Remaja OKU Kurus Kering Stabil

Keadaan Remaja OKU Kurus Kering Dilapor Stabil



Selepas berita mengenai keadaan remaja OKU yang dikurung sehingga kurus kering tersebar di internet, ramai yang meluahkan rasa simpati dan sedih selepas melihat keadaan remaja OKU terbabit. Memang menyayat hati melihat keadan remaja tersebut yang sangat kurus sehingga menampakkan tulang kerangka.

Remaja OKU terbabit, Muhamad Firdaus Dullah, 15 tahun dilaporkan dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan ditempatkan di wad kanak-kanak serta dipantau dari masa ke semasa.

Pemeriksaan doktor mendapati remaja terbabit tidak mengalami sebarang demam atau batuk atau sebarang jangkitan penyakit walaupun sewaktu anggota Ops 6P menemui remaja terbabit, tempat tersebut dipenuhi dengan najis serta tanah.

Buat masa ini, remaja terbabit diletakkan dibawah penjagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengarahkan JKM melakukan siasatan terperinci berhubung kejadian pengabaian remaja kurang upaya itu.

Menteri berkenaan Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata sekiranya benar terdapat unsur pengabaian, JKM akan menempatkan remaja itu di pusat perlindungan kendalian JKM.

Hasil soal siasat yang dilakukan terhadap ibunya, remaja terbabit serta ibunya berasal daripada Sabah dan kedua ibu bapanya telah bercerai.

Walau bagaimana pun, ibunya menafikan yang dia mengurung remaja OKU terbabit.

Sumber : SumberHarian

0 comments:

Post a Comment

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks