Home » » Drama Tiada Lagi - Jiwa Kelakian Ku Tersentuh!

Drama Tiada Lagi - Jiwa Kelakian Ku Tersentuh!

Tengah-tengah duk nak balas komen kawan-kawan dan membuat blogwalking, tiba-tiba aku rasa aku nak buat entry ni. Entry yang buat aku touching.. lelaki-lelaki jangan condemn aku k, aku ada hati gak ada perasaan gak. huhuhuhu

Tengah duk ngadap blog, mata aku sambil menjeling-jeling drama "Tiada Lagi" lakonan Fahrin Ahmad di TV2. Mengisahkan Azim lakonan Fahrin Ahmad yang suka membantu sesiapa sahaja yang meminta pertolongan darinya sehingga dia sering dibuli dan dianggap bendul orang rakan-rakan sepejabatnya. Malah bantuannya itu kadang menyusahkan dirinya sendiri. Ibunya yang risau akan keadaan Azim itu seringkali menegur sifat baik Azim yang keterlaluan sehingga pada suatu hari teguran ibunya itu benar-benar membuatkan Azim terasa hati. Ditambah pula rakan wanitanya yang dia kenal melalui YM selama setahun tidak ingin meneruskan persahabatan mereka pada pertemuan diorang yang pertama kali kerana sifat Azim yang bendul itu.

Pada suatu hari Azim didapati hilang. Kehilangannya Azim amat membimbangkan ibunya. Kehilangannya juga amat dirasakan oleh rakan-rakan sepejabatnya yang sering membulinya di pejabat dan kekesalan mula menyelubungi diri mereka kerana sering membuli Azim. Rakan YM Azim juga turut merasakan kehilangan Azim kerana sedar yang Azim adalah lalaki yang paling baik dan paling memahami dirinya.

Akhirnya kehilangan Azim terjawab..................................
Azim telah meninggal dunia kerana terbabit didalam nahas jalan raya yang telah menyebabkan kenderaannya terjunam ke dalam sungai. Hilanglah seorang lelaki yang selama ini banyak membantu rakan-rakan pejabat Azim. Hilanglah lelaki yang selama ini jujur berkawan dengan seorang wanita. Hilanglah seorang lelaki yang selama ini tidak pernah berdendam!
-------

Sering kita mensia-siakan kewujudan seseorang itu tanpa kita sedar kewujudannya sangat bermakna dalam hidup kita sehinggalah kita kehilangan orang itu. Penyesalan tidak berguna lagi....... Aku ni senang gak touching2. Grrrr

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

29 comments:

  1. biase la. kite pon manusia biasa. ada perasaan. hehe. tapi lame dah x tgk tv. huhu. =.=

    ReplyDelete
  2. alamak. harusla baca entry ni masa lagu Gio tengah kuar kat radio ni.

    saje je tau!

    ReplyDelete
  3. @ShafiqIzwanaku pon dah lama tak tgk tv. pagi tadi pon jeling2 jer tengok tv. hehe

    ReplyDelete
  4. salam petang sabtu...

    tak salah menangis =)

    menangis bukan bermakna kita lemah =)

    ReplyDelete
  5. @sissyirasalam syira. eh saya tak nangis ler,,,cuma feeling sikit jer. hehe...nangis? oh bukan sebarang ceritera yang boleh buat saya nangis...huhu

    ReplyDelete
  6. jiwa kelakian tersentuh tak pa jangan kelakian ko tersentuh... lain jadi nanti hahaha...

    ReplyDelete
  7. @papabear just blogwalking,..i found you from my mybloglog viewers....
    Thanks

    ReplyDelete
  8. @papabearwhop!! hohoho...masa mula2 tulis entry ni terasa lain macam juga tajuk ni, tapi betul kan tajuk ni. hehehe

    ReplyDelete
  9. @Sharinginfozbetul ler tajuk tu...hahahaha..boeh bikin fenomena ni. hehe

    ReplyDelete
  10. memang aku baca sinopsis hang pun dah touching.
    memang menyentuh hati, aku kalau ada member camni takkan persiakan kebaikan dia...T_T

    ReplyDelete
  11. wahahaha~ penghabisan tak syok laaa

    ReplyDelete
  12. hilanglah seorang sahabat yang banyak jasanya , diwaktu ada ... tidak dihargainya... sedih woo...

    ReplyDelete
  13. ada ramai kwn..tapi sejak ada blog tak pula rasa sunyi..tapi klu tak der kunjugan trsa blognya kosing sgt hiii

    salam kenal dari suri

    ReplyDelete
  14. @areripeKo pon mudah touching gak ker rip? hehehe

    ReplyDelete
  15. @papabearhehe..betul juga komen ni...hehe

    menangis itu utk lelaki perlu bila tiba masanya... :D

    ReplyDelete
  16. tak sempat pula tgk cerita ni..

    ape2pun, hargailah insan2 yg disekeliling kita, jgn bila dah tiada, baru kita menyesal...

    touching ok jer bro...maksudnya masih normal tuh..hehe

    ReplyDelete
  17. @Ziksedih kan?? kan kan kan? hehehe

    ReplyDelete
  18. @surisalam kenal suri....saya ni tak ramai kawan,kalau ada, yang tulah kawan saya. hehe

    ReplyDelete
  19. @hafizmdBetul tu bro. hargailah insan yang disekeliling kita terutama yang sayang kat kita..... :)

    ReplyDelete
  20. Dah lama tidak menonton cerita Melayu. Perkara sebegini memang berlaku pada kita di pejabat. Apabila orang itu ada kita tidak pernah kisah pun bila sudah tidak baru kita mulai menghargai kehadirannya dahulu tapi sudah terlambat.

    ReplyDelete
  21. @akubiomedBetul tu bro. Selalu perkara macam ni terjadi. Saat orang tu ada kita tak hargai....bila dah tiada baru kita rasakan kehilangannya

    ReplyDelete
  22. @Jom belajar!haha...cerita tu rancangan tv2.tak tahulah bila pula cerita tu ditayangkan semula :)

    ReplyDelete
  23. @adelememang tersentuh le adele..... :(
    Jangan sia2kan orang yang baik macam azim ni

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment