Piala Suzuki AFF. Go Malaysia!!!


Tetiba aku pun terikut semangat dengan kemenangan Malaysia malam tadi menewaskan Indonesia 3-0. Kalau blog lain mengulas tentang perlawanan Malaysia melawan Indonesia di dalam Piala Suzuki AFF malam tadi, aku rasa tak perlu lagi lah aku nak ulas lagi pasal tu kan. Lagipun aku rasa 1 Malaysia dah tahu pasal kemenangan tersebut kan. Dan lagipun aku ni bukan peminat bola sangat. Kalau nak buat entry pasal perlawanan bola tu pon aku rasa dah terlambat :P

Malam tadi walaupun dalam tugas (shift malam), tapi sempat juga aku keluar ngan kawan-kawan pergi kedai mamak menonton perlawanan Malaysia menentang Indonesia. Jarang aku tengok perlawanan bola kat kedai mamak ni. Sebagai bukan peminat bola yang tegar, aku sendiri teruja la dengan perlawanan tu. Yer la kan. Negara sendiri mara ke Final Piala Suzuki AFF. Kena la bagi sokongan. Dalam kesempatan ni, aku nak ucap tahniah kepada pasukan Malaysia sebab menang 3-0 malam tadi melawan Indonesia. Yang ni baru lah masa yang tepat tuk laung MALAYSIA BOLEH!!!. Tul tak? Malaysia ni semua boleh, sampai benda tak elok pon BOLEH! (Sorry lari tajuk :P) Harap dalam perlawanan kedua di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta 29 Dis ni, Malaysia akan mengekalkan rentak kejuaraannya. Walaupon menang dalam perlawanan pertama, jangan terlalu taksub sebab perlawanan kedua sedang menanti. Ketaksuban yang terlampau bakal mengundang kekecewaan!

P/S :Pagi tadi aku balik umah, sedang duk makan ngan family, mak aku cakap, adik aku menangis dengan kemenangan tersebut. Pergh!!! Semangat gila. Sekali aku terasa nak nangis. hehe. GO MALAYSIA!!! U CAN DO IT!!!

20 comments:

  1. Fairus :Moga kemenangan menjadi milik Malaysia. Go Malaysia!! Thanx Fairus

    ReplyDelete
  2. Malaysia boleh!!!!Selangkah lagi untuk mencipta sejarah^_^

    ReplyDelete
  3. semoga malaysia menang 29 nanti... gementar rasa...

    ko ngular ek mlm tadi??

    ReplyDelete
  4. zuar :yah...MALAYSIA BOLEH!!!

    intankuterpilih :ngular??? ops! apakah maksud perkataan itu? muehehe... Kantoiiiii..... bukan selalu derrrr...shhh

    ReplyDelete
  5. Aku tumpang gembira kemengangan kita.huu.

    ReplyDelete
  6. aku sonok la malaysia dapat gol...rs cam..perghh... sakit tekak aku...

    ReplyDelete
  7. Ali :Bukan tumpang dah bro, tapi memang kena gembira pon. memang terbaik lah. harap malaysia akan meneruskan rentak kejuaraan ni.

    Azana :Ni sah sah tukang jerit... ko minat bola gak erk zana?

    ReplyDelete
  8. Wooho, Harimau mula memnunjukkan belangya manakala Garuda patah sayap

    ReplyDelete
  9. wah
    adik ekau memang semangat kesukanan betul
    bagus2
    29hb nih harap2 sekali lagi garuda dibaham harimau

    P/S : 5 Perkara Yang Aku Tak Suka Bila Terperangkap Gara - Gara Kesesakan Jalan Raya

    ReplyDelete
  10. akubiomed :firstly. thanx sebab follow saya :)
    Bab piala suzuki AFF ni tak leh cepat melatah. sebab ada 1 perlawanan lagi.moga kejuaraan akan menjadi milik malaysia.GO MALAYSIA!!!

    Hans :waktu kat umah tak tahu lah cam ner dia menjerit. sebab tengok sekali ngan ayah sedara semua.aku pon harap maaysia akan muncul juara 29 ni. sama-sama kita saksikan!!

    ReplyDelete
  11. yups
    cuma aku risau keselamatan pemain kita dekat sana
    minta2 mereka selamat dan buktikan mereka boleh hancurkan keegoan indon2 tu dkt tanah air mereka

    P/S : 5 Perkara Yang Aku Tak Suka Bila Terperangkap Gara - Gara Kesesakan Jalan Raya

    ReplyDelete
  12. Hans :sama-samalah kita doakan kejyaan pasukan Malaysia :)
    harap tak ada perkara buruk berlaku lah.

    ReplyDelete
  13. ecah :Ok. dah tengok :)

    azana :woooooo...baru ku tahu...hehehe..

    ReplyDelete
  14. mintak-mintak malaysia harini belasah Indon lagi!!!
    Hidup Malaysia!

    ReplyDelete
  15. areripe :Yaaaaa......hidup malaysia!!!!hehehe

    ReplyDelete
  16. YESSS Malaysia menang yeeee yeee best gila haaa haaaa terkulat kulat penyokong Indon

    ReplyDelete
  17. Internet Marketing :Yup. Kejuaraan sulung untuk Malaysia didalam Piala AFF Suzuki ni. Syabas!!!

    ReplyDelete

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks