Tarikh Pengumuman Keputusan PMR 2011

Tarikh Pengumuman Keputusan Penilaian Menengah Rendah, PMR Tahun 2011

Tarikh Pengumuman Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah PMR Tahun 2011

Kuala Lumpur : Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah PMR 2011 akan diumumkan pada 22 Disember 2011.

Menurut satu kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, analisis keputusan Penilaian Menengah Rendah PMR akan diumumkan di Putrajaya pada hari berkenaan.

"Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari yang sama" Menurut kenyataan itu.

Mulai tahun ini, Kementerian memperkenalkan khidmat semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi khamis hingga 12 tengah malam 28 Disember 2011.

Maklumat lanjut mengenai khidmat pesanan ringkas (SMS) keputusan Peperiksaan Penilaian Menegah Rendah 2011 boleh diperolehi di laman sesawang Kementerian www.moe.gov.my

Seramai 481,292 calon seluruh negara menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pada tahun ini di kesemua 3521 pusat peperiksaan.

Sumber Tarikh Pengumuman Keputusan Penilaian Menengah Rendah PMR 2011 : www.moe.gov.my

0 comments:

Post a Comment

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks