Sponsored

Gambar Kemalangan Konvoi Superbike

Kemalangan Konvoi Motosikal Superbike Di NKVE

Kemalangan Superbike Di NKVE 22 Nov 2012

12 buah motosikal berkuasa tinggi atau Superbike yang sedang berkonvoi terlibat di dalam kemalangan di NKVE pada 22 Nov 2012. Kemalangan tersebut menyebabkan seorang maut dan 6 lagi cedera parah.

Kumpulan motosikal berkuasa tinggi ini berkonvoi dari Kota Tinggi Johor menuju ke utara tanahair

Kemalangan dikatakan berpunca daripada sebuah kenderaan jenis Honda CRV yang dipandu oleh seorang wanita berusia 39 tahun yang menukar lorong daripada lorong tengah ke lorong paling kanan secara tiba-tiba menyebabkan 2 motosikal daripada kumpulan konvoi tersebut yang berada di laluan yang sama tidak sempat mengelak sebelum terbabas melanggar besi penghadang lebuhraya. 4 lagi motosikal yang berada dibelakang tidak sempat mengelak lalu merempuh sesama mereka.

Mangsa yang meninggal dikenali sebagai Ishak Jaafar, 53 tahun meninggal di tempat kejadian, salah seorang mangsa yang cedera parah adalah isteri arwah yang membonceng motosikal.
Ketua Trafik Dan Ketenteraman Awam Kota Tinggi, ASP Kamardin Yusof, 48 tahun turut terlibat didalam kemalangan tersebut yang juga salah seorang peserta konvoi.

Kesemua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Kemalangan menyebabkan laluan dari Shah Alam sesak sepanjang lebih 5 kilometer.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Gambar Kemalangan Konvoi Motosikal Berkuasa Tinggi Di NKVE

Kemalangan Konvoi Superbike NKVE Kemalangan Konvoi Superbike NKVE Kemalangan Konvoi Superbike NKVE
Kemalangan Konvoi Superbike NKVE Kemalangan Konvoi Superbike NKVE Kemalangan Konvoi Superbike NKVE
Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi NKVE Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi NKVE Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi NKVE
Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi NKVE Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi NKVE Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi NKVE

Sumber - Ondscene.com

-------------------------------------------------------

p/s - Memandu atau menunggang dalam keadaan yang cuai.................bahaya
Memandu atau menunggang dalam keadaan yang 'terlalu berhati-hati' pun.............bahaya.

1 comments:

Entry Menarik

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks