Video Lamaran Pengasas Nuffnang

Gambar Dan Video Lamaran Pernikahan Pengasas Nuffnang, Timothy Tiah Terhadap Pasangan Kekasihnya, Audrey Ooi

Gambar pengasas Nuffnang, Timothy Tiah dan pasangan kekasihnya, Audrey Ooi



Aku tak pasti korang kenal atau tak lelaki bernama Timothy Tiah ni. Orang kata kalau blog tu ada pasang iklan Nuffnang, wajib kenal mamat ni. Sebab nya lelaki bernama Timothy Tiah ni, salah seorang pengasas syarikat pengiklanan Nuffnang. Aku tak hairan kalau korang tak kenal lelaki ni, sebab aku sendiri pun tak kenal. Haha... Pada aku tak rugi pun kalau aku tak kenal Timothy Tiah ni :p (Nama dia pun aku agak sukar nak agak lelaki ker perempuan..hehe)

Apa yang menarik tentang video lamaran pernikahan pengasas iklan Nuffnang, Timothy Tiah ni? Al-kisah maka tersebutlah kisahhhhhh.... Sang kancil datang beramai-ramai mengadap sultan firaunnnnn..... Mana firaun pakai sultannnnn...Ntahhhh.... Hampir sebulan yang lalu, si pengasas iklan Nuffnang Timothy Tiah ni melamar kekasihnya bernama Aundrey Ooi. Detik lamaran itu telah dirakam oleh salah sebuah syarikat pengurusan perkahwinan dan video tersebut telah diupload kedalam Youtube. Video lamaran pengasas iklan Nuffnang si Timothy Tiah ni telah ditonton sebanyak 4juta kali sehingga video yang sweet muit tersebut mendapat perhatian Selebriti Amerika Syarikat, hos rancangan American Idol, Ryan Seacrest dan penyanyi Christina Perri yang mana background music video tersebut merupakan nyanyian Christina ni bertajuk "A Thousand Years"

Petikan Akhbar Kosmo - Video Pemuda Malaysia Sentuh Perasaan Selebriti AS
Petikan akhbar kosmo tentang video lamaran pengasas Nuffnang, Timothy Tiah yang mendapat perhatian selebriti AS
Aku tengok pada 2 sudut....1 memang la video tu sweet, kalau aku pun aku nak lamar buah hati aku cam tu....Pergh!! Sudut kedua, aku tengok pada si Timothy Tiah tu sendiri... Rasanya umur dia macam tak jauh beza kot dari aku, tapi pencapaian dia dalam kerjaya yang tidak membataskan dia untuk mencapai apa yang diinginkan. Salute kat situ... Bai...tak der fulus jangan nak berangan la nak buat tu buat ni semata-mata nak menambahkan keromantikan tu. Ala kadar jer lah... kang merana kocek bang.....Setuju?? Nak buat pasangan korang bahagia??? Haaa..... kerja bagus-bagus, kumpul duit banyak-banayk, pastu nak bina istana sekali pun orang tak kisah k. Tak kisah ker..?? huhu

3 comments:

  1. semua orang kata video no sweet.. nak bodek kot

    ReplyDelete
  2. @sabree hussinhahaha...aku pun terikut-ikut dah cakap video ni sweet..tak bodek pun..aku suka lagu background dia tu..hahahaha....video dia biasa2 jer..huhu

    ReplyDelete

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks