Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai Meninggal Dunia

Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai, Sharudin Ahmad Meninggal Dunia

Sharudin Ahmad 'Din Protokol' Meninggal Dunia

Siapa yang tinggal dekat Bagan Serai mesti agak terkejut dengan kematian Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai, Sharudin Ahmad atau lebih dikenali sebagai 'Din Protokol' di sekitar Bagan Serai. Sharudin Ahmad merupakan calon BN bagi Dun Selinsing pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

2 3 hari aku dengar arwah dimasukkan ke hospital kerana koma disebabkan jangkitan kuman pada jantung dan buah pinggang. Dan malam tadi, jiran rumah bagitahu 'Din Protokol' sudah meninggal dunia di Hospital Taiping. Satu berita yang agak mengejutkan.

----------------------------------------------------------------

Kali terakhir aku berjumpa dengan arwah Sharudin atau 'Din Protokol' sewaktu bekerja dekat ............ di Bagan Serai. Tanpa mengira fahaman politik, pada aku beliau seorang yang baik. Waktu aku bekerja di ............, masih sempat dia tegur, bersalam dan bertanya khabar aku (pertaman kali bertegur)

Ayah aku sering juga minta bantuan daripada arwah dan arwah tidak keberatan untuk membantu. Pernah juga arwah menghadiri kenduri kahwin adik perempuan aku dulu.

p/s - Anak kepada kawan ayah aku yang bekerja nurse ada bagitahu yang arwah Sharudin ni dah lama menghidap penyakit jantung dan buah pinggang tapi jarang membuat pemeriksaan kesihatan. Takziah diuzapkan kepada keluarga arwah Sharudin Ahmad 'Din Protokol'. Al- Fatihah

Ustaz Kazim Elias Berhenti Beri Ceramah

Ustaz Kazim Elias Berhenti Beri Ceramah | Kecewa Difitnah


Aku rasa ramai yang kenal dengan penceramah bebas Ustaz Kazim Elias dan juga pengarang buku "Tuhan Sedang Menguji Kita". Ustaz Kazim Elias Al Hafiz 41 tahun yang mengambil keputusan untuk berhenti dari memberi ceramah adalah kerana kecewa akibat difitnah serta dituduh memberi ceramah berbau politik sehingga dilabel sebagai 'Ustaz Politik'

Selain kecewa difitnah, Ustaz Kazim Elias juga bimbang akan keselamatan dirinya yang pernah menerima ugutan pukul dan bunuh di rumah serta pusat pengajiannya di Pusat Pendidikan Al-Barakah, Manjoi, Perak selain dimaki hamun di blog dan facebook miliknya.

Baru-baru ini, Ustaz Kazim mendakwa hampir disimbah cuka berhampiran rumahnya.

"Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab" Ustaz Kazim

Sumber - Hmetro 18 Mei 2013

-----------------------------------------------------------------

p/s - Lahanat puak-puak yang buat kerja macam ni! Politik lebih penting dari agama. Sebab tu kalau ada orang cakap malas nak amik port pasal politik, jangan marahkan orang tu sebab politik kat malaysia ni KOTOR!! Sorry to say! Sapa yang sakit hati dengan tulisan aku ni, terima jer lah. Tak yah taksub sangat dengan politik!!!

FireFly Tawar Tambang Murah

FireFly Tawar Tambang Murah Sempena Ulang Tahun Ke-6

Harga Tiket FireFly

Sempena ulang tahun ke-6, syarikat penerbangan komuniti milik Penerbangan Malaysia (MAS) FireFly Sdn Bhd menawarkan tambang murah untuk 500,000 tempat duduk untuk semua destinasi penerbangan dari 13 Jun 2013 hingga Mac 2014.

Kempen tambang murah FireFly ini menawarkan tiket penerbangan sehala bagi laluan dalam dan luar negara pada harga serendah RM49 hingga RM249

Promosi tambang murah FireFly berharga RM49 adalah untuk semua penerbangan sehala dalam negara manakala RM99 untuk penerbangan sehala dari Malaysia ke Singapura dan Indonesia iaitu Batam, Acheh, Medan dan Pekan Baru.


Untuk perjalanan sehala ke Phuket dan Koh Samui di Thailand adalah RM149 dari Pulau Pinang manakala RM249 dari Subang

Tambang murah yang ditawarkan FireFly ini termasuk caj atau kos tambahan yang perlu dibayar oleh penumpang.

Selain menawarkan tambang murah, pelanggan juga berpeluang memenangi iPad Mini Apple jika mereka membeli tiket dari 13 Mei hingga 12 Jun depan. Sebanyak 60 iPad Mini Apple disediakan oleh pihak FireFly kepada bakal pemenang yang memenuhi kriteria dan memberikan slogan yang kreatif

Tempahan Tiket FireFly boleh dibuat menerusi http://www.fireflyz.com.my/

Tempoh Musim Panas Di Malaysia

Musim Panas Dijangka Sehingga Bulan September

Tempoh Musim Panas Di Malaysia

Sumber : Hmetro 17 Mei 2013

------------------------------------------------------------------------------

Patutlah membahang sangat aku rasa semalam. Memang panas. Malam pun panas. Hari ni baru hujan.. Sejuk sikit.... Bila la nak boleh pasang air-cond rumah aku ni...

Kabinet Kerajaan Malaysia 2013-2018

Senarai Barisan Kabinet Kerajaan Malaysia Tahun 2013-2018

Senarai Penuh Barisan Kabinet Kerajaan Malaysia Tahun 2013-2018

PERDANA MENTERI
YAB Dato' Seri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak (UMNO)

TIMBALAN PERDANA MENTERI
YAB Tan Sri Dato' Muhyiddin Bin Yassin (UMNO)

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. YB Dato' Seri Jamil Khir Bin Baharom (UMNO)
2. YB Dato' Seri Abdul Wahid Bin Omar (Senator - Kuatkuasa 5 Jun 2013)
3. YB Senator Dato' Sri Idris Jala (Senator)
4. YB Datuk Tan Sri Panglima Joseph Kurup (PBRS)
5. YB Dato' Seri Shahidan Bin Kassim (PBB)
6. YB Puan Hajah Nancy Binti Shukri (PBB)
7. YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun (PRS)
8. Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)

TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. YB Datuk Razali Ibrahim (UMNO)
2. Waytha Moorthy Ponnusamy (Senator)

MENTERI KEWANGAN
1. Menteri Kewangan 1 - YAB Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak (UMNO)
2. Menteri Kewangan 2 - YB Dato' Seri Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah (UMNO)

TIMBALAN MENTERI KEWANGAN
YB Datuk Ahmad Bin Maslan (UMNO)

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI
1. Menteri 1 - YAB Tan Sri Dato' Muhyiddin Bin Yassin (UMNO)
2. Menteri 2 - YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh (UMNO)

TIMBALAN MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI
1. Timbalan Menteri 1 - YB Datuk Mary Yap Kain Ching (PBS)
2. Timbalan Menteri 2 - YB Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan (MIC)

MENTERI PERTAHANAN
YB Dato' Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein (UMNO)

TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN
YB Dato' Abdul Rahim Bakri (UMNO)

MENTERI PENGANGKUTAN
YB Dato' Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein (UMNO) (Memangku)

TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN
YB Datuk Ab. Aziz Kaprawi (UMNO)

MENTERI DALAM NEGERI
YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi (UMNO)

TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI
YB Datuk Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar (PBB)

MENTERI KERJA RAYA
YB Dato' Fadillah Yusof (PBB)

TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA
YB Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
YB Dato' Seri Mustapa Bin Mohamed (UMNO)

TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
YB Hamim Bin Samuri (UMNO)

MENTERI LUAR NEGERI
YB Dato' Seri Anifah Bin Haji Aman (UMNO)

TIMBALAN MENTERI LUAR NEGERI
YB Dato' Hamzah Bin Zainuddin (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
YB Dato' Hasan Bin Malek (UMNO)

TIMB. MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
YB Dato' Paduka Ahmad Bashah Bin Md. Hanipah (UMNO) (Senator)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
YB Dato' Seri Ahmad Shabery Bin Cheek (UMNO)

TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
YB Dato' Jailani Bin Johari (UMNO)

MENTERI SUMBER MANUSIA
YB Datuk Richard Riot Anak Jaem (SUPP)

TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA
YB Dato' Ismail Bin Abd. Muttalib (UMNO)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
YB Dato' Seri Shafie Bin Haji Apdal (UMNO)

TIMBALAN MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
YB Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB)

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN, DAN KERAJAAN TEMPATAN
YB Dato' Haji Abdul Rahman Bin Dahlan (UMNO)

TIMB. MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
YB Dato' Halimah Binti Mohd Saddique (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN
YB Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar (UMNO)

TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN
YB Dato' Saravanan A/L Murugan (MIC)

MENTERI KESIHATAN
YB Dato' Seri Subramaniam (MIC)

TIMBALAN MENTERI KESIHATAN
YB Dato' Seri Hilmi Bin Yahaya (UMNO)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
YB Dato' Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor (UMNO)

TIMBALAN MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
YB Dato' Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Senator)

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMUDITI
YB Dato' Seri Douglas Uggah Embas (PBB)

TIMBALAN MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMUDITI
YB Dato' Noriah Binti Kasnon (UMNO)

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
YB Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili (PBS)

TIMBALAN MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
YB Dato' Sri Mahdzir Bin Khalid (UMNO)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
YB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob (UMNO)

TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
YB Dato' Tajuddin Bin Abdul Rahman (UMNO)

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN
YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz (UMNO)

TIMBALAN MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN
YB Dato' Joseph Salang Anak Gandum (PRS)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
YB Datuk Dr. Ewon Ebin (UPKO)

TIMBALAN MENTERI SAINS, TEKNOOGI DAN INOVASI
YB Dato' Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah (UMNO)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
YB Datuk Seri G. Palanivel (MIC)

TIMBALAN MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
YB Dato' Dr. James Dawos Mamit (PBB)

MENTERI PEMBANGGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
YB Datuk Rohani Binti Abdul Karim (PBB)

TIMB. MENTERI PEMBANGGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
YB Datuk Azizah Binti Mohd. Dun (UMNO)

Pelakon Suriati Baharom Disamun

Pelakon Suriati Baharom Disamun Di Stesen Minyak

pelakon suriati baharom disamun

Seorang pelakon, Suriati Baharom, 41 tahun telah disamun di stesen minyak di Daerah Sentul jam 7 pagi semalam. Kejadian berlaku sewaktu Suriati berhenti di sebuah stesen minyak untuk membeli minuman.

Menceritakan kembali detik pelakon tersebut disamun, Suriati berkata selepas dia membeli air minuman dia melihat empat motosikal dinaiki remaja berusia 20-an mengelilingi keretanya sebelum salah seorang daripada mereka memecahkan cermin kereta di sebelah penumpang dan mengambil Samsung Galaxy Tab Miliknya.

Melihat kejadian itu, Suriati berlari ke arah kereta dan merayu supaya dikasihani sebaliknya diketawakan serta diugut untuk merampas beg galasnya.

Suriati yang ketakutan berlari semula ke kaunter stesen minyak untuk meminta bantuan tetapi jurukaunter itu juga ketakutan dan tergamam tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Dia bernasib baik apabila sebuah teksi berhenti di stesen minyak tersebut menyebabkan penjenayah terbabit melarikan diri dan menyebabkan kerugian lebih daripada RM1500.

Dengan bantuan pemandu teksi dan beberapa pemuda yang datang ke stesen minyak tersebut membawa pelakon tersebut membuat laporan polis.

---------------------------------------------------------------------------------
Sumber Pelakon Suriati Baharom Disamun - HMetro.

p/s - Sebelum meninggalkan kenderaan, sila pastikan tiada barangan berharga didalam kenderaan anda atau sorokkan sedikit daripada penglihatan orang luar. Beringat sebelum terkena. Baik lelaki mahupun perempuan.


Harga Barang Keperluan Naik

Harga Barang Keperluan Harian Dah Mula Naik

Harga barangan keperluan harian dah naik?? Aku tak pasti sejauh mana kebenarannya.. Tapi dari yang aku baca dari blog rakan-rakan ada yang berkata sedemikian. Baru-baru ni aku terbaca roti Gardenia dah naik harga dari RM2.10 kepada RM2.40. Naik RM0.30. Aku jarang beli roti Gardenia dan tak pergi pula ke kedai runcit nak periksa harga roti Gardenia tu. Tapi.... Tengok gambar

Harga Barang Keperluan Naik

Aku kurang terasa kot sebab jarang beli pun roti Gardenia ni. Tapi dengar-dengar, terbaca-baca, harga roti canai pun dah naik??? Seorang blogger mendakwa harga roti canai di tempat dia dah naik dari RM1.20 kepada RM1.50. Tempat aku kali terakhir aku beli RM1.00. Tak tahu la lepas ni naik ke tak. Rajin juga makan roti canai.

Hari tu minum-minum di kedai kopi, terdengar meja sebelah bercerita harga petrol RON97 naik. Cuba mengoogle, naik RM0.20 dari RM2.70 kepada RM2.90. Nasib baik aku pakai RON95. RON95 atau RON 97, ini tidak mustahil untuk dijadikan alasan harga barangan dinaikkan oleh peniaga.

Dengar-dengar harga gas memasak juga sudah naik. Yang ini kurang pasti sebab ada yang kata bukan harga gas yang naik tetapi kos penghantaran yang naik. RM2 sekali penghantaran.

Harga barangan naik. Kos sara hidup meningkat. Apa kata korang?

Tips Untuk Mendapatkan Buffered Earning

Tips Untuk Mendapatkan Buffered Earning Dari Nuffnang

Tips Mendapatkan Buffered Earning Nuffnang

Kalau hari ni 5 Mei 2013 mungkin ramai blogger yang bercerita pasal hari mengundi PRU-13. Tapi aku nak bercerita pasal Buffered Earning atau lebih tepat tips untuk mendapatkan Buffered Earning dari Nuffnang. Hohohoho.....

Setelah agak lama iklan B.E tak singgah ke blog ni, dan secara automatik aku pun jadi malas nak buka akaun Nuffnang aku sebab merajuk. Haha... Semalam aku buka akaun Nuffnang aku, agak terperanjat sebab 4 iklan B.E menari-nari dalam blog aku... Hmm... Nama jer iklan B.E, income ciput jer pun :(

Nak bercerita tips untuk mendapatkan iklan Buffered Earning atau B.E dari Nuffnang ni, tips dia adalah.....
sorry.. den tak ado tips dio... Den pun dah setahun tak dapat iklan B.E. haha....

Tapi ramai blogger cerita nak dapat BE dari nuffnang ni,
1. Rajin-rajin update poll atau mengemaskini tinjauan dalam page nuffnang dan
2. Rajin-rajin hantar borang pertanyaan kepada pakcik-pakcik dan makcik makcik yang bekerja kat Nuffnang sana. muehehe.. Ini tips dari rakan blog den. En Fairus

Ini pula tips dari aku yang 'rasa-rasa' boleh dijadikan tips untuk mendapatkan iklan B.E ni. (Macam pelik jer ayat ni :P)
1. Rajin-rajin join event-event atau contest yang diadakan oleh pihak Nuffnang.
2. Buat entry yang fresh mresh supaya ramai 'unique visitor' yang masuk ke blog korang sebab dari logik, BE ni dikira berdasarkan 'unique visitor' yang masuk ke blog korang. Jadi kalau ramai unique visitor, pakcik makcik nuffnang mungkin terbekenan nak bagi iklan BE ni kat blog korang. kan kan kan.

Kalau korang rasa tips yang aku bagi, boleh dijadikan tips, gunalah. Sebab kenyataannya aku dah lama tak merasa BE ni..hehehe.... Entry ni sempena aku dapat BE dan sebab dah lama tak dapat BE. Jangan marah ye...

p/s : Jarang update blog sekarang sebab komputer dah tak ado Update kat Cyber Cafe jer. ScreenShot pun tak leh buat :(

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks