Serba salah aku nak buat entry ni. Tapi entry yang aku buat ni lahir dari dalam jiwa aku. huhu... Sebelum aku meneruskan entry ni, aku nak mintak maaf terlebih dahulu kalau ada yang terasa dengan apa yang bakal aku tulis nanti.
Sebelum aku meneruskan entry ni juga. Aku nak tanya satu soalan. Untuk apa korang buat entry? Untuk dibaca oleh pengunjung blog korang kan? Untuk mendapat komen kan? Apakah perasaan korang kalau 5 entry yang korang buat tu tak pernah ada komen dari mereka-mereka yang selalu menggunakan widget ini yang korang pasang didalam blog korang? Dapat tangkap widget yang aku maksudkan? Kalau dah dapat tangkap bagus.
Sekarang aku mula faham kenapa widget Shoutbox ni dah macam wajib dipasang di kebanyakan blog-blog baru, sebaliknya susah sangat nak jumpa didalam blog-blog orang lama (otai). Entry ni aku buat bukanlah untuk memperleceh mereka-mereka yang suka menyambar widget Shoutbox ni terlebih dahulu kalau melawat blog-blog rakan yang lain, tetapi lebih kepada luahan perasaan aku dan juga pendapat aku la. Kalau sewaktu mula-mula aku buat blog dulu, aku tak terfikir lagi akan kerasionalan memasang widget ini, malah aku suka tengok kalau ada yang enjerit kat Shoutbox aku. Sekarang mungkin kerana aku telah menyelami sedikit dunia blog ni, membuatkan aku berfikir akan perkara ni.
Aku tak pastilah kalau perasaan ni hanya aku yang rasa. Sedih dud entry aku tak dibaca tetapi widget Shoutbox aku disambar. 1 2 entry tak ada komen tak apa lah. Mungkin entry aku sememangnya tak menarik. Tapi kalau 10 entry langsung tak ada komen dari pelawat tu, apa cerita? Yang peliknya, 10 kali pelawat tu datang ke blog aku, 10 kali dia menjerit dalam shoutbox aku suruh aku g tengok entry diorang.... Kalau nak orang baca entry korang, komen entry korang, bacalah juga entry orang lain, komen lah juga entry orang lain. Baru lah fairrrr.... Tak salah nak terjerit terlolong, tapi silalah jaga hati tuan blog juga. Dah melawat, bacalah entry tuan punya blog tu, tinggalkanlah komen. Tak rugi pon. Tak per lah, aku mengganggap pelawat tu masih belum terfikir apa yang aku fikir ni, jadi aku still pergi ke blog pelawat tu dan baca entry baru dia dan beri komen. Tapi harap kalau mereka yang selalu menjerit kat Shoutbox tu, terbaca entry ni, silalah fikir apa yang aku tulis disini. Bukan nak memperleceh, tapi sekadar mengingatkan. Silalah berblog secara professional, walaupon sedikit (Aku tak kata aku professional k) Boleh fikir mei benda tu wajar atau tidak kita buat. Benda simple. Aku rasa kalau semua blogger nak perkenalkan link dengan hanya nak jerit kat Shoutbox, pas ni tak payah buat entry lagi dah. Letak widget shoutbox besar-besar kat tengah-tengah blog. Kita ramai-ramai pakat jerit. Puas hati.
Agak berterabur ayat aku kali ni. Tak tau kenapa...
Sekali lagi aku tegaskan disini. Jangan ada yang terasa dengan entry aku ni. Sekadar mengingatkan sahaja.
Pas ni kalau tetiba Shoutbox aku hilang, paham-paham lah yer...Hmm
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
lor bro. tgk la post saye. lagi jarang2 kena komen. tp xpelah, asal xde yg mencarut kt blog saya suda. hehe.
ReplyDeletehahahha! marah nih! :P
ReplyDeleterelax bro, mula2 memang depa komen la shoutmix dulu, nanti lama dorang komen la kat entry plak. relax bro, plan2 kayuh..
ReplyDeletejngan emo2 k..i da bce n komen u pnya entry..hihihi
ReplyDeleteMohd Shafiq Izwan B Abdulah :Ok la kalau ko fikir macam tu...aku just tegur jer. huhu...sekali sekali komen la juga kat entry kita kan. semuaorang nak entry dikomen. kasi fair maaa :)
ReplyDeleteBurp : Aku tak marah la bro...Just tegur n mengingatkan je..hehehe
Tengku Nizam :Yer ker...aku terbalik. mula-mula kasi komen, ama2 menjerit kat Shoutbox jer..aduyaii
Lulu Amira :sorry...teremo...saling-saling bagi komen atau pendapat kan meriah dunia blog. :) Thanx bagi komen. First time datang sini erk?
takpe. aku paham perasaan tu.
ReplyDeletekdg2 mcm kite je terhegeh hegeh kan balas kunjungan diorg.
belum masuk yg paksa2 follow blog tu.
-.-
aku pun rasa macamtu, kita buat post untuk dibaca.
ReplyDeletemungkin sbb sekarang orang meletakan objektif utama blogging utk menjana pendapatan dan perlukan ramai followers.
tp hg jgn risau masa ramai org yang suka membaca post2 wujud dia sini!
Alynn Notnot :Aku tak paksa baca dan komen blog aku Alynn.maybe entry aku pon biasa2 jer. tapi yang buat aku geram tu... menjerit-jerit boleh pulak..haish! blog aku bukan iklan letak link derrr
ReplyDeleteincik amry;op koss...=)
ReplyDeleteareripe :Tu yang masalah tu. Terlalu fikir duit. Boleh fikir duit, tapi fikir bangunkan blog dulu...
ReplyDeleteLulu Amira :ooo...Kalau macam tu, Welcoming lah..huhu
ReplyDeleteThanx melawat blog aku ni :) dannnn..bagi komen. hehe
macam merajuk jer gaya dia . haha ! aku pernah kan komen entry kau . hee . peace !
ReplyDeletetakpelah... macam aku pun sama, mungkin aku baru lagi....tetapkan niat der.
ReplyDeleteada pros and cons
ReplyDeleteblog aku dulu tiada sorang
ReplyDeletedatang beri komen.............
ak komen kan amry???? kn..kn..kn.. hehe
ReplyDeletebiase la 2... kalo aku, org 2 x komen xpe tp yg penting bc entry aku dgn ikhlas n moga2 mereka mendapat input..
p/s: kalo nk komen pn lg bagus..:)
salam
ReplyDeletesebenarnya syira pun mempunyai pendapat yang sama, syira pernah buang kotak shout tu, bila check orang mari, tapi mereka malas nak komen, memang sedih kalau 2 3 4 entry langsung tidak komen,sumpah, masa awal awal syira buka blog langsung tak ada orang komen entry syira ...ada juga blogger yang blog kita follow tidak, komen tidak, tapi pandai pula suruh pergi jalan blog dia minum nescafe..hihi
assalamualaikum..thanks bro.. i folo blog u....sharinginfoz kenalkan blog nie
ReplyDeletebila dah buat blog baru ni..
ReplyDeleteaku tak minat dah nak letak widget shoutbox ni..
sbab slalu ignore orang2 yg singgah situ..
hahaha.. terasa jahat di situ..
selamat tahun baru yer.. =]
sebab tue aku tak pasang shotbox hehehe..lgpun, kalau aku berblogging kat opis, shoutbox tue tak nampak coz dah kne block huhuhuhh
ReplyDelete@dyattbukan merajuk derrrr...teguran jer. kita blogger meiiii....
ReplyDeleteyup ko pernah komen. dan ko orang pertama komen kat page about me. Thanx dyatt
@are_mean91jangan terasa yer mean. aku tegur tegur jer. k :) kena tolong menolong dalam dunia blog ni. tul tak? Ko buat blog tentang filem erk?menarik gak. Salam kenal mean
ReplyDelete@Sharinginfozwaktu menulis aku nak letak dah ayat ni, tapi fikir balik tak yah la.memang ada pro dan contra dier bro
ReplyDelete@Ali ridhaTu yang kena blogwalking dan tinggalkan komen kat blog orang lain. baru orang lain akan datang melihat blog kita. kan kan kan
ReplyDeletetapi blog ko sekarang dah ok dah. ramai yang masuk kan :)
@azanako pengomen setia aku derrrr.....hehehe...aku tak kisah kalau tak baca atau komen kat blog aku. mungkin entry aku tak sebagus mana. tapi yang kesal boleh pulak terjerit kat shoutbox nuuu....ish..jngan la bagi nampak sangat just ajak orang pegi ke blog diorang jer kan. sekali sekala komen blog orang jugak...
ReplyDelete@syira aka sepatu hijauitu laa....sedih la juga kan...marah pon ada sikit...nak orang baca n komen blog dia tapi dia yang dah datang ke blog kita tak nak baca pon entry kita..adehhh
ReplyDelete@sahromnasrudinwaalaikumussalam.) Aku tak tau pulak kalau shoutbox boleh kena block. hmm
ReplyDeletethnx follow bro. aku dah follow balik blog ko.. :) salam kenal :)
@Faaein HimuraIgnore yang macam mana tu erk?kalau aku pergi ke blog yang ada widget ni, aku tak der plak rasa terganggu. aku jarang usha shoutbox tu pon
ReplyDeletejgnlah sedih2 n mrh2, amry. itulah namanya manusia. sy pun ckp terus terang, sy sll kena mcm tu, sy sll masuk blog2 kwn2 n beri komen dlm entry2 diorg tp sy x kisah klu diorg x bermint dgn entry2 yg sy buat sbb niat sy nk berkongsi. klu nk komen, silakan, xnk takpe. apepun, msh tetap ada ramai yg tukg komen kt blog awk ni lebih2 lagi dkt entry ni (^_^)
ReplyDelete@Pemerhati DuniaTak marah. nasihat!!! wakakaka...bukan nyer marah sangat ponnn...sedih ada sikit...anggap jer la sebagai teguran dari seorang blogger kepada blogger lain :)
ReplyDeleteBelog aku yang baru nak idup nie pon takde orang komen...huuhuhu
ReplyDeleteLuahan hati yang jujur dari seorang blogger.Saya setuju apa yang di ketengahkan oleh Amry.Komen entri dan menjerit di shoutbox ,kedua dua perkara tersebut adalah penting pada pendapat saya.
ReplyDeleteBiawak Komodo tersenarai 10 benda ajaib di dunia
@optionshift3Bro. Aku rasa ada something tak kena kat blog ko tu. aku tak dapat nak komen. Cuba ko check balik ko nyer setting. k
ReplyDeleteAku rasa blog ko ok dari segi penulisan. Banyak logik. tapi disebabkan pelawat tak dapat komen tu yang menyebabkan tak der orang komen tu.
Salam kenal bro. Thanx datang n komen blog aku
@MiecyberTak salah nak menjerit kat Shoutbox tu...tapi sesekali, komen la juga dalam entry2 tuan punya blog tu...Jangan hanya datang untuk promote link sahaja. Tak elok la macam tu...Saling komen mengomen, baru meriah dunia blog, kawan pon ramai, blog pon berpenghuni...Pas tu baru la tercapai hajat dihatiiii... $$ Tul tak?
ReplyDeleteSalam kenal bro MieCyber
ha, kan tgk. sy baru komen dh ada 2-3 org msuk komen lgi (^_^) nnt2 mesti ramai lg yg komen... tq bg utk nasihat tu ye (^_^)
ReplyDelete@Pemerhati DuniaTQ sebab komen. Blog ni akan lebih menarik jika ada satu communication diantara blogger. Tul tak?
ReplyDeletebetu..betul..betul...(^_^) komunikasi itu penting, utk kongsi pndpt dan pengalaman.
ReplyDelete@Pemerhati Duniabetul tu bro. Tapi maksud aku communicate disini adalah :
ReplyDeleteA : Aku datang blog ko, aku komen erk?
B : Ok. Ko datang blog aku juga yer. Komen la juga.
Klau ada 2 komunikasi tu, InsyaAllah lama-lama blog akan naik. Janngan harap orang datang blog kita n komen blog kita jer, sedangkan kita tak tolong pon blogger lain.
Sabar jer lah. Apa bila dah pasang shou box bukan boleh ditapis
ReplyDelete@akubiomedBlog bro tak pasang kan widget ni. Simple jer blog bro
ReplyDeleteJai dulu mula2 berblog pun camtu.. Posting banyak2 entry, pastu komen nak lekat 1 pun susah.. Kebanyakkan blogger nak kejar traffic je. Masa tu dapat agak la, diorang terjah blog fokus pada shoutbox, da jerit kat situ, tutp blog..hu3. Dasyat kan..
ReplyDelete@deCrewzko tutup blog terus. mak aiii...lagi dasyat..hehehehe..tapi ok la sekarang blog ko dah agak mantap kan. komen pon banyak ko dapat.
ReplyDelete@Khairul Amry Mohamad Puad
ReplyDeleteyup... betul tu... banyak yang aku kena belajar lagi nie...
tu la...kdg2 diorg masuk bukan baca entry pon, tp sekadar nak menjerit di shoutbox... nak diikutkan aku meman taknak letak shoutbox tu, tp sebab rasanya untuk kemudahan pengunjung, aku letakkan juga. tp apa guna akuletak sedangkan aku pon tak berapa nak hiraukan kan? so rasanya aku perlu juga hapuskan shoutbox tu...mcm yg aku buat sebelum2 ni masa aku pakai blogspot...
ReplyDeleteaku lebih hargai mereka yg tinggalkan komen di entry... membuatkan aku suka untuk ke blog mereka selalu...
@are_mean91tak per pelan2. aku pon banyak lagi yang kena belajar :)
ReplyDelete@intankuterpilihitu la...bukan tak boleh jerit, tapi sekali sekala tinggalkan komen juga....shoutbox tu sekadar sampingan jer....
ReplyDeletekak jie ada masalah nak membaca kat sini...tulisan silau dgn mata tua kak jie..tu je
ReplyDeletejgn majuk erk...
@Kujietak majuk lerrr...mula2 tukar tempalte pon saya macam susah nak baca. tulisan pon kecik..tak per, nanti try edit.. Terima kasih Kak Jie atas teguran... Kak Jie memang best lah. hehe
ReplyDeletehihihi...btl gak 2..tp aku akhr2 nie..ssh skit nk bka blog..bz skit awl ta0n nie...mcm2 bnda nk kne urus...intrnt lak kdg2 lmbab...tnsion+ltih=tido...hahaha...nie bwu aq mlawat bl0g yg aq f0ll0w..tp klu 0wg xk0mn pn..aq xtrase cgt...aslkn 0wg bce suda...hehe..pape pn..k0mn 2 pntg gak..:)
ReplyDelete@ImanBiasalah awal tahun. ramai yang sibuk kan....Entry ko bagus Iman.
ReplyDelete