Tunai Haji Menggunakan Caruman KWSP

Menunaikan Ibadah Haji Menggunakan Caruman KWSP

Kuala Lumpur 30 Dis. - Bermula 3 Januari ini, semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beragama Islam yang mempunyai simpanan minimum RM1300 didalam akaun 1 boleh membuat pendaftaran menunaikan haji dengan Lembaga Tabung Haji.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, pendaftaran itu boleh dilakukan disemua kaunter Tabung Haji, cawangan Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa MyKad dan penyata terkini KWSP.

Mereka yang layak mesti warganegara Malaysia atau pemastautin tetap yang belum mencapai usia 55 tahun dan mempunyai akaun simpanan Tabung Haji. Ahli yang tidak mempunyai akaun, mereka boleh membukanya dengan deposit minimum RM2." Katanya.

Tambahan mana-mana ahli yang telah mendaftar haji dibawah prosedur Tabung Haji boleh menukar pendaftaran tersebut kepada Pendaftaran Haji Ahli KWSP.

"Penukaran ini tidak melibatkan tarikh giliran haji yang telah diberikan dan tidak melibatkan sebarang urusan berkaitan tarikh kerana ia akan ditentukan oleh Tabung Haji."

Maklumat lanjut boeh layari www.kwsp.gov.my atau www.tabunghaji.gov.my dan menghubungi talian 03-89226000 serta 03-62071919

----------------------------------

Nampaknya selepas ini kuranglah beban untuk menunaikan Haji dengan adanya skim Menunaikan Haji Menggunakan Caruman KWSP ni. 

Jadi, tunggu apa lagi. Jom pakat ramai-ramai mendaftar Pendaftaran Haji Ahli KWSP. Pelaburan dunia akhirat. InsyaAllah

Artis Mengaku Rasul

Kecoh Artis Mengaku Rasul

Gambar Artis Mengaku Rasul - HMetro
Gambar hadapan Akhbar HMetro 31 Disember 2011, Selebriti Mengaku Rasul, menunjukkan seorang pengikut artis sesat tersebut, Fatimah, 30 yang mendakwa dirinya sebagai rasul dan menyampaikan ajaran sesat.

Artis Mengaku Rasul - HMetro
Petikan HMetro Online 31 Disember 2011 Selebriti Mengaku Artis

Rasa-rasa boleh agak tak siapa "Artis mengaku Rasul" ni?? Aku hairan la.. Apa yang ada dalam fikiran orang-orang macam ni sehingga mengaku diri mereka sebagai Rasul.
Orang kata, kalau belajar biar ada guru. Belajar tanpa guru umpama belajar dengan syaitan. Lebih-lebih lagi ilmu agama

Moga "artis mengaku Rasul" tu cepat-cepat sedar dan kembali ke pangkal jalan serta bertaubat

Kad Pengenalan Baru 2012

Kad Pengenalan Baru Tahun 2012

Gambar Kad Pengenalan Baru 2012
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohamad Said menunjukkan kad pengenalan baru yang akan diperkenalkan 3 Januari 2012

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan kad pengenalan atau MyKad baru secara berperingkat mulai 3 Januari 2012 di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam Selangor sebelum dilaksanakan di seluruh negara selepas 15 Februari ini.

Orang ramai digalakkan untuk menukar kad pengenalan yang lama kepada yang baru tetapi ianya tidak wajib

Perbezaan diantara kad pengenalan baru dengan kad pengenalan yang lama jelas dapat dilihat dengan menggunakan pengimbas kad pengenalan.

Kad pengenalan baru ini ditambah baik dari segi ciri keselamatannya yang mana ianya diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih tahan lama berbanding bahan yang diperbuat untuk kad pengenalan yang lama. Selain itu, kad pengenalan yang baru ini juga menggunakan cip baru yang lebih tahan lama manakala tulisan pada permukaan kad pengenalan ini menggunakan teknologi laser untuk mengelakkan sebarang pemalsuan kad pengenalan.

Perbezaan Kad Pengenalan Baru Dan Kad Pengenalan Lama
Perbezaan imej UV pada kad pengenalan baru dan kad pengenalan lama menggunakan pengimbas kad pengenalan

David Teoh Berpangkat Mejar

Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG),David Teoh Dianugerahkan Pangkat Mejar

Gambar David Teoh dianugerah pangkat Mejar Askar Wataniah

Aku rasa rata-rata kaki wayang kat malaysia ni pasti kenal siapa David Teoh. David Teoh, Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG) baru-baru ini telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong terhadap syor-syor Majlis Angkatan Tentera ke-508 sebagai penerima Penganugerahan Tauliah (Kehormat Dalam Angkatan Sukarela Angkatan Persekutuan-ASP) yang membawa gelaran Mejar (Kehormat)

Majlis Penganugerah yang diadakan di pejabat Panglima 12 Briged, Kem Wardieburn, Setapak pada 27 Dis yang lalu disempurnakan oleh Brigedier Jeneral Mohd Nazir Bin Mami (Panglima 12 Briged)

Gambar David Teoh dianugerah pangkat Mejar Askar Wataniah 2

"Saya telah diberitahu tentang perkara ini sejak seminggu yang lalu. Secara jujur, saya tak sangka dan terperanjat dengan penganugerahan ini kerana saya akui masih tidak melakukan yang terbaik untuk mempromosikan Askar Wataniah kepada masyarakat." Ujar David Teoh

"Jika ada yang mempertikaikan tentang penganugerahan ini, saya terima dengan hati terbuka. Bagi saya niat menyertai Askar Wataniah bukan kerana pangkat. Dulu masa ditawarkan pangkat Datuk pun, saya tak boleh terima. Saya memang tak ada niat pun untuk menerima penganugerahan ini.

"Apa-apa pun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia diatas penganugerahan ini. Ini satu bonus dan pemberian yang sangat saya hargai. Dengan penganugerahan ini, ia menjadikan saya lebih bersemangat dalam menggalakkan masyarakat untuk menyertai Askar Wataniah."

Gambar David Teoh dianugerah pangkat Mejar Askar Wataniah 3

Berkongsi tentang pengalaman dan cabaran yang dilalui oleh beliau sepanjang mengikuti Pasukan Askar Wataniah Rejimen 515 sejak awal tahun ini, David memberitahu "Banyak cabaran dan pengalaman yang saya lalui. Cabaran yang paling besar ialah terpaksa bangun tidur awal"

"Mula-mula saya rasa saakit kepala sebab tak cukup tidur, namun selepas seminggu saya dah biasa. Saya juga perlu berlari sejauh 2.6 KM dan belajar berkawad. Yang paling seronok saya dapat belajar cara membaca kompas, peta, mengemas katil, dan juga memgang M-16"

Sumber David Teoh Dianugerah Pangkat Mejar : gua.com.my

Tahniah kepada Ketua Pegawai Eksekutif  Metrowealth International Group (MIG), David Teoh atas penganugerahan Mejar yang diterima. Tabik Tuan!!

p.s : Lepas ni boleh la buat filem ketenteraan pulak.. Mesti kebabom punya.. hehehe

Papa I Love U Full Movie Online

Tonton Papa I Love U Full Movie Online


Tonton Papa I Love U Full Movie Online






Wordless Wednesday...Keadilan??!!

Blogger Juga Pemancing

Blogger Juga Seorang Pemancing


Siapa sini kaki pancing? Yang aku tahu blogger yang satu ni boleh dikatakan kaki pancing juga la kot. So sesaper yang kaki pancing tu, boleh ler berkenalan ngan dia. Mana la nak tahu leh pancing ikan sesamer kan. Hehehe....

Apa kaitan blogger ngan pemancing atau kaki pancing lak ni?? Aku sebenarnya nak gtau yang blogger ni punyai sifat yang sama seperti seorang blogger. Sifat yang macam mana tu? Jom kita tengok satu persatu.. :p

Pemancing : Memancing untuk mendapatkan hasil tangkapan yang diingini.. Ikan, udang, sotong, ketam, buaya. 
Untuk mendapatkan hasil tangkapan yang diinginkan, pemancing ni akan menggunakan umpan yang telah dikenalpasti. Aku bukan kaki pancing, tapi setahu aku, lain ikan, lain pula umpannya. Tengok tempat pula, nak mancing di sungai ker, parit ker, tepi pantai ker, tengah laut ker. Longkang boleh? Lagi-lagi kalau tempat tu lubuk ikan... Lagi la ramai kaki pancing "berkampung" kat situ kan.

Blogger : Menghasilkan sebuah blog agar ada pelawat yang datang ke blog. Pelawat tu tak lain tak bukan orang la kan, tak kan ikan pula :p Kalau pemancing menggunakan umpan untuk mendapatkan hasil tangkapan yang dihajati, blogger pula akan menggunakan entry-entry atau keyword untuk menarik pelawat masuk ke blog tersebut. Kalau pemancing mencari lubuk-lubuk ikan untuk 'park' umpan diorang, blogger pula akan 'park' entry-entry diorang di laman web laman web tertentu seperti 'Ping Site' atau laman-laman sosial.

So, nampak tak persamaan diantara blogger dan pemancing? Melakukan sesuatu agar apa yang dilakukan memberikan 'hasil kuantiti' yang maksimum. Kalau pemancing, dia akan tunggu sehingga umpannya disambar ikan, kalau blogger, dia akan menunggu entry yang diterbitkan dikunjungi oleh pelawat.

So.... Blogger juga seorang pemancing.

p.s : Entry suka-suka. Lama tak buat entry dari idea sendiri :p 
Idea merapu meraban.. heee

Wang Kertas Dan Syiling Baru 2012

Bank Negara Malaysia, BNM Perkenal Wang Kertas Dan Wang Syiling Baru 2012

Wang kertas dan wang syiling baru 2012

Gambar wang kertas baru tahun 2012 RM1, RM5, RM10, RM20, RM 50 dan RM100 dan wang syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia, BNM

Bank Negara Malaysia, BNM perkenal Wang Kertas dan Wang Syiling baru 2012
Sumber : Utusan Online

Dah macam duit permainan dah aku tengok duit-duit ni, jom main Monopoli :P

Wordless Wednesday : First Time

Nuffnang Buffered Earning

Siaran TV Percuma Astro NJOI

Astro Lancar Siaran TV Percuma NJOI

Pelancaran Satelit TV Percuma Astro NJOI

Astro Lancar Satelit TV Percuma NJOI | Harian Online 20 Disember 2011



SMS Semak Keputusan PMR 2011

SEMAKAN KHIDMAT PESANAN RINGKAS SMS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH TAHUN 2011

Cara semak keputusan peperiksaan penilaian menengah rendah PMR 2011 menggunakan khidmat pesanan ringkas SMS


Tarikh Pengumuman Keputusan PMR 2011

Tarikh Pengumuman Keputusan Penilaian Menengah Rendah, PMR Tahun 2011

Tarikh Pengumuman Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah PMR Tahun 2011

Kuala Lumpur : Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah PMR 2011 akan diumumkan pada 22 Disember 2011.

Menurut satu kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, analisis keputusan Penilaian Menengah Rendah PMR akan diumumkan di Putrajaya pada hari berkenaan.

"Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari yang sama" Menurut kenyataan itu.

Mulai tahun ini, Kementerian memperkenalkan khidmat semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi khamis hingga 12 tengah malam 28 Disember 2011.

Maklumat lanjut mengenai khidmat pesanan ringkas (SMS) keputusan Peperiksaan Penilaian Menegah Rendah 2011 boleh diperolehi di laman sesawang Kementerian www.moe.gov.my

Seramai 481,292 calon seluruh negara menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pada tahun ini di kesemua 3521 pusat peperiksaan.

Sumber Tarikh Pengumuman Keputusan Penilaian Menengah Rendah PMR 2011 : www.moe.gov.my

Pelajar UNISEL Bunuh Diri

Pelajar Universiti Industri Selangor (UNISEL) Bunuh Diri

Pelajar UNISEL mati bunuh diri | HMetro 19 Disember 2011

Walau apa pun yang berlaku, walau apa pun masalah yang dihadapi, jangan sesekali ambil jalan mudah. Setiap maslah pasti ada jalan penyelasaian. Fikir masa-masa yang akan mendatang, yang terluka..kecewa dengan perbuatan yang kita ambil. Terutama orang orang Islam. Iman kena kuat. Apa yang berlaku adalah ujian.

Takziah kepada keluarga mendiang V Rammath Naidu, pelajar Unisel yang mati bunuh diri.


......................UPDATE......................
Gambar mangsa telah didelete untuk menghormati mendiang, keluarga juga rakan-rakan mendiang
Minta kerjasama dari blogger lain-lain untuk delete gambar mendiang.
Please Share

Ariff Alfian Rosli Kahwin Gay

Ariff Alfian Rosli, bekas pelajar Perubatan University College Dublin kahwin Gay

Kenal Ariff Alfian Rosli? Masih ingat siapa Ariff Alfian Rosli? Ya, bekas pelajar Perubatan University College Dublin yang dilaporkan hilang sejak 2009 di akhbar-akhbar tempatan baru-baru ini.


Kisah bekas pelajar malaysia di Dublin kahwin gay
Siapa sangka pelajar sebijak Ariff Alfian Rosli itu melakukan perkara yang langsung tidak dapat diterima akal apatah lagi sebagai seorang Islam dengan berkahwin dengan pasangan gay. Rasanya seluruh umat Islam kecewa dengan apa yang dilakukan oleh Ariff Alfian Rosli dengan berkahwin dengan pasangan Gaynya, Jonathan dari Dublin. Tak terfikir kah dia tentang perasaan ibu bapa dia??? Astagafirullahalazim...... Semoga dia sedar dengan apa yang dia lakukan dan kembali ke pangkal jalan.

Gambar Ariff Alfian Rosli Kahwin Gay

Gambar Ariff Alfian Rosli Kahwin Gay 1

Gambar Ariff Alfian Rosli Kahwin Gay 2

Gambar Ariff Alfian Rosli Kahwin Gay 3


Proton Exora Bold Premium Dan Prime

PELANCARAN PROTON EXORA BOLD PREMIUM DAN PROTON EXORA PRIME

Proton Exora Bold Premium Proton Exora Prime

Semakin meriah perkembangan dunia permotoran dinegara kita sekarang dengan pelancaran baru Proton Exora Bold Premium dan Proton Exora Prime. Proton Exora Bold Premium yang didatangkan dalam 3 versi iaitu Executive MT (Manual Transmisi), Executive AT (Auto Transmisi 4AT) dan Proton Exora Bold Premium CVT yang menggunakan CVT transmisi yang dijana oleh enjin CFE (CamPro Charge Fuel Effiency) dibantu dengan kuasa turbo yang mampu memberikan 138hp/5000rpm dan Tork maksimum 205Nm@2000-4000rpm 1.6 liter. Dipadankan dengan penggunaan CVT Gearbox, ia mampu menjana kelajuan sehingga 185km/h dan dari 0km/h-100km/h dalam masa 13.3 saat. Penggunaan minyak dianggarkan 7.8 Liter per 100km.



Variasi Proton Exora Bold Premium dan Proton Exora Prime
Sumber Gambar : anekakereta.com

Enjin CFE ini bukan hanya dibantu dengan kuasa turbo, malah telah melalui pengubahsuaian pada bahagian lejang enjin dimana lejangnya telah dipendekkan dari 88mm kepada 86mm yang akan memberikan sesaran yang lebih kecil iaitu 1561cc berbanding 1597cc pada CamPro CPS.
Bahagian enjin CFE

Dengan pengubahsuaian yang telah dilakukan Proton terhadap Proton Exora Bold Premium dan Proton Exora Prime ini, pihak Proton yakin ianya akan setanding dengan kenderaan yang menggunakan enjin 2.0 Liter tetapi dalam pada masa yang sama dapat menjimatkan penggunaan minyak.

Dilihat pada bahagian aksesori dalaman Proton Exora Bold Premium pula, ia dilengkapi dengan kerusi kulit (Leather Seat), Steering disaluti kulit (a leather-wrapped steering), Spot Light (Fog lamps), spoiler belakang, cermin sisi berkawalan elektrik, kawalan pemanduan, dan reverse kamera dengan monitor kamera pada cermin pandang belakang.


Kelebihan pada Proton Exora Prime pula adalah pada bahagian tempat duduk, kemasan pada papan panel (walnut finishing), tombol gear dan penyejuk udara, metalllic beige door switch dan inner door handles. Juga dilengkapi dengan head rest monitor dan capaian navigasi satelit.

Perbezaan Proton Exora Premium dan Proton Exora Prime juga dapat dilihat pada warna body iaitu Proton Exora Prime berwarna perang terang (Brown) dan dipasankan dengan rim aloi 16 Inci

Rekabentuk Dalaman Dan Luaran Proton Exora Bold Premium dan Proton Exora Prime


Bahagian dalaman Proton Exora Bold Premium Proton Exora Bold Premium Front Body Design Bahagian Center Panel Proton Exora Bold Premium
Proton Exora Bold Premium dan Proton Exora Prime Dilengkapi dengan leather seat Reverse Camera Monitor pada Cermin pandang belakang Proton Exora Bold Premium Rear Body Design
Bahagian Center Panel Proton Exora Prime Bahagian Dalaman Proton Exora Prime Proton Exora Prime Rear Body Design
Proton Exora Prime dilengkapi Head Rest Monitor Proton Exora Prime Front Body Design Bahagian tengah tempat duduk penumpang Proton Exora Prime
Sumber Gambar : paultan.org

Aksesori dalaman dan luaran Proton Exora Bold Premium dan Proton Exora Prime
Sumber Gambar : anekakereta.com

Senarai Harga (OTR) Proton Exora Bold Premium Dan Proton Exora Prime

Proton Exora 1.6 Standard MT - RM59,998,00 (CPS Manual)
Proton Exora Bold Premium 1.6 Executive MT - RM70,998,00 (CPS Manual)
Proton Exora Bold Premium 1.6 Executive AT - RM74,998,00 (CPS Automatik 4AT)
Proton Exora Bold Premium 1.6 Premium CVT - RM79,998,00 (CFE + CVT)
Proton Exora Prime - RM88,998,00 (CFE + CVT)

Hari pelancaran Proton Exora Premium dan Proton Exora Prime ini akan diadakan pada 16-18 Disember 2011 di semua pusat jualan Proton seluruh negara. Cenderamata akan diberikan kepada sesiapa yang ingin mencuba pandu uji Proton Exora Bold Premium. Proton Exora Prime masih tidak dibuka untuk pandu uji dan hanya dilancarkan di pusat pameran terpilih di Juru (Penang), Plentong (Johor), Damansara (PJ)



Banjir Kilat KL 13 Dis 2011

VIDEO DAN GAMBAR BANJIR SEKITAR JLN TUN RAZAK, JLN SEMARAK, JLN LOKE YEW KUALA LUMPUR (KL) 13 DISEMBER 2011



Gambar 1 : Banjir kilat KL 13 Dis 2011

Gambar 2 : Banjir kilat KL 13 Dis 2011

Gambar 3 : Banjir kilat KL 13 Dis 2011

Gambar 4 : Banjir kilat KL 13 Dis 2011

Beberapa blog aku lihat makumat tentang banjir sekitar Kuala Lumpur (KL) pada 13 Disember 2011 didapati melalui Twitter. Aku dapat maklumat daripada blog reading list.

Terlalu cepat air naik walaupun hujan baru beberapa ketika. Hmm...
Di penang beberapa tempat turut dilanda banjir tetapi masih terkawal.

Pernah terkandas dalam banjir waktu pulang dari kerja menunggang motorsikal. Jawabnya.... Plup plup plup..... Paham-paham la yer bila air paras enjin.... :)

Jenis-Jenis Pengguna Facebook

FACEBOOK MANIA
JENIS-JENIS PENGGUNA FACEBOOK

facebook mania

Siapa tak kenal Facebook kan? Budak-budak berumur 3 tahun pun rasanya dah ada facebook (Mak diorang yang buatkan laaaaa)

Berapa ramai kenalan, rakan, kawan, girlfriend, boyfriend, skandal korang di Facebook? :P 10 orang, 100 orang, 1000, 2000, atau sampai kena buka lagi satu akaun Facebook yang lain sebab orang tak leh add korang lagi sebab dah terlalu ramai rakan di Facebook korang tu.

Walaupun korang hanya mempunyai 100 orang, aku rasa tentu korang perasan dan sedar yang rakan-rakan korang ni ada gaya-gaya diorang waktu diorang update status kat Facebook diorang yang boleh dikategorikan kepada beberapa jenis. Jom kita tengok korang jenis yang mana. Heheheheehe......

1. Kaki Update
Dikatakan hampir 24 jam kerjanya nak mengupdate facebookkkkkk jer.... Sampai dalam toilet pun dia update facebook. "Fuh...Leganyaaa" Euwww Jenis ni....update diorang pendek-pendek jer... Sebab diorang kata asal update sudah.....Pada aku mungkin pada sesetengah dari korang juga....sangat merimaskan okeyyy... Ayoooo... Asyik-asyik dia ni jerrrr yang terpacak kat wall aku. Grrrr......

2. Melankolik
Jenis ni jenis yang suka meluahkan perasaan. "Kenapa U buat I macam ni?? I sayangkan U" (Rasa nak termuntah dowh!! Jenis orang macam ni jenis suka mendapat perhatian. Mungkin dia nak bagitahu yang dia sedang sedih, gembira atau apa sahaja berkenaan perasaan dia walaupun perasaan tu hanya cukup sekadar orang yang berkenaan jer tahu. Tapi dia kalau boleh nak 1 planet tahu!!. Tak per... Jangan kacau aku sudah

3. Tukang Mengeluh
Yang ni kerjanya nak mengeluh jer, walhal benda tu remeh jer pun.... Sorry to say aaaa to all ladies :) hehehe.... "Mak aku ni.....aku nak berehat kejap pun tak boleh. Nyampah!!" Ish ish ish..... Kan dah tertonjol keperibadian tuuuuu...huhuhuhu.....

4. Suka menunjuk-nunjuk
Yang ni aku jarang jumpa.....kalau ada pun masih boleh accept la kot..... "Thanx You babyyyy coz belikan I kalung ni......" Yer la... mentang-mentang la buah hati ko tu kaya..... Tak yah la over kan.... huhu. Sekali sekala ok... Tapi kalau dah selalu sangat.... Kang ada yang kena rompak kang. Beware..... Penjenayah ada di mana-mana..hehehe

5. Puitis
Sekali dia update.... Mak aihhh.... ayat meleleh.... mengalahkan Usman Awang...... Ok la kan..dah dia pandai bermain dengan kata-kata. Antara tarikan juga kot... Tapi kalau ayat tu dah terbelit sampai orang yang baca tu pun tak paham dan terus koma, masalah juga kan....huhuhuhu

6. In English
Hm.... Kalau yang memang dari dulu bahasa enggeris dia Skor A manjang, tak hairan la. Ini yang kureng pun tergagah-gagah nak spekiang....ish...rasa macam nak menunjuk la plak yang dia tu pandai bahasa inggeris.... kalau bahasa dia betul tak per la, ini tunggang langgang, Ayak! Mungkin pada dia bila dia guna bahasa inggeris tu..... nampak standard kottt... Ada gaya kan.... Tertempias kat aku juga rasanya ni... Hahahahaha

7. Perkataan/Ayat Gedik
Errr.....cam ner na terangkan...... ayat atau perkataan gedik la..... perkataan tu elok-elok orang paham "lah tu" dia tulis "lettew". Konon nak kasi nampak comel la kaot. Tak ker gedik.... Pastu perkataan atau huruf dia tu kejap kecil kejap besar.... dengan tujuan mengoverkan lagi kegedikan dirinya..miahahahaha..... Ayat berbunga...... Berbunga sungguh la.... :P

8. Obsesi
Jenis yang suka berangan dan hidup dalam imaginasi sendiri. Status yang merapu meraban...... "Tengah dating dengan Lisa Surihani - At, Kebun Getah Abang Raju" :P

9. Serba tahu
YAng ni dia nak gtahu yang dia serba tahu...habis semua status orang dia join kononnya dia tahu apa sahaja yang diutarakan...... Padahal tahunya ciput jer..... Habis yang betul jadi tak betul gara-gara ditokok tambah..... Serba tahu ni...... Adehhh

10. Kaki Wayang
Ni jenis kaki wayang la kan..... Kalau sehari tu dia tengok 10 wayang, habis 10 cerita dia nak cerita.... komen itu komen ini...... bab ni tak ok bab tu tak ok..... nyampah kat pelakon tu nyampah kat pelakon ni.... Ending dia tak best lah...apa segala lah.... Kalau dah dia cerita tu, sampai orang tak yah tengok dah..dah tahu jalan cerita dia..... ish ish ish....

11. Kaki Tag/Kaki Business
Yang ni aku rasa ramai juga yang menyampah... Terutama yang tag jenis buat-buat duit.... kah kah kah......Sampai penuh gambar-gambar dengan gambar-gambar tag tu jer lah....Update diorang tak habis-habis pasal business diorang...."Orang lain dah jauh ke depan, korang masih di takuk lama" yer la tu.... Rimas derrr......

12. Adik Beradik Alien :P
Adik beradik alien??? Pernah jumpa tulisan macam ni?
@laħ@i.... p€n!nƍ   §!ØƗ   @kū   ɓ@c@   Ɨū£!§@n   @£!€n   n!
Adik beradik mengada-ngada@gedik.....

13. Misteri
Status yang membuatkan orang lain tertanya-tanya......
"Geramnya...!!" Apa yang digeramkan?
"Jangan kacau aku!!" Siapa yang kacau??
"Menyesal aku!!" Menyesal kenapa pulak dah...???

Penat dah menulis ni..hehe.. So korang dalam kategori mana.... Jawab dalam hati... Nak jawapan yang lebih tepat... Tanya kat kawan korang korang kategori jenis apa merujuk pada ketegori diatas... Huhuhu.....

Aku jenis apa???? Siapa tahu?

Kalau terkasar bahasa jangan marah yer..... Tak tuding jari kat sapa-sapa... Entry suka suki jer...hee

Sumber asal : ar-rifke.com

Baucer Buku Untuk Pelajar IPTA, IPTS Dan Politeknik

PEMBERIAN BAUCER BUKU BERNILAI RM200
UNTUK SEMUA PELAJAR IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK

Baucer Buku RM200 Untuk Pelajar IPTA, IPTS Dan Politeknik

Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan perlaksanaan pemberian baucer buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajar IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasi Sains dan pelajar Tingkatan 6 adalah seperti berikut :

Semua pelajar warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik yang mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D, Matrikulasi/Asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di tingkatan 6 secara sepenuh masa atau separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucer buku bernilai RM200.

Pengagihan baucer buku bernilai RM200 dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012.

Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, No kad pengenalan, No Metrik/No pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no kad pengenalan, serta cop IPT diisikan di setiap keping baucer yang bernilai RM50 setiap keping.

Baucer buku boleh ditebus disemua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku terbuka kepada semua.

Baucer ini adalah untuk pembelian buku-buku akademik, jurnal, majalah ilmiah, dan peralatan pembelajaran.

Tuntutan bayaran balik baucer akan dibuat oleh kedai buku terus kepada bank simpanan nasional (BSN). Tarikh akhir tuntutan sehingga 30 April 2012.

Tempoh masa sah laku baucer buku ini adalah bermula dari 1 Januari 2012 sehingga 31 Mac 2012.

Pelajar tidak dibenar sama sekali menebus baucer buku ini dengan wang tunai.

Selamatkan Keluarga Ku Ya Allah

Aku ingat perkara ni dah redha..... Rupanya.......... Manusia yang bertopengkan manusia tu memang tak pernah serik!!!!!

Bukan untuk memalukan keluarga sendiri......

Arwah Pak Teh aku dah lama terseksa kerana perbuatan Mak Teh aku yang mengamalkan ilmu sihir.... Arwah seorang yang sangat penyayang. Aku antara anak saudara dia yang paling rapat dengan arwah sewaktu dia belum berkahwin. Waktu aku masih kecil, setiap kali gaji yang diperoleh dari hasil titik peluh dia, dia akan mengajak aku keluar untuk membelikan aku pakaian atau alat mainan. Bagi aku dia tidak pernah tahu apa perasaan marah. Aku tak rasa ada lelaki yang lebih baik dari pak teh aku. Arwah tok wan aku pernah cakap.. "Azman kalau dapat isteri yang baik, isteri dia akan sangat bahagia...tapi...kalau sebaliknya...dia akan terseksa"

Sehingga dia berkahwin dengan mak saudara aku (Rasa nak maki dia dalam ni... Maaf semua). Arwah telah "diguna-guna". Seperti lembu yang dicucuk hidung!!! Apa yang boleh dilakukan?? Dah cuba untuk selamatkan arwah dari cengkaman perempuan ^%&*(% tu, tapi gagal. Hanya mampu melihat. Sehinggakan untuk berjumpa dengan keluarga sendiri pun tidak diizinkan.... Ya Allah..... Berat mata yang melihat, berat lagi bahu yang menanggung....


Cuba untuk memujuk hati... "Mungkin dia sudah sedar kesilapan dia dan insaf" Arwah pak teh aku adalah suaminya yang paling setia dengan dia. Tidak pernah melawan!!


Keluarga aku tetap untuk cuba menerima perempuan tu, hanya kerana sayangkan arwah serta anak-anaknya..
Tapi sayang, si perempuan tidak sedar dan tidak pernah sedar!!!

Aku tak tahu sampai bila aku dapat bersabar!! Sekarang perempuan %$^& tu cuba untuk pecah belahkan keluarga aku, cuba untuk buatkan mak dan ayah aku berpisah dengan imu syaitan dia!! Supaya dia dapat kuasai ayah aku!!! DIA MEMANG PEREMPUAN LAKNAT!!!!! Aku cuba bersabar.... Kalau sempat aku bertindak, aku tak tahu apa yang akan berlaku. Aku tak mahu perempuan SIAL tu wujud lagi dalam keluarga aku!!!

Ya Allah.... Selamatkan keluarga aku..... :'(

i-Akaun | Semakan Akaun KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja | KWSP

Daftar i-Akaun Mudahkan Semakan Akaun Simpanan KWSP


i-Akaun Mudahkan Semakan Akaun KWSP | Utusan Online

Lepas ni tak perlulah susah-susah lagi ke kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semata-mata untuk semak akaun KWSP kan.
Untuk sebarang semakan akaun atau maklumat tentang KWSP bolehlah layari 

Maksud Yang Tidak Kesampaian

Maksud yang tidak kesampaian

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan dan pengunjung-pengunjung Amry's Blog Sekalian. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog yang usang ini.......

Maksud yang Tidak Kesampaian

Macam tajuk novel la plak...hahahaha

Maksud yang tidak kesampaian..... Sebelum entry ni ditulis, aku ada mengarang satu entry lain. Entry tu idea dia datang dengan tiba-tiba.... Tengah semangat mengarang, bila aku baca balik....."eh..apa yang aku tulis ni.....??" Aku sendiri tak paham apa yang aku tulis. Erk!!
Sewaktu aku mendapat idea tu untuk menulis, menarik dah idea tu. Tapi bila aku jelmakan ke dalam bentuk tulisan. Dirasakan macam apa yang aku nak sampaikan tu macam tak sampai.
Aku rasa bila orang baca pun akan pening-pening lalat yang boleh membawa kepada muntah hijau.......Argh!!

Pernah perkara macam tu jadi kat korang?
Kenapa ye?
Sebab aku dah lama tak tulis hasil dari idea aku sendiri ker?
Sebab aku paksa otak aku untuk menyusun ayat-ayat tu supaya menjadi seperti sebuah penyampaian yang kelihatan lebih matang sehingga apa yang ingin aku sampaikan tercicir ditengah jalan...ker?

Orang kata....Parang yang dulu tajam kalau dibiar akan tumpul. Kan? Ewah.... Macam dulu penulisan aku bagus jer. hahaha......

Aku rasa idea sahaja tak cukup untuk menghasilkan sebuat penulisan yang baik atau berkualiti kan. Teringat waktu belajar dulu. Mata pelajaran bahasa melayu. Nak buat karangan kena ada pendahuluan, isi 1, isi 2, isi 3 dan seterusnya. Lepas tu penutup. Barulah apa yang ingin disampaikan tu jelas dan sampai kepada si pembaca. Tapi kalau sekadar tulis blog tak perlu la kot rasanya kan, tapi aku percaya ada yang buat.

Macam aku, idea dah ada...tapi point-point yang perlu aku tekankan mungkin tak cukup untuk aku menjelaskan apa yang terbayang didalam fikiran aku tu.... Kesan lama tak mengarang ker? hahahahaha

Ops!! Idea baru muncul!! : Bagaimana untuk menghasilkan sebuah penulisan yang baik. Macam menarik jer. Haaa.... Sapa yang ada idea, yang ada point, boleh la mula mengarang... haha

p/s : Nak cuba tulis yang mana dalam penulisan tu kurang ayat mengarut-ngarut, ayat munge-munge dan segala bagai... Straight to the point... tapi jelas. Macam susah jer. hmmm

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks