Harga Barang Keperluan Naik

Harga Barang Keperluan Harian Dah Mula Naik

Harga barangan keperluan harian dah naik?? Aku tak pasti sejauh mana kebenarannya.. Tapi dari yang aku baca dari blog rakan-rakan ada yang berkata sedemikian. Baru-baru ni aku terbaca roti Gardenia dah naik harga dari RM2.10 kepada RM2.40. Naik RM0.30. Aku jarang beli roti Gardenia dan tak pergi pula ke kedai runcit nak periksa harga roti Gardenia tu. Tapi.... Tengok gambar

Harga Barang Keperluan Naik

Aku kurang terasa kot sebab jarang beli pun roti Gardenia ni. Tapi dengar-dengar, terbaca-baca, harga roti canai pun dah naik??? Seorang blogger mendakwa harga roti canai di tempat dia dah naik dari RM1.20 kepada RM1.50. Tempat aku kali terakhir aku beli RM1.00. Tak tahu la lepas ni naik ke tak. Rajin juga makan roti canai.

Hari tu minum-minum di kedai kopi, terdengar meja sebelah bercerita harga petrol RON97 naik. Cuba mengoogle, naik RM0.20 dari RM2.70 kepada RM2.90. Nasib baik aku pakai RON95. RON95 atau RON 97, ini tidak mustahil untuk dijadikan alasan harga barangan dinaikkan oleh peniaga.

Dengar-dengar harga gas memasak juga sudah naik. Yang ini kurang pasti sebab ada yang kata bukan harga gas yang naik tetapi kos penghantaran yang naik. RM2 sekali penghantaran.

Harga barangan naik. Kos sara hidup meningkat. Apa kata korang?

3 comments:

  1. Aku check smlm.gas masih lagi rm 27...rasa berdosa sangat kat kwn2 BN pasal aku share ngan member PR gas naik...aku bukan sokong sangat pon parti2 nie...aku sokong islam je...klu dah pemimpin rasuah dan zalim macam umno..memeylah kita kene lawan...tp bukab lawan tabbur fitnah...menyesal gua beb...

    ReplyDelete
  2. AKU TAK DAPAT PASTIKAN KESAHIHANNYA..

    ReplyDelete

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks