Home » » Gaya Hidup Bandar VS Gaya Hidup Kampung

Gaya Hidup Bandar VS Gaya Hidup Kampung

Gaya Hidup Bandar VS Gaya Hidup Kampung

Gaya hidup bandar VS Gaya hidup kampung? Apa kes berita pengurup wang kena samun pulak ni?

Pengurup Wang Disamun Di Penang

Pengurup Wang? Apa tu? Pengurup wang adalah tempat untuk menukar nilai mata wang. Pengurup wang kebiasaannya berada di tempat-tempat yang ramai pelancong atau pendatang-pendatang dari negara luar.

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang atau Penang International Airpot... Dekat sangat dengan tempat aku kat Penang ni. Kalau jalan kaki, satu jam sampai la kot.

Entry ni aku rasa bukan entry panas macam kes kontroversi Nur Amalina Che Bakri tu pun. Saja aku buat entry ni sebab waktu aku terbaca berita pengurup wang disamun di Pulau Pinang ni, teringat aku kat kampung aku. Bagan Serai Perak.

Gaya Hidup Kampung vs Gaya Hidup Bandar

Kampung aku pekan kecil jer, memang kecil la walaupun berada di tengah-tengah pekan Bagan Serai tu. Pusat beli belah dia pun alahai...... Nak masuk pun tak ada mood..huhu...

Bila aku terbaca berita pengurup wang disamun di Pulau Pinang, aku tersedar satu perkara.... Oh betapa amannya pekan Bagan Serai aku tu. Nak jumpa berita-berita samun menyamun ni memang jarang sangat la. Gaya hidup dikampung amat berbeza dengan gaya hidup di pekan besar macam Pulau Pinang atau Penang ni. Kat tempat aku kat penang ni boleh dikatakan bandar jugalah. Sebab aku kerja kilang. Kilang tak kan kat ceruk kampung pulak kan. 

Kalau kat kampung aku, rileks jer aku tengok pak aji-pak aji berserban bawak moto 20km/j bersiar-siar waktu petang, jumpa kawan-kawan kat kedai-kedai kopi pekena kopi. Budak-budak bermain-main di lama rumah terjerit-jerit. Seronok la aku tengok. Kadang terimbas balik waktu aku kecik-kecik dulu. Yang budak-budak remaja dia tu pulak kalau yang baik tu, manis jer senyum tegur orang tua. Kalau yang agak gangster kampung tu... "Biar selekeh asal macho" hahahaha....

Yang paling ketara perbezaan antara gaya hidup kampung dengan bandar yang aku tengok dari segi pemikiran kot. Kalau kat kampung aku tengok, mak budak ayah budak masih menitik beratkan soal anak-anak diorang. Bukan sekadar menyediakan kelengkapan tetapi turut menyerapkan rasa kasih sayang terhadap anak-anak. Setengah tu Pergi sekolah balik sekolah dihantar. Yang best tu, moto nak reban dah pun tetapi muka tetap tersenyum. Gelak ketawa jumpa kawan-kawan lain yang turut jemput anak dari sekolah.
Situasi tu susah sikit aku nak jumpa kat tempat aku Penang ni. Ramai yang menggunakan bas atau van sekolah. Mak ayah masing-masing sibuk dengan urusan kerja. Tak kira lagi yang hantar anak mengasuh.

Rindunya aku gaya hidup di kampung. Ketenteraman di kampung yang susah aku nak jumpa kat bandar-bandar besar. Gaya hidup masuarakat kampung yang senantiasa berada dalam kesederhanaan.... Hm....

Kok kok kok kokkkkkkkkkkk................. Heeee

Entry ni entry suka-suka penulis sahaja. Dari pemerhatian penulis sahaja. Tak kata pun orang bandar tu tak baik yer. Kalau yang tengah baca tu orang bandar jangan fikir yang bukan-bukan pulak yer, den kat penang ni pun duk kat pekan Penang gak. Kira orang bandar juga la kan.
Kat penang ni pun ada kawasan kampung...... Cuma den duk kat kawasan pekan :)

Kalau mai penang, call la cek na. Boleh kita pekena White Coffee kopi kapal api kedai mak jah tu.... Hee

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

1 comments:

  1. aku pun tak tau napa la aku ni nak beli sangat rumah kat kawasan bandar.. tau, beli tanah kampung pastu buat rumah kat kampung.. lagi menarik..

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment