Student Life |
Kelas training aku tadi "Introduction To Mechatronics" Korang tahu apa Mechatronics? Tak yah tahu la sebab bukan benda tu yang aku nak citer kat sini.
Kenapa aku nak buat artikel ni. Ok. Aku dulu adalah pelajar Politeknik Ungku Omar di dalam Diploma Mechatronics. (Ada sesaper sini budak PUO? :p ) Jurusan yang aku amik di PUO dulu bukanlah atas pilihan aku. Tetapi kerana dipaksa. Waktu SPM dulu aku budak jurusan perakaunan dan aku antara pelajar terbaik gak dalam subjek tu di sekolah aku dulu sehingga aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi. Atas sebab-sebab tertentu yang aku rasa tak perlu aku cerita kat sini, aku terpaksa melanjutkan pelajaran aku didalam bidang Teknikal iaitu Mechatronics. Disebabkan atas dasar dipaksa dan langsung tiada basics dan minat didalam jurusan tersebut, aku belajar pon ala balai je. Serious. Selama 3 tahun aku menuntut di PUO tu aku tak tahu apa benda yang aku belajar sehingga la aku melangkah ke alam pekerjaan sekarang.
Hari ni setelah hampir 5 tahun aku bekerja, aku kembali merasakan aku seorang pelajar. Ya, seorang pelajar yang mempunyai minat didalam apa yang dipelajari satu masa dahulu. Baru ku tahu betapa seronoknya menjadi seorang pelajar dan betapa bestnya Course yang aku ambil dulu yang satu masa dulu aku tak pernah rasa perasaan seronok ni.
Perasaan yang aku alami ni seringkali dirasakan oleh kita semua. Sedar ngan tidak sedar je terutama orang macam aku ni la yang mensia-siakan zaman belajar dulu. Huhuhu.. Pernah tak korang terkenang zaman korang masih dialam persekolahan dulu atau sewaktu korang di U dulu yang mana sekarang korang dah pon berada didalam pekerjaan atau pon dah berumahtangga. Aku kadang rindu gak time tu. Belajar sama-sama ngan member. Buat assignment. Gurau sana gurau sini. Toyol sana toyol sini :P (tahu toyol? Meniru waktu exam. Hahahaha) Lepak sana lepak sini yang mana semua tu aku tak dapat nak rasa dah waktu dialam pekerjaan ni. Sememangnya zaman belajar adalah zaman yang paling best. "Kadang waktu yang sedang kita jalani dulu kita tidak menghayati kemanisannya sehinggalah kita terkenangkannya kembali pada hari ini (Ayat jambu la plakkkk..huhu)
Kepada korang yang tengah belajar lagi sekarang ni, hargai, hayati dan ceriakan masa korang tu. Belajar betul-betul. Jangan jadi macam aku. Erk...? Sebab satu hari nanti ianya akan menjadi kenangan paling manis dalam hidup korang....
P/S: Kan best kalau boleh diputarkan kembali waktu ke zaman dahulu. Rindunya aku kat kawan-kawan aku dulu...
P/S/S: Leceh betul CC ni. Connection lembab dol!
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
erm hang technician katna eh? aku dulu masuk kilang Kobe, taim orientasi best sangat rasa cam jadi student blk sbb mostly taim tu semua sebaya (leh ngorat2 lg haha)
ReplyDeletetulah. taim blajaq dulu sonok sangat. stress pun xsama cam stress bila dah bekerja.
hee sori klu komen aku tak berkaitan. hahah ;p
aku kat WD. hari tu waktu aku tanya hang duk mana. ingat nak bagitau dah aku keja WD. tapi tak jadi. sebab hang tak tanya..muehehehe....sekarang hang tanya baru aku jawab. yup betul stress waktu belajar n kerja sememangnya tak sama...waktu belajar duu kaau stress pon boeh enjoy agi..time keje ni nak enjoy apamendenye dalam kilang. sekarang hang keja kat mana?
ReplyDeleteseronok gak belajar kan
ReplyDelete@Sharinginfoz
ReplyDeleteSeronok bro. cuma aku yang terlambar rasa.huhuhu....Tapi waktu aku belajar dulu. mesin semua zaman jepun. pelajar 30 orang, mesin 3 jer boleh pakai.camner?
saya budak PUO...eh..sy punyer kawan hheeh
ReplyDeletekalo cam 2 x mo r kerja..nk blaja je..haha
time blaja ni bes je ...walopn tension..
@azanao yer ker...Kim salam kat kawan tu erk.hehe...pempuan tak per tak kerja. suami boleh tanggung...hehehe
ReplyDelete