Kieran Hot FM Dan Isteri Bercerai

Kieran Hot FM Akui Tinggal Berasingan Dengan Isteri

Masalah Rumahtangga Kieran Hot FM Dan Isteri
Siapa yang rajin mendengar siaran radio Hot FM, pasti kenal dengan penyampai radio bernama Kieran ni... Dah namanya penyampai radio.... Mestilah seorang yang ceria meria kan.... Haaa... Dalam dok mulut si penyampai radio Hot FM ni duk bersoseh soseh...... Dalam dok penyampai radio Hot FM si Kieran ni ketawa terbahak-bahak, rupanya sekarang ni Kieran sedang mengalami krisis rumahtangga... For sure la dengan isteri dia dikkk... Tak kan dengan mak mentua dia pulak kannnn...

Perkara ini diakui sendiri oleh Kieran yang mana dia tidak lagi tinggal sebumbung dengan isterinya, Yang Azliyang... Perkara biasalah dalam dunia hiburan ni.... cuit sikit satu kampung melatah..... Haa... Akibat daripada kes si Keiran ni dah tinggal berasingan dengan si isteri, ada pulak yang buat cerita yang Kieran dengan isteri dah berceraiii.... Yang ni Kieran menafikan dakwaan tersebut.

“Sebenarnya kami masih suami isteri dan saya belum lafazkan apa-apa. Saya tidak nafikan kami memang sedang mempunyai masalah tetapi belum sampai tahap bercerai.
“Saya sendiri tidak tahu siapa yang menyampaikan berita ini dan bagaimana mereka boleh katakan kami sudah bercerai,”
Ni lah antara kata-kata yang keluar dari mulut si Kieran ni kepada MediaHiburan

Walaubagaimanapun, Kieran tidak mahu menceritakan punca masalah yang dihadapi sehingga dia dan isteri tinggal berasingan.

“Saya akui ambil pendekatan untuk tidak tinggal sebumbung bagi mencari penyelesaian. InsyaAllah kalau ada berita terbaru, saya tidak akan sembunyikan,” katanya.

Seksyen 114A Dikaji Semula

PM Arah Kabinet Kaji Semula Seksyen 114A Akta Keterangan 2012

Internet Blackout Day

Setelah demontrasi maya 'Internet Blackout Day' atau Kempen Menentang Seksyen 114A Akta Keterangan 2012 dijayakan semalam pada 14 Ogos 2012 yang diasaskan oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia, PM telah mengarahkan kabinet supaya mengkaji semula seksyen tersebut dimana akta 1950 yang telah dipinda pada Jun 2012 baru-baru ini dilihat seolah-olah menafikan hak rakyat untuk bersuara sejajar dengan corak pemerintahan negara iaitu demokrasi.

Walaupun usaha Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia seolah-olah kurang mendapat sambutan daripada pengguna internet, ianya tidak bermakna kempen ini tidak mendapat sokongan orang ramai, tetapi mungkin ramai yang kurang alert dengan perkara yang dinyatakan didalam Seksyen 114A Akta Keterangan 2012 tersebut yang jelas bersifat berat sebelah dan mementingkan hanya 1 pihak sahaja.


Seksyen 114A Akta Keterangan 2012 Dikaji Semula

Sumber : Utusan Online
-----------------------------------------

Ko tak mencuri..... Tapi dituduh mencuri..... Dijatuhkan hukuman.... TANPA BUKTI.......TANPA DISOAL SIASAT TERLEBIH DAHULU. Ko suker?????

Lagu Raya Aidilfitri 2012

Lagu Raya Lama Yang Diberi Nafas Baru

Lu fikir la sendiri..... Miahahahahahaha

Aku dapat tahu video ni dari peminat kipas susah mati Metalica

Kenapa Perempuan Nangis Di Hari Perkahwinan Mereka

Sebelum ni aku hanya lihat jer dalam drama-drama atau filem televisyen bia mana kalau perempuan tu bernikah, perempaun tu akan menangis.....Hm.. Kenapa erk?
Nangis sebab terlalu gembira kerana sudah bergelar isteri kepada orang tersayang?
Nangis sebab tak lama lagi terpaksa meninggalkan mak ayah yang selama ni tingga bersama?
Atau nangis kerana kedua-duanya??
Rasanya kedua-duanya kot... ;)

11 Ogos 2012.... Aku agak sebak....kot.... Bukan sebab aku tengok perempuan nangis dalam drama atau filem dalam televisyen....
Sebak juga kot sebab ada orang peluk dan hormat aku..... ;)

----------------------------------------------------------------

11 Ogos 2012.... Aku sebak lihat adik aku nangis salam peluk cium mak aku..... Sebak kot sebab gembira...... Gembira kot sebab adik aku dah bergelar isteri orang, Gembira kot sebab salah satu impian adik aku dah tercapai... Siapa nak tengok adik dia bersedih kan..Hee.... Mungkin sedih juga sebab lepas ni dia kena ikut suami dia.. Dulu dia ada boleh temankan dan tengok-tengokkan mak ayah aku kat kampung... Hm...

Yang peluk aku tu pulak dah tentu la adik ipar aku.... Bergenang juga ayaq mata ceq waktu tu... haha...
Adik ipar aku tu ok la orangnya.. Bagus budi bahasa apa semua.... Rasanya dia lebih baik daripada aku kot...  Dan yang lebih penting aku tengok dia boleh harap la tuk jaga adik aku tu...

Tak ucap pun takziah kat diorang... Aku ni agak diam sikit.. Mengacau jer kuat... Ngan adik ipar aku tu pun jarang bercakap.... Konon-konon abang ipar dia ni garang la...wakaka.... Aku memang macam ni derrr.... Susah nak rapat ngan orang... Heee....

--------------------------------------------------------------------

Kepada adik aku Fazillah Ton Binti Mohamad Puad
Adik ipar aku, Zek Ruzaini Bin Mat Nor
Selamat Pengantin Baru
Moga Bahagia dan Kekal Selamanya
Tahniah.


Ada macam pinang dibelah 2 tak??
Make-up terlampau.... Kalau tak lagi cantik kot adik aku tu... Hohoho

Internet Blackout Day 14 Ogos 2012

Internet Blackout Day | Kempen Menentang Akta Keterangan 2012

Kempen Menentang Akta Keterangan 2012

Apa sebenarnya Internet Blackout Day ni? Masih ingat akan Akta Keterangan 1950 yang telah dipinda pada 1 Jun 2012 baru-baru ini iaitu Seksyen 114A  Akta Keterangan 2012.

Apa pula kaitannya Internet Blackout Day ni dengan Akta Keterangan 2012 ni?
Jika dirujuk kepada pindaan yang telah dibuat ke atas Akta Keterangan 2012 tersebut, dilihat, akta tersebut menyekat kebebasan bersuara serta menyatakan pendapat seseorang itu walaupun hanya sekadar menerusi internet. Rujuk Akta Keterangan (Pindaan) 2012

Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi dimana rakyat berhak serta bebas bersuara serta menyatakan pendapat mereka.

Akta Keterangan 2012 ini juga dilihat meletakkan kesalahan pada seseorang itu walaupun perbuatan itu bukan berpunca daripada dirinya dan kesalahan diletakkan tanpa usul periksa semata-mata. Bukankah ini antara salah satu perbuatan yang hanya memberi kepentingan hanya pada salah satu pihak sahaja. Dan adakah ini dinamakan demokrasi yang membenarkan sesiapa sahaja menyuarakan pendapat mereka??

Oleh itu, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia telah mengadakan satu kempen iaitu 'Kempen Menentang Seksyen 114A Akta Keterangan 2012'

Dibawah adalah petikan email yang dihantar oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia untuk menjayakan Kempen Menentang Seksyen 114A Akta Keterangan 2012 ini

Salam Sejahtera, Kempen menentang Seksyen 114A Akta Keterangan 2012 yang dianjurkan oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia baru-baru ini semakin mendapat sambutan. Kami merancang untuk melancarkan Internet Blackout Day pada 14 Ogos2012 – sama seperti usaha yang dilakukan Wikipedia dan Google semasa kempen menentang SOPA di Amerika Syarikat sebelum ini – untuk menyedarkan pengguna Internet tentang impak negatif pindaan tersebut. 
Seksyen 114A menganggap individu yang memiliki laman web atau peralatan komputer yang mengandungi bahan berunsur hasutan atau fitnah bersalah walaupun bahan itu dimuat naik oleh pihak lain. Individu atau organisasi yang mengendali atau menawarkan perkhidmatan kepada forum, blog,atau laman web juga bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat pada perkhidmatan tersebut. 
Para pengguna internet yang akaun atau komputernya digodam (hack) juga akan dipertanggungjawabkan ke atas bahan yang dimuat naik oleh penggodam (hacker). Seksyen 114A ini mengancam kebebasan bersuara di Internet dan menggugat prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia. Untuk keterangan lanjut, sila berkunjung ke http://cijmalaysia.org/2012/06/13/evidence-act-section114a-frequently-asked-questions/atau ke blog rasmi kempen di http://stop114a.wordpress.com/. 
Kami menjemput anda untuk menyertai Internet Blackout Day ini dengan memaparkan pop-up pada laman web anda pada 14 Ogos 2012 selama 24 jam. Kami akan menyediakan coding dan akan memberi bantuan teknikal jika diperlukan. Kami juga akan memberi contoh pop-up yang akan digunakan nanti. 
Sila emelkan pertanyaan atau pendapat ke CIJ Malaysia di alamat cijmalaysia@gmail.com atau hubungi kami di talian 03-4024 9840. Kami berharap anda dapat memanjangkan emel ini kepada pihak yang mengendalikan laman web atau blog anda. 
Yang benar, CIJ Team

 Bagaimana??? Adakah anda bersetuju dengan Akta Keterangan 2012 yang jelas menyekat kebebasan bersuara ini????

Tarikh | Lokasi Lihat Anak Bulan Syawal

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 2012 1433H

Tarikh Dan Lokasi Lihat Anak Bulan Syawal 2012

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, tarikh melihat anak bulan Syawal adalah pada petang Sabtu 18 Ogos 2012 bersamaan 29 Ramadan 1433H

Cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab

Pengumuman tarikh hari raya puasa akan diumumkan pada malam itu juga melalui siaran televisyen dan radio.

Lokasi Melihat Anak Bulan Syawal 2012 1433H

Lokasi-lokasi melihat anak bulan syawal adalah sama seperti lokasi melihat anak bulan Ramadan sebelum ini.
Berikut adalah lokasi melihat anak bulan Syawal 1433H

1. Pontian Kecil Johor
2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka
3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
4. Bukit Melawati, Kuala Selangor
5. Pulau Angsa, Kuala Selangor
6. Bukit Jugra, Banting Selangor
7. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam
8. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak
9. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh Pulau Pinang
10. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah
11. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
12. Menara Alor Star, Alor Star, Kedah
13. Bukit Besar Kuala Terengganu
14. Bukit Geliga Kemaman
15. Pulau Perhentian, Besut
16. Balai Cerap Kolej UgamaSultan Zainal Abidin (KUSZA) Setiu, Terengganu
17. Bukit Peraksi Pasir Putih, Kelantan
18. Kampung Bukit Tembeling Mukim Manjur Daerah Olak Jeram Kuala Krai Kelantan
19. Menara Banggunan SEDC, Kota Baharu Kelantan
20. Tanjung Lubang Miri, Sarawak
21. Teluk Bandung, Kuching Sarawak
22. Tanjung Batu, Bintulu Sarawak
23. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil Sabah
24. Bukit Tanjung Batu Nenasi, Pahang
25. Gunung Berinchang Cameron Highland
26. Bukit Pelindong, Kuantan Pahang
27. Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
28. Menara Kuala Lumpur
29. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
30.Kuala Sungai Baru, Simpang Empat Perlis

Sumber Tarikh Dan Lokasi Lihat Anak Bulan Syawal 2012 1433H : Utusan Online

Diskaun | Rebat Tol Aidilfitri 2012

Diskaun, Rebat Tol Sempena Hari Raya Aidilfitri 2012

Diskaun | Rebat Tol Sempena Aidilfitri 2012

Sempena menyambut perayaan Aidifitri yang bakal menjelang, 24 lebuhraya di seluruh negara bersetuju memberikan diskaun dan rebat tol antara 10% hingga 37.5% kepada pengguna tol kelas 1 selama empat hari secara berperingkat bermula 15 hingga 23 Ogos.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, 30% diskaun akan diberikan untuk pengguna tol yang membayar tol secara elektronik di lebuh raya Plus Bhd. pada 15, 16, 22 dan 23 Ogos 2012. Manakala bagi lebuh raya lain, diskaun tol adalah antara 10-37.5% mulai 18, 19, 20 dan 21 Ogos 2012.


Janji Johari Pain Pada Pandalela

Janji Johari Pain Yang B***H

Siapa Johari Pain???
Apa yang dia dah buat sampai glamour sangat dia ni di Facebook dan Twitter.

Aku pun dapat tahu kes ni melalui 'Reading List' Blog aku.
Daripada aku yang tak tahu apa-apa pasal Johari Pain ni, dan dengan hanya sekali baca dan paham keadaan sebenar, bolehlah aku kategorikan si Johari Pain ni sangat BANGANG otaknya.

Ramai yang dah tahu benda ni dan ianya menimbulkan rasa marah yang teramat sangat didalam hati rakyat Malaysia terhadap manusia yang memperlekehkan atlet negara iaitu Pandalela.

Kepada yang tak tahu, Sang Johari Pain ni telah membuat satu kenyataan yang tersangat BODOH iaitu dia akan memotong anunya sekiranya atlet negara Pandalela berjaya membawa pulang pingat untuk Malaysia...
Dan sekarang Pandalela sudah pun berjaya membawa pulang pingat gangsa dalam acara tejun 10m platform individu wanita dalam Olimpik di London.

Meh usha gambar

Janji Johari Pain Yang Bodoh 

Kalau rasa tak nak bagi sokongan pun, tak yah la sampai menjatuhkan semangat kawan tu..... Kawan tu rakyat Malaysia ma.
Aku rasa Johari Pain ni teringin jadi warga Afrika kottttttt

Janji Johari Pain Pada Pandalela

Kalau korang tak puas hati boleh la 'LIKE' mana-mana page yang tak puas hati dengan mamat BANGANG sorang ni. 'LIKE' semua lagi bagus!

Johari pain Cpat Kerat Kote Pandalela bawa Blik Pingat
Kami nak Johari PAIN tunai janji
Kami Tuntut Johari Pain Tunai Janji
Kami semua nak johari pain potong anu
Kami Anti Johari Pain Kerana Menghina Atlet Malaysia

Akaun sang Johari Pain yang BANGANG ni telah di non-aktifkan.... Tahu pulak takut... lain kali fikir dulu nak buat apa-apa... Tu pun fikir dengan kepala otak, bukan kepala lutut!

*** Harap-harap sang Johari Pain yang BANGANG ni jumpa post aku ni.. Kot-kot boeh jadi cerdik sikit!!

Iklan Sedih Hari Raya 2012

Iklan Sedih Hari Raya 2012 Daripada Bernas | The Journey


Ramai yang komen iklan ni sedih.... Sampai menitis air mata. Aku tak ada la sampai menitis air mata, sebak tu ada la. Kesian aku tengok budak-budak tu. Kalau lah nasib adik-adik aku macam diorang.... Ya Allah... Tak dapat aku bayangkan.... :(

Kena sangat iklan ni dengan tema dia iaitu kasih sayang..... Kasih sayang diantara 2 budak yang saling melengkapi... Dapat korang bayang salah seorang budak tu tak ada??
Respect kat uncle bawa lori tu.... Orang yang garang ni selalunya luar jer garang, tapi hati diorang sangat mudah tersentuh dan seorang penyayang. Setuju??

Sedih giler waktu diorang melawat kubur.... Syukur mak ayah aku masih ada :'(

** Kepada adik-adik yang dah kehilangan mak ayah.... Adik-adik semua insan yang tabah.

Lokasi Speed Trap

Lokasi Speed Trap Kamera Berteknologi Tinggi AES

Kamera Perangkap Had Laju | Speed Trap

Menjelang akhir tahun nanti, kamera berteknogi tinggi yang digunakan untuk merakam kelajuan kenderaan bakal dikuatkuasakan. Kamera berteknologi Jerman itu antara salah satu komponen Sistem Penguatkuasaan Elektronik (AES) yang akan dipasang oleh Jabatan Penguatkuasa Jalan (JPJ) di beberapa lokasi strategik terutama kawasan yang sering berlaku kemalangan.
Bagaimana Kelajuan Kenderaan Dirakam


Bagaimana Kelajuan Kenderaan Dirakam


Bagaimana Saman Speed Trap Dikeluarkan

Didalam Prosedur Operasi Standard (SOP), pihak penguatkuasa akan terlebih dahulu memberi amaran kepada pengguna jalan raya akan kewujudan perangkap had laju atau speed trap melalui papan tanda yang diletakkan di tepi jalan. Ini adalah untuk mewujudkan ketelusan dalam penguatkuasaan peraturan dan mengelakkan berlakunya situasi "Not Fair".

Seterusnya apabila terdapat kenderaan yang melebihi had laju dan kelajuan tersebut direkodkan oleh pemegang konsesi penyumberluaran yang telah dilantik oleh kerajaan sebelum gambar yang dirakam disahkan  oleh JPJ  untuk dikeluarkan saman.

Menggunakan kamera berteknolgi tinggi Jerman ini, gambar yang dirakam lebih jelas serta tepat walaupun pada kelajuan melebihi 100KM/J

Lokasi Speed Trap
Dibawah adalah lokasi yang bakal diletakkan kamera berteknologi AES ini.
(Maklumat belum rasmi, mungkin kawasan yang dinyatakan betul, mungkin tidak, atau mungkin dipasang di kawasan yang berhampiran)

Lokasi Speed Trap

Nampak Hantu Dalam Pesawat AirAsia

Terjun Pesawat Dakwa Terlihat Kelibat Hantu Dalam Pesawat AirAsia

Nampak Hantu Dalam Pesawat AirAsia


Sumber Nampak Hantu Dalam Pesawat AirAsia : Kosmo! Online
 
--------------------------------------------------------------------

Rasanya tak ada hantu pun dalam pesawat AirAsia tu.... Mungkin mangsa terlalu banyak menonton filem-filem seram hingga terbawa ke dalam kehidupan sebenar. Mungkin juga mangsa mengalami gangguan halusinasi. Nasib baik masih atas landansan, kalau dah atas udara.....

Pemeriksaan Kenderaan Percuma Puspakom

Puspakom Tawar Pemeriksaan Kenderaan Percuma Sempena Aidilfitri

Puspakom sdn bhd menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada pemilik kenderaan persendirian sempena sambutan hari raya aidilfitri bermula 6 Ogos sehingga 24 Ogos di semua cawangan Puspakom seluruh negara.

Pemeriksaan kenderan percuma yang ditawarkan oleh Puspakom merangkumi pengesahan identiti kenderaan, ujian pengeluaran asap, gelincir sisi, bahagian atas dan bawah kenderaan, ketelusan cermin dan sebagainya. Pemeriksaan ini dijalankan oleh pemeriksa kenderaan bertauliah Puspakom.

Cara Untuk Mendapatkan Pemeriksaan Kenderaan Percuma Daripada Puspakom

Untuk mendapatkan pemeriksaan kenderaan percuma daripada Puspakom ini, pelanggan hanya perlu menghubungi cawangan Puspakom yang ingin dikunjungi dan seterusnya tarikh spesifik untuk memeriksa kenderaan mereka akan diberikan.

Pelanggan juga boleh melayari laman web Puspakom, www.puspakom.com,my untuk senarai cawangan Puspakom seluruh negara atau menghubungi talian bebas tol Puspakom di 1-800-88-6927

Pemeriksaan kenderaan secara percuma ini merupakan komitmen dan tanggungjawab sosial Puspakom dalam memastikan tahap keselamatan kenderaan berada dalam keadaan baik untuk dipandu terutama pada musim perayaan ini

WW | Missing


Please Share!


Hina Sahabat Nabi | Guru Minta Maaf

Hina Sahabat Nabi | Guru Tuisyen Mohon Maaf Secara Terbuka


Gambar Guru Tuisyen Hina Sahabat Nabi

 Rentetan daripada isu guru sebuah pusat tuisyen di Johor yang didakwa menghina sahabat nabi beberapa hari yang lalu, kini guru tuisyen yang mengajar di pusat tuisyen tersebut telah membuat permohonan maaf secara terbuka diatas tindakan mereka yang telah menghina agama islam serta menimbulkan kemarahan umat islam
seluruhnya.

Hina Sahabat Nabi | Guru Mohon Maaf


-----------------------------------------------------------

Apek..Amoi... Lu olang aaa...lakyat 1 malaysia, apa pasai lu olang buat ini macam. Lu talak tau ka kita olang punya life dekat ini negala. Lagi 1 aa, lu olang cikgu ma... talak baik la ini macam... Lepai ini aa.. jangan buat lagi woo... jikalau tidak a... lu punya kepala hilang wo.

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks