Pernikahan Ally Iskandar Dan Farah Lee 20 Januari 2012
Pada 20 Januari 2012, Farah Lee 22 tahun telah pun selamat diijab kabul bersama pasangan hidupnya, Ally Iskandar 36 tahun, seorang pengacara TV3 pada jam 10 pagi. Dengan hanya dua kali lafaz, Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Binti Romli, seorang pelajar kejuruteraan mekanikal telah pun sah menjadi isteri kepada Ally Iskandar. Majlis akad nikah diadakan di Masjid Kristal Tamadun Islam Terengganu
Farah Lee yang diwalikan oleh bapanya, Romli Ismail dinikahkan oleh jurunikah Tuan Haji Mohamad Abu Bakar dengan mas kahwin RM250.
Di dalam majlis pernikahan Ally Iskandar dan Farah Lee, Ally menghantar 7 dulang hantaran berupa sirih junjung, Mac Book Pro, sejadah, cincin, telekung, mas kahwin, sebuah rumah, baju kurung dan senaskah al-quran. Dibalas 9 dulang dari pihak Farah Lee iaitu, manisan, baju melayu, bunga rampai, sejadah, jubah, iPhone, cincin dan replika rumah.
Pasangan Ally Iskandar dan Farah Lee merupakan pilihan keluarga dimana pihak keluarga Ally Iskandar telah datang merisik Farah Lee pada Syawal Tahun Lalu dan dipertemukan pada Ogos lalu.
Ally Iskandar sebelum ini pernah bertunang dengan Naib Juara Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal 26 tahun tetapi hanya dapat bertahan selama 5 bulan iaitu putus pada 30 Julai tahun lalu kerana tiada keserasian.
Ally Iskandar sebelum ini pernah bertunang dengan Naib Juara Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal 26 tahun tetapi hanya dapat bertahan selama 5 bulan iaitu putus pada 30 Julai tahun lalu kerana tiada keserasian.
Gambar Pernikahan Ally Iskandar Dan Farah lee 20 Jan 2012
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
0 comments:
Post a Comment