Penunggang Motosikal Yang Berhemah

Penunggang Motosikal Yang Berhemah

Penunggang Motosikal Yang Berhemah, Sila Ambil Perhatian!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Adakah korang seorang penunggang motosikal? Rata-rata ramai penduduk di malaysia ni tahu menunggang motosikal. Tak kira transmisi auto atau manual. Entry ini ditujukan khas kepada penunggang motosikal yang berhemah sewaktu menunggang motosikal di atas jalan raya yang senantiasa mematuhi undang-undang jalan raya! Kepada mat-mat serta minah-minah rempit, teguran ni akan membuatkan diorang corner ketawa baring sampai nak pecah perut

Pernah tak korang sewaktu memandu atau menunggang atau membonceng motosikal, terserempak dengan penunggang motosikal di hadapan korang yang terlupa untuk mematikan suis lampu signal selepas mengambil selekoh ditambah menunggang ditengah-tengah jalan? Sememangnya tidak mematikan suis lampu signal tidak menyalahi mana-mana peraturan jalan raya seperti melanggar had laju, melanggar lampu merah atau melakukan aksi-aksi merbahaya lagak mat rempit.

Tetapi akibat kecuaian tidak mematikan suis lampu signal itu boleh mengundang bahaya kepada si penunggang juga orang lain. Lampu signal tersebut akan mengelirukan penunggang motosikal atau pemandu kereta yang berada di belakang.

Aku beberapa kali terserempak dengan penunggang yang seperti ini dan ianya memaksa aku untuk mengikut dari belakang sahaja motosikal tersebut, bimbang untuk memintas dan sememangnya ia menimbulkan sedikit rasa marah. Petang tadi dua orang perempuan yang tidak mematikan suis lampu signal menunggang dengan kelajuan 40KM/J ditengah-tengah jalan.... sambil mata melihat ke arah sesuatu di belakang.... Aku yang berada di belakang ni geram betul. Dah lah jalan sempit.

So kepada penunggang-penunggang motosikal yang berhemah diluar sana, jangan disebabkan kecuaian yang kecil, menjadi punca kepada kemalangan di jalan raya. Matikan signal selepas mengambil selekoh. Tapi kalau nak ambil selekoh tu, jangan la tak bagi signal pula....

Kepada yang menggunakan kereta model lama yang mana suis lampu signal perlu dimatikan secara manual, entry ini juga untuk korang (Dah berjela taip, baru teringat ada juga pemandu kereta model lama yang terlupa untuk mematikan suis lampu signal..hoho)

Banyak lagi la punca-punca kemalangan yang disebabkan kecuaian kecil ni, dalam entry ni aku nak zoom kat lampu signal la sebab banyak sangat aku jumpa kes penunggang atau pemandu yang tidak mematikan lampu signal selepas mengambil selekoh. Kalau nak list semua kesalahan lalu lintas yang menjadi punca kemalangan di jalan raya ni, memang sampai kesudah la tak siap-siap entry ni..

0 comments:

Post a Comment

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks