Keputusan Pilihan Raya Kecil Dun Tenang, N5|BN Menang


Tepat jam 10pm 30 Jan 2011, terjawablah sudah keputusan Pilihan Raya Dun Tenang N5, Johor dengan kemenangan berpihak kepada BN dengan mendapat undi 6699 undi manakala PAS mendapat 2992 undi.

Calon BN, Mohamad Azahar Ibrahim menang majoriti 3707 undi, meningkat berbanding pada tahun 2008 sebanyak 2492 undi. Mohamad Azahar juga meraih 115 kertas undi pos yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dari jumlah keseluruhan 119 kertas undi. 3 kertas undi diperoleh dari calon PAS, Normala Sudirman manakala 1 undi pos ditolak.

Keputusan undi diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis.

P/S : Tahniah kepada BN. Jangan sia2 kan amanah dan kepercayaan rakyat yang telah diberikan.

Terima Kasih Wahai Nuffnang.

Sebelum aku tulis entry ni, izinkan aku tuk memalukan diri aku jap erk. hehehehe..... (Malu seh aku nak buat entry ni. Sebab Income aku memang la banyak..... RM0.12 sebulan!!! Waaaakakakaka) Malu la orang lain income meriban rileks jer....aku yang ciput ni terhegeh-hegeh nak buat entry pasal income nuffnang ni. hehehehe

Aku selalunya kalau buka website Nuffnang ni, tak lain dan tak bukan.....memang bukan la nak tengok sangat income aku tu. hehe.. Paling tak, lintaskan jer cursor mouse aku ni kat bahagian earning tu. Tak klik pon. hoho.... Selalunya aku kalau masuk Web Nuffnang tu ping entry blog, cek statistik pelawat blog, dan merayap blog-blog orang lain jer. Yang lain aku tak tahu.... Hohoho.

Tadi aku cek akaun Nuffnang aku, Alhamdullillah ada 2 BE. (Baru 2 BE nak kecoh..huhu) Apa BE tu? BE tuuuuuuu...... Buffered Earning. Dalam bahasa melayunya Pendapatan Terumpuk. Terumpuk??? Tertompok aku tau, terumpuk aku tak tau...Pelikkkkk jer aku dengar pon. hahahahaha...Dan macam mana Nuffnang kira BE ni.....Jaaaaangan tanya aku. Sebab aku tak tahu. hehehehe... Tapi setakat yang aku tahu dan setakat pemahaman aku yang cetek ni laaa, Buffered Earning ni special sikit dari kempen-kempen yang biasa sebab BE ni dia ada range income dia yang tertentu. Maksud aku, yang kempen biasa tu maybe income yang korang dapat tu sekitar RM0.25-RM0.50 sekali klik. Tapi yang BE ni korang boleh dapat sampai RM10 satu klik dan boleh lebih tinggi lagi. Jumlah baper ringgit satu klik pada BE tu nuffnang kira jangan tanya aku. hehe... BE ni pulak ada tempoh-tempoh siaran dia. Sampai tempoh, BE tu akan bertukar kepada Metered Earning pulak. Metered Earning ni maksudnya tempoh BE tu dah tamat ler. huhu... Cara nak dapatkan BE ni aku pon tak tahu juga. Aku pon tak pernah research. Tapi ada orang cakap, eh, ada blogger tulis... rajin-rajin godek bahagian survey pada bahagian blog manager tu. Pas tu rajin-rajin hantar tiket kapal terbang soalan pada Nuffnang ni. Kiranya expresikan blog korang dengan Nuffnang ni dengan tanya itu tanya ini dengan diorang. (Sila jangan percaya 100% mitos ni k)
Tapi aku rasa la jumlah visitor tu lebih mempengaruhi la income iklan Nuffnang kat satu-satu blog tu. kan kan kan. hoohoho

Sehingga kini income Nuffnang aku adalaaaaaa....... Errrr errr....Gtau kerrrr tak nak. Gtau tak nak, tak nak kerrrr gtau....hahaha.... Pening aku jap. Tak yah gtau lah. Memang ciput pon.. hahaha..... Mak aku cakap, tak baik menunjuk-nunjuk harta kekayaan ni.... Bak kata Dato' Siti Nurhaliza plak... Biarlah Rahsia :P


Tips nak dapat banyak Income dari Nuffnang??
Jangan amik tahu pasal income Nuffnang. Perbaiki jer blog tu. Nanti ada la income tu.
Dunia ni, kalau kita fikir sangat satu-satu benda tu, memang tak menjadi. Tapi kalau tak fikir, memang menjadi-jadi benda tu. huhu Apa aku mencarut ni??? Grrr
Lagi satu Cek akaun Nuffnang setahun sekali. Sekali tengok income mesti banyak....
Sekali cek RM20. 2 kali cek dah RM40. Banyak tu.... Ingat ye. Setahun sekali cek. hahahahahaha

P/S : Entry ni bukan dalam planning. Ni entry terkejut tergempaq. Ayat memang carca marba. Harap maklum :P

Drama Tiada Lagi - Jiwa Kelakian Ku Tersentuh!

Tengah-tengah duk nak balas komen kawan-kawan dan membuat blogwalking, tiba-tiba aku rasa aku nak buat entry ni. Entry yang buat aku touching.. lelaki-lelaki jangan condemn aku k, aku ada hati gak ada perasaan gak. huhuhuhu

Tengah duk ngadap blog, mata aku sambil menjeling-jeling drama "Tiada Lagi" lakonan Fahrin Ahmad di TV2. Mengisahkan Azim lakonan Fahrin Ahmad yang suka membantu sesiapa sahaja yang meminta pertolongan darinya sehingga dia sering dibuli dan dianggap bendul orang rakan-rakan sepejabatnya. Malah bantuannya itu kadang menyusahkan dirinya sendiri. Ibunya yang risau akan keadaan Azim itu seringkali menegur sifat baik Azim yang keterlaluan sehingga pada suatu hari teguran ibunya itu benar-benar membuatkan Azim terasa hati. Ditambah pula rakan wanitanya yang dia kenal melalui YM selama setahun tidak ingin meneruskan persahabatan mereka pada pertemuan diorang yang pertama kali kerana sifat Azim yang bendul itu.

Pada suatu hari Azim didapati hilang. Kehilangannya Azim amat membimbangkan ibunya. Kehilangannya juga amat dirasakan oleh rakan-rakan sepejabatnya yang sering membulinya di pejabat dan kekesalan mula menyelubungi diri mereka kerana sering membuli Azim. Rakan YM Azim juga turut merasakan kehilangan Azim kerana sedar yang Azim adalah lalaki yang paling baik dan paling memahami dirinya.

Akhirnya kehilangan Azim terjawab..................................
Azim telah meninggal dunia kerana terbabit didalam nahas jalan raya yang telah menyebabkan kenderaannya terjunam ke dalam sungai. Hilanglah seorang lelaki yang selama ini banyak membantu rakan-rakan pejabat Azim. Hilanglah lelaki yang selama ini jujur berkawan dengan seorang wanita. Hilanglah seorang lelaki yang selama ini tidak pernah berdendam!
-------

Sering kita mensia-siakan kewujudan seseorang itu tanpa kita sedar kewujudannya sangat bermakna dalam hidup kita sehinggalah kita kehilangan orang itu. Penyesalan tidak berguna lagi....... Aku ni senang gak touching2. Grrrr

Blog Sixthseal Disaman RM6 Juta

Cerita yang aku rasa hangat juga la sekarang ni terutama kepada geng-geng blogger kan. Aku ni baru jer terasa hangatnya. huhuhu... Aku terlupa dari mana aku dapat tahu kes ni, tapi yang pasti bukan dari paper la. Sebab paper yang buat isu ni adalah paper The Star , bertajuk Google, Blogger Sued By Restaurant For RM6mil (Aku tak baca The Star :P )

Aku rasa korang pon dah tahu kes ni kan. Kes Blogger Poh Huai Bin yang menulis komen tentang Restoran Jothy's Fish Head Curry Banana Leaf Restaurant didalam blognya, Sixthseal.com yang bertajuk "Jothy's Fish Head Curry Banana Leaf Restaurant" telah disaman sebanyak RM6juta oleh pemilik Restoran tersebut, Thirumaraj Sivaperumal.

Punca Thirumaraj ni menfailkan saman keatas Poh adalah kerana komen-komen Poh ni yang didakwa telah menyebabkan Restorannya mengalami kerugian dan kerosakan serta telah menjatuhkan reputasi restorannya samada di dalam negeri mahupon antarbangsa. Korang nak tahu komen Poh ni? Sila lah ke blog Sixthseal.com tu yer. Aku tak nak komen sebab aku tak pernah makan pon kat restoran tu dan aku takut aku pon kena saman. Hahahahaha.... Gilor bai. 6 Juta tu, bukan 6 henggit.... Mau menggelupur nak bayar.

Aku bukan nak komen pasal restoran tu, tapi tentang keterbukaan hati atau cara penerimaan kutukan tu. Pada aku, pemilik restoran Jothy's Fish Head Curry Banana Leaf Restaurant perlulah bersikap Professional kan didalam menerima komplen-komplen yang macam ni. Adat la, bukan semua yang datang makan kat restoran tu berpuas hati dengan servis yang disediakan. Lain orang, lain pendapat. Lain lidah, lain rasa. Terima lah kenyataan tu. Betul tak? Sebagai pemilik restoran yang telah terbina sejak 1987 tu, aku rasa dia dah perlu masak dengan kerenah-kerenah pelanggan ni. Dalam apa-apa perniagaan yang melibatkan orang ramai, moto "Kepuasan pelanggan adalah no.1" perlu dipegang erat. Perlu diingat bahawa kejayaan satu-satu perniagaan tu adalah terletak pada kepuasan dan kepercayaan pelanggan tu sendiri selain faktor-faktor servis, keselesaan dan sebagainya. Jadi ketidakpuasan pelanggan itu terhadap servis yang diberikan perlulah diterima dengan hati terbuka.

Itu dari pihak pemilik restoran. Sekarang aku nak berhujah dari sebelah pihak pemilik blog sixthseal.com ni pulak. Tak fair lah kita menuding jari kearah satu pihak jer kan. Pada pendapat aku Poh ni pon tak wajar juga. Betul la dia komplen tu, dah dia rasa tak sedap, dia komplen la. kan. Tak kan makanan tak sedap cakap sedap juga kan. Menipu diri sendiri namanya tu. huhu.. Kalau aku pon makanan yang aku makan tu tak sedap aku komplen, cuma cara Poh tu rasanya tak kena kot.
Macam ni la, aku bagi contoh. Mamat ni buat satu kesalahan terhadap korang. Macam mana cara korang sound mamat tu. Menjerit bagi satu dunia tahu yang dia buat salah tu siap pakai pembesar suara "Woi!!! Aku suruh ko parking kereta aku kat garaj sana, yang ko parking tengah panas ni buat apa??!!!" Atau bisik kat dia bagitahu yang dia salah mengikut arahan korang? Mesti cara bisik tu lebih baik kan. Kesalahan dapat diperbetul, mamat tu pon dapat terima dengan baik. Betul tak? Sebab apa aku bagi perbandingan ni? Aku tengok blog Poh ni boleh tahan SEO dia. (Agak aku jer la kan. PR3 tuu...) Tambahan pula, blog ni dah lama. Sejak 2002. So maksudnya sebarang artikel yang dia buat tu agak mudah la untuk tersenarai didalam 1st page google. Bila dah ada dalam 1st page tu, memang ramai la unique visitor dia. Jadi ini diibaratkan macam Poh ni menjerit satu dunia la bagitahu restoran Jothy's Fish Head Curry Banana Leaf Restaurant ni tak bagus. Memang terbakar la pemilik restoran tu. Kan. Pernah g KFC atau mana-mana restoran kan? Ada tak satu surat, surat aduan dan cadangan? Mungkin kalau komen tu diisi dalam surat tu pemilik restoran tu tak mengamuk sampai fail saman 6Juta. Betul tak? Malah dia ucap terima kasih. Silap-silap dia bagi free jer apa yang diorder tu. kan kan kan.

So, aku rasa la pemilik restoran tu saman bukan pasal komen Poh ni, tapi CARA poh komen tu tak kena. Dah Poh buat entry pasal restoran dia kat blog yang blog dia tu ramai pelawat, memang jatuh la reputasi restoran dia. Sebab tu pemilik restoran tu saman sekali Pakcik Google yang tak tahu apa-apa tu. Kesian Pakcik Google . Terkejut monyet la dia tetiba kena saman. Apa kes?? Huhu...

Apa-apa pon, kita tengok jer lah keputusan mahkamah tu. Aku tak duk belah mana-mana. Poh tak, Thirumaraj pon tak. Sebab aku bukan peguam!! hahaha

P/S : Hati2 derr kalau buat entry melibatkan orang ketiga ni. Kang tak pasal-pasal jerk. Income Nuffnang RM12K sebulan pon belum tentu boleh cover 6 juta tu... Perghhh

Khurafat - Tak Takut Pon


Pertama sekali biar aku ngaku dulu awal2 yang aku dah terlambat buat entry tentang filem Khurafat ni. huhu

Hahahahaha.... Akhirnya tercapai juga hajat aku tuk menonton filem Khurafat arahan Shamsul Yusof. Aku ni jarang dapat menonton, kalau dulu duk kat Penang boleh la juga, panggung wayang dekat jer. Sekarang ni dah duk kat ceruk kampung, susah la sikit. Kerana keinginan aku yang membuak-buak tu yang kononnya seram banget filem Khurafat ni, maka aku pon buat kerja gila-gila sikit. Balik kerja jam 7.30pm. Terus g panggung. Aku bernasib baik la sebab aku sampai 7.40pm. Cerita baru bermula jam 7.15pm. Terlepas sikit jer, takpalah kan. Yang gilanya ingat nak makan dulu sebab perut dah berdendang sayang, tapi sebab cerita dah bermula maka aku tahan jer la lapar tu kejap.. hahaha. Gila tak aku. 8.30pm, cerita tamat, terus rembat gerai makan kegemaran aku yang tak jauh dari panggung tu... Makan-makan, berangan-angan jap. 9.15pm aku gerak. Sampai rumah jam 10.30pm... Ni pon aku mendefinisikan sebagai kerja gila. hohoho...Gila bai balik malam2 naik moto... Hohoho...Kalau dekat tak per lah juga. Ini 70KM. Memang gila....

Berbalik pada cerita Khurafat ni, disebabkan dah agak lama movie ni di panggung, so waktu aku menonton tu memang lengang la. Termasuk aku ada 7 orang jer penonton. Hohoho.... Daripada tontonan aku, Khurafat ni biasa-biasa jer la pada aku. Sekali dua jer la kot aku tersentap. hahahaha... Maksudnya tak la aku takut sangat kan. Kan kan kan. Mungkin disebabkan aku peminat cerita genre seram, jadi aku dah terbiasa dengan cerita-cerita seram ni. Ada yang lagi seram baiiii.... Aku pernah tengok cerita seram Indonesia, Mati Suri. Aku sorang jer dalam panggung waktu tu. huhuhu...Boleh tahan la seram dierr...

Walaupon pertama kali mengarah filem seram ni, tapi aku respek la dengan Syamsul. Sebaris dengan pengarah-pengarah lain yang lebih berpengalaman. Dengan hantu-hantu dia yang nampak agak real... dan kemunculan mereka yang sememangnya boleh buat jantung nak tercabut... Terutama waktu van bawa jenazah dengan waktu dalam bilik mayat. Takut wwwooooo..... 
Dari segi jalan cerita.....nampak macam Syamsul nak bagi cerita tu habis cepat, aku yang tengok ni macam tak puas. Lakonan seniwati Mariani sekadar selitan jer dalam filem ni. Sekadar untuk mengelirukan penonton, sedangkan dia tak ada kene mengena dengan kejadian yang menimpa Johan lakonan Syamsul. "Erk!! Dah habis??" Bisik hati kecil aku. hehehe.. Pendapat aku jerlah....
Tapi aku paling suka part ending dia.. Suka sangat. Kreatif baiiii. Pertama kali aku tengok ending macam tu.

Anyway...Dari keseluruhan aku kasi 4 dari 5 bintang.... hehehehe... Ok tak? 

P/S : Jangan la buat benda-benda Khurafat ni..... Menyesal tak kesudah nanti...... Kalau dah orang tu tak suka, jangan lah dipaksa... 

Entry Yang Membosankan Pembaca

Ah....Otak aku jem!!! Entry apa aku nak buat ni?? Aku sebenarnya ada entry yang aku nak tulis, tapi ada sesuatu yang menghalang dari aku menulis entry tu.. Korang perasan tak yang entry blog aku banyak mengisarkan tentang perkara-perkara blogging? Korang bosan tak baca entry-entry aku? Oh...inilah yang tengah aku fikir sekarang ni, takut pembaca blog aku akan bosan dengan entry-entry aku yang hanya mengisarkan tentang blog. sebelum-sebelum ni aku dah terfikir dah akan perkara ni. Dan inilah yang menyekat aku dari menulis entry yang dah ada dalam benak fikiran aku ni. Dan perkara yang aku nak tulis ni pon mengisarkan tentang blog. Aduyaiii..... 

Satu kerugian la pada aku aku rasa kalau pembaca dah merasa bosan dengan entry-entry yang kita buat. Kalau blog aku ni mesra SEO tak apalah, tak takut sangat, visitor organic tetap akan datang walaupun seminggu aku tinggalkan blog ni. Tapi blog aku ni hanyalah dikunjungi oleh pembaca-pembaca setia yang sememangnya setia membaca entry-entry aku. Terima kasih aku ucapkan kepada korang. Love you all lah!!

Aku pergi ke blog-blog member yang lain, aku tengok entry diorang semua best-best. Sememangnya fresh-fresh belaka. Sememangnya tarbaik dari ladang!! Yang sememangnya blogger lain tak pernah bincangkan kan pon isu tu. Sedangkan aku?? Jelousnya aku. Argh!! Entry apa yang aku nak buat selain isu blog ni?? Adoiiii....
Nak cerita tentang kehidupan aku?? Rutin harian aku sama jer tiap hari, tak ada yang menarik pon. Pegi kerja balik kerja, tidur, esok pergi kerja balik. Nak citer tentang isu semasa? Hm... Kalau isu tu panas, sah-sah berlambak kat dada-dada blog semalaysia ni. Aku ni kalau dah banyak blog yang cerita pasal satu-satu isu tu, aku pon secara automatiknya akan menjadi malas nak buat entry tentang isu tu dah (alasan). Sebab kalau dah banyak blog yang buat tentang satu-satu isu tu secara terautomatiknya juga isu tu dah jadi tak panas. Kalau buat pon hanya sekadar nak berkenalan dengan pakcik Google. Tu pon kalau pakcik Google sudi berkenalan dengan blog aku ni. hehe..

Pernah baca entry aku tentang Niche?
Pada pendapat aku Blog yang berniche ni (entry yang hanya berkisar tentang satu-satu topik) lebih sesuai kepada blog yang mesra SEO berbanding blog yang buta SEO. Maksud aku blog yang tak mesra SEO ni lebih baik buat entry yang campur baur macam rojak supaya pembaca yang setia tak bosan membaca entry-entry blog tu. Tak la berkisar tentang topik tuuuuu ja kan. kan kan kan? Apa pendapat korang?

Idea idea.... Mana kau wahai idea...... Grrr...

P/s : Ader sesaper yang bosan baca entry-entry aku tak? (Bertanya sambil buat muka nak nangis :( ) huhu

RM12K Sebulan Hanya Dengan Berblogging

Dalam perjalanan balik dari tempat kerja, saja la singgah di Econsave, nak cocok duit. Nak dijadikan cerita, hari ni aku tak beli paper yang kebiasaannya aku beli kalau aku balik kerja malam. Sambil-sambil pekena roti canai kat kedai mamak baca paper layan beb. Sambil jengjalan kat Econsave tu, aku saja la usha2 paper. Satu tajuk di muka hadapan paper yang tidak asing lagi iaitu Berita Harian telah menarik perhatian aku, 'Penulis Blog Kreatif Raih Pulangan Lumayan'. Aku pon terus sambar paper tu dan beli ler (Sempat gak belek tajuk tu seminit sebab terlalu teruja dengan tajuk dia. Sorry tuan kedaiiii... hehehe). Jom terjah!!



Penulis blog kreatif raih pulangan lumayan
KUALA LUMPUR: Pengendali atau penulis blog kini mampu meraih keuntungan sehingga RM1 juta setahun.
Beginilah fenomena penggunaan blog yang dulunya berfungsi sebagai pengantara politik, peribadi dan komuniti, kini beralih kepada perniagaan sehingga ada pengendali atau penulis mampu meraih keuntungan beratus-ratus ribu hingga berjuta ringgit setahun.

Aku tak boleh nak buat full entry tajuk muka depan paper ni sebab BH sendiri suruh dapatkan paper tu di pasaran. Kang kalau aku siar tak pasal-pasal kena saman. Hohoho. Tapi disini aku akan buat hujah aku sendiri. Aku nak jadi wartawan gak!! hahaha. Dari pembacaan aku disini aku highlightkan beberapa point yang menarik.

Petikan BH berkisar tentang kejayaan blogger Mira Abu Bakar, pemilik blog Redmummy.com


.............Beginilah fenomena penggunaan blog yang dulunya berfungsi sebagai pengantara politik, peribadi dan komuniti, kini beralih kepada perniagaan sehingga ada pengendali blog mampu meraih keuntungan beratus-ratus ribu hingga berjuta ringgit setahun. 
Sejak mula digunakan secara aktif mulai 1998...................
Mira, adalah antara blogger malaysia yang pernah meraih pendapatan sehingga RM12K sebulan. Perhatikan tahun beliau mula aktif dalam dunia blog. Nanti aku gtau kenapa aku suruh korang highlight tahun tu.

Pengendali blog yang konsisten termasuk menggunakan kisah peribadi sebagai tarikan utama, mampu memperoleh pendapatan purata RM500K sehingga RM700K dalam tempoh 7 bulan.
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media UM, Dr Abu Hassan Hasbulah berkata, blog yang mempunyai kreativiti, kualiti dan promosi yang menyeluruh mampu mendatangkan pulangan melebihi had itu.


Antara tajuk berkaitan.....
Ganda Hasil Guna Ruang Media Sosial

Sekarang ini pengendali Blog juga berpeluang menggandakan pendapatan Online mereka menerusi ruang media sosial yang lain, antaranya Facebook dan Twitter
 Nicholas Chay, Pengurus (Malaysia) Nuffnang.

Nicholas juga menyatakan :
Walaupon faktor pendapatan menjadi tarikan utama perkembangan dunia blog, pengendali blog seharusnya mengutamakan minat mendalam dan menampilkan penulisan kreatif lagi menghiburkan, bukannya ala kadar dan mementingkan keuntungan 
Yang ni aku sokong yang teramat sangat. Memang betul dalam dunia blog tak salah untuk menjadikan blog itu salah satu sumber pendapatan, tetapi sebelum fokus kepada menjana pendapatan tu, terlebih dahulu perlu menjadikan blog itu menarik dan mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Menjana pendapatan adalah matlamat, tetapi jangan jadikan ianya Priority. Korang paham maksud aku kan? Kepada yang baru berjinak-jinak dengan dunia blog tu dan ada impian untuk menjana pendapatan dari dunia blog ni, nasihat aku. Buang dulu keinginan untuk menjana pendapatan dari dunia blog ni jauh-jauh. Sebab bukan mudah untuk merealisisasikan impian tu. Silap-silap belum tercapai impian tu korang akan putus asa. Serious!! Sekarang tengok balik tahun pemilik blog Redmummy mula aktif. Sekarang dah tahun 2011. Kira berapa lama masa yang diperlukan untuk berada pada kedudukan sekarang. 13 tahun Bai!!!

Tidak dapat dinafikan, ada juga rasa minat untuk menjana pendapatan dari internet kerana ramai yang berjaya membuktikan blog boleh menjana pendapatan yang tinggi, tetapi ianya memerlukan komitmen yang tinggi serta berterusan daripada penulis apatah lagi blogger yang masih baru seperti saya
Harmelia. Pemilik jejariruncing.blogspot.com

Antara lain kata-kata Aimie :
Biarlah pelawat blog jejariruncing mengenali penulisan saya terlebih dahulu sebelum saya mencuba sesuatu yang baru (menjana pendapatan internet)

So. Kepada yang terlalu taksub untuk menjana pendapatan dari internet ni khususnya blog.... Persiapkan diri korang terlebih dahulu!! Mungkin mudah memasang impian, tetapi belum tentu ianya mudah untuk direalisasikan.

Laporan,
Amry
Wartawan Amry's Blog :P

p/s : Mencanak2 lagilah blog mereka-mereka ni lepas ni....Yauuu!! Jeles aku wei. Nak kena hack nih!!
Jangan ada perasaan macam tu k. Tu cemburu negatif namanya. Wujudkanlah cemburu yang positif dan membina.
"Diorang boleh, aku pon boleh!! Aku akan buktikan!!!" Hoyeh!!!

Penipuan Blogwalking & Cara Atasi


Sekarang kecoh bab Penipuan Blogwalking ni. Rata-rata blog yang aku pegi akan ada buat entry pasal penipuan ni. Aku dari awal-awal lagi aku dah hot dengan isu Blogwalking ni dan ada buat entry mengenainya. Rupa-rupanya kemarahan aku tu berasas. huhu.

Blog pertama yang aku jumpa tentang penipuan blogwalking ni adalah dari blog deCrewz. Dimana mereka yang 'bijak' membuat penipuan ni adalah dengan mengambil kod Shoutbox satu-satu blog tu daripada Source Page blog tersebut. Seterusnya kod tersebut akan diletakkan ke dalam satu lagi blog kepunyaan 'blogger bijak' ni yang dibuat khas untuk kerja-kerja 'bijak' ni. So dengan mengambil kod-kod Shoutbox milik bloger-bloger lain ni yang telah diletakkan ke dalam blog penipuan tersebut, maka blogger 'bijak' ni tak perlu lagi membuat blogwalking dengan melawat satu-satu blog itu, tetapi hanya dengan log in melalui blog penipuan mereka itu tadi.

Lihat sini untuk gambaran sebenar.

Korang dah nampak? Dengan cara ni, kalau aku buat, aku hanya blogwalking melalui blog aku tu jer tanpa perlu pergi ke blog yang mempunyai Shoutbox tersebut. Kalau aku letak 100 Shoutbox, bermakna aku telah membuat 100 penipuan blogwalking sehari!!! Bijak??? Memang bijak!!

Kredit to deCrewz

Kebanyakan blog yang aku lawat hanya mendedahkan cara penipuan ni tetapi tidak ada cara mengatasi. So dsini aku gtahu juga cara untuk protect Shoutbox korang dari aktiviti para lanun yang maha bijak ni. Mungkin ada yang dah tahu tak kurang juga yang belum tahu. So, disini aku dedahkan kepada mereka yang belum tahu. Cara penyelesaian ni aku jumpa dari blog IR.
Caranya adalah dengan block URL Shoutbox korang. Caranya :
1. Log in akaun Shoutbox korang. http://www.shoutmix.com/
(Disini aku fokus pada Shoutmix jer la erk sebab aku guna Shoutmix)
2. Klik bahagian Setting
3. Pada bahagian Security, klik Website Lock
4. Seterusnya masukkan alamat blog korang
5. Save.

Apabila setting ini dilakukan. Sekiranya ada lanun yang nak buat aktiviti tak sihat ni. Shoutbox korang tak kan keluar. Sebaliknya jadi macam ni..... Klik sini.

Kredit to IR

P/S : Terlajak cerdik ni kadang susah jugak erk. Ish!! Sayang. Orang cerdik buat kerja yang kurang cerdik. Berblog lah secara sihat. yer. Please lah... Jangan nak cemarkan dunia blog ni. Jangan terlalu kejar traffik dan duit!!!

Segmen Kenali Bloggers Bersama Amry's Blog

Rentetan dari pada entry aku Minda Separa Sedar. Ini lah yang membuat aku tak sedar sewaktu menunggang motosikal. Hohoho....
Idea Segmen Kenali Blogger Bersama Amry's Blog ni tercetus sewaktu menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.
Segmen ni aku buat untuk :
* Menghargai pembaca-pembaca dan pengomen-pengomen setia blog aku ni.
Mereka yang menyertai segmen aku ni aku akan senaraikan listnya didalam bloglist aku beserta sedikit intro tentang diri Blogger tersebut. Intro adalah berdasarkan Segmen ini. Jadi selain membuat link exchange, aku juga akan mengeratkan lagi hubungan sesama blogger. Selama ni kita berblog hanya membaca entry satu-satu blog itu sahaja tanpa mengenali latar belakang seseorang blogger itu.
* 'Tak Kenal Maka Tak Cinta',
Aku menggunakan pendekatan ini untuk memeriahkan lagi dunia blogging ni :)
Segmen ni adalah bertujuan untuk mengenali diri si blogger itu dengan lebih dekat. Jadikan 'hubungan maya' ini lebih dari 'hubungan maya' itu sendiri (Ni salah satu cara rasanya... Nak buat perjumpaan atau event, aku bukan orangnya..hohoho)
* Up Traffik
Lumrah lah kan dalam dunia blog, satu-satu segmen, contest atau seantero dengan nya, tujuannya adalah untuk up traffik. Caranya, yang menyertai segmen aku ni, korang boleh tag sesaper yang korang suka yang korang rasa korang nak kenal dengan lebih mendalam. Tak nak tag pon tak per. Suka hati (Bukan semua orang suka di tag kan. kan kan kan :P ). Syarat. Sila sertakan link aku sebagai pencetus idea. hehe :P
Aku up kan traffik korang menerusi bloglist aku, korang upkan traffik aku menerusi link aku yang ada dalam entry korang tu nanti. Fair x? hehe

Syarat-Syarat Penyertaan
* Terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertai Segmen ini. Pelawat/pembaca setia Blog ini amat digalakkan. Namun untuk tersenarai didalam bloglist aku. Beberapa saringan akan dilakukan :)
* Kepada mereka yang baru didalam Blog aku ni, untuk tersenarai didalam Bloglist aku ni. Sila pastikan korang menepati Syarat-syarat Link Exchange aku. (Bukan sombong tetapi ingin menjaga kualiti blog aku) Harap maklum ^__^
* Kepada 'Silent Reader' Amry's Blog, Permintaan untuk tersenarai didalam blog ni dinilai melalui keramahan korang melayan Pengomen korang amnya, melayan aku khasnya (Nak rasa special gak tu!! Ish!!)
* Buat satu entry bertajuk "Segmen Kenali Bloggers Bersama Amry's Blog". Tingalkan link korang didalam ruang komen untuk aku masukkan didalam bloglist aku (Sekiranya terpilih :) )
* Segala keputusan tertakluk kepada aku. hehe

**Butiran profile korang ini akan digunakan untuk sesi Blog Review aku nanti (Masih tengah duk fikir nak buat ker tak Blog Review ni... Takut wooo nak buat review niiiii)
---------
Isi Kandungan Segmen (Segmen Profile)
Nama Sebenar : (Untuk dimuatkan didalam Intro Link Exchange)
Nama Glamour Dunia Blog : (Untuk dimuatkan didalam Intro Link Exchange)
Kenapa Pilih Nama Glamour Tersebut : (Sajalah nak tahu disebalik nama tu. kan kan kan)
Tempat Kediaman Sekarang : (Kalau dekat kot-kot la boleh buat perjumpaan. Boleh buat Family Event. Meriah gituuu)
Umur : (Untuk mewujudkan rasa hormat kepada mereka yang lebih 'lama'. Tak da la semua rembat panggil 'BRO BRO' kan. hehe)
Jantina : (Kadang terkeliru juga jantina blogger ni dek kerana nama glamour tu. huhu)
Status : (Untuk lebih respek kepada mereka yang telah bergelar Suami/Bapa)
Dah Kahwin? Berapa Anak? : (Kalau bujang tak yah la isi :P )
Pekerjaan : (Untuk mengetahui tahap Keprofessioanalan)
Dah berapa lama dalam dunia Blogging ? : (Senang la nak declaire Otai kan. hehehe)
Niche Blog : (Sekiranya rojak, nyatakan beberapa topik utama didalam blog korang)
Tujuan Berblog : (Untuk dimuatkan didalam Intro Link Exchange)
Rewards/Kenangan Manis Selama Berada Dalam Dunia Blog : (Untuk dimuatkan didalam Intro Link Exchange)
Tahap Keterujaan Didalam Dunia Blog :(Sangat Teruja/Biasa-Biasa Jer/Sekadar Isi Masa Lapang)

Blogger jemputan korang (Tag)
---------
(Ok la kot.... Senang jer kan.... Yang penting-penting jer. Tak der la peribadi sangat kan... hehe)

Jom tengok Profile aku ^_^

Segmen Kenali Bloggers Bersama Amry's Blog|Initiator Edition

Amry's Blog Profile

Nama Sebenar : Khairul Amry Bin Mohamad Puad
Nama Glamour Dunia Blog : Amry
Kenapa Pilih Nama Glamour Tersebut : Malas nak fikir nama lain. Buat pening. hehehe
Tempat Kediaman Sekarang : Bagan Serai, Perak
Umur : 26 Tahun
Jantina : Lelaki
Status : Bujang
Dah Kahwin? Berapa Anak? : N/A
Pekerjaan : Juruteknik
Dah berapa lama dalam dunia Blogging ? : 5 Tahun. Serious sekitar setahun yang lalu :P
Niche Blog : Rojak. Lebih kepada Dunia Blogging
Tujuan Berblog : Minat
Rewards/Kejayaan Selama Berada Dalam Dunia Blog : Masih belum ada apa-apa Reward dari rakan blog yang lain. Tapi dari segi kejayaan pada aku, aku berjaya menaikkan blog aku didalam dunia blogging ni. Kalau dulu aku tak ada seorang pon pelawat setia, sekarang Alhamdulillah dah ada. Walaupon tak seramai mana, tapi aku menanggapnya sebagai salah satu kejayaan aku hasil usaha aku selama ni. Kalau dulu sunyi jer blog aku ni. Sekarang tak sunyi lagi walaupon tak seriuh (sebising) pasar. hehe... Syukurrr... Akan berusaha lagi untuk menaikkan blog ni. InsyaAllah
Tahap Keterujaan Didalam Dunia Blog : Sangat teruja!! Hampir keseluruhan masa terluang aku aku akan menatap blog aku ni. huhu

Blogger Jemputan aku
* IntanKuTerpilih
* deCrewz
* Ali ridha
* Azana
* akubiomed
* Sharinginfoz
* Miecyber
* Syissyira
* dnoBiz
* Hans
* Misrerama
* Pemerhati Dunia
* Dyatt
* Fairus Bin Mamat
* Burp
* Hazwan17
* Zulkbo
* Gadis Bunga
* ShafiqIzwan
* Areripe
* Shahromnasrudin
* Aduka

p/s : Erk!! Banyak la juga. huhu.... Yang tak tersenarai tu, maaf yer, mungkin tertinggal nama. Yang tak der nama, tapi pernah komen sini pon boleh join, yang baru masuk sini nak join pon boleh. Tak ada masalah. Cuma waktu nak masuk bloglist tu jer yang akan ditapis. Harap maklum ^_^

Minda Separa Sedar



Tajuk macam sempoiiii....macam doktor pakar otak. hahahaha....
Pagi tadi aku on the way balik ke rumah dari tempat kerja. Menunggang kuda motor jer... Jarak perjalanan lebih kurang 70KM. Penang-Perak...... Dah jadi rutin aku kalau kerja untuk menempuh jarak perjalanan tu. Tapi pagi tadi sesuatu yang agak pelik berlaku ke atas diri aku.... Ya pemikiran separa sedar :P
Punya duk asyik fikir 1 benda ni, perkara yang agak mengujakan aku.
Aku tak sedar aku dah tempuh perjalanan sejauh 50KM!!
Aku tak sedar aku dah tempuh perjalanan selama 40 minit!!!
Aku tak sedar aku sedang menunggang dengan kelajuan 120KM/J!!!
Aku tak sedar aku terlupa nak isi minyak motor aku yang hampir kering!!! Selalu aku akan isi minyak dulu pergi dan balik kerja. 70KM baiiii...... (Meter minyak mampos derrrr)
Nasib baik aku sedar aku sedang menunggang motor, kalau aku tak sedar.... mau masuk parit!!! hahaha

----

Apa itu Minda Separa Sedar?
Minda atau fikiran separa sedar ini adalah satu pemikiran yang dipengaruhi oleh impuls pemikiran yang disertakan bersama emosi. Berbeza dengan minda dibawah sedar adalah pemikiran yang disertakan dengan pertimbangan dan rasional. Didalam kehidupan seharian kita, tanpa kita sedar, kebanyakan dari kita lebih terjerumus didalam minda separa sedar ini. Sewaktu memandu didalam keadaan traffik jem dan perlu mengejar masa, apakah yang mengawal diri anda. Emosi??? :)

Secara umum, didalam diri kita terdapat beberapa emosi/perasaan positif dan emosi/perasaan negatif.
Emosi/perasaan positif :
*Keyakinan
*Keinginan
*Keterujaan
*Semangat
*Harapan
Emosi/perasaan negatif :
*Marah
*Cemburu
*Benci
*Dendam
*Tamak

Berbalik kepada minda separa sedar aku tadi... Aku mendefinisikan yang aku berada dibawah minda separa sedar positif. Sebab aku dipengaruhi oleh emosi KETERUJAAN.

Apa yang membuatkan aku teruja?? Jom terjah!!!

Word Verification

Word Verification
Entry ni aku buat khas untuk mereka yang guna Word Verification pada ruangan komen terutama blogspot.
Aku beberapa kali hampir 'terbabas' dek kerana Word Verification ni. Sebab nye aku tak tahu yang blog tu buat Word Verification. Siap jer aku kasi komen pada ruang komen blog tersebut, hajat dihati memang nak "X" terus jer lah, malas nak tunggu. Tetiba kuar Word Verification.. Mak aiii.... Sib baik aku tak kuar terus Cik Tipah Oiiii....Kalau tak rugi masa aku, ko pon tak dapat komen Cik Tipah... 
Word Verification yang lansung kuar kat dalam kotak komen sewaktu nak komen tu accept lagi la kan. Sebab sebelum klik 'Pubish Comment' tu dah ada Word Verification tu, ini yang jenis kuar selepas klik 'Publish Comment'. Bukan semua pembaca jenis suka menunggu. Kena blog tu berat, nak publish komen pon amik masa....memang selepas tulis komen tu, tanda 'X' ni jerlah yang dicarinya. Silap-silap tak kasi komen langsung. Hohoho......So sila berhati-hati yer kepada yang menggunakan Word Verification tu terutama yang word Verification kuar selepas tulis komen. Kalau boleh tak yah lah letak Word Verification tu.

Fakta tentang Word Verification
1. Digunakan untuk mengelak komen Spam.
Kebiasaanya komen Spam ni banyak menerjah kedalam blog-blog yang "do follow". Komen Spam dihantar melalui Spam Bot. Spam Bot maksudnya komen tu bukan dihantar manual. Orang yang hantar komen tu pon bukan masuk blog tu pon. So Word Verification ni untuk mengelak komen Spam masuk ke dalam komen sebab Spam Bot tak boleh baca imej. 
Agak-agak blog korang 'no follow' dan tak pernah dapat komen spam sebelum ni tak yah la letak Word Verification tu.
2. Pembaca malas nak tinggalkan komen.
Aku pon kadang-kadang malas nak komen kalau ada Word Verification ni, tapi sebab aku rasa aku memang nak komen gak, aku komen la. huhu.... Word Verification ni dah la susah nak baca kadang-kadang tu. Leceh.
Senang kata mengurangkan traffik juga la word Verification ni

P/S : Rasa-rasa nak dapat banyak komen, buang la komen tu. Kalau tak nak buang. suka hati ko laaaaa.....
Cik Tipah dalam cerita ini hanyalah rekaan penulis semata-mata. Tidak ada kena mengena antara yang hidup atau yang telah meninggal. Yang nazak pon tak dikira :P

SyoknyerBlogging - Komuniti Blogger Masa Kini


Ada yang dah tahu ada yang tak tahu lagi.....Tanpa mengambil tahu siapa yang dah tahu siapa yang belum, aku tetap nak buat entry ni gak. Hohoho.... Kenapa? 1 sebab aku memang nak war-war kan pon akan kewujudan komuniti blogger yang baru ni. 2, atas permintaan admin komuniti itu sendiri. Aku sendiri baru dapat tahu akan kewujudan komuniti baru ni daripada blog intankuterpilih, dan tak habis terjah pon lagi forum side tu.

Memang menarik lah web tersebut kerana disitu semua blogger boleh berkumpul memberi atau berkongsi idea masing-masing atau para newbie tu boleh lah belajar selok belok tentang dunia blog ni kat situ kan. Banyak sub-sub topik yang boleh didapati disitu seperti Umum, Blogspot, Wordpress, Joomla, Motivasi, Sudut Agama, Bahasa Pertuturan, Hiburan Forum, Graphic dan Photography, Komputer dan Internet, Kelab dan Komuniti dan Iklan dan Jualan.

Kepada yang baru kenal dunia blog tu (aku pon baru kenal. hehehe) Berforum juga merupakan satu cara yang dapat digunakan untuk meningkatkan traffik blog korang selain dari ping. Pada aku forum lebih baik dari ping sebab melalui forum, korang dapat mengekpressikan lagi diri korang dengan memberi idea atau berkongsi idea yang bernas.... Dari situ juga korang dapat membina kreadibiliti korang. Otai-otai, betul tak? hehe

So, apalagi.... Terjah jommmmm..... Expressikan dirimu!!! :P Selamat berforum!!!

P/S : Terkejut aku derrr bila tahu adminnya adalah nescafe ais...... Aku dulu mula-mula belajar HTML kat blog nescafe ais ni laaaa..... Pergh. Banyak Tutorial kat blog dia..sekarang dah buat forum plak....Mantap dowh!!!

Dah Besau-Besau Dah.............


Hak hak.....Tetiba pula aku nak buat entry suka suki ni.....huhuhu..... Apa yang dah besau? Wops!!!! Jangan menguningkan otak korang erk! Sekeh kepala kang.. kekeke...Gurau jerk. 

Dah besau-besauuuuu adik-adik aku erk. Aku jer yang tak besau-besau...hahahahaha......
Kalau dulu mak ayah aku tak cukup tangan nak jaga kami adik beradik yang seramai 7 beradik.
Kalau dulu masing-masing sibuk buat kerja sekoah yang cikgu bagi.
Kalau dulu semua comel-comel jerk dengan hingus meleleh (Sekarang comel-comel gak weiiii, Hingus jer yang dah tak meleleh...hohoho)
Kalau dulu mak aku jenuh menjerit....."masukkkkkk!!!!! Dah malammmmmm...."
Kalau dulu mak aku duk berleter...."Baca la bukuuuu....duk maaaaaain jer" (Sekarang ada lagi suara tu. hehe)
Kalau dulu aku leh sound-sound lagi adik-adik aku....(Sekarang ada lagi, tapi setahun sekali la kot.. huhu...silap-silap aku kena sound balik. Erk!!)

Sekarang semua pakat besar dahhhh.....
Dah boleh kawin wei!!
Mak aku kalau duk ngan adik-adik dah macam kawan-kawan dah lagaknya.
Sekarang semua dah pandai fikir sendiri dahhhh..... Kalau dulu disuruh baru terhegeh-hegeh. Ngeeee...

Dah besau-besau dahhhhh adik-adik aku hari ni erk. Hmmmm..... Macam tak percaya jer.

Kang kalau dah ada yang kahwin, macam mana pula suasananya erk? Hmmmm :P 
Rindu pulak aku zaman kanak-kanak riang dulu. Hohohoho

Syurga Dibawah Telapak Kaki Ibu???

Aku rasa sebagai orang islam, ungkapan "syurga dibawah telapak kaki ibu" sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Malah setiap kata-kata ibu itu adalah doa yang paling mujarab.


Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata : "wahai Rasulullah, saya ingin berjihad menegakkan agama Allah". Rasulullah bertanya :"Apakah ibumu masih hidup". Orang itu menjawab ya. Rasulullah SAW bersabda : "Tetaplah engkau berada dekat di kaki ibumu itu. Disanalah syurga berada". (Riwayat At-Thabrani)


Disini aku bukanlah ingin membicarakan tentang soal agama kerana aku bukanlah arif dan mungkin aku sendiri jahil didalam ilmu agama. Namun, berita tentang "Hanyut Kerana Ibu" yang disiarkan didalam suratkhabar Metro 17 Jan 2011 mungkin membuat kita berfikir kembali hadis diatas. (Berfikir kembali tidak bermaksud menyangkal)






KUALA TERENGGANU: “Ibu suruh abang merogol saya sebelum saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan wang kepadanya,” kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lili, 26. 

Kenyataan itu amat mengejutkan, namun bagi Lili itu sejarah hitam hidupnya hingga menyebabkan dia kini terhumban ke dalam dunia pelacuran dan menjual tubuh untuk meneruskan kehidupan.


“Apa yang berlaku ke atas saya berpunca daripada ibu dan saya sampai bila-bila pun tidak akan memaafkannya,” katanya.


Lebih mengejutkan, Lili yang kini mengandung anak keempat hasil hubungan seks luar nikah, berhasrat menyerahkan bayi dalam kandungannya itu kepada orang lain supaya masa depan anaknya lebih terjamin dan mengharapkan sedikit imbuhan.


“Saya sudah lahirkan tiga anak, tapi dua daripadanya yang kini berusia dua dan tujuh tahun saya serahkan kepada orang lain sebaik mereka lahir.


“Anak ketiga berusia setahun dan saya menjaganya kerana tidak sampai hati untuk menyerahkannya kepada orang lain.



“Tetapi, saya sekarang mengandung tiga bulan dan bercadang menyerahkan bayi ini kepada orang lain. Ini saya lakukan demi kebaikan anak saya juga dan berharap mendapat sedikit imbuhan selepas menyerahkan anak itu,” katanya.


Menceritakan lebih lanjut pengalaman pahit hidupnya, Lili berkata ketika usianya tiga tahun dia diserahkan ibunya kepada ibu saudara untuk dijaga kerana keluarganya miskin.


Menurutnya, kisah hitamnya bermula selepas dia pulang semula ke pangkuan keluarga ketika berusia 12 tahun.


Dakwanya, akibat perbuatan ibunya yang suka berhutang, dia menjadi mangsa apabila ibunya nekad menyuruh abang kandung merogolnya di depan ibunya yang menyaksikan perbuatan keji itu dari jauh.


cara gandakan simpanan wang

“Selepas itu saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan duit kepada ibu. Sejak itu saya menjadi tempat lelaki yang tidak dikenali terbabit melepaskan nafsu serakahnya.


“Tidak tahan dengan perbuatannya, saya nekad melarikan diri. Saya ceritakan perbuatan keji ibu dan abang kepada ibu saudara dan dia membuat laporan polis,” katanya.


Lili berkata, sebelum dia dijual dia pernah menceritakan kejadian itu kepada bapanya, namun bapanya tidak mempercayainya dan memihak ibunya.


“Keluarga kami porak-peranda kerana selain saya, empat lagi adik-beradik perempuan saya mengalami nasib sama apabila ibu menjual mereka kepada pemberi hutang,” katanya yang mempunyai 10 adik-beradik.


Malah, sehingga kini dia tidak lagi berjumpa dan mengetahui nasib adik-beradiknya yang dijual ibunya kerana selepas laporan polis dibuat, dia mendapat perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Menurutnya, akibat perbuatan keji itu, ibu dan abangnya kini meringkuk di penjara manakala bapanya sudah meninggal dunia.


“Selepas berusia 18 tahun dan tidak lagi berada di bawah jagaan JKM, saya datang ke negeri ini dan akibat tidak mempunyai saudara-mara, saya nekad menjual tubuh dan mengemis untuk menyara kehidupan,” katanya yang mengakui masa depan dia dan anaknya gelap dan hanya menyerahkan kepada takdir untuk menentukan segala-galanya.

Makin lama,makin pelik aku ngan dunia sekarang.....Dah tak tau beza mana baik mana buruk dah sekarang ni. Ibu yang dianggap mulia dan disanjung tinggi sanggup merosakkan masa depan anak perempuannya sendiri. Dunia dah semakin tuaaaa.......

Disiplin Didalam Perbelanjaan


Aku rasa tentu korang dapat tangkap apa maksud tajuk entry aku ni kan. 
Kalau tak dapat tangkap buat2 dapat dah lah. hehehe (Kang dapat jugak)
Kali ni entry aku ni lebih menjerumus kepada perbelanjaan kewangan la kot walaupon aku bukanseorang pakar ekonomi :P Aku dah lama nak buat entry ni, tapi tak terbuat2. hohoho
Pernah tak korang alami satu situasi dimana waktu korang dapat gaji, korang pergi shopping, korang rasa macam semua benda yang korang tengok tu korang nak beli (Ni bagi perempuan la kot. hehe.. lelaki tak terkecuali)
Atau pon korang ni jenis obses terhadap sesuatu contoh kenderaan.... Nak make-up tu, nak make-up ini, tukau rim tu tukau rim ni, nak tukau engine dan bermacam lagi lah nak tukau. Haaa ni lelaki.
Kalau student tu, dapat PTPTN, nak beli kasut la, baju la, dan time tu juga la nak enjoy sakan. kan kan kan. Duit tengah tebal niii..hehe
Kadang nafsu membeli pastu belah ni kadang tak dapat dibendung walaupon tahu budget untuk benda-benda tu takder sebenarnya dan benda-benda tu tak penting pon. Tapi disebabkan banyak duit, rambang mata dibuatnya.
Aku rasa dalam 10 orang, 9 orang mungkin tergolong dalam golongan diatas termasuklah aku. hehehe.... 
Lagi sorang tu adakah dia kedekut?
 Bagaimana yang dikatakan disiplin didalam perbelanjaan ni? Macam aku (aku tak kata aku disiplin erk)
* Aku akan lahirkan rasa malas untuk pergi ke Shopping-shopping mall ni. Apalagi shopping mall yang besar-besar, maklumlah kalau dah ke shopping complex ni, semua nak cekau. Macam aku, aku jenis lond ranger, so mungkin kat situ ada kelebihan sikit pada aku. Mau tak malas kalau pergi shopping sorang-sorang. hohoho. Rasa macam ada kat planet Marikh jap duk kat shopping complex sorang-sorang. 
* Kalau teringin kan sesuatu benda tu pulak, agak-agak penting baru lah aku rembat. Contoh baju atau seluar. Agak-agak kat dalam almari tu penuh lagi dengan baju seluar yang agak-agak boleh pakai, tak yah lah beli dulu. Atau phone, asal boleh guna kira ok la kannn... Tak yah la ikut trend sangat..
* Lahirkan rasa kedekut.... "Ish, sayang pulak aku nak belanjakan duit ni, tebal ni" hohoho (Kedekut yang positif yer, bab derma tu lain kira) Rasa kedekut ni kalau ada dalam diri, sah boleh kawal duit belanja. hehehe. Tapi kedekut bertempat lah. Bukan macam citer Tangkai Jering tu yer :P Janganla takut nak kuar duit sendiri, duit kawan dirembatnya. "Mat, ko belanja aku hari ni erk. Aku tak da duit" Aduyaiii... Bukan rekaan, pernah berlaku yer. Si A ni punya la cakap tak der duit sampai mintak semua kawan belanja dengan muka sekupang dia. Kawan punya pasal belanja la walaupun kawan tu pnbukan berduit sangat. Last-last si A ni beli rim 17" 4 ketul. Terbakau lerrrr kawan-kawan yang belanja dia tu. Hampeh
Banyak lagi cara nak mendisiplinkan diri didalam mengurus perbelanjaan ni. Antara lainnya.
* Elakkan penggunaan kad kredit. Kalau nak pakai kad gak, guna jer debit kad. Kredit kad ni sangat bahaya terutama kepada mereka yang tidak berhemah didalam pengurusan kewangan. Ramai yang muflis disebabkan kad kredit ni.
* Dapat gaji, bayar dulu atau asingkan duit tersebut dengan hutang-hutang yang perlu dibayar terlebih dahulu. Kalau ke shopping complex dulu...kirim salam le..huhu
* Membuat budget harian. Buat budget agar duit tidak terlebih flow out atau kering ditengah jalan sebelum gaji yang akan datang. hohoho
Ni adalah hujah/pendapat aku dalam mendisiplinkan diri didalam perbelanjaan ni.
Korang ada hujah korang? Macam mana cara korang manage perbelanjaan korang? huhu
Mereka yang dah berumah tangga tu amat dialu-alukan. hehehe

Percuma Belajar Bahasa Inggeris


Aku sekarang berada dalam keadaan yang sangat mengujakan!!! Serious!!! 
Sebelum aku nak meneruskan celoteh aku, terlebih dahulu aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada 
Jom-Belajar-English ni baru jer melawat blog aku ni dan dia meninggalkan komen di entry aku 

Aku pon apa lagi, terus terjah le blog tersebut.
Sangat menarik blog tersebut kerana basic basic yang diberikan. 
**Sangat menarik sebab aku sememangnya tak pandai bahasa Inggeris ni :P
Yang lebih menarik tu.......Dia juga ada menyediakan link-link web yang menyediakan pembelajaran bahasa inggeris secara PERCUMA.
dan juga menyediakan kelas belajar bahasa inggerisnya sendiri dengan bayaran tertentu.
So, kalau korang rasa korang nak pandai bahasa Inggeris dan nak belajar, silalah ke sana yer. 
Kalau dah pandai tak yah pegi :P


P/S :Waktu sekolah tak nak belajar betul2, dah tua bangka baru terhegeh2. Hampes!!


Bila Marah Menguasai Diri

Kisah benar dari Penulis Amry's Blog.

Seperti korang semua tahu, aku ni bekerja sebagai seorang Technician disebuah kilang di Penang. Kalau tak tahu sila ke Page About Me. Nak dijadikan cerita...baru-baru ni mesin di line yang aku jaga tu down untuk kerja-kerja ubahsuai produk atau dipanggil Conversion. Sering juga line aku ni buat Conversion, dan sekali buat conversion tu, sememangnya agak memenatkan, banyak kudrat yang diperlukan dan memakan masa 2-3 hari.

Kalau dah Technician, pasti ada ketua atau Leader kan, pada hari conversion tu, sewaktu aku dan kawan-kawan yang lain termasuk Leader aku ni perlu mengangkat beban seberat 50kg separas kepala. Beban tu tak le besar, Besar sikit dari printer rumah korang tu jerrrr.... (malas specific ukuran dia). "1....2....3...angkat!!!" Jerit Leader aku tu, kami pon angkat ler beban tu ke port yang ditetapkan.....Tiba-tiba, Leader aku tuk bersuara sambil ketawa kat aku dan kawan-kawan aku "Amry boleh tengok jer...??" What the...... Aku panas laa.... sebab aku pon angkat gak. Benda besar printer jer bang.... tak kan nak gomoi sampai 5 orang. Silap-silap, timpa kaki baru padan muka. Aku angkat sekadar ruang yang aku ada la... Tempat dah sempit, tak kan aku nak muatkan juga badan aku ni...

Dengar-dengar jer dia cakap macam tu, aku terus angin. Bukan apa, dah banyak kali aku jer yang dia nak paku. Mentang-mentang la aku ni diam.. Aku tolak bahu dia "Woi!! Aku angkat la!!! Apahal yang ko tak puas hati sangat ngan aku ni??!!!" Suasana terus jadi sepi kejap time aku menjerit tu. Kawan-kawan aku semua tengok aku. Yer la, aku tak pernah sound-sound orang, inikan kan pula Leader aku. Leader aku terdiam, mungkin sebab dia terkejut aku sound dia macam tu. Lebih kurang seminit aku sound Leader aku tu, kawan-kawan aku cuba relaxkan aku. "Beragak sikit nak sound-sound orang, aku tau la ko tu Leader,aku angkat a benda tu tadi" Aku masih tak puas hati, tapi suara aku dah agak perlahan dari jeritan yang pertama tadi. Member aku masih cuba stabilkan aku, aku blah macam tu jer. Tak masuk line dah...

Waktu balik kerja, aku tunggu dia kat luar, masih tak puas hati, tak lama aku tunggu dia keluar dan aku nampak dia keluar dari kilang. Aku tahan kereta dia. "Ko keluar!! Kat dalam ko Leader, kat luar ko bukan sapa-sapa. Ko keluar!!! Gtau aku apa yang ko tak puas hati sangat dengan aku?!!"..............................

-----

Apabila marah menguasai diri, manusia hilang pertimbangan akal fikiran... Mujurlah perkara diatas tu hanya bisikan syaitan.... Memang betul leader aku sound aku macam tu, walaupon aku angkat juga beban tersebut. Tapi aku cuma membalas dalam keadaan terkejut... "aku angkat laaaa...." Dengan hati yang sememangnya panas, aku belah dari tempat tersebut, buat kerja lain. Sewaktu aku panas tu, memang ada terlintas difikiran aku tuk buat seperti perkara diatas. Lama-lama perasaan tu kian redha, dan terus redha. Aku panas sebab selalu kena sound dengan Leader aku tu... Sabar-sabar juga, tapi setiap kesabaran tu ada batas... Kalau aku tak dapat kawal perasaan aku waktu tu, tak tahulah.......Gaduh tetap gaduh, yang paling teruk imej aku akan tercalar terus dikalangan rakan-rakan aku, silap-silap kena buang kerja...Saper susah...?

Jangan sampai marah menguasai diri, buruk akibatnya.....Yang rugi adalah diri sendiri,bukan orang lain.
Sabar itu separuh daripada iman.

Adakah Niche Blog Masih Relevan?


Kepada korang-korang yang baru kenal dunia blog ni, tau tak apa itu Niche Blog? Niche Blog ni lebih kurang macam tema blog. Niche atau tema ni tujuannya adalah untuk memudahkan seseorang blogger tu menulis sesuatu yang berkaitan dengan blog tersebut. Contoh niche macam Dunia Permotoran, Perniagaan, Kewangan, Fesyen dan lain-lain. Kebiasaannya Niche ni lebih kepada pengetahuan atau kepakaran seseorang tu. Sebab tu Niche ni dikatakan memudahkan blogger tu untuk mencari idea dan menulis.

Soalan aku....Apakah Niche blog korang? Sewaktu mula-mula aku buat blog ni, Niche aku Perniagaan Internet kot. hohoho. Tapi lama kelamaan, blog aku ni dah tak macam blog Perniagaan dah, dah macam rojak dan lebih kepada Dunia Blogging.

Soalan aku yang kedua.....Adakah Niche blog ni masih relevan dengan Dunia Blogging sekarang? Jom kita kongsi pendapat disini. Setelah agak lama aku didalam Dunia Blog ni, kebanyakan blog yang aku jumpa aku tengok kebanyakannya tidak mempunyai Niche yang tertentu, bercampur-campur. Kalau yang berniche pon, lebih kepada kehidupan seharian mereka. Itu pon aku tak pasti adakah mereka sedar atau tidak yang blog mereka bernichekan kehidupan diorang :P.

Niche atau idea? Yang mana lebih memudahkan didalam penulisan blog? Pada pendapat aku, blog yang mempunyai Niche tertentu ni, sememangnya blogger tu mempunyai pengetahuan yang mendalam didalam satu-satu Niche tersebut. Antara Niche yang memerlukan pengetahuan yang mendalam seperti, Perniagaan, Teknologi atau gadget, Komputer, Jana Wang Internet (bukan MLM yer) dan banyak lagi. Kebiasaannya mereka-mereka yang mempunyai Niche seperti itu selain sekadar berblogging, aku pasti mereka mempunyai satu lagi motif yang amat jelas, iaitu menjana pendapatan dari pengetahuan mereka itu. Dengan pengetahuan mereka itu mereka dapat membuat satu E-Book tentang Niche mereka dimana ianya pasti mendapat sambutan daripada mereka-mereka atau pembaca-pembaca yang sememangnya tercari-cari maklumat tentang perkara atau bidang atau Niche tersebut. Ataupon mereka yang mempunyai Niche sebegini mampu juga memperoleh pendapatan dengan menyediakan khidmat nasihat atau servis. Contoh Niche, pembinaan Laman Web dan teknik SEO. Dan blog-blog yang mempunyai Niche sebegini mempunyai pembacanya yang tersendiri.

Jadi kepada blogger-blogger yang macam aku ni yang tak tahu Niche apa untuk blog tu, may be idea lebih membantu didalam penulisan blog tu. Senang kata, apa yang terlintas kat dalam fikiran tu, agak-agak menarik publish jer laaa... Selalunya blog-blog yang macam blog aku ni sekadar suka suki jer menulis. Nak dapat income tu, letak iklan. Tu jerlah kot cara nak merasa duit dari internet. Tak da iklan tak da la income. Tu pon kalau ada income dari iklan tu. Hohoho. Lagi satu, kalau blog tu sekadar suka-suka menulis, eloklah rojakkan sikit blog tu. Kalau tak pembaca akan bosan. Kenapa? Asyik citer pasal koranggg jer. Kan. Sekali-sekala bagi maklumat sikit kepada pembaca tu, kalau tak pon, buat la lawak bodos sikit tuk pembaca korang tu. Terhibur la juga pembaca tu bila melawat blog korang. kan kan kan :P

Kesimpulan dari aku, kalau korang nak bina blog yang ada Niche, pastikan korang betul-betul tahu atau pakar dalam Niche tu, kalau tak, sekerat jalan dah jadi rojak macam blog aku, muehehehe.. Yang paling teruk, korang akan terjebak didalam masalah "Tiada Idea Untuk Menulis" :P

Ni hujah aku jer lah. Apa hujah korang?

Semakin Ramai, Semakin Perlu Lebih Berhati-Hati

Tak nampak lagi kan maksud sebenar entry ni? Maksud aku.... Semakin blog dikenali, semakin ramai yang berkunjung, semakin perlu lebih berhati-hati.... Berhati-hati untuk apa? Supaya setiap penulisan atau entry yang dihasilkan tidak akan menyinggung perasaan sesiapa.

Kadang kita tidak sedar penulisan yang dihasilkan itu telah menyinggung perasaan sesetengah pihak. Kebiasaannya entry berbentuk teguran itu adalah yang mudah membuatkan seseorang itu terasa walaupun penyampaian mesej telah disusun selembut mungkin dan ianya adalah teguran membina dan ianya tidak terniat langsung untuk menyakitkan hati sesiapa. Tetapi hati manusia ni susah diramal kan dan sukar untuk menyenangkan hati semua orang. Walau hanya sekadar blog, hubungan di alam maya, selagi bernama manusia, ianya tetap perlu hormat menghormati antara satu sama lain.

Bak kata seorang Blogger terkenal ni, "Sebab tu saya kalau boleh, membuat entry, tak mau sentuh langsung bab yang melibatkan orang lain, biarlah sekadar cerita keluarga kami"

Sebagai seorang yang baru serious dalam dunia blog ni, pada aku, entry yang aku buat ni adalah untuk mengingatkan diri aku sendiri agar lebih berhati-hati didalam membuat satu-satu entry yang melibatkan orang ketiga.

Di kesempatan entry ni, kepada pembaca-pembaca Amry's Blog, sekiranya ada entry aku yang membuatkan korang terasa, khususnya entry "Widget Yang Telah Disalah Guna", aku mohon maaf. Tak ada niat langsung untuk buat korang kecik hati, cuma sekadar teguran dari blogger kepada blogger yang lain.

Tips Menjimatkan Petrol Siri 2


Rasanya ramai yang dah tahu harga minyak RON97 telah diselaraskan kepada RM2.40 seliter pada 5 Jan 2011. Iaitu kenaikan sebanyak RM0.10 Seliter. Kepada yang tak tahu tu mungkin kerana korang pakai RON95 kan, macam aku, so apa yang berlaku pada RON97 lantak lah kan. huhu...

Kalau hari tu aku ada buat Tips Menjimatkan Petrol Siri 1, kali ni aku akan buat Tips menjimatkan Minyak Siri 2 pula. Dah lama nak buat tapi tak buat-buat, aku rasa sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk aku dedahkan tips ni. Tips ni tak der sapa pon yang tahu dan aku dapat daripada member aku, seorang Engineer.

Sila baca betul-betul tips yang aku berikan. Kalau boleh salin sebab ada step-step dia. Dan ianya memerlukan sedikit penelitian.
Amaran :
* Tips ini adalah salah disisi undang-undang kerana ia seperti mencuri minyak. Aku tidak akan bertanggungjawab keatas apa-apa masalah yang korang hadapi sekiranya korang hadapi masalah kerana menggunakan tips ini.
* Sewaktu menggunakan tips ini pastikan jumlah minyak yang akan korang isi tidak terlalu banyak. Korang akan tahu nanti apa sebabnya. Teruskan pembacaan.
* Sila memilih stesen minyak yang kurang pengawasan. Kalau pengguna motosikal, jangan gunakan tips ini jika ada cashier di pam tersebut.

Step-step :-
1. Macam biasa bayar duit ke kaunter. Tak perlu bayar dengan jumlah yang banyak, cukup sekadar RM10.
2. Pergi ke pam, jangan angkat nozzle terlebih dahulu. Perhatikan gambar dibawah dan ikut step-step. Sila salin :

    2.1 : Tekan butang "R" (Reset) jangan lepaskan. Dalam masa yang sama, tekan butang "C" (Clear) tiga kali. Ini adalah bertujuan untuk meresetkan jumlah nilai yang telah anda bayar dikaunter tadi. Penting untuk tekan butan "R" kerana jika korang tak tekan, cashier di kaunter akan dapat detect perubahan pada pam yang telah di set tadi. Kalau dapat detect, masalah. Sudah tekan "C" tiga kali, sila lepaskan "R". Jangan lepaskan butang "R" sebelum "C".
    2.2 : Tekan butang "#" (Set) dan jangan lepaskan. Dalam pada yang sama, tekan jumlah amaun yang korang ingin. Jika korang ingin RM50, tekan 50. Selepas itu tekan butang "*" (Comfirm) beberapa saat untuk mengesahkan jumlah yang korang setkan tadi (Jangan set terlalu banyak, takut cashier akan syak korang, bayar RM10, tapi isi lama macam isi banyak minyak)
    2.3 : Angkat nozzle seperti biasa dan masukkan ke dalam tank.

Semoga berjaya!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|||||||||||
||||||||||
||||||||
||||||
||||
||
Tetinggal 1 step. Perhatikan kembali meter pam pada paparan "RINGGIT". Ianya akan tertulis :-
Alo kawan, mau culi minyak ka? Lu ingat ini minyak lu yang bikin? Wa pon bayar sama kerajaan maaa....
Jangan ini macam wooo.....Talak baik punya.
Nanti wa leport sama tok kadi balu tu tau. Haiyaaaa!!!!! Neng Po Ti Neng, Pui Pu Ti Pui!!

Jangan marah haaaa...... yang marah-marah merungut harga minyak naik tu, sila geletek perut korang untuk seketika.... hahahahahahahaha

Follower Oh Follower

Jam menunjukkan 12 malam. Masih belum Tidur,esok kena bagun pagi keja pagi...huwaaaa.... tidur lewat, kat tempat kerja mula lah mata macam mata mat stim. Adeh... Selesai balas komen, selesai terjah blog2 pengomen, sekarang nak buat entry pula. Betul kata saudara akubiomed, berblog ni kena ada disipin dan konsisten. Bukan hanya buat jer. Wokeh. Pembuka bicara disitu.

Kali ni aku nak buat entry tentang Follower. Entry ni dah lama aku nak buat, cuma malam ni baru berkesempatan. Tu pun sempat ngan tak sempat jerk rasanya. Waktu blogwalking tadi, terjumpa entry yang sama tentang follower, iaitu idea dari saudara DECREWZ. hujah dia "Berbaloikah ramai follower", sekarang hujah aku pulak. Topik sama, hujah masing-masing. Bukan Copy paste ok. Buktinya, aku pernah buat 1 entry tentang folow menfollow ni didalam entry ni tapi dalam konteks yang lain, "kuantiti atau kualiti"

Follower oh follower. Waktu mula-mula aku buat blog dulu, aku suka tengok widget follower aku. dah bertambah ke? Atau berkurang? Teringin nak mempunyai follower yang beriban macam blog-blog lain. Tentu korang pon ada pemikiran macam tu kan? Kenapa? Bilangan follower menunjukkan kehebatan sesuatu blog tu. Tul tak? Kalau follower blog tu ramai, itu menandakan blog dia mesti best. Tul tak? Itu pemikiran yang telah diterapkan oleh siapa aku pon tak tahu.

Setelah berada agak lama dalam dunia blog, pemikiran aku yang dulu tentang follower berubah sama sekali walaupon sekarang ni aku masih suka juga tengok widget follower aku tapi tak terlalu teruja la.
Soalan aku... Berapa ramai follower korang? 10...20...100....1000....5000? Bagaimana caranya korang mendapatkan follower tu? Adakah meminta diorang follow korang? Atau I follow U, U follow me? Tapi dari beriban folower tu, berapa ramai yang betul-betul menjadi follower korang? Kalau semuanya follow. Baguslah. Tapi kalau hanya 10% yang follow apa cerita? 10% itu sememangnya follower. 90% lagi kemana? Atau 90% tu penghias widget follower korang semata-mata. Oh no. Disini cara korang mendapatkan follower itu memainkan peranan. Didalam blog aku, aku lebih menekankan kualiti berbanding kuantiti. Biar kuantiti sedikit tetapi kuantiti itu sememangnya adalah follower aku, bukan penghias widget walaupon dalam hati nak gak ramai follower kan. ngeh ngeh ngeh

Camner cara aku dapatkan follower? Aku tak pernah ajak sesiapa untuk follow aku. Bukan kerana aku sombong, tetapi biarlah yang follow tu sememangnya ingin follow aku kerana blog aku, bukan kerana ajakan atau i follow u u follow me. Aku percaya dengan cara ni nilai 10% tu akan meningkat walaupon tidak mencecah 100%. Perlakuan tanpa permintaan akan memberikan gerak kerja tanpa dipinta (ayat apa ni?) Senang cakap, biar orang follow blog kita kerana kualiti blog atau entry yang dibuat, bukan kerana permintaan atau u follow i follow.

Ada juga blog tu yang ramai follower yang sememangnya follow blog dia, tapi ada juga yang sebaliknya. Entry ni bukanlah untuk perli sesiapa yer, hanya pandangan aku semata-mata. Pandangan aku didalam dunia blog ni. "Blog aku, aku punya suka" Kata-kata itu aku anggap ada dalam diri setiap blogger.

Nak tidur....hhhuuuwaaaaaarrgggghhhhh!!!!! Ngantuk wei!!!

p/s :Follower aku 31 orang.... Berapa % yang betul2 follow aku erk? Nak cari kalkulator jap. ngeh ngeh ngeh.

Selamat Kembali Ke Sekolah!!!


Eh eh eh...jangan silap. Bukan aku yang kembali ke sekolah...aku dah lama meninggalkan alam persekolahan ni...dah tua ponnnn....hak hak hak.....

Saje jer buat entry suka suki ni. Baru balik dari bawa adik-adik beli alat tulis diorang tu.. Tempat aku ni pekan kecik jer. Tak der Mega Mall yang besau-besau macam kat tempat korang. Kat negeri aku ni esok 3 Jan 2011 akan bermulalah sesi persekolahan setelah bercuti panjang bebudak ni. Walaupun pekan kocik, tapi boleh tahan gak meriahnya aku tengok mak-mak budak, bapak budak beri peralatan sekolah anak-anak diorang. Beli kasut....beli baju....beli alat tulis..... Aku rasa macam aku kembali ke zaman sekolah la plak...huhuhu... Meriah meriah meriah.... Baru supermarket, kalau Shopping Complex lagi lerrrr meriah. kan kan kan.

Rasa-rasanya dalam kesibukan menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah. Satu benda yang aku pasti bermain di kepala bapa-bapa dan mak mak budak ni. Tau apa dia? Fulusssss...... Biasalah kan. Buka sekolah ni banyak belanja juga. Kalau baru seorang anak yang bersekolah tu aku rasa may be boleh accept lagi. Tapi kalau dah bersusun macam keretapi, mau pening juga kepala dibuatnya. Huhuhu. So pandai-pandai la mengatur duit belanja.



Dalam pada yang sama jangan dilupa kepada mereka yang kurang bernasib baik tu.... Kesian aku tengok segelintir budak-budak yang kurang bernasib baik ni, memulakan sesi persekolahan hanya dengan memakai pakaian yang dah lusuh, pakaian yang dah berapa tahun dah. Pakaian dari generasi abang ke generasi adik. Budak-budak lain memulakan alam persekolahan dengan wajah gembira, tapi setengah daripada mereka sedih sebab tak dapat baju baru.... "Tak pa lah dik. Nanti belajar pandai2. Kerja bagus2". Huh. Jangan dipandang hina mereka ni, sebab ramai diantara mereka yang susah waktu kecil dahulu, tetapi menjadi orang berguna pabila dewasa. Ramai diantara mereka mak ayah buta huruf, hidup miskin, tetapi berjaya menjadi pelajar cemerlang!!!

Akhir kata Selamat Kembali Ke Sekolah abang ucapkan kepada adik-adik. Belajar rajin-rajin. Ewah.
Kepada cikgu-cikgu tu, tempoh "honey moon" korang sudah pon tamatttt.... ngeh negeh ngeh.

P/S :Buat entry macam la aku dah ada anak... wakakakaka

Widget Yang Telah Disalah Guna


Serba salah aku nak buat entry ni. Tapi entry yang aku buat ni lahir dari dalam jiwa aku. huhu... Sebelum aku meneruskan entry ni, aku nak mintak maaf terlebih dahulu kalau ada yang terasa dengan apa yang bakal aku tulis nanti.

Sebelum aku meneruskan entry ni juga. Aku nak tanya satu soalan. Untuk apa korang buat entry? Untuk dibaca oleh pengunjung blog korang kan? Untuk mendapat komen kan? Apakah perasaan korang kalau 5 entry yang korang buat tu tak pernah ada komen dari mereka-mereka yang selalu menggunakan widget ini yang korang pasang didalam blog korang? Dapat tangkap widget yang aku maksudkan? Kalau dah dapat tangkap bagus.

Sekarang aku mula faham kenapa widget Shoutbox ni dah macam wajib dipasang di kebanyakan blog-blog baru, sebaliknya susah sangat nak jumpa didalam blog-blog orang lama (otai). Entry ni aku buat bukanlah untuk memperleceh mereka-mereka yang suka menyambar widget Shoutbox ni terlebih dahulu kalau melawat blog-blog rakan yang lain, tetapi lebih kepada luahan perasaan aku dan juga pendapat aku la. Kalau sewaktu mula-mula aku buat blog dulu, aku tak terfikir lagi akan kerasionalan memasang widget ini, malah aku suka tengok kalau ada yang enjerit kat Shoutbox aku. Sekarang mungkin kerana aku telah menyelami sedikit dunia blog ni, membuatkan aku berfikir akan perkara ni.

Aku tak pastilah kalau perasaan ni hanya aku yang rasa. Sedih dud entry aku tak dibaca tetapi widget Shoutbox aku disambar. 1 2 entry tak ada komen tak apa lah. Mungkin entry aku sememangnya tak menarik. Tapi kalau 10 entry langsung tak ada komen dari pelawat tu, apa cerita? Yang peliknya, 10 kali pelawat tu datang ke blog aku, 10 kali dia menjerit dalam shoutbox aku suruh aku g tengok entry diorang.... Kalau nak orang baca entry korang, komen entry korang, bacalah juga entry orang lain, komen lah juga entry orang lain. Baru lah fairrrr.... Tak salah nak terjerit terlolong, tapi silalah jaga hati tuan blog juga. Dah melawat, bacalah entry tuan punya blog tu, tinggalkanlah komen. Tak rugi pon. Tak per lah, aku mengganggap pelawat tu masih belum terfikir apa yang aku fikir ni, jadi aku still pergi ke blog pelawat tu dan baca entry baru dia dan beri komen. Tapi harap kalau mereka yang selalu menjerit kat Shoutbox tu, terbaca entry ni, silalah fikir apa yang aku tulis disini. Bukan nak memperleceh, tapi sekadar mengingatkan. Silalah berblog secara professional, walaupon sedikit (Aku tak kata aku professional k) Boleh fikir mei benda tu wajar atau tidak kita buat. Benda simple. Aku rasa kalau semua blogger nak perkenalkan link dengan hanya nak jerit kat Shoutbox, pas ni tak payah buat entry lagi dah. Letak widget shoutbox besar-besar kat tengah-tengah blog. Kita ramai-ramai pakat jerit. Puas hati.

Agak berterabur ayat aku kali ni. Tak tau kenapa...
Sekali lagi aku tegaskan disini. Jangan ada yang terasa dengan entry aku ni. Sekadar mengingatkan sahaja.
Pas ni kalau tetiba Shoutbox aku hilang, paham-paham lah yer...Hmm

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks