Home » , » Tunai Haji Menggunakan Caruman KWSP

Tunai Haji Menggunakan Caruman KWSP

Menunaikan Ibadah Haji Menggunakan Caruman KWSP

Kuala Lumpur 30 Dis. - Bermula 3 Januari ini, semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beragama Islam yang mempunyai simpanan minimum RM1300 didalam akaun 1 boleh membuat pendaftaran menunaikan haji dengan Lembaga Tabung Haji.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, pendaftaran itu boleh dilakukan disemua kaunter Tabung Haji, cawangan Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa MyKad dan penyata terkini KWSP.

Mereka yang layak mesti warganegara Malaysia atau pemastautin tetap yang belum mencapai usia 55 tahun dan mempunyai akaun simpanan Tabung Haji. Ahli yang tidak mempunyai akaun, mereka boleh membukanya dengan deposit minimum RM2." Katanya.

Tambahan mana-mana ahli yang telah mendaftar haji dibawah prosedur Tabung Haji boleh menukar pendaftaran tersebut kepada Pendaftaran Haji Ahli KWSP.

"Penukaran ini tidak melibatkan tarikh giliran haji yang telah diberikan dan tidak melibatkan sebarang urusan berkaitan tarikh kerana ia akan ditentukan oleh Tabung Haji."

Maklumat lanjut boeh layari www.kwsp.gov.my atau www.tabunghaji.gov.my dan menghubungi talian 03-89226000 serta 03-62071919

----------------------------------

Nampaknya selepas ini kuranglah beban untuk menunaikan Haji dengan adanya skim Menunaikan Haji Menggunakan Caruman KWSP ni. 

Jadi, tunggu apa lagi. Jom pakat ramai-ramai mendaftar Pendaftaran Haji Ahli KWSP. Pelaburan dunia akhirat. InsyaAllah

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

6 comments:

  1. INI KELEBIHAN YG PM NAJIB UMUMKAN PADA BELANJAWAN 2012 TEMPOH HARI.. SEMOGA SAMA-SAMA MENIKMATINYA..

    BRO.. AKU TAKDE KWSP... PENCEN JE..

    ReplyDelete
  2. o yer ker bro..yer la...ko orang kerajaan..pencen la kan..tapi boeh ma kalau kumpul duit g haji..ko tu pandai manage kewangan kan.. :)

    ReplyDelete
  3. nampaknya tak perlu nak tunggu tua dah boleh gi haji ni

    ReplyDelete
  4. @sabree hussiner...ko kerajaan ker swasta bro...?ker bisness online?hehe..korek sikit

    ReplyDelete
  5. ini untuk pendaftaran saja atau bayaran sepenuh pakej haji. dan akuan 1 kan?

    ReplyDelete
  6. @AnonymousYa. Hanya untuk pendaftaran sahaja. Tujuannya untuk mempercepatkan giliran mengerrjakan haji. Tentang bayaran penuh, program ni tidak membiayai kos mengerjakan ibadah tersebut. Jumlah RM13OO dalam akaun 1 hanyalah syarat untuk melayakkan diri untuk membuat pendaftaran tersebut

    Bolah rujuk www.kwsp.gov.my

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment