Home » » Mari Belajar Bahasa Inggeris

Mari Belajar Bahasa Inggeris


Salam. Entry ni kisah orang tua yang terhegeh-hegeh nak belajar bahasa Inggeris setelah sekian lama meninggalkan alam persekolahan :P

Kepada sesaper yang duk area utara (Penang, Kedah, Perak) pasti tahu yang bulan Disember ni selalu diadakan pesta di Pulau Pinang yang berlokasi di Sungai Nibong. Nak dijadikan cerita hari tu selepas habis waktu kerja, aku singgah jap kat tapak pesta tu. Saja la jalan sengsorang. Tengah duk berjalan tu, datang la akaq akaq niiii (Sila sengaukan suara anda :P) Bang-bang, abang berminat tak tuk belajar bahasa Inggeris? Dalam hati aku, aku tahu dah diorang ni Salesgirl. Aku pon dengan muka poyonyer dan nak tak nak menjawab. "Mmmm.... Minat juga". Aku jawab sambil mata memandang ke arah lain (Tak sopannya aku kan. hehe) Dalam hati tu memang minat sebenarnya memandangkan bahasa inggeris aku pun tunggang langgang. Tapi dek kerana ego.... Jawab pon macam tak ikhlas (Hampeh tul aku ni). Dan aku juga tahu yang diorang ni dari syarikat Linguaphone. Selalu diorang buat pameran kat tapak pesta tu. Disebabkan aku berenti dan melayan diorang, diorang pon ajak aku masuk dalam gerai diorang. Dalam hati aku, aku kata tak per lah. Nak tahu jer pon... Diorang pon pom pang pom pang terangkan produk diorang ni.... Ah sudah aku kata.... Terjerat dah aku.... Gaya diorang tak der gaya macam nak demo pon, more kepada memujuk tuk aku ambil produk tu.... Aduyaiii... So segala persoalan diorang aku jawab, still dalam mode nak tak nak jawab. huhu...




Aku pon layan baik punya sampai satu tahap, aku kata "dah dah, tak yah nak ayat bunga-bunga. Tunjuk kat saya macam mana benda ni membantu saya kuasai bahasa Inggeris ni dalam masa 3 bulan?" Ish, aku pulak yang buat diorang yakin yang aku akan membeli. Produk diorang ni, diorang dakwa yang aku akan dapat kuasai bahasa Inggeris dalam masa 3 bulan. Tersentap jap minah tu selepas aku potong ayat pujuk memujuk dia, dia pon ambil laptop diorang. Minah tu pon tunjuk la software dia dan aku pon cuba. Macam menarik jer aku kata. Konsep dia "Dengar, Faham, Bercakap". Aku pon try... Software tu macam cikgu, dan pembelajaran dia memang dari basics. Cara sebut, Vocabulary, Pronounce tah apa-apa lagi lah. Aku pon cuba. Demo dia, Software tu akan bagi aku satu perkataan, software yang bertindak sebagai guru tu akan sebut dulu perkataan tu, seterusnya aku pula ikut sebut. Then perbezaan sebutan aku ngan sebutan software tu akan dipaparkan menerusi satu graft. Graft tu akan beritahu aku yang sebutan aku tu sejauh mana betulnya. Ada markah. Pas perkataan, dia bagi ayat pula. Sama konsep. Sampai la ke peringkat perbualan antara aku ngan software tersebut bila mana dalam perbualan tu kalau aku sebut tak betul, software tu akan beritahu aku yang dia tak paham apa yang aku cakap. Peringkat ni selepas aku kuasai tahap-tahap tertentu..
Ish.. Menarik juga ni. Past try and error tu, aku pulak tergedik tanya berapa harga Linguaphone ni. Terlompat aku bila minah tu cakap harga dia........ 3k++. Tak ingat la plak aku berapa + dia tu. Tak habis lagi. Diorang cakap sekarang ada offer. 100 pembeli terawal dapat diskaun 45%. Aduh. termenung juga aku waktu tu. Produk menarik, tambahan produk dia berguna, adik aku pon boleh pakai Tapi fikir bab kos dia...Aduyaiiii.... Murah sangat. wakaka. Dalam pada tu, diorang kata boleh bayar ansur-ansur. Deposit RM299.
"Tak der duit sekarang yer bang? Abang boleh tempah dulu dengan bayar duit tempahan. Tak kira lah RM20 ker, RM30 ker. Dengan duit tu kira abang dah tempah dan akan mendapat tawaran ni. Macam mana bang?" Ish, pandai betul la diorang ni psycho aku. Grrrr... Ok la. Produk bagus, tambahan ada tawaran pula. "Okla, saya bayar duit tempahan dulu" (Terkantoi yang aku tak ada duit.. haha)




Aku nak tanya korang. Ada tak sesaper pernah guna produk Linguaphone ni? Dan kepada guru-guru bahasa inggeris, ok tak konsep pembelajaran produk ni? Hmmm Aku nak amik sebab susah tul la kalau tak paham bahasa inggeris ni. G wayang tengok citer omputih, orang lain gelak, aku tak gelak. Sebab tak paham. Adoiii....
Pendapat pleaseeee.... :P

P/S: Aku paham sangat dah trick Salesman-salesman, sekali kita layan, habis laaa... Ayat manis bukan main. Tapi dalam kes ni aku yang tergedik. hehe
P/S/S: Petang ni aku janji bayar full deposit dan dah boleh amik produk Linguaphone tu.

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

16 comments:

  1. bagos2...belikan tok aku jgk..hahah

    ReplyDelete
  2. boleh boleh. tak der masalah. aku tolong "belikan" jer, tapi bak sini duit dia. wakaka

    ReplyDelete
  3. cm mnarik jer bnda 2..huhu...da gne erk..??ok x..?hehe..

    ReplyDelete
  4. Baru try tadi...tak tahu lagi berkesan atau tak....nanti nak try belek2 lagi benda tu :)

    ReplyDelete
  5. hmmm.....mahal gak, 3k. selepas diskaun dekat 1900++. boleh bayar ansurans :)

    ReplyDelete
  6. wow!mahalnyaaa.tapi kalau dijamin boleh pandai ok. i ada gak tulis blog belajar english...ada letakkan links yang boleh blajar english free sebab blaja english kena banyak dengar dan jawab. kalau blaja sorang2 boleh boring.bila boring blaja pun slow...especially dewasa. http://jombelajarenglish.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. @Jom belajar englishwow!!!sangat menarik blog awak tu..nice...kalau kena caranya, blog awak tu boleh dapat traffik yang baik dari mereka yang ingin belajar bahasa inggeris ni
    i'll follow u

    nak buat camner...dah terorder...adoiii...

    ReplyDelete
  8. nak belajar english? try this one http://ceriteraarieve.blogspot.com/2011/01/english-budu.html

    ReplyDelete
  9. @@repthanx areps tuk info, nanti saya cek ok :)

    ReplyDelete
  10. @Khairul Amry Mohamad Puadtakpe.niat nak belajarkan?kalau harganya dah begitu mesti tekniknya pun hebat.practice hari2 bila dah dapat...

    ReplyDelete
  11. salam.

    tak berkesan belajar bahasa Inggeris melalui benda ni..sbb tak berguru dan buka buku sorg2..ramai yg rasa tertipu lps membeli makhluk yg mahal ni..

    belajar bahasa inggeris yg terbaik adalah melalui komunikasi harian bersama org sekeliling, membaca buku ,novel dan majalah bhsa inggeris.

    ReplyDelete
  12. @adelenak communicate tu yang masalah nyer. takder basic langsung...nak cakap pon tergagap. adeh...tak der saper yang boeh communicate denan saya...nak cakap ngan orang pandai BI segan la plak

    ReplyDelete
  13. mengikut penilitian kawan-kawan yang dah beli benda ni.
    benda ni cuma menghabiskan duit je.tak berkesan. dan kawan-kawan semua dah simpan linguaphone ni buat harta pusaka diorang je..hehe

    ReplyDelete
  14. Belajar jangan tak belajar. Untuk masa depan tu terutama bidang IT nih.

    ReplyDelete
  15. sape ckp xberkesan belajar lingua nie....ikut langkah demi langkah...step by step,kena rajin dan amati betol2 benda ni,kite nk study bi ni kena dgn niat yg ikhlas,hati yg lapang,lebih2 lg hati yg terang(solat 5waktu)...basic yg ade dlm ni digunakan dlm english british(uk style)...so belajar lah...xrugi pun.semuanya ats daya usha kite sndiri...kite sndri kena ubah jika nk berjaya.soal xkerkesan tu sy xleh trima...apepun terpulang pd pembeli yg menilainya.TQ

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment