My First Ebook Review

Assalamualaikum rakan-rakan sekalian.........
Entry ni adalah lanjutan daripada entry aku, Asas Menjana Pendapatan Online.....
Oleh sebab tak nak ebook aku tu dicop "ebook sampah", So, aku ada mintak review daripada rakan-rakan tentang ebook aku tu....

Terima Kasih aku ucapkan kepada Tupai Karan, pemilik blog @hatitupai kerana sudi meluangkan masa meriew kandungan ebook aku tu

ebook review

So untuk meyakinkan lagi para prospek produk ebook aku tu, aku akan masukkan review kedalam web/landing page aku. Dan sebagai penghargaan kepada yang meriew ebook aku, link turut disertakan kedalam web aku tu.

So kepada rakan-rakan yang lain, kalau nak ebook aku tu, sila ke entry aku yang sebelum ni k, isi form. Kalau nak bagi review tu, terima kasih banyak-banyak la aku ucapkan yer.

Nak kena touch-up balik web dan kandungan ebook, terutama web.. Memang kureng giler la. huhuhu...

personal review
Terima kasih juga kepada bro Fairus yang memberi sokongan moral kepada aku :)

Asas Menjana Pendapatan Online

Assalamualaikum rakan-rakan sekalian. Apa khabar? Moga sihat semuanya. Lamaaaaaaaaaaa aku tak blogwalking kan. Mintak mahap la sangat-sangat yer. Ada sesuatu yang perlu diberi perhatian yang lebih. Ops!

Beberapa minggu (ke bulan) yang lalu aku agak sibuk menghasilkan ebook jualan aku yang pertama. Asas Menjana Pendapatan Online. Sesajer nak test market.. Hehehe..... Ebook aku tu dah siap beberapa hari yang lepas tapi ada beberapa masalah yang aku sendiri tak tahu puncanya. Link download aku tak leh buka.. Sekarang alhamdulillah pas aku mintak beberapa rakan tolong buka, dah boleh. Mungkin besar sangat size file download aku tu, aku pun tak tahu. 7MB.

Asas Menjana Pendapatan Online

Sempena pelancaran ebook Asas Menjana Pendapatan Online aku ni, ewah ayat, aku nak buat promosi kat pelawat-pelawat setia Amry's Blog. Harga pasaran aku letak RM20.....jer.... Tapi untuk korang aku bagi free. Kira Pre-Launch la kan. Disamping leh la aku dapat pendapat korang tentang kandungan ebook aku tu. Manalah tahu kalau-kalau ebook aku tu dicop "ebook sampah".... huhuhu.... Sebelum tu aku nak gitahu awal-awal, ebook aku tu aku buat khas untuk sesaper yang baru nak berjinak-jinak dengan perniagaan online... Macam aku....Rasa-rasa kalau diri tu memang dah bergelar usahawan internet, tak yah la apply ebook ni. Buang masa je. hee

Alhamdulillah juga, hari ni agak teruja buat aku sebab laman web aku tu berada didalam first page carian google dengan keyword "asas menjana pendapatan online" selepas aku curi backlink dari youtube.










Tak sangka juga aku sebab aku bukan terror SEO pung... Harap-harap pasni ada la yang nak beli ebook aku. Doakan la yerk. Den baru nak belajor-belajor ni....

Sebelum aku terlupa.... Tawaran aku ni sementara jer.. Terhad. Aku rasa aku nak tarik balik tawaran ni, aku tarik la yer..... :P. Harap maklum

So kepada sesaper yang berhajat tu, sila isi form dibawah






  • PERMOHONAN EBOOK A.M.P.O












  • Should be Empty:


Jadual Peperiksaan SPM 2011

Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula pada bulan November nanti. Bagaimana dengan persiapan adik-adik. Moga semuanya berjalan lancar. Jangan terlalu pressure sebab belajar dalam keadaan pressure adalah sia-sia.



Sumber : http://www.slideshare.net/cikguadura/jadual-waktu-spm-2011
Untuk print Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, klik sini
Moga dengan jadual ini akan lebih memudahkan adik-adik menyusun strategi pembelajaran didalam menghadapi peperiksaan SPM nanti. Jangan study last minit pulak :)
Good Luck!!
P/S : Adik-adik...?? Tua dahhh...huhu

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks