Kali ni aku nak buat entry tentang Follower. Entry ni dah lama aku nak buat, cuma malam ni baru berkesempatan. Tu pun sempat ngan tak sempat jerk rasanya. Waktu blogwalking tadi, terjumpa entry yang sama tentang follower, iaitu idea dari saudara DECREWZ. hujah dia "Berbaloikah ramai follower", sekarang hujah aku pulak. Topik sama, hujah masing-masing. Bukan Copy paste ok. Buktinya, aku pernah buat 1 entry tentang folow menfollow ni didalam entry ni tapi dalam konteks yang lain, "kuantiti atau kualiti"
Follower oh follower. Waktu mula-mula aku buat blog dulu, aku suka tengok widget follower aku. dah bertambah ke? Atau berkurang? Teringin nak mempunyai follower yang beriban macam blog-blog lain. Tentu korang pon ada pemikiran macam tu kan? Kenapa? Bilangan follower menunjukkan kehebatan sesuatu blog tu. Tul tak? Kalau follower blog tu ramai, itu menandakan blog dia mesti best. Tul tak? Itu pemikiran yang telah diterapkan oleh siapa aku pon tak tahu.
Setelah berada agak lama dalam dunia blog, pemikiran aku yang dulu tentang follower berubah sama sekali walaupon sekarang ni aku masih suka juga tengok widget follower aku tapi tak terlalu teruja la.
Soalan aku... Berapa ramai follower korang? 10...20...100....1000....5000? Bagaimana caranya korang mendapatkan follower tu? Adakah meminta diorang follow korang? Atau I follow U, U follow me? Tapi dari beriban folower tu, berapa ramai yang betul-betul menjadi follower korang? Kalau semuanya follow. Baguslah. Tapi kalau hanya 10% yang follow apa cerita? 10% itu sememangnya follower. 90% lagi kemana? Atau 90% tu penghias widget follower korang semata-mata. Oh no. Disini cara korang mendapatkan follower itu memainkan peranan. Didalam blog aku, aku lebih menekankan kualiti berbanding kuantiti. Biar kuantiti sedikit tetapi kuantiti itu sememangnya adalah follower aku, bukan penghias widget walaupon dalam hati nak gak ramai follower kan. ngeh ngeh ngeh
Camner cara aku dapatkan follower? Aku tak pernah ajak sesiapa untuk follow aku. Bukan kerana aku sombong, tetapi biarlah yang follow tu sememangnya ingin follow aku kerana blog aku, bukan kerana ajakan atau i follow u u follow me. Aku percaya dengan cara ni nilai 10% tu akan meningkat walaupon tidak mencecah 100%. Perlakuan tanpa permintaan akan memberikan gerak kerja tanpa dipinta (ayat apa ni?) Senang cakap, biar orang follow blog kita kerana kualiti blog atau entry yang dibuat, bukan kerana permintaan atau u follow i follow.
Ada juga blog tu yang ramai follower yang sememangnya follow blog dia, tapi ada juga yang sebaliknya. Entry ni bukanlah untuk perli sesiapa yer, hanya pandangan aku semata-mata. Pandangan aku didalam dunia blog ni. "Blog aku, aku punya suka" Kata-kata itu aku anggap ada dalam diri setiap blogger.
Nak tidur....hhhuuuwaaaaaarrgggghhhhh!!!!! Ngantuk wei!!!
p/s :Follower aku 31 orang.... Berapa % yang betul2 follow aku erk? Nak cari kalkulator jap. ngeh ngeh ngeh.
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
yap!!
ReplyDeleteorg hargai penulisan kita lebih bererti drpd bil follower yg byk tp x betul2 follow.. :)
salam..
ReplyDeletedulu terkejar juga nak kumpul
follower ni..tapi makin lama
kelihatan berapa kerat sangat yang
balik ke blog kita..saya terima
sahaja berapa follower ni..
@Wan Jun Smileyup betul tu. tapi ni pandangan aku jer la, kalau yang memang suka kumpul follower tu, suka hati jer lah.
ReplyDeletethnx komen jun and wellcome :)
@zulkbosalam bang zulkbo,sama la saya pon dulu teringin nak follower ramai beriban.sekarang nak gak tapi kalau boleh biarlah yang betul2 follow kan. pas entry ni mesti teragak2 nak follow blog ni..hehehe
ReplyDeleteAkak bukan konvoi masa ride Sabah dan Sarawak.Kami berdua saja suami isteri ke sana.
ReplyDeleteyg penting kawan blog, bukan follower - that's my style.
ReplyDeletei follow u, u follow i - yg tu kite tak penah buat.
sebab takut nanti kite tulis syok sendiri je takde org nak baca. follower ratus2 tapi reader and commenter ada berapa kerat je. tak syiok kan?
lagi satu, stick to the one who support u most esp from the beginning. i have a few. make sure you do too. :)
betul, follower ramai tak semestinya traffic mantap... so follower ni sebenarnya adalah pembakar semangat untuk kite berblogging je. bila tgk org masuk and follow, kite akan lebih bersemangat untuk update blog. tak kesahlah follower tu betul2 follow ke tak...
ReplyDeletep/s : aku dah memenuhi permintaan ko.. meh terjah..
Follower adalah penting bagi saya.
ReplyDeleteKemudian ,bagaimanakah pula di pihak kita untuk membuat entri yang menarik supaya folower tersebut datang melawat blog kita secara kosisten....
Bahana dadah
bagi den blog hanya untuk mengisi masa lapang.. terima kasih pada mereka yang sudi datang.. hehehe.. =]
ReplyDeleteyups
ReplyDeletefollow tanpa paksaan
aku amalkan konsep tu
hehehehe
P/S : Belia Benci Kuliah Minggu Pertama!
susah nak agak kalau
ReplyDeletefollower banyak...pelawat juga
banyak.
Betul betul mcm ipin upin plak jadi cuba jadikan blog kita unik mesti ramai yang lawat kannnn
ReplyDeletefollow dengan rela hati lebih best. kurang bersetuju dengan cara sesetengah orang yang seolah-olah memaksa supaya follow dia.
ReplyDeleteapa pun.. bila orang sudi follow kita, terasa kepuasan berblogging. ada orang yang menghargai kewujudan kita di dalam blog. :)
@gadisBungaHaaaaa...kawan lebih tepat untuk menggambarkan mereka yang betu2 follow blog kita kan. Hmm..
ReplyDeletesaya ada seorang kawan ni,dari awal saya buat blog, dialah pengomen setia saya.waaupon dia jarang komen disini tapi saya tetap berterima kasih kepada dia. Saudara Radzuan
@intankuterpilihsememangnya follower tu adalah pembakar semangat juga untuk kita berblogging, tapi akan lebih terbakar kalau sememangnya mereka follow. Bukan apa, nampak dia follow tapi dalam komen tak pernah nampak pulak. Maybe silent reader...
ReplyDeletep/s : Ok. Akan diterjah :)
@Miecyberselalunya untuk membuatkan follower2 terus melekat dengan kita adalah dengan memberikan sesuatu yang berinformasi.gaya penulisan pon bagi effect...banyak cara juga rasanya untuk membuatkan follower terus follow blog kita.banyak perkara yang mempengaruhi.macam blog saudara Mie, rasanya blog saudara mempunyai banyak tips yang membuatkan follower terus mengikuti blog saudara :)
ReplyDeleteaku pun xpasti brapa rmai yg btol2 follow blog aku...
ReplyDeletehuhu. ntah3 xda pn
@Faaein Himuratujuan berblog bergantung kepada tuan punya badan :)
ReplyDelete@hansblog ko ramai gak follower hans, ramai gak yang betul2 follow ko..cayala bro!!!
ReplyDelete@Ali ridhakalau pelawat banyak tu.....SEO mantap...
ReplyDelete@Marketingyup.unik dari segi entry dan juga gaya penulisan
ReplyDelete@ASaDa RyutaRokalau jenis paksa ni, memang aku tak follow lerrrr....huhu.kalau aku follow pon disebabkan blog dia bagus.bukan kerana ajakan.
ReplyDeletelama2 nangti makin ramai lah follower... jangan risau dan teruskan menulis :)
ReplyDelete@papabearterima kasih bosssss :)
ReplyDeleteyang penting following blog yang memberi manfaat
ReplyDeleteFollower yang berkualiti adalah idaman semua blogger.. Macam dak amry ni.. Berkualiti tau.. :)
ReplyDeletebetul betul betul
ReplyDeleteserius...mula2 dulu...mmg gemar juga ada widget follower ni...hampir 6 bulan jugak pakai kot...lepas tuh..terus buang sampai sekrang...
ReplyDeleteaku fikir, buat apa ade follower riban2...tapi yg betul2 singgah dan baca..hanya 1% saja...jadi, untuk menjimatkan ruang...baik aku buang saja...
follower tak dikira pda yg ade di widget...tapi yg selalu singgah dan memberi serta menerima...
@SharinginfozYang meberi manfaat dengan memberi komen membina :)
ReplyDelete@Fairus Bin Mamataku budak lagi? haha...
ReplyDeletedah tua cekadak daaa..huhu
salah satu faktor tuk membuat follower terus ikut blog kita adalah dengan membalas komen pengomen
@blogQmacam upin ipin jer ni. hehehe
ReplyDelete@hafizmdaku tak buang,letak juga la widget tu.suka ayat terkhir tu,follower bukan dikira pada widget,tapi yang yang selalu singgah dan memberi serta menerima.
ReplyDeleteSelamat datang Bro
dulu aku x letak widget follower kt blog tu..blog jd berat bila letak..tp bila ada yg dtg kt shoutbox ckp follow u, aku letak trs bendalah tu.nmpk sgt blogging die nk kejar follower.haha
ReplyDeletetp aku harap follower kt blog aku bole menghasilkan apa yg patut..trffc mungkin..bukan skdar follow..apapun aku tetap menghormati semua follower diblog aku
@azizan4444aku pon menghargai mereka yang follow blog aku, tapi kalau dapat yang betul2 follow lebih afdal ler orang kata kan....
ReplyDeletehahaha! adoyy~ tuh ar~ care terpantas utk mendpatkan follower.. u follow me, i follow u~ hahaha~ ape igt iklan bedak follow me ke pe?
ReplyDelete@Burpaku ada beberapa suh aku follow dia sebab dia follow aku. aku tgk blog gak nak follow...
ReplyDeleteaku pun follow ko dulu sebab mmg aku ikhlas nak follow...
ReplyDeletesuka je follow sesape...
Betullah amry. Kadang-kadang bila fikir balik, berapa orang sahaja yang setia ikuti blog kita, yang lain tu suka-suka follow, kemudian dah tak jengah-jengah lagi.
ReplyDeletePada saya blog ni, hanya suka-suka, tempat untuk kongsi idea, luah pendapat, kongsi cerita dsb tapi bab follower ni saya tak berapa kisah. Lagipun saya bukan blogger tegar.
Ikut niat masing-masing, kan.
@azanaTak salah nak follow sesaper pon, tapi kalau boleh biar betu2 follow. Baru la tak dikata sebagai penghias widget follower jer. thanx zana, ko follower aku yang berkualiti :)
ReplyDelete@Pemerhati DuniaBetul,saya pon tak kisah saper yang nak follow blog saya, dia rasa nak follow,sila lah follow,amat dialu-alukan.Itu cerita orang follow blog kita, tapi kalau cerita kita follow blog orang, biarlah kita jadi follower yang berkualiti.
ReplyDeleteBetul kata awak, apa-apa pon bergantung pada empunya diri masing-masing :) tapi kepada sesaper yang serious dan nak berjaya dalam blog, rasanya ini adalah salah satu resepinya :)
just my 20 cent
follower aku sempat mentok di 40-an krn aku ternyata lupa pasang widget follower di blog :toe:
ReplyDelete@r10errr....mentok? apa maksudnya tu ya r10? kurang ngerti :)
ReplyDeleteKamu dari Indonesia ya? salam kenal ya r10