Terasa lama juga aku tak berblogwalking. Visitor sah-sah menjunam. Tak blogwalking pon menjunam gak.. huhu
Kali ni aku nak kasi tips sikit kat korang. Kalau dah baca tajuk aku kat atas tu, sah-sah korang dah tahu tips apa aku nak bagi kan. Tanpa membuang masa, jom terjah entry aku ni.
Seperti semua orang sudah sedia maklum kan, harga minyak baru saja naik baru-baru. So dok asyik merungut-rungut pon tak guna juga, harga tetap sama. Jadi macam mana caranya tuk kita memaksimumkan penggunaan minyak dan meminimumkan kos minyak yang perlu kita tanggung setiap hari. Tips ni rasanya ramai yang tahu, pernah keluar dalam suratkhabar pon, tapi saja lah aku nak tulis kan.
Tips Menjimatkan Petrol Siri 1
1. Isi minyak ketika suhu rendah/sejuk
Kebiasaannya suhu rendah pada waktu pagi atau malam. Kalau korang rasa sejuk tu, suhu rendah la maknanya tu.... Kenapa isi sewaktu suhu rendah? Secara teori, petrol mempunyai molekul-molekul gas didalam nya. Dan secara teorinya juga, molekul-molekul gas ni akan terbebas dari ikatan polimer masing-masing apabila suhu meningkat atau panas (Pergh, guna bahasa sains pulak aku...hehe). Dengan terbebasnya molekul-molekul gas ni, maka kuantiti petrol itu akan berkurang. Nak test? Isi petrol dalam botol bertutup, letakkan ditengah-tengah panas atau kawasan lapang (kalau rjin timbang dahulu kuantiti botol tersebut) Biarkan beberapa ketika, selepas tempoh tertentu korang akan lihat botol tersebut berwap dan bergas. Apabila korang buka penutup tersebut, akan ada bunyi gas terbebas. Selepas tu, cuba timbang balik, berkurang ker bertambah? Pernah isi minyak waktu tengah hari? Waktu korang buka penutup tank minyak korang, ada bunyi tak? Ada bau gas tak? Kalau ada, itu tandanya gas terbebas dan kuantiti minyak korang telah pon berkurang. So, nak jimat, isi minyak sewaktu suhu rendah. Elakkan juga kenderaan korang terjemur ditengah panas. Ianya akan membebaskan gas didalam tank minyak korang.
2. Hos Nozzle.
Renggangkan hos nozzle sewaktu mengisi minyak. Kenapa? Ambil paip yang panjang kat rumah korang, gulung-gulungkan sikit, buka paip sehingga air keluar, kemudian tutup. Ada air tak dalam paip tu yang tertinggal selepas korang tutup paip tu? Sama la dengan hos nozzle petrol :)
3. Pemicu Nozzle
Sewaktu menarik picu nozzle, elakkan menarik picu tersebut terlalu banyak. Dari segi teori, jika pemicu ditarik terlalu banyak, minyak akan cepat keluar dan banyak tanpa korang sedar, gas turut keluar dengan jayanya dan ini akan mengurangkan kuantiti mnyak yang masuk kedalam tank. Tak percaya? Ambil 2 botol kosong, 1 isi dengan menekan habis pemicu, 1 lagi sedikit sahaja pemicu ditarik. Korang akan lihat perbezaan yang amat ketara. Kalau isi RM10, tak per lah kan, kalau RM100? Rugi woooo
4. Pemanduan
Sewaktu korang memandu, sebolehnya elakkan meter RPM korang melebihi 3. Teorinya, jika pedal minyak ditekan melebihi RPM 3, minyak akan lebih laju mengalir ke port pembakaran enjin. Elakkan juga memecut atau memberhentikan kenderaan secara mengejut.
5. Tempoh isi minyak
Isi minyak sebelum 12 tengah malam pada hari harga minyak akan dinaikkan....hahaha
Nantikan Tips Menjimatkan Petrol Siri 2 yang lebih hangat daripada biasa...hehe
P/S: Banyak pulak teori aku dalam entry ni erk....huhu
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
Err tips yang diberikan kurang kesan impaknya. Mengenai cara pemanduan itu betul.
ReplyDeleteTip lain
1. Jangan panaskan enjin terlalu lama
2. Periksa tekanan tayar
3. Memandu lanjut memang memberi kesan kepada minyak
4. Jangan brek secara mengejut
5. Set suhu air-cond pada tahap 25C
6. Pengunaan tinted berkualiti
7. Mengunakan gear ratio yang betul
Thanx akubiomed. Tambah info lagi disini. Thanx again :) Tak terfikir pula tips-tips yang bro bagi tu. Nice
ReplyDeleteapa kata guna navigator
ReplyDeletenavigator....macam tak padan pulak iswara buruk pasang GPS navigator...huhu
ReplyDeletebhahaha! yg no 5 tuh xleh blah,,
ReplyDeleteburp: hehehe...saje buat tips bengong. huhu
ReplyDeleteahahhaha..penulisan anda makin bgus keep it up..
ReplyDeleteaku slalu gak b'henti keta ngan menegejut..hahah
ReplyDeleteecah ::) thanx. Sometime penulisan boleh mencorakkan blog. Agree?
ReplyDeleteazana :bahaya. Selain minyak cepat habis. takut ada yang cium montot...huhu
lambat komen ek? abaikan.
ReplyDeleteok, boleh dipraktikkan. bab tyre pressure tu mmg selalu fail nak check. malas nak tonggeng isi angin. hihihi~
@gadisBungaSaper suh tonggeng cik GB oiiii....mencangkung sudahhh....heheheh
ReplyDeletesusah laaa nak komen kat blogspot.. ehehehe
ReplyDelete@Richietak susah der....sekali jer ko isi nama ,email dan website, pas tu komen seterusnya dia auto, tak perlu isi dah...hehehe...apa pon aku tak paksa derrr... :)
ReplyDelete