Berhenti Merokok

Rasa Macam Nak Berhenti Merokok

Panduan Berhenti Merokok

Boleh ke aku nak berhenti merokok??? Ops! Silap... Mampukah aku berhenti merokok??
2 3 hari ni aku rasa macam takut jer nak hisap rokok dan rasa nak berhenti. Tak tahu kenapa.
Mungkinkah sebab musim demam yang melanda menyebabkan aku kurang rasa nak merokok...??
Sebab kesihatan..... Aku ni ada sejarah asma, kadang-kadang dia datang terutama waktu nak tidur. Waktu tu aku terfikir...... Seksa juga bila sakit ni datang, kalau kejap-kejap sakitnya tak apa lah... kalau penyakit tu terus melekat kat aku macam mana? Kan kurang nikmat hidup...
Lelaki yang merokok nampak 'hebat'????? Tak merokok nampak 'smart'... Hebat ker smart?? :)

Aku merokok dari umur 19 tahun rasanya.... dan akhir-akhir ni agak kuat aku merokok :(
Puas la 'dia' nasihat sampai tak larat nasihat lagi dah....

Jenis-Jenis Perokok

Pada aku ada 2 golongan utama perokok
1. Perokok yang merokok kerana ketagihan
2. Perokok yang merokok kerana tabiat

Merokok sebab ketagihan ni memang dia akan mencari rokok bila dia rasa dia nak hisap rokok. Sanggup keluar ke kedai cari rokok walau jam 3 pagi! Merokok disebabkan ketagihan ni macam susah sikit nak berhenti. Berhenti kena perlahan-lahan tak boleh mendadak, silap-silap penyakit lain pula datang sebab badan dah sebati dan dah bergantung dengan bahan-bahan kimia dalam rokok tu (Teori aku la ni, nak sure gi la tanya doktor)
Perokok jenis ni kena ada sokongan dari orang lain. Kena paksa sikit untuk berhenti.

Merokok disebabkan tabiat pula lain. Tabiat ni pada aku lebih bahaya daripada ketagih.
Tabiat ni akan membuatkan seseorang tu tetap nak merokok walaupun dia rasa dia dah tak sanggup lagi nak merokok kadang sampai nak muntah. Tabiat ni akan datang bila
Buat satu satu kerja yang memerlukan banyak berfikir. Konon-konon asap rokok tu bagi ilham kot.
Bosan tak tahu nak buat apa atau sedang menunggu, contoh sedang memancing.
Berborak dengan kawan-kawan yang sama-sama merokok. Orang lain merokok, dia tak merokok dia akan rasa dia macam alien :D
Perokok jenis ni dia akan berhenti secara sendiri, bila dia bosan dia akan berhenti, nasihat-nasihat orang lain susah nak lut.
(Aku dari golongan ni)

Panduan Berhenti Merokok

Kepada yang dah pernah nak berhenti merokok tapi gagal sebaliknya bertambah kuat korang merokok. Dah berabis duit beli ubat tu ubat ni tapi tak ada perubahan, bolehlah cuba Panduan Berhenti Merokok daripada Shuth Network.

Sekarang ni aku cuba kurangkan rokok dan harap-harap dapat berhenti.
Hidup sihat tanpa dadah. Ewah...

-------------------------------------------------------------

p/s : Entry ni dari pendapat aku sahaja. Kalau ada percanggahan pendapat tu jangan la minta aku berdebat yer. Hehe

Gambar Kemalangan Konvoi Superbike

Kemalangan Konvoi Motosikal Superbike Di NKVE

Kemalangan Superbike Di NKVE 22 Nov 2012

12 buah motosikal berkuasa tinggi atau Superbike yang sedang berkonvoi terlibat di dalam kemalangan di NKVE pada 22 Nov 2012. Kemalangan tersebut menyebabkan seorang maut dan 6 lagi cedera parah.

Kumpulan motosikal berkuasa tinggi ini berkonvoi dari Kota Tinggi Johor menuju ke utara tanahair

Kemalangan dikatakan berpunca daripada sebuah kenderaan jenis Honda CRV yang dipandu oleh seorang wanita berusia 39 tahun yang menukar lorong daripada lorong tengah ke lorong paling kanan secara tiba-tiba menyebabkan 2 motosikal daripada kumpulan konvoi tersebut yang berada di laluan yang sama tidak sempat mengelak sebelum terbabas melanggar besi penghadang lebuhraya. 4 lagi motosikal yang berada dibelakang tidak sempat mengelak lalu merempuh sesama mereka.

Mangsa yang meninggal dikenali sebagai Ishak Jaafar, 53 tahun meninggal di tempat kejadian, salah seorang mangsa yang cedera parah adalah isteri arwah yang membonceng motosikal.
Ketua Trafik Dan Ketenteraman Awam Kota Tinggi, ASP Kamardin Yusof, 48 tahun turut terlibat didalam kemalangan tersebut yang juga salah seorang peserta konvoi.

Kesemua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Kemalangan menyebabkan laluan dari Shah Alam sesak sepanjang lebih 5 kilometer.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Gambar Kemalangan Konvoi Motosikal Berkuasa Tinggi Di NKVE

Kemalangan Konvoi Superbike NKVE Kemalangan Konvoi Superbike NKVE Kemalangan Konvoi Superbike NKVE
Kemalangan Konvoi Superbike NKVE Kemalangan Konvoi Superbike NKVE Kemalangan Konvoi Superbike NKVE
Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi NKVE Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi NKVE Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi NKVE
Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi NKVE Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi NKVE Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi NKVE

Sumber - Ondscene.com

-------------------------------------------------------

p/s - Memandu atau menunggang dalam keadaan yang cuai.................bahaya
Memandu atau menunggang dalam keadaan yang 'terlalu berhati-hati' pun.............bahaya.

Kekejaman Israel Di Gaza

Gambar-Gambar Kekejaman Rejim Israel

Israel sekali lagi menunjukkan "KEBACULAN" diorang dengan menyerang rakyat Palestin yang tidak bersalah di Tanah Gaza. Serangan yang dimulakan pada Rabu lalu dikatakan bertujuan untuk memusnahkan lokasi-lokasi roket yang dilancarkan ke Israel oleh pejuang Hamas.

Sejak serangan Israel ke atas Palestin dilancarkan rabu lalu, telah lebih daripada 1000 sasaran telah dibom oleh tentera Israel.

Antara kekejaman Rejim Israel Laknatullah...
Kekejaman Rejim Israel
Gambar Kekajaman Rejim Israel
Aku tak tau nak cakap macam mana. Sebab kalau cakap sah sumpah seranah yang keluar kan...

Jom boikot barangan Israel dan sekutu-sekutu dia.


Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC)

Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) | 03-8000 8000

Pusat Panggilan 1Malaysia 1MOCC
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC), iaitu sebuah pusat penyelesaian setempat untuk orang ramai mengemukakan pertanyaan, aduan atau cadangan mengenai perkhidmatan awam.

Pusat Panggilan 1Malaysia tersebut beroperasi 24 jam seminggu termasuk cuti umum.

Pusat Panggilan 1Malaysia atau 1MOCC ini merupakan satu projek 'National Flagship' dibawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang boleh diaksess menggunakan 1 nombor rujukan tunggal 03-8000 8000.

Selain Pusat Panggilan 1Malaysia, orang ramai juga boleh mengemukakan aduan, cadangan atau pertanyaan melalui talian faks di nombor 03-8000 8001, melayari laman web www.malaysia.gov.my, emel 80008000@1mocc.gov.my, laman sosial facebook facebook.com/myGoverment dan Twitter twitter.com/myGovPortal

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif itu akan lebih memudahkan rakyat kerana hanya menggunakan 1 nombor yang perlu diingat selain membolehkan kerajaan mencapai objektif dengan kos minimum.

Sumber : HMetro

Baik Biar Berpada

Buat Baik Berpada, Buat Jahat Jangan Sekali

Buat Baik Berpada-Pada
Perumpamaan di atas sangat tepat ditujukan untuk seorang guru yang terlalu baik hati dengan memberi bantuan kepada rakan-rakan yang lain yang mengalami masalah kewangan dengan meminjam wang daripada 3 ceti haram atau along sehingga terpaksa menanggung hutang sebanyak RM2 Juta.

Guru yang mengajar di Sabah yang juga ibu kepada 12 orang anak itu mengakui tidak berfikir panjang sebelum meminjam wang daripada along dan tidak memaklumkan kepada suaminya akan perkara tersebut. Tujuan dia meminjam itu hanya ingin membantu rakan-rakan yang lain dan berasa bahagia melihat kegembiraan orang lain.

Masalah timbul apabila rakan-rakan nya tidak dapat membayar wang pinjaman tersebut mengikut waktu yang ditetapkan kerana terikat dengan komitmen yang lain.

"Hanya dalam tempuh sebulan pada Jun lalu, saya telah meminjam sebanyak RM685,000 daripada ceti untuk membantu 102 rakan dan kenalan"

Sumber Buat Baik Berpada : HMetro

-------------------------------------------------------------

p/s - Tak salah nak tolong orang, tapi jangan sampai bebankan diri sendiri. Tolong sekadar mampu dah lah.

Diskaun Tol Sempena Deepavali

Lebuh Raya Malaysia Tawar Pengurangan Harga Tol Sempena Deepavali

Diskaun Tol Sempena Deepavali
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menawarkan diskaun atau rebat tol kepada pengguna lebuh raya sempena perayaan Deepavali dan Awal Muharram minggu ini.

Antara lebuh raya yang menawarkan diskaun tol adalah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) yang masing-masing menawarkan diskaun tol sebanyak RM0.60 dan RM0.20. Diskaun tol tersebut melibatkan semua kelas tunai dan sistem kutipan tol secara elektronik (ETC)

Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE) pula menawarkan diskaun sebanyak 5% bagi semua kelas tunai.

3 lebuhraya tersebut adalah antara 20 lebuhraya yang menawarkan diskaun tol kepada pengguna lebuhraya sempena sambutan Deepavali dan Awal Muharram yang disambut minggu ini.


Bengkel Terbakar Di Bagan Serai

Bengkel Motosikal Bagan Serai Terbakar Angkara Khianat

Bengkel Motosikal Bagan Serai Terbakar
Sumber - HMetro

-----------------------------------------

Lama baru keluar berita ni. Kes ni dah jadi 2 3 hari lepas seingat aku. Dekat jer dengan rumah aku. Yang orang Bagan Serai, bengkel motosikal terbakar tu dekat dengan Pasaraya Apollo. Sempat juga aku tengok kedai tu waktu balik dari pasar. Ingatkan kes apa. Malas nak bersesak aku lintas jer la :)

p/s - Terlintas juga kat hati waktu tu nak jadi wartawan penyibuk kejap... heeeee :P

YouTube Tiada Sound

Tiada Sound Pada YouTube

YouTube Tiada Sound

Ada sesaper yang berasa pelik sebab tiada sound yang keluar sewaktu menonton YouTube?
Rileks. Jangan panik, tak perlu selongkar wiring pada speaker korang sebab bukan speaker punya problem.
Masalah berpunca daripada Google Chrome. Tah apa masalah diorang sound tak keluar. Tak kira Video daripada mana pun asal korang guna Chrome, tak kan ada suara yang keluar.
Tak tahu bila jadi dan tak tahu bila akan ok balik.

Mula-mula aku pelik gak, Winamp ada suara, buka kat android aku ok, komputer tak ok.
Cuba buka YouTube guna Mozilla Firefox, mesti ada suara :)

p/s - Entry tak ada idea....

Jururawat Rakam Imej Hantu

Jururawat Melaka Rakam Imej Hantu

Jururawat Rakam Imej Hantu

Gempar!! Jururawat terakam imej hantu di pintu lif!!!!
Kesian Kosmo!, kena tipu mentah-mentah...
Edit la sayang gambar tu.... Tengok pun rasa dah boleh agak. Cer tengok imej hantu tu. 3D ka 2D??? huhuhuhu.....
 Mungkin korang sangsi lagi... Kot kot terbawa dalam mimpi sebab gambar ni.
Cer tengok sini.

p/s : Buat apa la nak menipu-nipu?? Banyak cara lagi kot nak masuk paper.. Aduhaiiii

Tentera Mati Terbelit Payung Terjun

Anggota Tentera Maut Terbelit Payung Terjun Di Selama

Komando Mati Terbelit Payung Terjun

Masuk paper rupanya kes anggota tentera maut terbelit payung terjun ni.
Aku ada kisah disebalik kisah anggota tentera ni.. Sebab 7 November tu aku ada lalu kawasan Selama. Terserempak juga beberapa orang tentera sewaktu lalu kawasan Selama tu, ingatkan tak ada apa la sampai la aku jumpa Tok Long aku.

Puas rakan-rakan arwah cari arwah, tak jumpa........ Sehingga lah.... (Ok, aku saja nak kasi gantung ayat)

Takziah kepada keluarga arwah.

Penipuan Internet Mudah.My

Penipuan Di Internet Mudah.my

Penipuan Internet Di Mudah.my
 Pernah menjual atau membeli barangan secara online? Ada yang pernah ada yang tak. Sebenarnya berbelanja secara online ni ada baik ada buruk. Baiknya kita tak perlu keluar rumah, hanya perlu berada dihadapan komputer seterusnya membuat tempahan terhadap barangan yang diinginkan. Terdapat banyak web-web jualan secara online ni. Antara yang terkenal E-Bay bertaraf International. Kat Malaysia ni Mudah.my. Buruknya pula, pembelian atau penjualan produk secara alam maya ni, kita terdedah kepada berbagai jenis penipuan tak kira lah kita sebagai pembeli atau penjual. So kalau nak berbelanja menerusi online, sila berhati-hati. Kenal pasti dengan siapa korang berusan.

Pengalaman kena tipu di Mudah.my

Sebenarnya tak kena tipu lagi lah. Nyaris-nyaris kot. Aku baru-baru ni ada la letak Edifier Multimedia Speaker kat Mudah.my. Aku jua sebab tak guna lagi dah. Berminat? Klik sini (Sempat plak promote...hehehe). Pagi tadi aku dapat satu sms daripada Yahoo Mesengger. Bukan sms biasa.
No dia pun pelik. Usha gambar..
Penipuan Internet Di Mudah.my
Aku tak pelik lagi la. Aku pun email dia bagitahu Speaker tu ada lagi dan aku tanya dia ada kat mana? Aku balas bahasa melayu jer sebab aku fikir dia mungkin orang cina atau india. Tapi........ amat mengejutkan aku.... Usha gambar bawah... :)
Penipuan Internet Di Mudah.my
Dia dari UK, bukan orang Malaysia. Tapi paham pula dia aku cakap bahasa melayu. Hahaha... Google translate ada ma.....

Aku rasa lain macam sangat dia ni. Beria nak speaker aku. Kat UK macam tak ada jer. Kalau aku post kat E-Bay tak hairan la.

Usha email tu. 2 kali email yang sama dia balas padahal aku balas aku cakap aku tak berurusan dengan orang luar Malaysia. ;) Sah nak kenakan aku sebab minta butiran Bank aku...whoaaaaa.... Jangan cari pasal woooo...

Jadi kepada nak menjual atau membeli di internet, sila berhati-hati yer. Terutama yang tak ada pengalaman macam aku. Heee

p/s : Ada sesaper berminat dengan Speaker Edifier aku?? Harga boleh runding lagi tu. hehehe...

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks