Azam 2011


Salam semua kepada pembaca-pembaca Amry's Blog.
Hari ni Jumaat, 31 Dis 2010. Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi tahun 2010 akan melabuhkan tirainya. Segala kenangan pahit dan manis semuanya akan tersimpan rapi didalam diari 2010 masing-masing. Dan macam biasalah kalau dah tahun baru ni, semua pakat nak buat azam baru. Azam nak kahwin....nak berenti rokok....nak ubah perangai....nak itu nak ini, dan macam-macam azam lagi lah.

Kalau nak cerita kenangan pahit ni, aku bukan lah jenis yang suka meraih simpati atau mewar-warkan kisah sedih aku, tambahan kalau ianya melibatkan peribadi. kan kan kan. Cerita pahit maung biar aku jer yang tahu dan biar ianya tertutup rapat dalam diari aku (tak der diari pon). Bab kenangan manis pula adalah sewaktu aku diterima bekerja di sebuah kilang baru...hahaha...manis ke kenangan ni? Setelah hampir 3 tahun aku bekerja di kilang lama yang sememangnya menambah dosa aku (dosa menyumpah seranah kilang lama aku tu dek kerana management yang kurang baik dan kilang yang agak kedekut..huhu..Demn!!...tak tau bersyukur lansung aku ni)
Kenangan manis sebab aku ni bukan jenis tukar-tukar tempat kerja dan kilang baru tempat aku bekerja ni adalah tempat kerja kedua aku. Sekali dapat tukar tu, teruja la jugak. kan kan kan.

Bab azam tahun baru ni pula, aku berazam nak memperbaiki kehidupan aku ke arah yang lebih baik. Kalau tahun 2010, ekonomi aku agak teruk, tahun 2011 ni aku harap ianya dapat diperbaiki.Biarlah ada sedikit duit simpanan...huhu...  Aku juga berharap aku akan menjadi lebih matang didalam menempuh kehidupan ni. Pada tahun 2011 ni juga aku harap aku akan kekal sebagai seorang blogger, sebaris dengan blogger-blogger diluar sana yang telah berjaya. Amry's Blog. Bukan sekadar tempat untuk menulis!! Ewah!!

Itu jer lah kot sedikit sebanyak kenangan aku ditahun 2010 dan azam aku ditahun baru yang akan menjelma nanti. Apa azam korang?

Good Friends Are Always Close To The Hearts

Salam Harimau Malaya kepada pembaca-pembaca Amry's Blog sekalian. Wah. Masih terasa bahang semangat Harimau Malaya ni. Yeahhhh!!! huhu... Ok. Beberapa hari lepas, aku kena tag derrrr. Bukan 10 bukan 20 bukan 30 tag, tapi.......2 tag jer..hehehe... Gaya macam banyak tag la plak.... 2 Tag ni pon penat nak menjawabnya. First, aku kena tag dengan intankuterpilih. Haaaa.... Kalau korang nak tahu Intankuterpilih ni......memang bukan kakak aku.. Muehehehe Second...nanti aku bagi tau siapa orangnya. Okay? Tanpa membuang masa, aku terus menjawab tag daripada bukan kakak aku ni...hehehe (Awatla aku ni banyak sangat ketawa? Ish..Rimas aku)

Tag  kali ni sila lah rujuk kepada tajuk diatas yer. Malas pula aku nak menaip tajuk tag ni. Dan ini adalah soalan-soalan nyer......



1. Apakah nama pena yang sesuai untuk blog Intankuterpilih - Sekadar Menulis Apa Yang Ku Rasa
Hmmm...Ni pendapat aku lah erk. Aku rasa nama pena yang sesuai untuk Intankuterpilih ni..........LoveMom
(Macam tak sedap jerk nama pena yang aku bagi ni erk) Kenapa LoveMom? 
* Mom = Sah-sah la dia ni dah kawin, dah ada anak lagi. Sebab tu lah kena ada Mom. Ok tak ok tak?
* Love = Walaupon dia menulis sekadar apa yang dia rasa (tak tahu lah dia rasa pedas ker, masam ker, masin ker, pahit ker waktu dia menulis tu kan. Nak tahu g tanya dia sendiri erk) Antara penulisan dia yang paling menyerlah dimata aku adalah tips-tips cintan. Antara tips dia "Jalan Penyelesaian Tanpa Restu", "Hubungan Tak Direstui. Mengapa?", "Tips Mengenali Pasangan Suami/Tunang Orang Atau Bujang". Selain tu ada juga tips-tips penjagaan wajah. Pendek kata berinformasi juga la blog LoveMom ni. Pendek kata. Silalah terjah.

2. Apakah Perubahan Yang Perlu Dibuat Untuk Blog Intankuterpilih - Sekadar menulis Apa Yang Ku Rasa
Kalau boleh sila letak widget :
* SiteMap : Mudah untuk pembaca melihat keseluruhan entry
* Kategori : Mudah pembaca memilih kategori tertentu

3. Apakah Komen Anda Tentang Blog Intankuterpilih - Sekadar Menulis Apa Yang Ku Rasa
TERBAIK
* Seorang yang peramah. Setiap komen pasti akan dibalas
* Template memang kemas. Mata rabun boleh terqangggg kalau g blog dia. hehe
* Blog yang sesuai untuk setiap lapisan masyarakat :) - Berinformasi!!

4. Sila Tag 10 Orang Blogger Yang Anda Kenali Untuk Pemberian Tag Ini.
Adoiiii...Ni yang lemah ni....Saper yang aku nak tag ni? 10 orang. Ramai tu baiiii..... Bukan semua suka tag ni. Kan kan kan.... Nasib korang lerrrrr..... Calon-calon blogger yang baik hati jatuh kepada :
 (8 dah la yer, yang lain masih baru kat blog aku ni.. hehehe..)
Sorry la yer yang mana kena tag tu.... Kalau tak nak balas, suka hati korang lah. Aku tak suka paksa-paksa ni..

Ok. Settle!!!!

Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010


Bravo!!!Bravo!!!Bravo!!! Akhirnya kejuaraan menjadi hak milik Malaysia didalam Piala Suzuki AFF malam tadi dengan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta setelah penantian selama 14 tahun. MALAYSIA BOLEH!!!!!!
Sungguh teruja aku dengan kemenangan ni walaupon aku tak dapat menyaksikan perlawanan tersebut. "RAJA ASIA TENGGARA", itulah title yang telah dinobatkan untuk pasukan Malaysia!!YEAH!!!

Syabas aku ucapkan untuk pasukan Malaysia. Walaupon terpaksa berhadapan dengan 295000 penyokong Indonesia, namun ternyata ianya tidak pernah menggentarkan semangat pasukan Malaysia kita. SKUAD HARIMAU MALAYA telah membuktikan keberaniannya!!! Ngaumannya terbukti mampu menundukkan keangkuhan Sang Garuda!!!

Tak dapat aku bayangkan betapa kentalnya semangat pasukan Malaysia kita yang terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta berbanding penyokong Malaysia yang hanya seramai 500 penyokong!!! Sungguh terharu aku dengan kesungguhan diorang. Terima kasih aku ucapkan untuk pemain-pemain Malaysia amnya dan kepada Mohd Safee Sali juga Khairul Fahmi khasnya yang telah membawa Malaysia ke puncak kejayaan!!! Tidak dilupa kepada Jurulatih pasukan, K Rajagobal di atas segala perancangan yang telah dibuat. "KORANG MEMANG DABOM!!!!" TAHNIAH DAN SYABAS!!! MALAYSIA BOLEH!!!

Saya Blogger Perak


Ini bukan contest yer. Tapi adalah salah satu usaha untuk menyemarakkan lagi dunia blogging ni (yeh!!I like it!!) yang telah dianjurkan oleh  Blog Pilihan Malaysia 2010. Tujuan kategori ini dibuka adalah untuk mengumpulkan blogger-blogger mengikut negeri. Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut sila ke link ini k. 
Aku nak buat entry aku...Jazzzz...!!!

Anak sapa ni? :P
Nama : Khairul Amry aka Amry
Status : Single derrrrr. Ader sesaper anak dare yang single kat sini? Boleh lah mencuba nasib. wakaka (Sila hijaukan muntah anda :P)
Cara Hubungi : Facebook (Khairul Amry Mohamad Puad)
                      : Twitter (amry85)
                      : Email (amry85@ymail.com)
Daerah : Krian
Tempat Tinggal : Bagan Serai
Tempat Menarik Ditempat Aku : Kuala Gula (Pusat Pelancongan)

Siap!!! Blogger-blogger Perak. Sila buat satu barisan yer. Muahahahahaha

Blogwalking Management


First sekali aku nak gtahu entry ni :
1. Hanya untuk mereka masih newbie macam aku.
2. Follower masih ciput macam aku. Follower ribu riban, tak seswai
3. Tak tahu cara blogwalking yang betul.
4. 24 jam ngadap komputer atau lappy
5. Minat blogwalking (Tak terrer SEO macam aku, wajib blogwalking, mminat belakang kira :))

Korang mesti tahu apa itu blogwalking kan. Kalau tak tahu, blogwalking ni jalan-jalan kat blog orang lain, dan tinggalkan link korang tuk tingkatkan traffik ke blog korang. Tapi bagaimana cara untuk blogwalking? Blogwalking hard atau blogwalking smart? Haaaa.... Ingat study jer ke ada hard smart ni...

Mula-mula dulu aku blogwalking, hantam kromo jer. Singgah jer mana blog yang terklik dek mouse ni. Alhamdulillah, follower meningkat sikit. Komen pon kalau dulu satu entry nak dapat 10 komen pon susah, sekarang tak la sesusah dulu. 

Pernah dengar Blogwalking Manegement? Aku dapat idea ni setelah aku agak kelamkabut untuk blogwalking ke setiap blog yang telah aku follow. 10 blog bermaksud 10 entry kena baca dan tinggalkan komen. Kalau 20 blog? 30 blog? 100blog? Blogwalking Management ni bukan sekadar cara macam mana korang singgah ke satu-satu blog tu, tapi macam mana nak manage korangnya masa blogwalking disamping mengekalkan korang melawat blog yang korang follow (follow-up) tu dan MEMBUATKAN BLOGGER YANG KORANG FOLLOW TU TURUT FOLLOW BLOG KORANG (Tak follow pon, sekurang-kurangnya singgah ke blog kita dan tinggalkan komen dah ok dah)

Disini aku buat satu-satu step Management dia. Aku beranggapan korang dah ada follower yang follow korang. Pelawat blog setia korang sendiri.
1. Apabila korang buat satu entry baru. Sementara menunggu entry korang dikomen, g blogwalking dengan blog-blog yang korang dah follow dan tinggalkan ler link entry baru korang tu. (kerje-kerja mengeping aku anggap korang dah buat la erk)
2. Apabila ada komen baru didalam entry baru korang tu, tinggalkan kerja-kerja blogwalking korang tu, balas komen yang baru korang dapat tu. Then pergi ke blog jurukomen tersebut. Kalau pengomen tu adalah follower korang atau korang follow dia, cek samada dia ada entry baru atau tidak. Jika ada, tinggalkan juga komen korang tuk entry baru dia. Sekarang sudah ada perhubungan diantara 2 hala yang "harmoni". U komen    I komen lorrr.. Tapi jika dia tiada entry baru cukuplah sekadar membalas komen dia. Jika pengomen tu korang belum follow, cek blog dia. Menarik tak entry-entry dia di mata korang, kalau menarik silakan follow.Kalau tak menarik, tapi suka suki nak follow, tak yah la kot aku rasa. Sebab nanti akan buat korang pening kalau banyak sangat yang korang follow.
3. Buat perkara yang sama terhadap jurukomen-jurukomen yang lain. Sekarang korang dah mewujudkan satu hubungan diantara blogger yang akan membuatkan jurukomen tu akan datang lagi ke blog korang dan tinggalkan komen di blog korang.
4. Selesai kerja-kerja melawat blog-blog pengomen korang. Teruskan melawat blog-blog yang telah korang follow tadi dan sambung kerja-kerja blogwalking korang tu.

Jangan terlalu baik hati. Dalam Blogwalking Management ni, korang mesti akan jumpa blog-blog baru kan. Jika pertama kali korang lawat dan komen blog baru tu tetapi blog tu tak bertandang pon ke blog korang, It's ok. Tapi kalau dah 10 kali korang komen, tapi dia tak singgah blog korang pon, tak yah follow dah ler kot. Buang masa jer kot. Yang aku maksudkan ni adalah blogger-blogger atau bog-blog baru. MELAINKAN BLOG TU BERINFORMASI. (Selalunya yang tak bertandang atau komen blog kita yang baru ini adalah blog-blog otai. Sebab mereka takut PR mereka drop kalau tinggalkan komen kat blog yang PR rendah :) Dalam soal ni aku tak salahkan mereka. Bab ni depend kat korang la. Kalau nak terus follow, itu hak korang

Lagi satu kalau komen korang TAK DIAPPROVE oleh empunya blog tu. Cek balik kenapa. Kalau korang rasa komen korang tu ok jer, tak menyakitkan hati empunya blog tu tapi dia suka suki tak nak approve, mungkin dia nak member-member dia jer kot bagi komen kat dia, tak yah datang dah lah ke blog tu. memang buang masa korang. Tapi kalau korang rasa korang nyer komen tu menyakitkan hati, g la mintak maafffff.....cakapla korang manusia biasa, bukan oltramennn...

Itulah sedikit sebanyak tips aku nak bagi untuk Blogwalking Management ni. Lagi sekali aku ingatkan. Tips ni :
1. Hanya untuk mereka masih newbie macam aku.
2. Follower masih ciput macam aku. Follower ribu riban, tak seswai
3. Tak tahu cara blogwalking yang betul.
4. 24 jam ngadap komputer atau lappy
5. Minat blogwalking

So, selamat berblogwalking dengan consistent :)

Camner korangnya Blogwalking Management? Share la kat sini? hehe

P/S: Tak yah guna tips ni kalau setakat jerit kat Shoutbox. Tak kan menjadi!!!

Beri Anak Dalam Kandungan-HMetro

Sumber :Harian Metro


 “Maafkan ayah nak...walaupun hati ayah berat untuk membuat keputusan ini, namun demi kebaikan masa depanmu, ayah terpaksa,” rintih seorang lelaki yang mahu menyerahkan anak dalam kandungan isterinya kepada keluarga lain atas alasan tidak mampu menampung kehidupannya sekeluarga. 


Itulah rintihan suara seorang bapa, Shahrul Rahman 33 tahun yang disuarakan terhadap anak di dalam kandungan isterinya, Aishah Ismail 26 tahun pada 2006. Artikel yang menjadi tajuk utama Harian Metro 28 Dis 2010. Shahrul Rahman, seorang pengawal keselematan yang terpaksa mengambil keputusan tersebut rentetan dari kesempitan hidup yang dialami. Kisah hidup mereka bermula apabila perniagaan Shahrul sebagai pengendali makanan dikantin sekolah mengalami kemerosotan.


Kesempitan hidup mereka menjadi lebih tidak tertanggung apabila Shahrul terpaksa menanggung hutang ceti haram yang dipinjamnya. Selain daripada pernah mencuba untuk membunuh diri, Shahrul juga hampir menukar agama kerana terpengaruh dengan rakannya yang hidup senang selepas menukar agama. 


Shahrul yang hanya berpendatan RM780 sebulan hanya mampu menumpang bilik dirumah rakannya di Kota Damansara. Pernah satu ketika mereka hanya mampu makan ubi kayu yang ditanam dibelakang kantin selain anak kedua dan ketiga pasangan itu tidak pernah diberikan susu sebaliknya hanya air sejuk.


Anak keempat pasangan itu telah pon diserahkan kepada seorang penjawat awam setelah menerima wang "sagu hati" berjumlah RM2K. Kini isterinya disahkan mengandung lagi pada bulan lalu dan rungsing memikirkan kandungan yang bakal lahir itu dan berhasrat menyerahkan bayi yang bakal dilahirkan itu kepada keluarga lain


-----


Itulah antara kesukaran hidup yang dialami oleh Shahrul Rahman setelah perniagaannya menemui kegagalan. Sedih juga la aku dengan nasib diorang tu. Macam mana la kalau aku ditempat dia kan. Tapi rasanya bab serah anak tu aku rasa mungkin ada jalan lain. Dipahamkan Shahrul ni tinggal di Kota Damansara. Aku tak pernah g Kota-kota ni, tapi kaau dah kota, sara hidup pasti tinggi kan. Why not dia pindah ke satu tempat yang tidak memerlukan sara hidup yang tinggi. Sekurang-kurangnya kurang sikit kos sara hidup.


Lagi satu bab anak dalam kandungan tu, ish, kalau dah tahu keluarga tak mampu, kenapa tak rancang keluarga kan. Untuk apa menerima "ahli keluarga baru" jika hanya sekadar untuk menyerahkan ahli keluarga baru tu kepada orang lain.


Umpama menyempitkan lagi bilik yang sudah sempit yang telah sedia ada sempit. Along!!!. Rasanya kalau Sedara Shahrul tu tak buat pinjaman Along tu, mungkin dia masih mampu memperbetulkan keadaan kan.


Dah ada pengalaman berniaga. Bukalah perniagaan lain, tak kisah la perniagaan kecil sekali pon, buka kedai goreng pisang, jual nasi lemak atau apa-apa perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar. Lama-lama keadaan ni pasti dapat diperbaiki. 9/10 rezeki adalah dari perniagaan.


Itulah antara pendapat aku. Kalau sekarang kecoh pasal Piala Suzuki AFF. Perkara macam ni perlu dikecohkan juga.

Piala Suzuki AFF. Go Malaysia!!!


Tetiba aku pun terikut semangat dengan kemenangan Malaysia malam tadi menewaskan Indonesia 3-0. Kalau blog lain mengulas tentang perlawanan Malaysia melawan Indonesia di dalam Piala Suzuki AFF malam tadi, aku rasa tak perlu lagi lah aku nak ulas lagi pasal tu kan. Lagipun aku rasa 1 Malaysia dah tahu pasal kemenangan tersebut kan. Dan lagipun aku ni bukan peminat bola sangat. Kalau nak buat entry pasal perlawanan bola tu pon aku rasa dah terlambat :P

Malam tadi walaupun dalam tugas (shift malam), tapi sempat juga aku keluar ngan kawan-kawan pergi kedai mamak menonton perlawanan Malaysia menentang Indonesia. Jarang aku tengok perlawanan bola kat kedai mamak ni. Sebagai bukan peminat bola yang tegar, aku sendiri teruja la dengan perlawanan tu. Yer la kan. Negara sendiri mara ke Final Piala Suzuki AFF. Kena la bagi sokongan. Dalam kesempatan ni, aku nak ucap tahniah kepada pasukan Malaysia sebab menang 3-0 malam tadi melawan Indonesia. Yang ni baru lah masa yang tepat tuk laung MALAYSIA BOLEH!!!. Tul tak? Malaysia ni semua boleh, sampai benda tak elok pon BOLEH! (Sorry lari tajuk :P) Harap dalam perlawanan kedua di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta 29 Dis ni, Malaysia akan mengekalkan rentak kejuaraannya. Walaupon menang dalam perlawanan pertama, jangan terlalu taksub sebab perlawanan kedua sedang menanti. Ketaksuban yang terlampau bakal mengundang kekecewaan!

P/S :Pagi tadi aku balik umah, sedang duk makan ngan family, mak aku cakap, adik aku menangis dengan kemenangan tersebut. Pergh!!! Semangat gila. Sekali aku terasa nak nangis. hehe. GO MALAYSIA!!! U CAN DO IT!!!

Bagaimana Gaya Penulisan Korang?


Pertama sekali aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan aku yang sering berkunjung ke blog aku ni. Kepada yang rajin baca blog aku ni, pasti tahu gaya penulisan aku yang macam kanak-kanak rebina (ada member blog aku kata aku macam kanak-kanak rebina..hehe).

Aku rasa korang tak dapat tangkap lagi kan apa yang aku nak cakap dalam entry aku kali ni. Korang setuju tak kalau aku cakap "gaya penulisan seseorang tu mencerminkan diri seseorang tu?" Mungkin ada yang setuju, tak kurang juga yang menyangkal. Tul tak? Aku sendiri tak beraper setuju dengan kenyataan yang aku buat tu.

Dalam dunia blog, kita berblogwalking, lawat blog tu, lawat blog ni, bermacam gaya penulisan kita jumpa betul tak? Sometimes gaya penulisan seseorang tu berpandukan nichie blog dia. Contoh blogger tu seorang pakar motivasi, tak kan gaya bahasa yang dia sampaikan dalam blog dia macam budak-budak yang berumur 10 tahun kot. Tapi adakah kerana dia seorang pakar motivasi, menggunakan bahasa skema, dengan mudah kita menggagap dia seorang yang skema juga di dunia realiti? Maybe dia seorang yang suka bergurau juga diluar, menggunakan bahasa "gua lu" dengan rakan-rakan diluar. Bagaimana pula jika seseorang tu yang menggunakan gaya bahasa kebudak-budakkan didalam blog dia (maybe macam blog aku), tulis entry bodos-bodos, kita terus mengganggap dia seorang yang tidak matang? Siapa tahu didunia realiti dia seorang yang serious dan matang? Menggunakan bahasa kebudak-budakkan didalam blognya sekadar untuk membuat pembaca enjoy sewaktu membaca entry dia. Siapa tahu. Betul tak? So, kurang tepat la pada aku untuk judge diri si penulis dengan gaya penulisan dia.

Macam blog aku ni, sometimes aku buat gaya penulisan macam kanak-kanak rebina hanya untuk menghiburkan pembaca blog aku dan aku sendiri tengah happy waktu menulis entry tersebut, tapi tahu tak korang yang aku seorang yang agak pendiam diluar dan jarang bercakap. Dan sometime aku buat gaya penulisan yang sedikit serious sesuai dengan topik satu-satu entry yang aku buat.

Tapi yang aku pasti, dari gaya penulisan seseorang tu, kita boleh menilai perasaan dia sewaktu dia menulis entry tersebut. Maybe dia sedang happy waktu menulis, sedih, marah atau apa-apa lagi perasaan. Juga dapat menilai kepandaian seseorang itu mengolah bahasa yang ingin disampaikan. Setuju?



P/S :Sometimes untuk menilai seseorang, perlu menggunakan deria keenam.
P/S/S : Don't judge a book by the cover

Tips Menjimatkan Petrol Siri 1


Terasa lama juga aku tak berblogwalking. Visitor sah-sah menjunam. Tak blogwalking pon menjunam gak.. huhu
Kali ni aku nak kasi tips sikit kat korang. Kalau dah baca tajuk aku kat atas tu, sah-sah korang dah tahu tips apa aku nak bagi kan.  Tanpa membuang masa, jom terjah entry aku ni.

Seperti semua orang sudah sedia maklum kan, harga minyak baru saja naik baru-baru. So dok asyik merungut-rungut pon tak guna juga, harga tetap sama. Jadi macam mana caranya tuk kita memaksimumkan penggunaan minyak dan meminimumkan kos minyak yang perlu kita tanggung setiap hari. Tips ni rasanya ramai yang tahu, pernah keluar dalam suratkhabar pon, tapi saja lah aku nak tulis kan.

Tips Menjimatkan Petrol Siri 1
1. Isi minyak ketika suhu rendah/sejuk
Kebiasaannya suhu rendah pada waktu pagi atau malam. Kalau korang rasa sejuk tu, suhu rendah la maknanya tu.... Kenapa isi sewaktu suhu rendah? Secara teori, petrol mempunyai molekul-molekul gas didalam nya. Dan secara teorinya juga, molekul-molekul gas ni akan terbebas dari ikatan polimer masing-masing apabila suhu meningkat atau panas (Pergh, guna bahasa sains pulak aku...hehe). Dengan terbebasnya molekul-molekul gas ni, maka kuantiti petrol itu akan berkurang. Nak test? Isi petrol dalam botol bertutup, letakkan ditengah-tengah panas atau kawasan lapang (kalau rjin timbang dahulu kuantiti botol tersebut) Biarkan beberapa ketika, selepas tempoh tertentu korang akan lihat botol tersebut berwap dan bergas. Apabila korang buka penutup tersebut, akan ada bunyi gas terbebas. Selepas tu, cuba timbang balik, berkurang ker bertambah? Pernah isi minyak waktu tengah hari? Waktu korang buka penutup tank minyak korang, ada bunyi tak? Ada bau gas tak? Kalau ada, itu tandanya gas terbebas dan kuantiti minyak korang telah pon berkurang. So, nak jimat, isi minyak sewaktu suhu rendah. Elakkan juga kenderaan korang terjemur ditengah panas. Ianya akan membebaskan gas didalam tank minyak korang.

2. Hos Nozzle.
Renggangkan hos nozzle sewaktu mengisi minyak. Kenapa? Ambil paip yang panjang kat rumah korang, gulung-gulungkan sikit, buka paip sehingga air keluar, kemudian tutup. Ada air tak dalam paip tu yang tertinggal selepas korang tutup paip tu? Sama la dengan hos nozzle petrol :)

3. Pemicu Nozzle
Sewaktu menarik picu nozzle, elakkan menarik picu tersebut terlalu banyak. Dari segi teori, jika pemicu ditarik terlalu banyak, minyak akan cepat keluar dan banyak tanpa korang sedar, gas turut keluar dengan jayanya dan ini akan mengurangkan kuantiti mnyak yang masuk kedalam tank. Tak percaya? Ambil 2 botol kosong, 1 isi dengan menekan habis pemicu, 1 lagi sedikit sahaja pemicu ditarik. Korang akan lihat perbezaan yang amat ketara. Kalau isi RM10, tak per lah kan, kalau RM100? Rugi woooo

4. Pemanduan
Sewaktu korang memandu, sebolehnya elakkan meter RPM korang melebihi 3. Teorinya, jika pedal minyak ditekan melebihi RPM 3, minyak akan lebih laju mengalir ke port pembakaran enjin. Elakkan juga memecut atau memberhentikan kenderaan secara mengejut.

5. Tempoh isi minyak
Isi minyak sebelum 12 tengah malam pada hari harga minyak akan dinaikkan....hahaha

Nantikan Tips Menjimatkan Petrol Siri 2 yang lebih hangat daripada biasa...hehe

P/S: Banyak pulak teori aku dalam entry ni erk....huhu

Cara Memasukkan Keywords Didalam Entry Blog

Satu lagi entry yang aku rasa cukup segan untuk aku buat. Ya, entry yang berkenaan SEO ni ler. Maklumlah aku bukannya pandai bab SEO ni. Banyak lagi yang perlu aku belajar. Tapi sewaktu aku nak buat entry ni, aku ada search di Google berkenaan entry yang aku buat ni. Aku search bukan sebab nak copy paste artikel orang lain tuk masukkan dalam entry aku ni yer, harap maklum. Aku search untuk cari sedikit lagi info tentang entry aku ni yang aku tak baper nak faham sangat.

Kalau sebelum-sebelum ni aku buat entry tentang SEO tanpa bukti menunjukkan blog aku dah diindex, kali ni alhamdulillah, aku ada sedikit bukti tuk ditunjukkan kepada korang dan untuk menguatkan lagi hujah aku tentang tips yang akan aku berikan ni. Sewaktu aku search di Google, aku taip frasa ni "cara letakkan keyword didalam blog". Setelah siap taip frasa tersebut, alangkah terkejutnya aku sebab blog aku muncul didalam first page result. Ini buktinya.

Dengan adanya bukti ni, berani lah sikit aku tuk buat entry ni kan. Ok. Berbalik pada tajuk entry aku ni "Cara Memasukkan Keywords Didalam Entry Blog". Kalau sebelum ni aku ada buat entry tentang "Cara Letakkan Meta Tags Description Dan Keyword Didalam Setiap Blog Post Blogspot", kali ni aku akan cerita sikit cara memasukkan keyword didalam entry blog atau dimana lokasi yang sepatutnya korang letakkan keywords korang didalam setiap entry blog.

Secara amnya keywords perlu diletakkan di dalam 3 lokasi utama. Lokasi utama tersebut adalah:
1. Didalam Title entry.
2. Didalam Description (Meta Tag Description)
3. Didalam body entry korang sendiri.

1. Didalam Title entry.
Korang tahu kan apa itu Title? Title adalah tajuk untuk entry korang tu lah. Macam entry aku ni, Cara memasukkan keywords didalam entry blog adalah Title. Cara memasukkan keywords korang didalam Title ni  adalah dengan memastikan adanya keywords yang korang pilih tu didalam tajuk entry tersebut. Contoh keyword aku "Keywords". So, dalam Title aku tu, aku perlu pastikan ada perkataan "Keywords" didalam tajuk entry aku tu. Title adalah lokasi pertama yang dicari oleh crawler didalam pencarian sesuatu keywords.

2. Didalam Description (Meta Tag Description)
Tahu Description? Kalau layout blog korang yang ada "read more" atau "baca selanjutnya" didalam satu-satu entry, ayat atau perenggan pertama yang korang boleh lihat sebelum klik "read more" tu dikira description. Tapi description tu hanyalah untuk kita, tetapi bukan untuk crawler. Kalau entry korang tak ada Meta Tag Description ni, crawler menganggap entry korang tu tak ada description dan seterusnya keywords di dalam Description tidak dapat dicari oleh crawler. (Lihat Cara membuat dan memasukkan Meta Tag Description didalam entry) Dah tengok, so pastikan keywords korang ada didalam description tersebut.
Contoh Meta Tag Description untuk keyword "Keywords"
<meta content='cara memasukkan keywords ke dalam....' name='description'/>
Ada kan perkataan "keywords" didalam description tersebut? Description ini tidak semestinya ayat atau perenggan pertama entry korang tu. Tetapi pastikan ayat atau perenggan untuk description tersebut ada keyword korang tu

3. Didalam body entry korang.
Bab ni yang aku agak komfius tu. huhu. Tapi yang pasti keyword korang wajib kena ada dalam body entry korang tu. Yang buat aku komfius, dia ada "keywords density". Tahu keywords density? Keywords densiti ni kira macam ketumpatan keyword korang tu la. Ketumpatan maksud dia keyword didalam body korang tu tak boleh terlalu sikit atau terlalu banyak. Ada percentage dia. Percentage yang disarankan adalah antara 3%-7%. Jika keywords terlalu sedikit, ianya akan menjejaskan kualiti (relevan) entry korang di mata crawler. Jika terlalu banyak pula, entry korang akan dianggap spam.

Setakat ni dulu entry kali ni. 1 jam juga aku buat entry ni. Makumlah, bukan pakar SEO pon. Kalau ada pakar-pakar terbaca entry ni, kalau ada salah, sila lah tegur yer.

Sekali Aku Ditimpa Kemalangan. Siri 2

Ok. Entry ni aku buat menggunakan komputer CC. Aku baru jer selesai melunaskan wang ganti rugi untuk kereta yang telah aku langgar baru-baru ni. Tak tahu? G baca kat entry ni k "Sekali Aku Ditimpa Kemalangan. Adoi!!!" Pagi tadi, selesai habis kerja, terus aku cari bengkel-bengkel kereta untuk aku survey cas servis mengetuk kereta ni. Yer la kan, aku tak ada pengalaman sebelum ni. So untuk mengelakkan aku ditipu, aku pon tanya rakan-rakan lain kalau-kalau diorang pernah ketuk kereta diorang dan aku servey kedai untuk melihat cas yang bakal aku bayar. Cuak gak sebab ada member cakap kemungkinan RM300. Perghh!!.

Survey punya survey, teringat aku yang aku ada member yang mempunyai bengkel kereta. Aku tanya dia ada tak member dia yang buka kedai ketuk kereta ni. Alhamdullillah ada. So aku pon ngajak dia pergi sekali ke bengkel tersebut bersama dengan pemilik kereta yang aku langgar tu. Selepas bincang dengan tuan punya bengkel tu, cas yang dia kenakan adalah sebanyak RM180 jer. Fuhhh...Lega sungguh aku. Tak la mahal sangat. Untuk pengetahuan, pemilik bengkel tersebut adalah member kepada member aku yang ada bengkel servis kereta ni sewaktu sama-sama bekerja di EON dulu. So, kira harga member la. Pas owner bengkel ketuk tu dengan owner bincang pasal kereta tu, aku pon bayar kat situ gak cas tu. Settle masalah aku. Jumaat ni siap. Hmmm

Bina Profile About Me Di About.Me


Macam pelik jer tajuk entry aku ni. Aduh...Kenapa tetiba pulak aku rasa down ni... Arghhhh!!!! bangun Amry bangun!!!

Disebab kan aku menulis ni dalam kemalasan, so entry aku ni pendek jer lah kot. Hmmm.... :(
Hari tu aku melayari bahtera aku sehingga ke pulau member aku ni, Anarm. Waktu berlabuh tu, terbaca la satu entry yang menarik gak iaitu bina profile di About.me. Kat sini korang boleh bina profile about me korang. menarik gak kalau background korang menarik. Kepada member sekaum dengan aku, mungkin korang boleh mencairkan aweq-aweq kalau profile korang menarik dan face korang encem macam Uncle Accapan... Wakaka... Jahatnya aku. Dan aku rasa benda ni maybe girl-girl suka gak. Aku agak jer la... Kalau tak suka maknanya memang korang tak suka la... haha... Ni profile aku, about.me/khairulamry yang sememangnya tak kreatif lansung. Sajer jer la aku buat.... Nak try dan sebagai contoh tuk korang. Nak yang menarik g tengok kat directory dia.

Dah. Siap dah entry aku. Memang malas gila waktu ni....Arghhhhh!!!

Ok la. Aku bagi panjang sikit, dalam profile tu korang leh ceritakan serba sedikit tentang diri korang. Boleh link kan dengan FB, Twitter dan Social Network yang senagkatan dengannya. Korang juga boleh melihat berapa ramai yang dah view profie korang dalam statistic page. Boleh letak kat dalam siggy email korang dan juga social network korang, ada disediakan HTML script dia....

Gotcha!!!

Mari Belajar Bahasa Inggeris


Salam. Entry ni kisah orang tua yang terhegeh-hegeh nak belajar bahasa Inggeris setelah sekian lama meninggalkan alam persekolahan :P

Kepada sesaper yang duk area utara (Penang, Kedah, Perak) pasti tahu yang bulan Disember ni selalu diadakan pesta di Pulau Pinang yang berlokasi di Sungai Nibong. Nak dijadikan cerita hari tu selepas habis waktu kerja, aku singgah jap kat tapak pesta tu. Saja la jalan sengsorang. Tengah duk berjalan tu, datang la akaq akaq niiii (Sila sengaukan suara anda :P) Bang-bang, abang berminat tak tuk belajar bahasa Inggeris? Dalam hati aku, aku tahu dah diorang ni Salesgirl. Aku pon dengan muka poyonyer dan nak tak nak menjawab. "Mmmm.... Minat juga". Aku jawab sambil mata memandang ke arah lain (Tak sopannya aku kan. hehe) Dalam hati tu memang minat sebenarnya memandangkan bahasa inggeris aku pun tunggang langgang. Tapi dek kerana ego.... Jawab pon macam tak ikhlas (Hampeh tul aku ni). Dan aku juga tahu yang diorang ni dari syarikat Linguaphone. Selalu diorang buat pameran kat tapak pesta tu. Disebabkan aku berenti dan melayan diorang, diorang pon ajak aku masuk dalam gerai diorang. Dalam hati aku, aku kata tak per lah. Nak tahu jer pon... Diorang pon pom pang pom pang terangkan produk diorang ni.... Ah sudah aku kata.... Terjerat dah aku.... Gaya diorang tak der gaya macam nak demo pon, more kepada memujuk tuk aku ambil produk tu.... Aduyaiii... So segala persoalan diorang aku jawab, still dalam mode nak tak nak jawab. huhu...




Aku pon layan baik punya sampai satu tahap, aku kata "dah dah, tak yah nak ayat bunga-bunga. Tunjuk kat saya macam mana benda ni membantu saya kuasai bahasa Inggeris ni dalam masa 3 bulan?" Ish, aku pulak yang buat diorang yakin yang aku akan membeli. Produk diorang ni, diorang dakwa yang aku akan dapat kuasai bahasa Inggeris dalam masa 3 bulan. Tersentap jap minah tu selepas aku potong ayat pujuk memujuk dia, dia pon ambil laptop diorang. Minah tu pon tunjuk la software dia dan aku pon cuba. Macam menarik jer aku kata. Konsep dia "Dengar, Faham, Bercakap". Aku pon try... Software tu macam cikgu, dan pembelajaran dia memang dari basics. Cara sebut, Vocabulary, Pronounce tah apa-apa lagi lah. Aku pon cuba. Demo dia, Software tu akan bagi aku satu perkataan, software yang bertindak sebagai guru tu akan sebut dulu perkataan tu, seterusnya aku pula ikut sebut. Then perbezaan sebutan aku ngan sebutan software tu akan dipaparkan menerusi satu graft. Graft tu akan beritahu aku yang sebutan aku tu sejauh mana betulnya. Ada markah. Pas perkataan, dia bagi ayat pula. Sama konsep. Sampai la ke peringkat perbualan antara aku ngan software tersebut bila mana dalam perbualan tu kalau aku sebut tak betul, software tu akan beritahu aku yang dia tak paham apa yang aku cakap. Peringkat ni selepas aku kuasai tahap-tahap tertentu..
Ish.. Menarik juga ni. Past try and error tu, aku pulak tergedik tanya berapa harga Linguaphone ni. Terlompat aku bila minah tu cakap harga dia........ 3k++. Tak ingat la plak aku berapa + dia tu. Tak habis lagi. Diorang cakap sekarang ada offer. 100 pembeli terawal dapat diskaun 45%. Aduh. termenung juga aku waktu tu. Produk menarik, tambahan produk dia berguna, adik aku pon boleh pakai Tapi fikir bab kos dia...Aduyaiiii.... Murah sangat. wakaka. Dalam pada tu, diorang kata boleh bayar ansur-ansur. Deposit RM299.
"Tak der duit sekarang yer bang? Abang boleh tempah dulu dengan bayar duit tempahan. Tak kira lah RM20 ker, RM30 ker. Dengan duit tu kira abang dah tempah dan akan mendapat tawaran ni. Macam mana bang?" Ish, pandai betul la diorang ni psycho aku. Grrrr... Ok la. Produk bagus, tambahan ada tawaran pula. "Okla, saya bayar duit tempahan dulu" (Terkantoi yang aku tak ada duit.. haha)




Aku nak tanya korang. Ada tak sesaper pernah guna produk Linguaphone ni? Dan kepada guru-guru bahasa inggeris, ok tak konsep pembelajaran produk ni? Hmmm Aku nak amik sebab susah tul la kalau tak paham bahasa inggeris ni. G wayang tengok citer omputih, orang lain gelak, aku tak gelak. Sebab tak paham. Adoiii....
Pendapat pleaseeee.... :P

P/S: Aku paham sangat dah trick Salesman-salesman, sekali kita layan, habis laaa... Ayat manis bukan main. Tapi dalam kes ni aku yang tergedik. hehe
P/S/S: Petang ni aku janji bayar full deposit dan dah boleh amik produk Linguaphone tu.

Saya Nak Masuk Bloglist Ellen.

Ellen's banner


Haaaaa....Contest lagi....muehehehee... Dah macam gila contest pula aku ni. Asyikk join contest jer. Bila aku pulak nak buat contest? Hmmm....

Ok. Sama gak macam contest-contest yang aku dah join sebemum-sebelum ni, bukan nak menang sangat, just nak meriahkan dunia blog. Dan ada sebab kenapa aku nak join contest yang dianjurkan oleh Cik Ellen ni. Nanti aku cerita.

First, aku nak citer sikitlah cara nak join blog ni. Of course g blog Cik Ellen ni. Baca entry dia. Buat satu post bertajuk "Saya Nak Masuk Bloglist Ellen". Letakkan banner Cik Ellen ni didalam entry korang tu. Dan komen la tentang blog beliau. Kalau sudi beri satu entry yang paling best dimata korang. Akhir sekali tinggalkan link korang di blog beliau. Sib baik tak perlu buat tag. Muehehee... Ops. Cik Ellen, pas ni janngan letak syarat tuk tag pula ye. hehe... Bukan apa. Leceh sikit. huhu....

Hadiahnya adalah RM100 Top-Up phone kredit. Bukan hadiah utama, tapi hadiah terkumpul k. Pecahan hadiah tersebut :
1. Entry paling kretif - RM30
2. Blog yang memberikan baclink terbanyak untuk Ellen - RM20
3. Peserta terawal - RM20.
4. 3 Entry terbaik - RM10 Setiap seorang

Untuk maklumat korang, tarikh penyertaan untuk contest ni dah habis, tapi Ellen lanjutkan sehingga 25 Dis ini jam 0035

Ok. Tanpa membuang masa. Ni komen aku tuk blog Cik Ellen ni.
Pada mata aku, blog Cik Ellen ni ok. Kemas. Sedap mata memandang. Tak banyak sangat widget yang pelik-pelik. Cuma rasanya kalau dapat letak widget "Top Comentator", may be lebih menarik. Sebab dapat bagi penghargaan sikit pada jurukomen. Sekurang-kurangnya kalau pelawat blog Cik Ellen ni rajin bagi komen, adaaa la juga link dia kat situ, dapat gak anugerah"Top Comentator" tu kan.  Kan seronok jurukomen tu :) Selain dari tu dapat juga tuk membuatkan pelawat tu kembali memberikan komen di blog Cik Ellen.
Bab komen nak sentuh gak ni. kalau boleh komen layout sewaktu pengomen nak komen tu tukar, kurang mesra pelawat coz waktu nak komen, masuk page baru. Then kalau nak refer entry tu balik susah. Better buat Pop-Up Window jer. Lagi satu, kalau boleh tukar setting untuk comment. "Who Can Comment" set kepada "Anyone" supaya pengomen boleh sertakan URL mereka. Rasa-rasanya tu jer lah yang nak komen.
Ini komen saja yer. Perubahan tertakluk kepada empunya blog :)

Entry yang paling best....
"Cuma Doa Ku Pinta Dari Kalian". Touching aku ngan entry ni. Walaupun aku lelaki tapi aku paham. Nak nangis ni. waaaaa.... Makcik aku meninggal sebab kanser. DIA SEORANG YANG KUAT DAN TABAH!!! Hope Ellen macam tu juga. Moga dipanjangkan umur.

---

Kenapa aku nak join contest ni?
Suka cara Ellen. Kreatif. Cuba korang tengok syarat contest dia. Buat entry tentang blog dia iaitu komen tentang blog dia. Kreatif sebab......
1. Komen tentang blog.
Participants akan buat review tentang blog dia. So dapat baiki blog dia kan. Dari entry participant yang menceritakan blog Ellen ni, So akan menarik perhatian pembaca-pembaca untuk menjenguk blog tersebut. Betul tak. So...up visitor.
2. Nyatakan entry terbaik blog si Ellen ni...
Syarat ni membuatkan Participants akan merayap jap ke entry-entry dia tuk cari entry terbaik. Psikologi kan?
Cara ni akan membuatkan pembaca tahu serba sedikit tentang apa isi kandungan blog si Ellen ni walaupon pertama kali bertandang. Macam aku :)
Dan 1 perkara yang aku nak korang tahu.....Blog Ellen ni baru 5 bulan, tapi dah ada follower seramai.............1863. Tu aku tak follow g tu.  Terkejut tak? Aku memang terkejut!!!! Memang hebat Ellen ni. Pada aku dia ni memang blogger tegar. 1 bulan, entry berpuluh-puluh dia buat. Pergh!!! Banyak tul idea dia. So apalagi.... Sila lah terjah blog si Ellen ni yer :)

Kemalangan Ngeri Bas Ekspress Simpang Pulai-Cameron Highland




Satu lagi kemalangan ngeri melibatkan bas ekspress yang berlaku di KM15 Simpang Pulai-Cameron Highland pada jam 1140 pagi 20 Dis. Kejadian yang telah meragut nyawa seramai 27 orang yang kebanyakan mereka adalah pelancong dari Thailand. Antara yang terkorban adalah pemandu bas, Omar Shahidan 48 tahun dan pemandu pelancong keturunan siam, Soonton Kian 38 tahun. Kemalangan berlaku sewaktu bas tersebut dalam perjalanan turun dari Cameron Highland menuju ke Simpang Pulai.

Seorang saksi kejadian, Monat, memberitahu sebelum kejadian berlaku, bas tersebut dilihat dipandu laju dan keadaan body bas yang senget dan hampir terbalik sewaktu mengambil selekoh.

Petikan dari Utusan Online 21 Dis

Seorang lagi saksi kejadian, Shafwan Mohd Nan, 17 tahun yang melihat beberapa mangsa tercampak keluar keatas jalan dan diseret oleh bas.

Petikan dari HMetro Online 21 Dis
---
Aku tak tahu lah nak cakap apa dengan kejadian yang berlaku ni. Geram, marah, sedih bercampur aduk. Kejadian ni bukan yang kali pertama melibatkan penumpang bas. Geram dan marah kerana pemandu-pemandu bas masih tak ambil iktibar daripada kejadian-kejadian sebelum ni. Sedih dengan apa yang berlaku keatas mangsa nahas. Mereka semua tidak bersalah.

Pemandu-pemandu bas ni sepatutnya lebih berhati-hatilah sewaktu memandu. Mereka perlu ingat bahawa mereka sedang membawa berpuluh nyawa dan nyawa mereka berada ditangan pemandu itu. Aku sendiri kalau bawa family aku naik kereta, tak berani nak bawa laju. Kalau lah jadi apa-apa, menyesal tak kesudah. Beringat sebelum kena. Kemalangan boleh berlaku dimana-mana. Tak perlu lah nak kejar sangat "duit trip" tu.

Kalau lah kejadian ni berlaku ke atas aku, tak tahulah nak cakap apa. Kadang takut aku nak naik bas. Pernah aku naik bas henti-henti waktu aku masih belajar dulu. Bas yang aku naik tu memang laju, jalan pulang bengkak bengkok dan sempit. Memang takut sangat waktu tu. aku tengok penumpang waktu tu semua diam tak berani nak cakap sambil masing-masing pegang tempat duduk masing-masing. Terasa juga aku waktu tu tayar belakang bas menggelongsor sewaktu ambil selekoh. Waktu perasaan takut dan marah bercampur. Mana taknya, aku tengok muka pemandu bas tu selamber jer bawa laju. Rasa nak sound jer pemandu bas tu. Memang kecut perut aku waktu tu. Mujur tak ada apa-apa.

Harap selepas ni tak berlaku lagi kejadian macam ni. Kepada pemandu bas, tolonglah, nyawa penumpang berada didalam genggaman korang. Bayangkan kalau perkara ni berlaku keatas keluarga korang sendiri. Nyawa itu amat berharga.

P/S: Takziah kepada keluarga mangsa.

Saya Siarkan Iklan Nuffnang :P

Sebelum apa-apa. Izinkan aku tuk termalu jap. hehehe... Macam kerek la plak aku ni yang sememangnya kerek. hehe... Termalu jap sebab orang lain dah berabad pasang Nuffnang, aku yang baru sehari dah nak kecoh 1 Malaya. Hahaha...

Akhirnya setelah lama teringin nak pasang iklan Nuffnang ni kat blog aku, akhirnya hari ini iaitu pada 19 Dis 2010 jam 2245 tercapai sudah hajat aku. Semakin bercorak duit la mata aku pas ni. hehe... Tak lah. Kalau ada rezeki tu ada la. Aku pasang iklan Nuffnang ni setelah sehari aku buat entry tentang "Kenapa blog aku tak ada iklan Nuffnang" dan mendapat komen dari beberapa rakan blog aku. Thanx kepada rakan-rakan blog aku yang sporting-sporting semua.

Rupa-rupanya selepas aku mendaftarkan diri aku didalam program Nuffnang ni, baru aku tahu yang Program Nuffnang ni bukan semata-mata nak buat duit, malah dapat memeriahkan lagi dunia blog ni. Tu ayat tersirat, ayat tersurat, dapat menarik traffik gak dengan Nuffnang ni. huhu.. Best-best.

Kecoh aku ni kan. huhu... Tak yah la aku membebel lebih panjang bab Nuffnang ni sebab aku rasa korang lebih sedia maklum. Kalau aku cerita lagi, akan membuatkan diri aku lebih malu yang dah tersedia malu ni. Hehehe....

P/S: Baru banner Nuffnang yang keluar. Iklan nyer ntah bila.. lalalala

Kenapa Blog Aku Tak Ada Iklan Nuffnang?


Hoye hoye hoye.... Pasti korang perasan kan kebanyakan blog pasti ada iklan Nuffnang. Pasti korang pernah dengar juga yang dari blog boleh buat duit dan itu sememangnya tak dapat dinafikan lagi walaupun aku tak pernah merasa lagi income dari blog aku ni. Ok. Aku dah tahu yang dari blog boleh buat duit. Dan nuffnang adalah salah satu sumbernya. Tapi kenapa blog aku tak ada Nuffnang?? haha....

Aku memang dah lama berangan nak pasang iklan Nuffnang ni dalam blog aku ni. Tapi aku tunggu satu masa yang sesuai. Masa yang sesuai? Ya. Dulu aku beranggapan, kalau aku letak iklan nuffnang kat blog aku ni pasti income aku tak seberapa sebab pelawat ciput yang amat. Paham? Maksud aku dulu aku beranggapan yang pendapatan dari Nuffnang ni adalah berdasarkan daripada bilangan pelawat dari satu satu blog tersebut. Dan aku pasti ramai juga yang beranggapan macam aku ni. Sekarang anggapan aku salah sama sekali setelah aku membaca entry dari blog Kak Jie. Seorang blogger berstatus suri rumah yang berjaya. hehehe...

Aku rasa aku tak perlu lah nak ceritakan lebih lanjut tentang Nuffnang ni atau nak menunjuk pandai sebab aku sememangnya tak arif dalam bab ni walaupon aku boleh cilok sebijik-bijik entry Kak Jie tu taruk kat blog aku ni. haha.. Hey! Cilok-cilok bukan style aku k. So kepada korang yang beranggapan sama macam aku tentang cara nak dapat income dari Nuffnang ni, better korang pergi ke blog Kak Jie tu yer. Pastu pasti korang akan tersedar macam baru terjaga dari mimpi yang indah tentang Nuffnang ni. Hehehe. Dan kepada mereka yang income nye ciput dari Nuffnang, nanti dari Blog Kak Jie tu pasti korang tahu apa sebabnya. Hmm....

P/S: Kalau dulu aku study bab SEO, sekarang + study bab Iklan Nuffnang. Hmmm.... Check It Out!!!

Sekali Aku Ditimpa Kemalangan. Adoi!!!!

Entry ni aku ingat nak buat waktu aku ditimpa kemalangan pada 15 Dis hari tu. Tapi entry lain pulak yang aku buat. Tagging Trend. Ish!!
Pagi 15 Dis tu adalah hari aku bekerja pada shift pagi dan kejadian ni berlaku sewaktu aku on the way nak pergi kerja. Aku dah lewat dah pagi tu. Lewat daripada biasa yang sememangnya lewat. Hohoho....

Disebabkan aku dah lewat aku pon sedikit rush la. Waktu aku bawa moto tu aku mengantuk sebab malam tu aku tidur lewat. Jam 2 Pagi baru aku tidur. 5.30 dah nak kena bangun. So memang tak cukup tidur la. Lebih kurang lagi 500 meter nak sampai kilang aku. Aku ditimpa malapetaka ni. Sekali aku hentam Honda Aircord daaa.... Milik wanita muda berbangsa cina. Nasib baik la dia tak marah-marah aku. Kalau tak mahu aku marah dia balik. Hehehe.. Yer la dia marah, dah memang salah aku. Waktu Dia nak amik parking, aku tak nampak dia bagi signal dan aku tak terfikir pulak kalau-kalau dia nak masuk parking, Yer la dah lambat kan. Ingat nak Scan-In jer kat kepala ni. Akhirnya......Screchhhhhhh....BAM!!!! Nasib baik aku jatuh kat tepi jalan, kalau tengah jalan? Ish! Kemek juga la kereta dia kat bahagian belakang. Moto aku tak apa-apa. Aku? Luka sikit kat kaki kiri. G klinik, dapat sedas tembakan senapang patah sejarum dan MC. Setelah 2 hari, badan aku mula sengal-sengal hingga hari ni. Doktor bagi ubat, tak makan pon, luka sikit jer.

Agak-agak nak ketuk body kereta yang kemik kena berapa erk? Saper ada pengalaman? Atau korang ada buka kedai atau korang ada member buka kedai ketuk kereta. Sila-sila share. Hehehe... Paham-paham la soalan ni.... Aku kena bayar ganti rugi baiiii.... Aduyaiiii... Melayang lagi duit aku....

Kalau ada kamera waktu tu boleh jadi wartawan untuk kemalangan yang menimpa diri sendiri kan...hehehe.... Aduh! Sakit badan ku :P

Kelakar wei gambar ni. hahahah
Saje tak nak buang water mark dier...Kire kredit la tu erk kat owner dia.. Tok... Nek...Cucu tumpang pinjam gambar...wakaka

Giveaway Domain dari Sumijelly dan Sekilass.

Holla hello holly.. Ni satu lagi contest yang aku rasa aku saje suka suki nak join. Kira ni contest aku yang kedua lah. Kalau yang pertama dulu aku join contest dari Yied dalam entry Korang taip baper KM sejam yang mana imbuhannya adalah 2 bulan meletakkan banner iklan di blog Yied. Berbeza dengan contest Giveaway Domain ni pula. Imbuhannya adalah Domain. Dah nama pon Giveaway Domain kan. Mestilah Domain hadiahnya. Berbeza juga dengan contest Yied dimana contest Yied dalam bentuk pergaduhan pertandingan siapa paling pantas menaip. Tapi contest yang diadakan oleh Sumijelly dan Sekilass ni adalah dalam bentuk cabutan bertuah. So contest ni lebih kepada nasib masing-masing lah. Tanpa membuang masa jom kita tengok cam ner nak join contest ni. zazzzz!!!

Giveaway Domain by Sumijelly n Sekilass Banner
Sekali lagi dimaklumkan bahawa Giveaway Domain Contest ini telah dianjurkan oleh empunya blog sumijelly.com dan sekilass.com dimana hadiahnya berupa Domain dari NET KL bernilai RM31.60

Hadiah-hadiah didalam Contest ini adalah sumbangan daripada 

Kenapa ingin Domain ini?
Bagi aku hadiah no.2. Macam aku cakap mula-mula tadi. Just suka suki. Nak memeriahkan majlis jer pon... Tapi kalau menang aku rembat jer... Boleh buat experiment tentang Domain. Hehehe... Ada yang tak khatam lagi bab Domain ni... lalalala

Dalam TnC Contest ni, kena tag 3 orang. So mereka adalah

Contest ni berlansung dari 4 Disember 2010 - 4 Januari 2011. Cabutan akan dilakukan 2 kali iaitu cabutan pertama untuk peserta dari 4 Dis 10 - 19 Dis 10 akan diadakan pada 22 Dis 10. Cabutan kedua pula akan diadakan untuk peserta dari 20 Dis 10 - 4 Jan 11 pada 6 Jan 11

Keputusan akan diumumkan pada 10 Jan 2011 berdasarkan RANDOM.ORG

Cara untuk menyertai
1. Buat entry bertajuk "Giveaway Domain dari Sumijelly dan Sekilass"
2. Wajib letak banner contest dalam entry
3. Tulis kenapa anda ingin domain tersebut. Kalau dah ada domain sendiri, sila beritahu bila domain korang akan tamat tempoh
4. Tag 3 orang
5. Tinggalkan Link di blog Sekilass.com
6. Pemenang akan dikira berdasarkan CABUTAN BERTUAH (No akan diberi selepasa link diberi)

Hadiah-hadiahnya adalah:
Pertama : Domain baru/Diperbaharui + 20 keping Foot Detox
Kedua : Domain baru/Diperbaharui + 16 keping Foot Detox
Ketiga : Domain baru/Diperbaharui + 8 keping Foot Detox
Saguhati 1: 4 x Voucher McD bernilai RM10 + 6 keping Foot Detox
Saguhati 2 :  3 x DrinKlip bernilai RM10 + 6 keping Foot Detox

So apa lagi ........ Try la. Kot kot korang ada luck kan. hehe

Tagging Trend

Tagging Rules
Beberapa hari lepas. Member aku, TupaiKaran ada gtau aku yang dia tag aku. So aku pon g la kat entry dia. Betul aku di tag. Tapi pada hari dia bagitahu aku tu aku tak tahu tag dalam dunia blogger ni macam mana. Dalam FB tahu la. So jawapan dia yang agak boleh diterima akal, aku pon buat la entry niii.
Jawapan hatitupai "ala, hg wat blk entry camtu, jwb soklan2 pas tu tag kwn2 len plak. untuk eratkan persahabatan sesama blogger. cewah" Haaaaa.... itu lah jawapan si tupai ni. Tang "untuk eratkan persahabatan sesama blogger" tu yang aku buat gak la tag men-tag ni....Sebenarnya kurang minat tag men-tag ni. Dalam FB pon jarang aku tag member kecuali benda tu menarik atau ada info atau ada pengajaran ker. Kalau sekadar posing kat kebun bunga nak tag. Kim salam lah. huhuhu. Ok lah...Entry ni tuk member blog aku...HatiTupai.

1. Bagi 3 makanan yg korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut and the way you like it.
~ Bang, Laksa penang 1.
~Nasi goreng ayam 1. Bahagian peha erk.
~Mee Udang. Udang taruk 10-15 ekor k.

2.2 jenis air apa yg korang paling suker?
a) Teh ais 1......! Siapppp!!!
b) Milo Ais kaw punya 1!! Take Away...

3.Which type of food yg korang prefer,pilih 3... malay,chinese,japanese,westren,italian,mexican,arabian?
~Malay, Western, 2 jer aku nak letak. Ada yang tak puas hati? :P
4.Apa makanan yg korang paling expert masak?dlm kata lain,xyah tgk resepi tp at the same time bila org lain rasa,org akan kata 'wah!gila sedap'
~Of course masak meggie!! Hahaha
5.Semahal mana korang bayar tuk makanan korang?
~RM10 sudahhhh..... Asal kenyang.... lalalala
6.Beri nama restorant favourite.apa makanan kt situ yg paling sedap?
~Pen Mutiara Curry House, Batu Maung Penang....( Majikan sponser, kalau tak, tak dernyer merasa :P Lebih suka makan kat gerai.... Aku orang kampung ma)
7.Ayam,kambing,lembu,itik,burung puyoh,burung wak2,rusa,landak,merpati,ayam denak.mana satu yg korang suker?klu korang ada suke yg lain aku xlist,bgtau je la.
Kuda.......Cantik.
8.Restorant/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda?dan mkn/minum apa?klu korang ingat la kan?
Tak leh gtau...Kang ada yang Spy. Wakaka
9.Apa makanan yg selalu remind korang trhadap pasangan korang?kenapa?
~KFC, Drumstick (Tul ker aku eja ni...)
10.Klu pegi umah orang,korang brharap org tue hidang apa?
~Tak yah hidang la....Aku bukan makan sangat ponnnnn
11.Makanan yg korang mmg xblh nk telan langsung.samada x sedap/tekak korang dh kembang.
~Buah nenas.
12.Menu raya yg paling disukai.
~Rendang daging.
13Jajan/cekedes favourite?
~Soklan apo ni....? haha
14.Beri 2 makanan yg emak korang masak yg korang suka?
~Ayam masak lomak cili api....
15.Makanan paling pedas yg korang mkn.sapa masak?
~Sambal apa tah....Mamak mana tah masak.
16.Korang klu jumpa org yg TAGG ni,apa agaknya korang nk hidang/belanja?
~Maggie kari sebungkus... hehehe
17.Sila TAG 5 0rg & paksa mereka buat Tag ini?
~Paksa?...suka hati korang la nak buat ker tak.....Mereka adalah.

Azana - WaLk tO rEMemMbEr - http://azanan.blogspot.com/
Ecah - Jalan.Singgah.Baca.Komen - http://blogcaripasal.blogspot.com/
Shazmiey Abdurahman - Dari Mata Hati :: Incik Shazmiey - http://luminory0912.blogspot.com/
IntanKuTerpilih - Sekadar Menulis Apa Yang Ku Rasa - http://intankuterpilih.com/
Daus Ramli - Segalanya Disini - http://dausramli.blogspot.com/

Selesai sudah kerja aku.......Hmmmm

P/S: Terbocor sudah serba sedikit maklumat peribadi aku....Hohoho

Aku Mula Merasakan Kehangatan Dunia Blog!!!


Jam menunjukkan jam 12.11 tengah malam. Selesai sudah menerjah blog pengomen tegar blog aku. Ali Ridha... Oic Ali. Aku rasa blog hang best. Ayat pon selamber gaban baja hitam. Dan aku rasa ko ni pon jenis mamat selamber macam ultramen yang selamber je pakai seluar dalam kat luar. hahaha. So aku melawak lebih kurang jangan simpan dalam hati. Simpan dalam poket tak per. Apa aku merepek ni. Wakaka... Kalau ko bagi aku 10 komen aku bagi ko 12 komen. Ok tak? Nak aku komen lagi. Tunggu esok pulak. Mak aku kata jangan gelojoh..Aku nak gelak lagi. hahaha... Lol! Disebabkan banyak sangat aku komen kat blog ko dalam 1 malam sampai aku lupa apa aku nak tulis. Ish!! Tamat!!

Tamat bab merepek jer. hehehe.. Ok. Setelah beberapa bulan yang lalu setelah perasaan serious dalam diri aku untuk berblog lahir, kini aku semakin merasakan kehangatan didalam dunia blog. Dalam blog member aku yang agak pakar dalam SEO menyatakan bahawa kehangatan didalam dunia blog akan mula dirasai apabila Page Rank telah mencecah 4 dimana ramai pelawat datang dari enjin carian. Sebaliknya aku, walaupon PR aku masih bertapa di angka 0, aku telah mula merasakan kehangatan didalam dunia blog ni. Jika kawan aku cakap yang kehangatan blog akan lahir apabila PR mencapai satu tahap, bagi aku kehangatan dunia blog telah mula dirasai apabila ada satu "connection" atau hubungan diantara blogger-blogger yang lain. Apabila ada satu felling cinta atau perasaan yang mana aku merasakan yang aku berada didalam satu komuniti. Komuniti yang mana saling memberi saling menerima, saling berkongsi. Ya. Aku suka perasaan ni dan aku mula merasakan kehangatannya. Fuh!! Tambah semangat aku nak berblog!!

P/S: Ini apa yang aku rasa didalam dunia blog. Perasaan korang aku tak tahu.
P/S/S: Entry yang aku buat ni bukan untuk mendapat publisiti murahan (Ewah macam artis la plak) atau untuk mencuri perhatian bloger-blogger lain. Tapi apa yang sememangnya aku rasakan didalam dunia blog ni setelah aku serious didalam dunia blog.
P/S/S/S: Entry kali ni pendek jer. Sebab entry ni adalah catusan dari otak seminit aku. Huahuahua (Macam-macam stail aku gelak erk. Ish)
P/S/S/S/S: Nak sambung terjah blog member yang lain.
P/S/S/S/S/S: Berapa banyak P/S daaaaaaaaa

Aku Kembali Menjadi Seorang Pelajar Kejuruteraan


Student Life
 Hahahaha... Entry ni aku tulis setelah selesai kelas aku. Ops! Jangan salah paham. Aku bukanlah seorang pelajar lagi. Tajuk tu gimik je. Tapi memang aku baru habis kelas training aku. Kelas training yang diatur oleh majikan di tempat kerja aku. Aku Technician pekak je. Sebab tu kena training. Kalau Manager tak yah training-training dah. Maki hamun pekerja bawahan aku jer. Muehehe. Lebih kurang 15 orang tadi yang attend training tu yang diadakan 2 hari iaitu hari ni dan juga esok. Selesai je kelas terus aku cari CC. Panas jer jari aku ni nak menaip. Dalam training pon boleh tercetus idea ni. Ok gak. Memang tengah kering idea ni. hehehe...

Kelas training aku tadi "Introduction To Mechatronics" Korang tahu apa Mechatronics? Tak yah tahu la sebab bukan benda tu yang aku nak citer kat sini.

Kenapa aku nak buat artikel ni. Ok. Aku dulu adalah pelajar Politeknik Ungku Omar di dalam Diploma Mechatronics. (Ada sesaper sini budak PUO? :p ) Jurusan yang aku amik di PUO dulu bukanlah atas pilihan aku. Tetapi kerana dipaksa. Waktu SPM dulu aku budak jurusan perakaunan dan aku antara pelajar terbaik gak dalam subjek tu di sekolah aku dulu sehingga aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi. Atas sebab-sebab tertentu yang aku rasa tak perlu aku cerita kat sini, aku terpaksa melanjutkan pelajaran aku didalam bidang Teknikal iaitu Mechatronics. Disebabkan atas dasar dipaksa dan langsung tiada basics dan minat didalam jurusan tersebut, aku belajar pon ala balai je. Serious. Selama 3 tahun aku menuntut di PUO tu aku tak tahu apa benda yang aku belajar sehingga la aku melangkah ke alam pekerjaan sekarang.

Hari ni setelah hampir 5 tahun aku bekerja, aku kembali merasakan aku seorang pelajar. Ya, seorang pelajar yang mempunyai minat didalam apa yang dipelajari satu masa dahulu. Baru ku tahu betapa seronoknya menjadi seorang pelajar dan betapa bestnya Course yang aku ambil dulu yang satu masa dulu aku tak pernah rasa perasaan seronok ni.

Perasaan yang aku alami ni seringkali dirasakan oleh kita semua. Sedar ngan tidak sedar je terutama orang macam aku ni la yang mensia-siakan zaman belajar dulu. Huhuhu.. Pernah tak korang terkenang zaman korang masih dialam persekolahan dulu atau sewaktu korang di U dulu yang mana sekarang korang dah pon berada didalam pekerjaan atau pon dah berumahtangga. Aku kadang rindu gak time tu. Belajar sama-sama ngan member. Buat assignment. Gurau sana gurau sini. Toyol sana toyol sini :P (tahu toyol? Meniru waktu exam. Hahahaha) Lepak sana lepak sini yang mana semua tu aku tak dapat nak rasa dah waktu dialam pekerjaan ni. Sememangnya zaman belajar adalah zaman yang paling best. "Kadang waktu yang sedang kita jalani dulu kita tidak menghayati kemanisannya sehinggalah kita terkenangkannya kembali pada hari ini (Ayat jambu la plakkkk..huhu)

Kepada korang yang tengah belajar lagi sekarang ni, hargai, hayati dan ceriakan masa korang tu. Belajar betul-betul. Jangan jadi macam aku. Erk...? Sebab satu hari nanti ianya akan menjadi kenangan paling manis dalam hidup korang....

P/S: Kan best kalau boleh diputarkan kembali waktu ke zaman dahulu. Rindunya aku kat kawan-kawan aku dulu...
P/S/S: Leceh betul CC ni. Connection lembab dol!

Korang Taip Berapa KM Sejam?


Hahahaha....ini entry bodos-bodos jer aku buat. Tak tahu nak tulis apa. Hehehe.
Cabaran ni dirasmikan oleh Yiedpozi sebenarnya. Aku dah lama baca entry kat blog dia tentang kelajuan menaip ni. Cuma aku malas nak amik pusing sangat. Tetiba malam ni aku tak tahu nak tulis apa. Try jer laaaa... Heehehe... Tapi sempoi gak.5 Pemenang akan diberikan masa 2 bulan untuk letakkan banner iklan di blog dia.
So ini adalah keputusan aku. (Laju la gak daripada Yied... Hehehe... Gila berlagak :P )    

So, kalau korang nak try test korang nyer speeding. G kat link dibawah
http://www.malaysian-speedtest.10-fast-fingers.com/
Dapat result buat satu entry kat blog korang, screen capture result korang seterusnya gtahu result korang kat yied dengan meninggalkan link entry korang kat dalam comment entry dia. Ni link entry dia
http://www.yiedpozi.info/2010/12/seberapa-pantaskah-korang-menaip.html

Entry Untuk En. Amal-Asia Herbal Biotech

Online Marketers
Kalau sebelum ni aku ada cerita pasal blogging, SEO,merepek sana dan merepek sini. Kali ni aku nak buat entry pasal bisnes pulak. Pasal bisnes ni aku pernah buat dulu waktu mula-mula buat blog ni, iaitu pasal bisnes aku ler.
Waktu tengah buat entry ni, kepala aku agak serabut. Banyak benda nak kena buat. Aduyaii...Tapi aku nak tulis gak entry ni kejap. So, kalau ayat aku tunggang langgang, harap makumlah.

Beberapa hari lepas, ada pelawat blog aku ni menggunakan nick Amal dan dia menjerit didalam ShoutBox aku "jom tengok produk bes". Aku pon macam tertarik dengan jeritan dia, so aku pon klik la link dia tu. So link Amal ni adalah berkenaan perniagaan MLM iaitu Asia Herbal Biotech. Aku pon belek la kejap blog tu, sememangnya blog tersebut hanya berkisar tentang biz tersebut. Aku cek profile Amal pulak. Blog tersebut berusia tak sampai 2 bulan lagi. So, entry ni aku buat khas untuk En Amal dan mereka-mereka yang menjalankan perniagaan online ni samaada MLM, Affiliate, Jual produk maya atau apa-apa lagi lah yang sewaktu dengannya. Aku tak pasti adakah En amal ni masih baru atau lama didalam dunia perniagaan online ni sebab apa yang aku akan tulis ni dah sering disebut oleh Online Marketers diluar sana.

Aku pernah berada dalam situasi En Amal ni suatu masa dulu dimana ingin memasarkan biz aku melalui blog. Tapi pengalaman dah mengajar aku. Sekarang tiba masa aku tuk berkongsi pula apa yang aku dah belajar dulu. Ops!! Masih banyak yang aku kena belajar.

Pesanan penaja:
Disebabkan entry ni tentang bisnes, lebih sesuai aku gunakan "saya" dalam membahasakan diri dan memanggil ko kepada "awak" :P

Ok En Amal. Entry ni untuk awak.

1. Blog sememangnya boleh dijadikan medium pemasaran yang baik, tidak dinafikan. Tetapi kena ingat, sebelum  awak fokus untuk pasarkan produk awak melalui blog, terlebih dahulu awak kena fokus untuk mesrakan blog awak dengan enjin carian dan mendapat ramai pelawat untuk blog awak. Jika tidak blog awak umpama sebuah kedai yang berada jauh didalam hutan yang tidak diketahui orang, dan tempoh untuk mendapat pelawat yang ramai bukan tugas yang mudah dan mungkin memakan masa yang agak lama. Bukan tak boleh pasarkan produk melalui blog, tapi bangunkan terlebih dahulu produk awak. Dalam blog tersebut jangan terlalu menceritakan tentang perniagaan awak sahaja. Bina kreadibiliti terlebih dahulu. Mungkin awak boleh juga menulis tentang selok belok perniagaan didalam blog tersebut, atau menceritakan bagaimana untuk menjalankan perniagaan di internet, atau menulis sesuatu yang boleh memberi semangat kepada orang lain dengan menceritakan kejayaan orang lain. Dari situ pembaca atau prospek awak akan lebih mempercayai awak untuk mendapatkan produk awak atau menyertai awak. So, bina kreadibiliti. Jangan terlalu tunjukkan yang awak hanya membuat blog untuk biz awak. Gunakan pendekatan Psikologi. Cuba lihat blog ini http://joegrimjow.blogspot.com/ perhatikan blog tersebut. Dan klik bahagian BISNESS.
Dalam bisnes terutama MLM, En Amal kena pantas. Pantas sebarkan bisnes En Amal. "DALAM BISNES KENA CEPAT BERTINDAK. TETAPI JANGAN TERLALU MENGHARAPKAN PULANGAN YANG PANTAS"

2. Mungkin En Amal ingin save budget dengan menggunakan blogspot sebagai web En Amal. Kebiasaannya jarang mereka yang menjalankan perniagaan MLM menggunakan blogspot. Blogspot selalunya untuk blog peribadi, perkongsian pendapat dan lain-lain. Pada pendapat saya jika menggunakan blogspot untuk MLM, kurang berkesan. Mungkin En Amal boleh menggunakan alternatif lain yang jarang digunakan selain menggunakan blog. Boleh guna Free Web Builder yang mana web En Amal kelihatan seakan-akan Web, bukan Blog. Contoh Free Web Builder, http://www.yola.com
Untuk lebih nampak professional dan En Amal bersungguh dalam biz ni, beli Domain sendiri dan bina Landing Page. Mudah je. "UNTUK MENDAPATKAN DUIT, JANGAN TAKUT KELUARKAN DUIT"

3. Autopilotkan perniagaan. Pernah dengar Email Marketing? Email Marketing ni atau Sistem Autoresponder adalah satu kemestian kepada mereka yang menjalankan perniagaan Online. Pernah isi Form didalam mana-mana web atau Landing Page yang meminta nama dan alamat? Selepas isi, Email akan masuk ke inbox En Amal setiap hari? Pernah kan? Kenapa penting Email Marketing ni?
Saya masuk laman web En Amal, saya baca isi kandungannya. O ini tentang bisnes, tapi saya tak nak masuk. Tiba-tiba dalam Web tersebut ada E-book laporan PERCUMA tentang biz tersebut, tapi kena isi form terlebih dahulu. Saya pon isi. Percuma kan. Amik jer lah. Selepas isi, saya dapat email dari En Amal setiap hari dan saya baca. Email-email tu menceritakan tentang biz tersebut, kelebihan, kata-kata pujukan, tawaran menarik dan sebagainya. Akhirnya saya tertarik dan saya pon join. Buat sekali je Email-email untuk Subscribers, dan Done!!! Kerja awak telah di autopilotkan. "PERTAMA KALI ORANG TU MASUK LAMAN WEB KITA, BELUM TENTU MEREKA BERMINAT DENGAN PRODUK ATAU TAWARAN KITA. TETAPI DENGAN PUJUKAN, MEREKA AKAN BERFIKIR KEMBALI TAWARAN TERSEBUT DAN SEKIRANYA MENARIK...." Inilah tugas Email Marketing. Tak ada duit untuk menggunakan servis Email Marketing berbayar. Ada yang percuma. Google jer. Salah satu contoh free Email Marketing, Getresponse

4. Laman Web dah ada, Email marketing dah ada. Tapi macam mana nak sebarkan bisnes saya ni. Ada dua cara. Berbayar dan percuma.
Percuma. 1.
Hantar laman web kedalam web pengiklanan percuma. Ada banyak. Google jer.
2. Ataupun gunakan FaceBook, cari ramai kenalan, letak alamat laman web tu didalam FB dan bina kreadibiliti.
3. Hantar alamat laman web kedalam senarai enjin carian seperti Google dan Yahoo.
4. Join forum-forum, buat siggy dan join topik-topik didalam forum tersebut.
Berbayar.
1. Gunakan Google Adwords atau Pay Per Clicks (PPC)
2. Cari servis-servis yang dapat membantu mengoptimumkan laman web.
"KAEDAH PERCUMA KENA KERJA KERAS SIKIT, KURANG BERKESAN. 
KAEDAH BERBAYAR KENA ADA DUIT, LEBIH BERKESAN"

Kalau En Amal dah tahu kesemua perkara ni sebelum ni, boleh abaikan entry ni. :) Saya hanya ingin berkongsi. So. Good Luck!!!
"JIKA IANYA BERGUNA, MAKA BERGUNALAH IA"

Saman Traffik Aku 3 Angka.

Saman Trafik
Ala la la latuk, jangan saman.... Tolong jangan samaaannnnn....Haduyai....aku rasa dah kecoh benda ni kan dimana untuk tempoh tertentu saman yang dikenakan keatas kenderaan akan diberikan diskaun sebanyak 50%. Aku sendiri tak pasti diskaun ni sampai bila, tapi memang tak lama. Member aku ada gtau yang diskaun ni sampai 14 Disember ni jer. Selepas tarikh tersebut hanya 30% akan diberikan. Aku pon tak pasti, tadi cek saman kat kaunter pembayaran saman, tanya pegawai tu, diorang pon tak tahu. Disebabkan tempoh diskaun yang pendek, maka berbaris la orang awam yang nak bayar saman diorang termasuk la aku. Sampai pening pegawai traffik tu tengok ramai sangat yang berbaris sebab kaunter dah nak tutup waktu aku pegi tu. Kaunter tutup pukul 9 malam. Yang berbaris beratus lagi, mau sampai kepagi baru settle semua tu. So terpaksalah pegawai tu menghadkan jumlah orang yang boleh membayar saman waktu tu.

Aku tak nak citer panjang bab saman ni. Aku rasa waktu ni ramai yang tahu perkara ni dan banyak juga kot blog-blog buat artikel ni. So kalau korang nak cek saman online korang, korang boleh terjah alamat dibawah ni
1. http://www.rilek.com.my
2. http://www.myeg.com.my

Kalau orang lain citer macam mana nak cek saman online, cam ner nak bayar, bla bla bla.... Aku nak citer saman trafik yang aku kena. hehehehe.... Aku cek kat kaunter terus sebab semalam cek online buat panas jer, tak leh cek. So nak menghilangkan kegusaran dihati aku tentang saman yang bakal aku kena bayar, aku terus g kaunter semakan saman selepas balik kerja. Akhirnya kegusaran aku terjawab..... Ternyata aku pesalah trafik yang tegarrrrr....wakakaka. LOL!! 6 saman baiiii....!! Total aku kena bayar RM680. Tersemput aku jap waktu tu walaupun aku dah agak dah. Dapat slip saman, kira total. RM680. Bahagi 2, jadilah RM340. Lega jap semput aku. Tetiba langkah aku terhenti. "Eh, ni total sebelum diskaun ke, selepas diskaun?" G balik kat kaunter tanya. Mak aiiiiii.... Dah diskaun baiii.... Tersemput balik aku. Aduyaiiii... Terpaksalah aku menyedekahkan duit aku berjumlah RM680 dalam keterpaksaan. Arghhhh.... Padan muka aku :(

P/S: Sila langgar peraturan jalan raya supaya korang boleh bagi sedekah banyak-banyak kat kerajaan :P
P/S/S: Pas ni aku nak bawak keta 10KM/J je. :P

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks