Tips Tarik Trafik Blog

Tips Tarik Trafik Blog

Mula-mula sekali aku nak mintak maaf la kat pengunjung blog aku yang terbaca enty aku yang bertajuk "Tips Tarik Trafik" ni. Sebabnya dalam entry aku ni tak ada tips pun aku nak bagi tuk tarik trafik blog. Trafik blog aku ni pun ciput sangat!

Apa yang aku nak cerita kat sini adalah....... Tengok screenshot dibawah dulu.....

Tips Tarik Trafik Blog

Komen yang bernas lagi munasabah ni aku dapat dari entry aku yang bertajuk "Kempen Bebaskan Anwar 901". Sebelum aku tulis dengan panjang lebar lagi, aku nak ucapkan terima kasih berbanyak kepada anonymous 'terhormat' tu sebab entry ni aku buat kerana komen dia yang amat bernas tu. Dia tak komen, tak ada la entry ni. Kan.

Orang macam ni.... Tak guna kita nak bertelagah... Kalau bertelagah pun, buang masa, buang karan. Selalunya orang yang macam ni lah yang suka mencetuskan fenomena alam :)
Segala yang orang cakap di fikiran dia tak betul. Ini tak betul itu tak betul... Dia jer lah yang betul. Dah empunya mulut cakap macam tu, yang p bangkang tu apasal, mulut yang sedang bercakap ni sedang menggunakan otak dia ker yang sesuka hati nak menafikan apa yang aku nyatakan?

Bila aku cakap aku tak ambil port pasal politik, tak ambil port lah. Yang bangkang apasal? Tak semestinya bila aku cakap aku tak ambil port, tapi bila aku tulis pasal politik, aku munafik, aku tipu yang aku ambil port pasal politik. Meh aku nak bagitahu... Entry bertajuk "Kempen Bebaskan Anwar 901" yang aku tulis tu hanyalah untuk aku tarik trafik atau pengunjung datang ke blog aku ni. Aku percaya En Anon tu tak kan faham apa yang aku tulis. (Dia tak baca pun)

Salah satu cara untuk tarik trafik atau pengunjung datang ke blog adalah dengan menulis satu-satu entry yang mempunyai keyword panas atau menulis tentang satu-satu isu yang sedang hangat berlaku yang menjadi carian tertinggi di enjin carian untuk satu tempoh masa tertentu. Contoh macam kempen tu lah. Aku cakap salah satu cara, sebab tak semua blogger suka mencari traffik dengan cara tu. Aku yang kurang ilmu SEO ni yang tu jer lah yang aku boleh buat supaya blog aku ni ada pengunjung, walaupun ciput.

Dah isu kempen anwar tu kecoh kat satu malaysia ni, dan aku pulak duk kat malaysia, surat khabar, TV, member-member tempat kerja semua cakap pasal tu, jadi aku tahulah. Bila aku tahu tak semestinya aku terlibat dengan benda tu! Dan bila aku tahu, aku nak tulis kat blog aku ni, aku tulis lah! Sebab aku nak cari trafik. Bukan sebab aku sibuk ikut nak buat demo! Duk kat umah tengok TV lagi baik!!

Kepada En Anon yang terhormat tu, sila belajar cara nak respect pendapat, pandangan, atau cara pemikiran orang lain. Jangan tahu nak bedal orang jer!

Aku cukup pantang orang macam ni. Tahunya nak perleceh orang jer!!

Marah sambil tersenyum. Hohohoho

3 comments:

  1. sabar bro... buat tak tau je.. ataupun kaua "senyum.. tak perlu kata apa-apa"... ;)

    ReplyDelete
  2. salam..
    biasa dah tu kalau saya,
    just pedulikan..anggap
    yang membina sahaja..
    moga anda trus success
    dalam blogging :)

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Idea yang bagus cuma yang menipu orang je xbole.
    klik ingat kan bole tarik trafic, tpi xjugak..:)
    politik.

    ReplyDelete

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks