dah bunuh orang tau tak!! Tak mengaku lagi??!! Memang sial la..
Admin pernah juga join kelab kereta. Admin juga suka juga ubahsuai ubahsuai kereta. Jadi admin tahu apa yang korang rasa waktu berada di lebuh raya tu apatah lagi secara berkumpulan ala-ala berkonvoi. Nak test power kan?? Nak test siapa lagi laju kan??? Nak tunjuk hebat kan??
Mengaku jer lah pemandu b*****t Familia Myvi Club. Tak da rasa bersalah ker?! Dah la bunuh orang. Jadikan anak-anak mangsa yatim piatu pula!!
**Ahli kumpulan Myvi yang terlibat dalam kemalangan cuba menutup kes**
**Rakaman video CCTV di Lebuh Raya Duke membuktikan kumpulan Myvi terbabit berlumba**
Admin
3:54 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaMengaku jer lah pemandu b*****t Familia Myvi Club. Tak da rasa bersalah ker?! Dah la bunuh orang. Jadikan anak-anak mangsa yatim piatu pula!!
**Ahli kumpulan Myvi yang terlibat dalam kemalangan cuba menutup kes**
**Rakaman video CCTV di Lebuh Raya Duke membuktikan kumpulan Myvi terbabit berlumba**
Gambar Dan Video Kemalangan Pajero Myvi Di Lebuh Raya Duke
Orang ramai menjadi marah kerana kebodohan dan kebangangan 6 pemandu Myvi yang berlumba di Lebuh Raya Duke telah mengakibatkan 3 orang awam maut termasuk seorang bayi berusia 7 bulan.
Antara gambar-gambar kemalangan di Lebuh Raya Duke yang membabitkan 2 buah Myvi dari kelab Familia Myvi Club (FMC) dengan sebuah SUV Pajero Sport sehingga menyebabkan 3 kematian.
![]() |
| Gambar mangsa kemalangan Fairus Nizam Hussain 35 tahun. Isteri, Nova Safitri Azhari 27 tahun dan bayi mereka Nur Firuza Annisa 7 bulan |
![]() |
| Gambar anak mangsa. Kanan Nur Firuza Annisa, 7 bulan |
![]() |
| Keadaan kereta pajero mangsa yang terbalik dan mangsa tercampak keluar di atas jalan. |
Gambar keadaan pajero dan 2 buah Myvi yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Duke
Video (berita Astro Awani) saksi yang melihat kejadian kemalangan terbabit
Video anak pasangan mangsa kemalangan yang menangis atas kehilangan kedua ibu bapanya dalam kemalangan di lebuh raya Duke
Harap 2 e**r pemandu Myvi dari kelab Familia Myvi Club tu terjumpa la video ni. Kot lepas ni tahu sikit cara memandu yang betul di jalan raya. Tanggung la rasa bersalah tu sampai lubang kubur!
**Pengakuan wakil Familia Myvi Club berikutan kemalangan di lebuh raya Duke**
**Ahli Kumpulan Myvi yang terlibat dalam kemalangan cuba menutup kes**
**Rakaman video CCTV di Lebuh Raya Duke membuktikan kumpulan Myvi terbabit berlumba**
Admin
1:19 AM
New Google SEO
Bandung, Indonesia**Pengakuan wakil Familia Myvi Club berikutan kemalangan di lebuh raya Duke**
**Ahli Kumpulan Myvi yang terlibat dalam kemalangan cuba menutup kes**
**Rakaman video CCTV di Lebuh Raya Duke membuktikan kumpulan Myvi terbabit berlumba**





































































