Ustaz Kazim Elias Berhenti Beri Ceramah

Ustaz Kazim Elias Berhenti Beri Ceramah | Kecewa Difitnah


Aku rasa ramai yang kenal dengan penceramah bebas Ustaz Kazim Elias dan juga pengarang buku "Tuhan Sedang Menguji Kita". Ustaz Kazim Elias Al Hafiz 41 tahun yang mengambil keputusan untuk berhenti dari memberi ceramah adalah kerana kecewa akibat difitnah serta dituduh memberi ceramah berbau politik sehingga dilabel sebagai 'Ustaz Politik'

Selain kecewa difitnah, Ustaz Kazim Elias juga bimbang akan keselamatan dirinya yang pernah menerima ugutan pukul dan bunuh di rumah serta pusat pengajiannya di Pusat Pendidikan Al-Barakah, Manjoi, Perak selain dimaki hamun di blog dan facebook miliknya.

Baru-baru ini, Ustaz Kazim mendakwa hampir disimbah cuka berhampiran rumahnya.

"Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab" Ustaz Kazim

Sumber - Hmetro 18 Mei 2013

-----------------------------------------------------------------

p/s - Lahanat puak-puak yang buat kerja macam ni! Politik lebih penting dari agama. Sebab tu kalau ada orang cakap malas nak amik port pasal politik, jangan marahkan orang tu sebab politik kat malaysia ni KOTOR!! Sorry to say! Sapa yang sakit hati dengan tulisan aku ni, terima jer lah. Tak yah taksub sangat dengan politik!!!

2 comments:

  1. USTAZ YANG PALING AKU MINATI.. TAPI SAYANG, DIA MAHU BERHENTI BERCERAMAH.. LAST DIA DATANG MELAKA AWAL TAHUN LALU.. MEMANG DIA AD BERITAHU DIA AKAN BERHENTI BERCERAMAH SEBAB HAL-HAL SEPERTI DINYATAKAN... TAPI TAK MENGAPA, CERAMAH-CERAMAH UKE DI YOUTUBE MENJADI PENGUBAT DUKA..

    ReplyDelete
  2. Depa ni mmg dengki...ustaz kazim mmg aku minat dia berceramah. Dia ni tak memihak pada mana2 politik jd sbb tu org yg ugut dia ni org yg taksub dgn politik... UstazKazim terbaik....

    ReplyDelete

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks