Home » , » Blog Sixthseal Disaman RM6 Juta

Blog Sixthseal Disaman RM6 Juta

Cerita yang aku rasa hangat juga la sekarang ni terutama kepada geng-geng blogger kan. Aku ni baru jer terasa hangatnya. huhuhu... Aku terlupa dari mana aku dapat tahu kes ni, tapi yang pasti bukan dari paper la. Sebab paper yang buat isu ni adalah paper The Star , bertajuk Google, Blogger Sued By Restaurant For RM6mil (Aku tak baca The Star :P )


Aku rasa korang pon dah tahu kes ni kan. Kes Blogger Poh Huai Bin yang menulis komen tentang Restoran Jothy's Fish Head Curry Banana Leaf Restaurant didalam blognya, Sixthseal.com yang bertajuk "Jothy's Fish Head Curry Banana Leaf Restaurant" telah disaman sebanyak RM6juta oleh pemilik Restoran tersebut, Thirumaraj Sivaperumal.

Punca Thirumaraj ni menfailkan saman keatas Poh adalah kerana komen-komen Poh ni yang didakwa telah menyebabkan Restorannya mengalami kerugian dan kerosakan serta telah menjatuhkan reputasi restorannya samada di dalam negeri mahupon antarbangsa. Korang nak tahu komen Poh ni? Sila lah ke blog Sixthseal.com tu yer. Aku tak nak komen sebab aku tak pernah makan pon kat restoran tu dan aku takut aku pon kena saman. Hahahahaha.... Gilor bai. 6 Juta tu, bukan 6 henggit.... Mau menggelupur nak bayar.

Aku bukan nak komen pasal restoran tu, tapi tentang keterbukaan hati atau cara penerimaan kutukan tu. Pada aku, pemilik restoran Jothy's Fish Head Curry Banana Leaf Restaurant perlulah bersikap Professional kan didalam menerima komplen-komplen yang macam ni. Adat la, bukan semua yang datang makan kat restoran tu berpuas hati dengan servis yang disediakan. Lain orang, lain pendapat. Lain lidah, lain rasa. Terima lah kenyataan tu. Betul tak? Sebagai pemilik restoran yang telah terbina sejak 1987 tu, aku rasa dia dah perlu masak dengan kerenah-kerenah pelanggan ni. Dalam apa-apa perniagaan yang melibatkan orang ramai, moto "Kepuasan pelanggan adalah no.1" perlu dipegang erat. Perlu diingat bahawa kejayaan satu-satu perniagaan tu adalah terletak pada kepuasan dan kepercayaan pelanggan tu sendiri selain faktor-faktor servis, keselesaan dan sebagainya. Jadi ketidakpuasan pelanggan itu terhadap servis yang diberikan perlulah diterima dengan hati terbuka.

Itu dari pihak pemilik restoran. Sekarang aku nak berhujah dari sebelah pihak pemilik blog sixthseal.com ni pulak. Tak fair lah kita menuding jari kearah satu pihak jer kan. Pada pendapat aku Poh ni pon tak wajar juga. Betul la dia komplen tu, dah dia rasa tak sedap, dia komplen la. kan. Tak kan makanan tak sedap cakap sedap juga kan. Menipu diri sendiri namanya tu. huhu.. Kalau aku pon makanan yang aku makan tu tak sedap aku komplen, cuma cara Poh tu rasanya tak kena kot.
Macam ni la, aku bagi contoh. Mamat ni buat satu kesalahan terhadap korang. Macam mana cara korang sound mamat tu. Menjerit bagi satu dunia tahu yang dia buat salah tu siap pakai pembesar suara "Woi!!! Aku suruh ko parking kereta aku kat garaj sana, yang ko parking tengah panas ni buat apa??!!!" Atau bisik kat dia bagitahu yang dia salah mengikut arahan korang? Mesti cara bisik tu lebih baik kan. Kesalahan dapat diperbetul, mamat tu pon dapat terima dengan baik. Betul tak? Sebab apa aku bagi perbandingan ni? Aku tengok blog Poh ni boleh tahan SEO dia. (Agak aku jer la kan. PR3 tuu...) Tambahan pula, blog ni dah lama. Sejak 2002. So maksudnya sebarang artikel yang dia buat tu agak mudah la untuk tersenarai didalam 1st page google. Bila dah ada dalam 1st page tu, memang ramai la unique visitor dia. Jadi ini diibaratkan macam Poh ni menjerit satu dunia la bagitahu restoran Jothy's Fish Head Curry Banana Leaf Restaurant ni tak bagus. Memang terbakar la pemilik restoran tu. Kan. Pernah g KFC atau mana-mana restoran kan? Ada tak satu surat, surat aduan dan cadangan? Mungkin kalau komen tu diisi dalam surat tu pemilik restoran tu tak mengamuk sampai fail saman 6Juta. Betul tak? Malah dia ucap terima kasih. Silap-silap dia bagi free jer apa yang diorder tu. kan kan kan.

So, aku rasa la pemilik restoran tu saman bukan pasal komen Poh ni, tapi CARA poh komen tu tak kena. Dah Poh buat entry pasal restoran dia kat blog yang blog dia tu ramai pelawat, memang jatuh la reputasi restoran dia. Sebab tu pemilik restoran tu saman sekali Pakcik Google yang tak tahu apa-apa tu. Kesian Pakcik Google . Terkejut monyet la dia tetiba kena saman. Apa kes?? Huhu...

Apa-apa pon, kita tengok jer lah keputusan mahkamah tu. Aku tak duk belah mana-mana. Poh tak, Thirumaraj pon tak. Sebab aku bukan peguam!! hahaha

P/S : Hati2 derr kalau buat entry melibatkan orang ketiga ni. Kang tak pasal-pasal jerk. Income Nuffnang RM12K sebulan pon belum tentu boleh cover 6 juta tu... Perghhh

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

30 comments:

  1. Adoi..seminggu dua ni mmg panas dgn cite blogger. X sngka dunia blog tahun 2011, bermula dgn begitu HOT! skali..pas tu, leh plak atuk google kita kena sue. Diorng baru je nak buke bisnes, buke office kat Malaysia, x smpat buat keuntungan kat Malaysia, dah rugi, dah kaut habuk..Cian2..

    ReplyDelete
  2. sampai cam 2 skali....pengajarannya jgn ssuka suki mmburukkan org lain... diam lebih baik...

    ReplyDelete
  3. sebab pemilik restoran tu profesional la dia pergi saman.. kalau dia ni katak bawah tempurung, might be dia akan let go je benda ni

    ReplyDelete
  4. salam Amry..
    ermmm..harapan kes ni tak menang
    kalau tidak lepas ni banyak la
    pula blogger kena saman..baru tengok
    tv berita malam tadi pun seorang wanita
    nak saman blogger kes DSAI dulu..

    ReplyDelete
  5. payah nak cakap..
    satu hangin satu badan dan satu lagi keybord terlebih laju....

    ReplyDelete
  6. Ayat "ini blog aku, aku punya sukalah nak tulis apapun" rasanya sudah tidak boleh pakai sekarang ini...

    ReplyDelete
  7. 6 juta tu. lgpon sy rasa komen blog tu agak sangat keterlaluan la. patotnya bagi kritikan yg membina, bukan yg membunuh.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum..

    itu org cakap mata pena lagi tajam dr mata pisau kans...

    ReplyDelete
  9. bahaya komen xbertapis ni....
    'ckp siang pandang2, ckp malam dgr2'

    ReplyDelete
  10. dua2 ada otak..tp tak guna sebaik ye..herm..apala..

    ReplyDelete
  11. salam pagi sabtu =)

    sekarang semua orang fikir duit je. asal salah terus saman...kepada pemilik blog, kena hati2 lah..tak boleh dah main redah je..

    p/s : thanx banyak komen malam ni, nk balas banyak3 pun line semput ni..

    ReplyDelete
  12. @Fir IkhwanItu lah pasal, tetiba gooogle pulak kena saman. adehhh...

    ReplyDelete
  13. @azanabukan memburukkan zana, tapi tegur, tak salah tegur tapi aku rasa cara tegur tu tak kena kot...

    ReplyDelete
  14. @sabree hussinaku pon dah pening kat sini bro pro n tak pro....kalau dari kes ni, pemilik restoran tu kira pro la erk. hmm

    ReplyDelete
  15. @zulkbosalam bang zulkbo...
    ha...macam kes baru plak kan kes saman2 blogger ni.. memang kena hati2 lah pas ni...jangan pakai buat jer entry tu.. bahayaaa...kang tak pasal2.huhuh

    ReplyDelete
  16. @dnoBizapa-apa pon sekarang ni kena berhati2 nak tulis apa2 pon. apalagi melibatkan orang lain.. bahayoo

    ReplyDelete
  17. @Pemerhati DuniaBetul PD.blog memang kita punya tapi bila cakap melibatkan orang lain, kena hati2.kalau nak cakap pasal kisah hidup sendiri tu lantak laaa

    ReplyDelete
  18. @ShafiqIzwanaku pon berpendapat macam tu gak la shafiq.hmm..

    ReplyDelete
  19. @sahromnasrudinwaalaikumsalam abang din. sama jer tajamnyer....kena hati2 kalau nak komen tentang orang lain ni. kang tak pasal2.

    nak menulis, nak bercakap, lakukanlah secara berkhemah.

    ReplyDelete
  20. @misreramabetul tu...plus cara bagi komen tu. dalam kes ni aku tengok cara komen tu la kurang kena sikit. tu yang kena saman tu

    ReplyDelete
  21. @atietah lah atie, dalam hal ni mungkin kena tengok konsep memberi dan menerima...
    2 2 salah atau salah satu salah?

    ReplyDelete
  22. @Heidi Shafiqtu la bro, aku pon takut gak nak buat entry ni, kang tak pasal2 Poh saman aku pulak. hohohoho

    ReplyDelete
  23. @sissyirasalam syira.rasanya ni bukan soal duit, tapi maruah kot....hmmm

    ReplyDelete
  24. woah, sebaik semalam aku tak post pasal retoran nasi kandar Siba*** yang bagi aku makan ayam tandori ada anak lalt.
    pastu tak tukar baru. tapi aku rasa aku nk tulis jugak cuma xnak tulis nama kedai..

    susah la kalau takmau dgr kritikan orang langsung.
    p bagi orang utan makan la..haha!

    ReplyDelete
  25. @areripeTulis2. sebagai peringatan kepada orang lain. tak per jangan letak nama restoran tu. kang kena saman plak. hehe.. dia tak tukar bro? hantu punya kedai... blah cam tu jer, tak yah bayar, padan muka diorang..hahaha...

    ReplyDelete
  26. Nak buka fail guaman bukan susah manapun kalau tidak puas hati boleh ambil tindakan.

    Ia satu pengajaran kepada saya supaya bertulis lebih berhemah kerana sesiapa sahaja boleh ambil tindakan undang-undang

    ReplyDelete
  27. @akubiomedTak saah tuk kita menegur tapi kena berkhemah.... tak boleh terlalu direct apalagi kalau teguran tu secara open macam dalam blog. Peringatan untuk saya juga

    ReplyDelete
  28. kalau memang mamak tu menang, hancus lah blogger tu eh? pastu nanti mula lah adengan saman menyaman antara bloggers plak... kalau satu dah start yg lain nanti ngikut ler...

    ReplyDelete
  29. @papabear6 JUTA TU PAPABEAR. BUKAN 6 HENGGIT...BANYAK GILER...PENGAJARANNYA KALAU NAK BUAT ENTRY TU, HATI2 :)

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment