PEMBERIAN BAUCER BUKU BERNILAI RM200UNTUK SEMUA PELAJAR IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK
UNTUK SEMUA PELAJAR IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK
Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan perlaksanaan pemberian baucer buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajar IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasi Sains dan pelajar Tingkatan 6 adalah seperti berikut :
Semua pelajar warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik yang mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D, Matrikulasi/Asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di tingkatan 6 secara sepenuh masa atau separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucer buku bernilai RM200.
Pengagihan baucer buku bernilai RM200 dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012.
Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, No kad pengenalan, No Metrik/No pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no kad pengenalan, serta cop IPT diisikan di setiap keping baucer yang bernilai RM50 setiap keping.
Baucer buku boleh ditebus disemua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku terbuka kepada semua.
Baucer ini adalah untuk pembelian buku-buku akademik, jurnal, majalah ilmiah, dan peralatan pembelajaran.
Tuntutan bayaran balik baucer akan dibuat oleh kedai buku terus kepada bank simpanan nasional (BSN). Tarikh akhir tuntutan sehingga 30 April 2012.
Tempoh masa sah laku baucer buku ini adalah bermula dari 1 Januari 2012 sehingga 31 Mac 2012.
Pelajar tidak dibenar sama sekali menebus baucer buku ini dengan wang tunai.
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
MEMANG ELOK DIBERI SECARA BAUCAR. KALAU TUNAI, MACAM2 BENDA LAIN DIBELINYA NANTI..
ReplyDeleteKlu bg baucer pn, harga buku dah msuk rm80-100 sebuah..huhu.Bek bg duit jer...2 terpulang ngn student 2 nk bt pe ngn duit 2..yg pnting kerajaan dah laksanakan tanggungjawab sosial mereka.
ReplyDelete