Home » , , , » Aku Nak Jadi Blogger Tegar!!!

Aku Nak Jadi Blogger Tegar!!!

Aku nak jadi blogger tegar!!!. Tu tajuk pendek. Tajuk panjang dia, "Aku nak jadi blogger tegar setegar pagar belakang rumah aku!!!" muahahaha....
Dalam usia aku didalam dunia blogging ni, inilah tempoh yang paling lama aku didalam dunia blog ni. Kalau dulu aku buat blog bukan sebab nak berblog. Minda aku dah "terset" yang mengatakan "ok, blog satu medium pemasaran yang baik, aku nak try blog pula. Buat blog, nanti ko letak la banner biz MLM ko kat blog tu, percuma promote..." Sampai satu tahap, blog tu tak membantu aku. So. Bye bye my blog!!!

Itu dulu, sekarang tiba-tiba aku tersedar dan aku terdengar satu bisikan dari dalam telinga aku "P*l* ho**k hang amry, hang ingat senang ke nak buat blog? Buat blog hari ni, esok berduyun datang tengok blog hang dan secara automatik orang akan join biz MLM hang tu. Ha?" Mengingat kembali cara pemikiran aku yang dulu, rasa teramat b***h aku ni (mengeluh). Ya!! Sekarang aku bukan lagi Amry yang dulu. Blog bukan lagi sekadar medium pemasaran semata-mata!!! Lebih dari tu!!! Atas kesedaran inilah aku terus berada didalam dunia blog ni hingga sekarang. Kalau tak, tutup buka juga lah blog ni. Hmmm....

Kalau dulu, aku fikir blog hanya sebagai satu medium pemasaran, sekarang tidak lagi. Lebih dari itu.

1.  Cari duit poket.
Tak lari dari pemikiran aku yang lama. Dan aku rasa ramai di antara Blogger-blogger otai disana dah buat        banyak duit dari blog. Dan ini adalah kenyataannya. Memang lah ada mereka-mereka yang buat blog hanya sekadar mengisi masa lapang atau sekadar hobi. Tapi kalau traffik dah mencanak. Why not ambil kesempatan dari situ untuk menampung sedikit duit poket ni kan. Sambil menyelam minum air dol. Tak yah citer la bab ni, aku rasa korang lebih arif dari aku. Banyak lubang-lubang yang boleh dikorek dari blog untuk mendatangkan hasil ni. kan kan kan. Tapi satu nasihat aku kepada saper-saper ada pemikiran kolot macam aku dulu. Kalau korang fikir hari ni buat blog, esok dah dapat pulangan, buang jauh-jauh pemikiran tu, K!! Kalau still ada pemikiran macam tu, korang tak kan kemana. Lain la kalau korang memang pakar dalam SEO!!

2. Berkongsi idea atau pendapat
Kenapa ramai gila FB? Sebab dari FB dapat bersosial, berhubung dengan rakan-rakan lama, berkongsi idea dan pendapat. Merepek sana merepek sini. Betul tak?  Samalah dengan Blog. Dari blog pun kita dapat berkongsi idea mahupun pendapat kan. Yang membezakan blog dengan FB, Blog ni macam rumah kita sendiri. So korang nak merepek apa pun, korang punya suka. Nak hias blog korang tu macam mana pon, tak da sapa halang. Blog mencerminkan diri seseorang. Setuju tak?

3. Diari alam maya.
Pernah tak korang dengar ayat ni? "Kalau ko rasa stress atau marah atau sedih kat seseorang tu, ko ambil satu kertas dan pen, ko tulis lah apa-apa pon yang ko nak tulis kat dalam kertas tu tentang perasaan ko tu pada orang tu, keluarkan semua. Nanti perasaan ko tu akan reda" Pernah tak? So, blog ni bolehlah diumpamakan macam kertas tu.... Atau pun korang nak jadikan blog ni sebagai satu kenangan atau rentetan hidup korang sepanjang kehidupan korang, baik yang manis ker, yang pahit ker, tak kisah. (Kenangan itu amat bermakna dud)

3. Kepuasan diri.
Bagi aku la, dari blog dapat memberikan satu kepuasan kepada diri seseorang tu. Kenapa aku cakap macam tu? Blog yang dari awal 0, tak der artikel apa kebenda pon, dan korang usaha membuatkan blog korang cantik, mencari idea-idea yang bernas, belajar macam mana nak dapat visitor, belajar SEO. Akhirnya usaha korang tu membuahkan hasil sehingga korang digelar "Most Famous Blogger In Malaysia" (Ada ke title tu? hehehe) dan visitor mencurah-curah. Fuh!!! Kalau aku sememangnya akan memberikan aku satu kepuasan!! Tengok blog orang yang ramai visitor pon dah buat kita jeles dan kagum. Kalau blog kita jadi macam tu... Lagi la terover kagum dud!! Mesti best kan? kan kan kan??


P/S: Aku nak jadi pagar yang cantik dan kuat. Bukan sekadar menghias rumah tetapi memberi kebaikan dan ketenangan  kepada seisi rumah. Peace No War :p

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

28 comments:

  1. bagos semangat kamu 2...chaiyyokk!!!

    ReplyDelete
  2. salam azana n sadieq. thanx lawat blog saya ni. thanx juga bagi semangat pada saya. harap saya akan terus berblog dan sebaris dengan blogger2 lain...
    To Azana. thanx kerana menjadi follower saya yang pertama. I will follow u back.

    ReplyDelete
  3. sama2...huhu senang2 datang la lgi ke blog saya...

    ReplyDelete
  4. sgt bagus niat kau...teruskan dan aku akan menyokong penuh niat kau...

    ReplyDelete
  5. selamat berblog
    kental !!!
    hehehe

    ReplyDelete
  6. Oh...tq tq...terharunya aku...sob sob...hehehe....tq Geng!!!

    ReplyDelete
  7. gua tak tahu nak ckp pe.. nak blogging ni bukan senang

    ReplyDelete
  8. sebab tu aku berapa kali tersembam ngan blogging ni bro...tapi sekarang ni tetiba rasa aura nak berblog aku menggunung dan aku akan terus pastikan ianya menggunung...kikiki

    ReplyDelete
  9. "Impian itu permulaan, tindakan itu menjadikan ia kenyataan"

    Semoga berjaya menjadi blogger tegar. ;)

    ReplyDelete
  10. Thanx Aqif. Ya, kata-kata yang perlu dipegang erat oleh semua orang..

    ReplyDelete
  11. Hidup ni bukannya satu destinasi..tapi satu perjalanan...nak berjalan mestila melangkah...nak melangkah mestilah kena angkat kaki dan laksanakan langkah pertama tu....bila dah bermula, macam2 kita jumpa...dah berjumpa jangan dilupa...Nukilan Melalui Pengalaman...

    Radzuan

    ReplyDelete
  12. @Radzuan
    Great!!!kata-kata abang radzuan ni memang best lah!Penuh mitovasi. Thanx :)

    ReplyDelete
  13. Biasa je Amry...pengalaman adalah guru terbaik....

    ReplyDelete
  14. @radzuan
    yup. sangat setuju. pengalaman sememangnya guru terbaik

    ReplyDelete
  15. Aku pun nak jadi macam hang. Bagus Amry semanggat nampak. apa pun Membina indentiti itu amat penting

    ReplyDelete
  16. @Fauzi ahmad
    thanx abang fauzi. wah!! blog abang fauzi ni mantap ni.dah sememangnya tegar ni.banyak produk bagus ni..menarik2

    ReplyDelete
  17. perlahan-lahan kayuh.
    nanti berjaya juga.

    ReplyDelete
  18. berkayak pelan pelan nanti tak terjatuh tapi sampai jugak tempat dia , er ehe paham ke ? kyra main cakap je tapi lebih kurang nak bagi maksud la ni ehehe

    ReplyDelete
  19. Kyra :hehehe...paham kyra :) thanx

    ReplyDelete
  20. Malasnya saya nak post entry selalu, amry. Blog ni pada saya suka-suka sahaja.

    Tapi baguslah awak ada sifat macam blogger-2 otai yang lain.

    Semoga lebih cepat dapat ramai pengikut macam kak jie ye.

    ReplyDelete
  21. @MiecyberAbang Mie ada ciri-ciri blogger tegar tu. hehe

    ReplyDelete
  22. @Pemerhati DuniaTujuan berblog ni bergantung kepada tuan punya badan. Klau nak serious, kena susun strategi. kalau suka2, buat cara suka2 juga lah. Jadi diri sendiri, jangan ikut orang. Tul tak? :)

    ReplyDelete
  23. semoga berjaya bro.. aku tak capai tahap tegar, part time je... salam kenal.. lama2 nnti leh beralih ke wordpress.. best sket.. hehe

    ReplyDelete
  24. @IzwanThanx bro. memang ada perancangan nak guna WP hosting sendiri. InsyaAllah dalam masa terdekat ni kalau tak ada halangan

    ReplyDelete
  25. Satu semangat yang patut dipupuk. Al-Hikmah nak share satu lagi maksud blogging...share mengenai agama dan sekali gus mendakwah ke seluruh umat di seluruh alam.

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment