Home » , » Bagaimana Gaya Penulisan Korang?

Bagaimana Gaya Penulisan Korang?


Pertama sekali aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan aku yang sering berkunjung ke blog aku ni. Kepada yang rajin baca blog aku ni, pasti tahu gaya penulisan aku yang macam kanak-kanak rebina (ada member blog aku kata aku macam kanak-kanak rebina..hehe).

Aku rasa korang tak dapat tangkap lagi kan apa yang aku nak cakap dalam entry aku kali ni. Korang setuju tak kalau aku cakap "gaya penulisan seseorang tu mencerminkan diri seseorang tu?" Mungkin ada yang setuju, tak kurang juga yang menyangkal. Tul tak? Aku sendiri tak beraper setuju dengan kenyataan yang aku buat tu.

Dalam dunia blog, kita berblogwalking, lawat blog tu, lawat blog ni, bermacam gaya penulisan kita jumpa betul tak? Sometimes gaya penulisan seseorang tu berpandukan nichie blog dia. Contoh blogger tu seorang pakar motivasi, tak kan gaya bahasa yang dia sampaikan dalam blog dia macam budak-budak yang berumur 10 tahun kot. Tapi adakah kerana dia seorang pakar motivasi, menggunakan bahasa skema, dengan mudah kita menggagap dia seorang yang skema juga di dunia realiti? Maybe dia seorang yang suka bergurau juga diluar, menggunakan bahasa "gua lu" dengan rakan-rakan diluar. Bagaimana pula jika seseorang tu yang menggunakan gaya bahasa kebudak-budakkan didalam blog dia (maybe macam blog aku), tulis entry bodos-bodos, kita terus mengganggap dia seorang yang tidak matang? Siapa tahu didunia realiti dia seorang yang serious dan matang? Menggunakan bahasa kebudak-budakkan didalam blognya sekadar untuk membuat pembaca enjoy sewaktu membaca entry dia. Siapa tahu. Betul tak? So, kurang tepat la pada aku untuk judge diri si penulis dengan gaya penulisan dia.

Macam blog aku ni, sometimes aku buat gaya penulisan macam kanak-kanak rebina hanya untuk menghiburkan pembaca blog aku dan aku sendiri tengah happy waktu menulis entry tersebut, tapi tahu tak korang yang aku seorang yang agak pendiam diluar dan jarang bercakap. Dan sometime aku buat gaya penulisan yang sedikit serious sesuai dengan topik satu-satu entry yang aku buat.

Tapi yang aku pasti, dari gaya penulisan seseorang tu, kita boleh menilai perasaan dia sewaktu dia menulis entry tersebut. Maybe dia sedang happy waktu menulis, sedih, marah atau apa-apa lagi perasaan. Juga dapat menilai kepandaian seseorang itu mengolah bahasa yang ingin disampaikan. Setuju?



P/S :Sometimes untuk menilai seseorang, perlu menggunakan deria keenam.
P/S/S : Don't judge a book by the cover

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

25 comments:

  1. cik mar pun rase camtu.kadang2 gaya penulisan seseorang tak sama dengan personaliti individu tu. selalunye orang pendiam ni banyak benda yang dia suke cerita dalam penulisan.tapi ada jugak yang memang banyak cakap + mereng lagi macam cik mar...hehe ok, tipu tu!!!

    ReplyDelete
  2. Cik Mar :yup. betul tu cik mar. kurang tepat nak judge seseorang tu kalau dilihat hanya dari segi gaya bahasa dia kan.

    ReplyDelete
  3. hurm...betol gaya bahasa seseorg itu ksg2 menggambarkan perasaan die waktu tu...mcm sy... :P

    ReplyDelete
  4. yups
    macam den lah
    diorang kata den lucu
    padahal dkt luar den diam jer(sila percaya)
    hehehehehe

    P/S : Drama Antara Garisan Memang Layak Ditabalkan Drama Terbaik Anugerah Skrin 2010

    ReplyDelete
  5. entah la.. kdg2 btol jgk..gaya penulisan melambang seseorg 2..tp ada jgk yg x mencerminkan...lain org lain karakter die..:)

    ko rs cara aku tulis 2 camner? agak2 sama x cam kt luar..hehe

    ReplyDelete
  6. blog : orang kate gua ganas
    realiti : gua manje

    gua confius =.=" hahaha !

    ReplyDelete
  7. sama macam istilah
    kita adalah apa yg kita baca
    hehehe

    ReplyDelete
  8. miserama :"kenapa awak buat saya macam ni?" sah-sah dia kecewa kan....huhu

    hans :samo la kito yo hans. boleh jadi sahabat karib ni..hehe

    azana :Hmm....aku rasa ko ni jenis sederhana jer orangnya, n ramah.....kot la kan...aku teka jer sebab kita bukan pernah jumpa pon. Or.....nak set time tuk berkenalan? muehehe

    dyatt :ganas leee...sebab lu pakai " lu gua" hehe...
    ganas + manja = apa erk? :)

    alien :aku tak paham ler. "kita adalah apa yang kita baca" macam maner tu erk?

    THANX SEMUA KERANA KOMEN KAT BLOG AKU ERK. LOVE U ALL. CHEWAH... :P

    ReplyDelete
  9. hish!! sape yg kata ko mcm kanak2 rebina tu?? gtau aku cepat! nak kene tau org tu... tak tau ke amry ni romantik orgnya??

    p/s : nanti aku bg tips nak jadi lelaki romantik yg mcm ko request tu ek...hehehe

    p/s/s : wah, dah tukar template gak...wewwittttt

    ReplyDelete
  10. intankuterpilih :tah la. sapa laaaaa yang cakap macam tu kan. sampai hati betul. terguris hati kejantanan aku ni..wakakaka.....

    wah! tak sabar nak tunggu tips dari cikgu cinta ni. hehe...

    ok tak template ni ko rase?

    ReplyDelete
  11. ntah, sape ckp awk mcm kanak2 rebina? oklah tu. Nnt, awk buat blog, klu bahasa merapu2, org dr negara lain nk bc enry2 awk pun x fhm.. hehe..apepun, terpulang,kan. lain org lain cara, lain org lain cerita (^_^)

    ReplyDelete
  12. ops, slh. bukan enry2 ye, entry2. sebarang kesilapan amat dikesali (^_^)

    ReplyDelete
  13. haha.... ape kot2.. bg jawapan kena yakin..hehehe
    ish... ni da kire berkenalan la ni... ke mcm mana?hah

    ok2..nama saya azana. apa nama awak? keh keh

    ReplyDelete
  14. Pemerhati Dunia : Suka ayat terakhir. "lain orang, lain cara. Lain orang lain cerita" :)

    Azana :huhuhu.....kena la ada kot2, kang aku cakap ko garang macam mak singa, amacam? hehe
    nama saya amry, umur 25 tahun, hobi saya bla bla, cita-cita bla bla, saya ada # beradik....ok tak ok tak? :P

    ReplyDelete
  15. salam..
    setakat ini saya lihat blog
    yang banyak dapat sambutan adalah blog
    yang suka buka cerita panas..traffic mencanak..
    selalu ikut perkembangan isu semasa..dan blog tutorial..
    cara penulisan,bergantung..tak semua orang ada karisma
    bab menulis ni..termasuk saya juga..he he..

    ReplyDelete
  16. Zulkbo :betul tu bang zulkbo. tapi masalah saya. kadang tak sempat nak menulis isu-isu panas ni. kalau dah terlewat tulis tu, memang dah malas tulis la. blog2 lain dah mendahului. nak tuis pasal tuto pula, ilmu apa sangat la yang saya ada..
    saya pon tak der karisma dalam penulisan. sama la kita..hehe
    thanx kerana komen untuk kunjungan yang pertama kali :)

    ReplyDelete
  17. pandangan aku, aku lebih suka theme yg 2 column je, tak suka 3 column coz rasa mata ni mcm sempit jerk, lg satu theme ni mcm gelap, cari cerah sikitlah... hehehe...

    ReplyDelete
  18. lg 1 header ko tu, awat seciput sgt tu??ceh byk lak komen, theme aku pon sama gak tak betul...

    ReplyDelete
  19. intankuterpilih :Dah lama aku guna 2 column dan berlatarbelakangkan putih. kali ni nak try theme ni pulak, sebenarnya aku lebih suka 3 column.tak meleret sangat widget kat satu site sampai menggelebeh ke bawah walaupon aku rasa 3 column agak serabut kan.aku pon sakit mata sebab background gelap.Hm...nantilah aku try tengok template lain yang putih
    Header tu aku tak tahu la, aku dah try adjust dianya header tapi wide dia macam ada limit laaaaa.Grrrr
    Thnx sebab bagi pandangan. Like it

    ReplyDelete
  20. haha... ak x kisah singa pn singa la..
    hahahaha

    ReplyDelete
  21. azana :miaw miaw...kucing nak kawan ngan singa...muehehe

    ReplyDelete
  22. banyak manfaat.. makasi ya :)

    mampir balik yuk

    ReplyDelete
  23. hahaha! ak pun xtaw ape still tah ak gune.. ade skali tuh ak kena sound macam ayt mat rempit.. hahaha

    ReplyDelete
  24. Burp :Aku still tak paham la. macam mana yang dikatakan ayat mat rempit tu erk? hhuhu

    ReplyDelete
  25. Blog saya masih dalam kategori rojak.
    Saya cuba memfokuskan kepada sesuatu topik tetapi masih gagal.
    Saya juga tidak pandai menulis.
    Entri saya semuanya pendek dan ringkas ringkas jer...

    Bila saya blogjogging $$$$$$.....

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment