Home » , , » Internet Blackout Day 14 Ogos 2012

Internet Blackout Day 14 Ogos 2012

Internet Blackout Day | Kempen Menentang Akta Keterangan 2012

Kempen Menentang Akta Keterangan 2012

Apa sebenarnya Internet Blackout Day ni? Masih ingat akan Akta Keterangan 1950 yang telah dipinda pada 1 Jun 2012 baru-baru ini iaitu Seksyen 114A  Akta Keterangan 2012.

Apa pula kaitannya Internet Blackout Day ni dengan Akta Keterangan 2012 ni?
Jika dirujuk kepada pindaan yang telah dibuat ke atas Akta Keterangan 2012 tersebut, dilihat, akta tersebut menyekat kebebasan bersuara serta menyatakan pendapat seseorang itu walaupun hanya sekadar menerusi internet. Rujuk Akta Keterangan (Pindaan) 2012

Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi dimana rakyat berhak serta bebas bersuara serta menyatakan pendapat mereka.

Akta Keterangan 2012 ini juga dilihat meletakkan kesalahan pada seseorang itu walaupun perbuatan itu bukan berpunca daripada dirinya dan kesalahan diletakkan tanpa usul periksa semata-mata. Bukankah ini antara salah satu perbuatan yang hanya memberi kepentingan hanya pada salah satu pihak sahaja. Dan adakah ini dinamakan demokrasi yang membenarkan sesiapa sahaja menyuarakan pendapat mereka??

Oleh itu, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia telah mengadakan satu kempen iaitu 'Kempen Menentang Seksyen 114A Akta Keterangan 2012'

Dibawah adalah petikan email yang dihantar oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia untuk menjayakan Kempen Menentang Seksyen 114A Akta Keterangan 2012 ini

Salam Sejahtera, Kempen menentang Seksyen 114A Akta Keterangan 2012 yang dianjurkan oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia baru-baru ini semakin mendapat sambutan. Kami merancang untuk melancarkan Internet Blackout Day pada 14 Ogos2012 – sama seperti usaha yang dilakukan Wikipedia dan Google semasa kempen menentang SOPA di Amerika Syarikat sebelum ini – untuk menyedarkan pengguna Internet tentang impak negatif pindaan tersebut. 
Seksyen 114A menganggap individu yang memiliki laman web atau peralatan komputer yang mengandungi bahan berunsur hasutan atau fitnah bersalah walaupun bahan itu dimuat naik oleh pihak lain. Individu atau organisasi yang mengendali atau menawarkan perkhidmatan kepada forum, blog,atau laman web juga bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat pada perkhidmatan tersebut. 
Para pengguna internet yang akaun atau komputernya digodam (hack) juga akan dipertanggungjawabkan ke atas bahan yang dimuat naik oleh penggodam (hacker). Seksyen 114A ini mengancam kebebasan bersuara di Internet dan menggugat prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia. Untuk keterangan lanjut, sila berkunjung ke http://cijmalaysia.org/2012/06/13/evidence-act-section114a-frequently-asked-questions/atau ke blog rasmi kempen di http://stop114a.wordpress.com/. 
Kami menjemput anda untuk menyertai Internet Blackout Day ini dengan memaparkan pop-up pada laman web anda pada 14 Ogos 2012 selama 24 jam. Kami akan menyediakan coding dan akan memberi bantuan teknikal jika diperlukan. Kami juga akan memberi contoh pop-up yang akan digunakan nanti. 
Sila emelkan pertanyaan atau pendapat ke CIJ Malaysia di alamat cijmalaysia@gmail.com atau hubungi kami di talian 03-4024 9840. Kami berharap anda dapat memanjangkan emel ini kepada pihak yang mengendalikan laman web atau blog anda. 
Yang benar, CIJ Team

 Bagaimana??? Adakah anda bersetuju dengan Akta Keterangan 2012 yang jelas menyekat kebebasan bersuara ini????

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment