Email Palsu Maybank2U

Berhati-Hati Dengan Email Palsu Dari Mybank2U


Pernah tak korang dapat email daripada Maybank2U yang meminta anda kemaskini maklumat perbankan korang?

Baru-baru ni aku ada dapat email daripada Maybank2U (Sebenarnya dah banyak kali dapat email daripada Maybnak2U). Bentuk email dia lebih kurang macam gambar dibawah


Kalau korang pernah dapat email macam ni... Sila berhati-hati sebab email tersebut bukan daripada pihak Maybank. Email tersebut adalah sindiket penipuan di internet atau Scam.

Modus operandi dia apabila penerima email palsu tersebut klik pada link yang diberikan yang bertulis www.maybank2u.com.my korang akan dibawa ke satu Web yang hampir serupa dengan web Maybank2U yang sebenar. Seperti biasa untuk log in, perlu masukkan username serta password. Dari situlah mereka akan mendapatkan data username serta password korang kerana apabila username dan password dimasukkan, maklumat tersebut akan disimpan dalam database Scammer. Bila maklumat tersebut jatuh ke tangan mereka, faham-fahamlah.

Aku cuba cek link yang diberikan dalam email palsu tersebut yang bertulis www.maybank2u.com.my dengan copy link URL dia. Bila aku paste dengan notepad dia keluar link
http://www.cleanindiajournal.com/wp-content/easy-relative-date/languages/index.htm

Bila aku paste ke browser pula, link yang keluar adalah
http://www.puritydental.co.uk/images/smilies/M2u/M2ULogin.doaction=Login.html
dan link tersebut dah pun disekat


Dah disekat oklah... Kalau belum? So sila berhati-hati jika mendapat email yang melibatkan kemaskini akaun perbankan atau yang melibatkan wang. 

p/s : Google kat internet, penipuan web palsu ni dah lama... Dah 5 6 tahun... Ish ish...

0 comments:

Post a Comment

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks