Home » , , » Penipuan Internet Mudah.My

Penipuan Internet Mudah.My

Penipuan Di Internet Mudah.my

Penipuan Internet Di Mudah.my
 Pernah menjual atau membeli barangan secara online? Ada yang pernah ada yang tak. Sebenarnya berbelanja secara online ni ada baik ada buruk. Baiknya kita tak perlu keluar rumah, hanya perlu berada dihadapan komputer seterusnya membuat tempahan terhadap barangan yang diinginkan. Terdapat banyak web-web jualan secara online ni. Antara yang terkenal E-Bay bertaraf International. Kat Malaysia ni Mudah.my. Buruknya pula, pembelian atau penjualan produk secara alam maya ni, kita terdedah kepada berbagai jenis penipuan tak kira lah kita sebagai pembeli atau penjual. So kalau nak berbelanja menerusi online, sila berhati-hati. Kenal pasti dengan siapa korang berusan.

Pengalaman kena tipu di Mudah.my

Sebenarnya tak kena tipu lagi lah. Nyaris-nyaris kot. Aku baru-baru ni ada la letak Edifier Multimedia Speaker kat Mudah.my. Aku jua sebab tak guna lagi dah. Berminat? Klik sini (Sempat plak promote...hehehe). Pagi tadi aku dapat satu sms daripada Yahoo Mesengger. Bukan sms biasa.
No dia pun pelik. Usha gambar..
Penipuan Internet Di Mudah.my
Aku tak pelik lagi la. Aku pun email dia bagitahu Speaker tu ada lagi dan aku tanya dia ada kat mana? Aku balas bahasa melayu jer sebab aku fikir dia mungkin orang cina atau india. Tapi........ amat mengejutkan aku.... Usha gambar bawah... :)
Penipuan Internet Di Mudah.my
Dia dari UK, bukan orang Malaysia. Tapi paham pula dia aku cakap bahasa melayu. Hahaha... Google translate ada ma.....

Aku rasa lain macam sangat dia ni. Beria nak speaker aku. Kat UK macam tak ada jer. Kalau aku post kat E-Bay tak hairan la.

Usha email tu. 2 kali email yang sama dia balas padahal aku balas aku cakap aku tak berurusan dengan orang luar Malaysia. ;) Sah nak kenakan aku sebab minta butiran Bank aku...whoaaaaa.... Jangan cari pasal woooo...

Jadi kepada nak menjual atau membeli di internet, sila berhati-hati yer. Terutama yang tak ada pengalaman macam aku. Heee

p/s : Ada sesaper berminat dengan Speaker Edifier aku?? Harga boleh runding lagi tu. hehehe...

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

6 comments:

  1. TERIMA KASIH KERANA BERITAHU.. AKU PUN BIASA BERJUAL BELI DI MUDAH.MY NI..

    ReplyDelete
  2. aku penah dapat customer cam ni gak dulu, masa memula buat bisnes online.

    Tapi boleh agak sebab style dia macam nigeria scam. Modus operandi dia ala - ala identity theft.

    ReplyDelete
  3. Aku baru saje kena tipu rm400 sbb nk beli stroller quinny moodd di pada org sabah..

    ReplyDelete
  4. Aku baru saje kena tipu rm400 sbb nk beli stroller quinny moodd di pada org sabah..

    ReplyDelete
  5. Aku abeli stroller smlm.aku bank in.dia org kedah,dh bagi tracking no.tapi kena check after 24 hour..pas posintak gbar tracking dia marah2.aku bank in duit tau pulak dia nk gambar slip bank..hope barang smpailah ngn selamat aminn.

    ReplyDelete
  6. Biasa la tu. Benda ni dah common. Jangan la terlalu ghairah nak jual barang sampai tertipu. kita dah cukup bijak menggunakan internet untuk menjual secara online, tak perlu korbankan kebijaksanaan kita kerana ketamakan kita percaya kepada benda yang secara logiknya satu penipuan. kalau dah biasa dengan online kita dah boleh agak kejujuran orang tu, boleh tengok track record penjual. pergi ke website atau blog dia samada dia betul2 buat bisnes atau menipu je. kalau betul, semua bukti dia ada tunjuk tanpa keraguan, kalau menipu, banyak yang dia sorok... jagan ragu2 membelibelah secara online kerana kita boleh kesan penipuan secara jelas...

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment