Punca Sebenar Remaja OKU Di Kurung

Punca Sebenar Remaja OKU Di Kurung Hingga Kurus Kering


Punca Remaja OKU dikurung kurus kering

Selepas berita mengenai seorang remaja OKU yang dikurung sehingga kurus kering bagai mayat bernyawa tersebar luas di internet, ibu kepada remaja malang terbabit yang dikenali sebagai Lola, 40 tahun menjelaskan punca sebenar dia mengurung anaknya dan dibiar kurus kering.

"“Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami"

“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,”

“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,”

Ibu kepada remaja malang terbabit yang telah pun berkahwin lain selepas bercerai dengan suami pertamanya mendakwa dia tidak mengurung atau meninggalkan anak nya itu sebaliknya setiap hari sebelum pergi ke tempat kerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dia akan meninggalkan makanan dalam bekas polesterin.

Dakwanya lagi, kesibukan kerja membuatkannya tiada masa untuk mengurus anak sulungnya itu yang kini berusia 15 tahun selain ingin anaknya itu hidup berdikari.

“Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang,”

Apabila ditanya mengenai nasib anaknya selepas ini, dia telah membuat keputusan untuk menyerahkan anaknya itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Bukan saya tidak sayangkan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu. Saya fikir apa akan jadi pada Muhammad Firdaus jika saya mati nanti. Ajal maut di tangan Allah SWT, saya tidak tahu jadi saya perlu bersedia,”

Ibu Kepada Remaja OKU Yang Dikurung Kurus Kering Ditahan Reman 4 Hari

Ibu kepada remaja malang terbabit kini ditahan reman selama 4 hari sehingga Rabu ini dan kes disiasat dibawah Seksyen 31 Akta Kanak Kanak 2001

Sumber Punca Sebenar Remaja OKU Di Kurung Kurus Kering : HMetro.

Remaja OKU Kurus Kering Stabil

Keadaan Remaja OKU Kurus Kering Dilapor Stabil



Selepas berita mengenai keadaan remaja OKU yang dikurung sehingga kurus kering tersebar di internet, ramai yang meluahkan rasa simpati dan sedih selepas melihat keadaan remaja OKU terbabit. Memang menyayat hati melihat keadan remaja tersebut yang sangat kurus sehingga menampakkan tulang kerangka.

Remaja OKU terbabit, Muhamad Firdaus Dullah, 15 tahun dilaporkan dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan ditempatkan di wad kanak-kanak serta dipantau dari masa ke semasa.

Pemeriksaan doktor mendapati remaja terbabit tidak mengalami sebarang demam atau batuk atau sebarang jangkitan penyakit walaupun sewaktu anggota Ops 6P menemui remaja terbabit, tempat tersebut dipenuhi dengan najis serta tanah.

Buat masa ini, remaja terbabit diletakkan dibawah penjagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengarahkan JKM melakukan siasatan terperinci berhubung kejadian pengabaian remaja kurang upaya itu.

Menteri berkenaan Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata sekiranya benar terdapat unsur pengabaian, JKM akan menempatkan remaja itu di pusat perlindungan kendalian JKM.

Hasil soal siasat yang dilakukan terhadap ibunya, remaja terbabit serta ibunya berasal daripada Sabah dan kedua ibu bapanya telah bercerai.

Walau bagaimana pun, ibunya menafikan yang dia mengurung remaja OKU terbabit.

Sumber : SumberHarian

Remaja OKU Dikurung Hingga Kurus Kering

Remaja OKU Dikurung Hingga Kurus Kering

Remaja OKU dikurung sehingga kurus kering

Seorang remaja kurang kelainan upaya (OKU) berusia 15 tahun di kurung sehingga kurus kering di salah sebuah rumah di Flat Semarak, Nilai.

Remaja terbabit ditemui sewaktu operasi Ops 6P Jabatan Imigresen dilakukan awal pagi tadi
(21 Jun 2014)

Hasil maklumat orang awam, rumah tersebut dipecah masuk dan menemui remaja terbabit terbaring yang pada mulanya menyangka dia sudah meninggal kerana keadaannya yang kurus kering. Namun terperanjat kerana remaja tersebut masih bergerak

Remaja tersebut kemudiannya dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan lanjut.

Ibu kepada remaja OKU tersebut ditahan sebaik sahaja pulang dari kerja untuk disoal siasat berhubung keadaan remaja tersebut. Kes dirujuk dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Sumber : Hmetro 21 Jun 2014

-------------------------------------------------------------------

Ya Allah kesiannya tengok budak tu.....

Update : Remaja OKU yang dikurung dilaporkan stabil

Email Palsu Maybank2U

Berhati-Hati Dengan Email Palsu Dari Mybank2U


Pernah tak korang dapat email daripada Maybank2U yang meminta anda kemaskini maklumat perbankan korang?

Baru-baru ni aku ada dapat email daripada Maybank2U (Sebenarnya dah banyak kali dapat email daripada Maybnak2U). Bentuk email dia lebih kurang macam gambar dibawah


Kalau korang pernah dapat email macam ni... Sila berhati-hati sebab email tersebut bukan daripada pihak Maybank. Email tersebut adalah sindiket penipuan di internet atau Scam.

Modus operandi dia apabila penerima email palsu tersebut klik pada link yang diberikan yang bertulis www.maybank2u.com.my korang akan dibawa ke satu Web yang hampir serupa dengan web Maybank2U yang sebenar. Seperti biasa untuk log in, perlu masukkan username serta password. Dari situlah mereka akan mendapatkan data username serta password korang kerana apabila username dan password dimasukkan, maklumat tersebut akan disimpan dalam database Scammer. Bila maklumat tersebut jatuh ke tangan mereka, faham-fahamlah.

Aku cuba cek link yang diberikan dalam email palsu tersebut yang bertulis www.maybank2u.com.my dengan copy link URL dia. Bila aku paste dengan notepad dia keluar link
http://www.cleanindiajournal.com/wp-content/easy-relative-date/languages/index.htm

Bila aku paste ke browser pula, link yang keluar adalah
http://www.puritydental.co.uk/images/smilies/M2u/M2ULogin.doaction=Login.html
dan link tersebut dah pun disekat


Dah disekat oklah... Kalau belum? So sila berhati-hati jika mendapat email yang melibatkan kemaskini akaun perbankan atau yang melibatkan wang. 

p/s : Google kat internet, penipuan web palsu ni dah lama... Dah 5 6 tahun... Ish ish...

Remaja Cina Hina Umat Islam

Remaja Cina Hina Kedatangan Ramadhan Dan Syawal

Dulu kecoh pasal kes Alvin dan Vivian yang menghina umat islam dengan memuat naik gambar yang jelas menghina islam dengan kata-kata
"Selamat Berbuka Puasa (Dengan Bak Kut Teh... Enak, Wangi, Menyelerakan)"


Kali ni timbul lagi isu remaja cina menghina Islam. Kali ni daripada remaja cina yang menggunakan nama Chow Jack di FB yang menulis status yang jelas-jelas menghina umat Islam juga junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.


Selepas status bodoh mamat ni, tak tahu la siapa yang agak hebat berjaya mendapatkan makluamt mengenai Chow Jack ni melalui 'Daily Traffic Report'


Panas... Kalau jumpa tengah jalan ni rasa nak bagi pecah muka je. BANGANG!!!!

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks